Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Raya dulu – raya sekarang*dari mata aku

credit gambar dari : wowberita.com

Kalau raya dolu-dolu, pergi masjid ramai-ramai untuk takbir raya.

Sekarang, budak-budak takbir raya depan tv, tu pun bila ada takbir raya kat tv.

*

Kalau raya dolu-dolu, pagi raya pakat pergi masjid untuk solat sunat hari raya.

Sekarang, ramai yang tercongok depan tv mengadap cerita.

*

Kalau lepas raya pulak, ramai-ramai buat rombongan dari rumah ke rumah.

Sekarang, ramai-ramai pecut balik rumah masing-masing samada nak untuk tengok tv atau pulang ke kampong. Jiran tetangga dilupakan.

*

Kalau dolu-dolu, posmen sibuk yang amat sebab hantar kad raya.

Sekarang, posmen tak sibuk sangat dah sebab orang hantar e-kad raya pakai e-mail dan sms saja.

*

Kalau dolu-dolu, duit raya dapat 30 sen kira tu dah banyak dah. Kalau rumah kat kampong lagi banyak dapat; 50sen or 1ringgit. Orang rumah kat Bandar bagi sikit sebab diorang Nampak saja rumah besar, tapi hutang tu yang kena kedekut sikit. Orang kampong rumah hak milik sendiri takde hutang-hutang sebab tu dapat bagi 50sen gan 1hinggit. Hehehe.

Sekarang, budak-budak pandang tak pandang saja kalau bagi seringgit, siap pakai ayat ‘singgit je?’ dan dengan tak malunya, diorang mintak pulak 3 ringgit.

***

Er apa lagi ye? Entah la, aku rasa yang ni je yang aku Nampak dari dari mata aku. korang pulak apa beza raya dulu dan sekarang yang korang nampak?

Sunday, August 21, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun 2@#$%&*

gambar import dari kgsilou.blogspot.com

firecracker part 2!

Cerita ni cerita lama pasal firecracker jugak. Cerita budak nakal (jahat) gan imamJustify Full muda (bukan program imam muda kat tv tu ye)
Kisah ni berlaku kat kampung aku, ketereh.

Pada suatu malam bulan Ramadhan, waktu tu time solat terawih. Biasa la kalau kat area kampung memang penuh je gan orang. Termasuk la bebudak kecik hingga la yang tua.

Budak-budak kadang-kadang datang untuk moreh je. Solatnya kekadangnya tidak. Nakalnya tak hengat. Bila bising, kena halau turun bawah/ halau keluar. Nak borak time orang lain solat, saja la nak cari nahas kan.

Bebudak ni, selalunya memang bawak mercun dalam poket baju melayu depa. sabar je lah perangai kan. Biasa la nama pun budak.

Ada la geng budak ni. Saja nak pedajal imam kat surau tu. hmm maybe sebab imam tu muda, baya diorang time tu 15 tahun saja. muda, kan? Well mak bapak imam ni hantar dia belajar agama khas untuk jadi imam. Memang budak imam ni tahfiz Al-Quran lah, suara pun best. Ramai la yang puji sebab muda-muda lagi jadi imam. Dia pun ada abang, abang dia 17 tahun, sama macam dia jugak; imam.

Tapi untuk bulan Ramadhan tahun tu, dia yang jadi imam. Gamaknya bebudak nakal ni jealous sebab mak bapak diorang asyik puji imam muda ni je kot.

So, nak dijadikan cerita kemuncaknya...malam tu, imam muda ni tengak lead solat terawih... budak-budak nakal ni pulak pergi kat bahagian luar surau, betul-betul tempat imam duduk. Masa tu, imam tengah bacakan surah. Diaorang berpakat geng-geng depa, pasang mercun, mercun kuat pulak tu, tak tau la mercun apa (korang imagine je mercun bola tu, boleh tahan kuat). Terdiam imam tu semasa dok baca surah tu. Quite lama jugak imam tu terdiam, maybe dah terlupa sambungan surah tu sebab terkejut. Sehingga la abang dia yang ada kat belakang dia sambungkan sedikit ayat, baru la imam muda tu sambung balik ayat abang dia tu.

Moral of the story : jangan lah berdengki dengan orang, cuba jadi lebih baik dari orang tu, atau contohi beliau. Jangan la mempermainkan agama sendiri. Sampai sanggup kacau imam yang tengah lead solat terawih, Allah s.w.t. benci dengan sikap macam tu.

Apa jadi kat bebudak nakal tu?

Yang tu aku tak tau pulak...hehehe. Entah dapat tangkap ke tidak entah.

Saturday, August 13, 2011

yang disangka hilang.

picture unavailable due to the broken card reader. I will fix it in the near future.

hari ni kerja menyelongkar segala barang dalam bilik aku yang agak tersembunyi. Aku kutip segala baju yang dah tak nak pakai lagi, nak kasi kat orang. Baju yang aku beli tapi tak padan. nampak sangat perasan body kecik kan. huhuhu. Apa saja lah.

Ok, aku bukan nak cerita pasal baju pun. Ni nak kisah pasal pencil case aku yang aku cari hampir 1 tahun yang lalu. Oh aku rasa lagi seminggu genap jumlah setahun aku cari pencil case aku ni. rupa dia, kecik saja. Tapi dalam ni ada harta berharga aku. Aku ingat aku tertinggal benda ni kat library ukm ; PTSL masa aku g melepak kat sana tahun lepas. Al maklum la aku ni memang kaki library dan suka melepak kat sana macam library tu rumah aku.

on that day, aku dok melepak kat sana hingga petang baru aku perasan yang aku dah janji gan kawan nak g makan sesama kat luar, terus pecut kereta keluar. Aku tinggal barang aku kat library, biasa la berlagak macam library tu rumah aku, dok pikir nak balik lepak kat sana lepas makan. Tu la aku pikir macam aku tak ingat pungut balik je pencil case aku, termasuk dengan ubat-ubat aku hilang ari tu. hehehe tapi tadi masa aku selongkar, aku jumpa ia dalam beg laptop aku yang dah arwah tu. huhuhu. Lama tul baru boleh jumpa tuh.

Tuesday, August 9, 2011

Nota zaman sekolah aku...

ni nota zaman sekolah yang aku sempat scan sebelum aku g hantar ke tempat lupus kertas

comel tak nota aku buat? aku bagi lebih effort kat mewarna nih. haha. ada layer-layer lagi tu.
peta zaman tamadun awal manusia.


ciri- ciri tamadun - peta minda.
Aku suka pakai peta minda bab buat nota nih sebab sebelum aku kena paham betul-betul huraian dia sebelum buat peta minda ni.

Sunday, July 17, 2011

Lawak spotan aku- dah arwah dah

Pernah tak korang bergurau sedikit kasar?
Means, korang terfikir itu adalah lawak tapi bagi diaorang...mereka amik serius.

Aku pernah....
Lawak apa?

Tahun 2009, aku kena operate sebab ada..... tah le ayat saintifik dia, dah lupa. macam ketumbuhan or darah beku kot. Maybe sebab aku penah accident kot. (awat ayat aku ni banyak letak kot)

So, member aku yang ni sorang tahu la kan. Kawan chating; Amy, tapi memang baik la gan aku, muda dari aku.

Pas operate aku balik la kat U, al kisah aku gan dia pun memang satu U.

Satu petang tu dia message aku, saja nak tanya khabar aku kan. Masa aku merempat kat wad (macam la lama sangat kan...exaggerate :P) dia dah message aku pun. Hari tu dia message lagi..saja la kan nak tanya kabar aku yang konon macam nazak ari tu. hahaha

Amy message aku : Apa kaba kawan?



Aku balas waktu malam dah. Bukan sengaja, tapi memang tak sedar langsung. Pastu tetiba je datang idea lawak sengal tak hengat,



so aku reply : 'salam. Dah arwah dah kwn awak tu. Petang tadi jenazah dia htr balik kampong.'(ayat memang dari hp aku ni,cuma yg ni pendek sikit aku copy)


lubang yang dalam kesan operation. Sekarang dah tertutup dah.

Lepas je aku reply message tu dalam berberapa saat je terus amy call aku. Aku ingat dia lambat baca, ye la dia message siang tadi lagi. Aku bantai gelak tak hengat la pastu. First call aku tak angkat, saja nak kasi dia cuak sikit. Second call baru aku angkat. Memula tu terpikir la jugak nak wat suara orang lain. Tapi bunyi suara amy yang cuak, tak jadi aku nak sambung berlakon watak sedih. hehehe. tu la idea spotan aku.

membebel sakan dia kat aku...ye la cerita meninggal pun aku buat main kan.


*walk down the memory lane...

Thursday, June 30, 2011

Monday, June 27, 2011

TRIBUTE TO ALIA

next (asyik la jadi nest bila nak type, komp ni suh aku tdo dulu kot.)tribute to aya-chan. hehehe




















Sunday, June 26, 2011

MERONGGENG BERSAMA DI TERENGGANU










TO ALIA...


Hype aya...hehehe sorry sesangat ya, try nak upload semalam, tapi memory card ni pulak tak boleh baca, gayanya macam suruh aku rehat dulu saja. So malam ni aku upload khas untukmu ye aya. N u look so sweet lah. ikhlas dari hati ni tau.
ramai-ramai meronggeng basikal mengelilingi Taman Tamadun Islam

Posing kat replika masjid. Aya n ayu berdiri. Aku n efa duduk.

Antara picture favourite aku ni. Aku n aya diatas basikal. hmm menyesal tak pakai baju t-shirt.

Aya yang keletihan sebab tersalah pilih basikal yang rosak kat TTI(taman tamadun islam)

this one is sweet. masih boleh tersengih walaupun penat berkayuh basikal.

candid picture kat cafe wan man-taman tamadun islam

awat senyum tak nampak mata ni?hehehe

gambar kat depan masjid kristal lepas solat zohor. ramai bukan main orang kat sini. ada jumpa 3pasangan pengantin nak amik pic kat sini.

ni gambar kandid yang diambil oleh ayu



gambar suka suki riang hati