Showing posts with label a thought of the day. Show all posts
Showing posts with label a thought of the day. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Ini gaya pelik pakai baju dan tudung.

Oh gamaknya kalau artis penyanyi yang pakai tak la nampak pelik, tambah lagi kalau dengan baju glamor diorang, kan. tapi sebenarnya ni sama je pelik dia. malas nak cakap banyak lagi. Korang tengok je dulu gaya orang ini pakai baju dengan tudung dia...

Kepala tutup litup, ketiak terbuka nampak. gambar ni aku snapped masa kat pasar tani ketereh.


anehnya, bukan dah heboh satu dunia Islam yang lengan itu aurat jugak. Memang dah lagi nyata kan. Ini merupakan kali kedua aku tengok gaya ni. Masa aku kerja salesgirl time tunggu result STPM dulu dah jumpa sorang. Pakai tudung, tapi baju jenis takde lengan, sampai nampak ketiak kalau angkat tangan. Kalau ketiak yang er berbulu. hahaha. habis.... hurm sekali tengok macam orang tak betul/tiga suku je orang dalam gambar ni. Tapi bawak anak. Aku jumpa masa kat pasar tani Ketereh yang ada setiap hari sabtu pagi. Time tu aku dah nak berjalan balik ke kereta dah dah. Tapi aku sengaja patah balik dan follow dia ni sebab nak snap picture dia. Nak amik nampak muka, nanti aib sangat. Ni contoh la, keadaan manusia...

Kiranya sama jugak gan pakai baju ada lengan kain jenis nipis, kira yang nipis ni still la up taraf dia sikit...ditekankan 'sikit' ya.

Tuesday, August 30, 2011

Raya dulu – raya sekarang*dari mata aku

credit gambar dari : wowberita.com

Kalau raya dolu-dolu, pergi masjid ramai-ramai untuk takbir raya.

Sekarang, budak-budak takbir raya depan tv, tu pun bila ada takbir raya kat tv.

*

Kalau raya dolu-dolu, pagi raya pakat pergi masjid untuk solat sunat hari raya.

Sekarang, ramai yang tercongok depan tv mengadap cerita.

*

Kalau lepas raya pulak, ramai-ramai buat rombongan dari rumah ke rumah.

Sekarang, ramai-ramai pecut balik rumah masing-masing samada nak untuk tengok tv atau pulang ke kampong. Jiran tetangga dilupakan.

*

Kalau dolu-dolu, posmen sibuk yang amat sebab hantar kad raya.

Sekarang, posmen tak sibuk sangat dah sebab orang hantar e-kad raya pakai e-mail dan sms saja.

*

Kalau dolu-dolu, duit raya dapat 30 sen kira tu dah banyak dah. Kalau rumah kat kampong lagi banyak dapat; 50sen or 1ringgit. Orang rumah kat Bandar bagi sikit sebab diorang Nampak saja rumah besar, tapi hutang tu yang kena kedekut sikit. Orang kampong rumah hak milik sendiri takde hutang-hutang sebab tu dapat bagi 50sen gan 1hinggit. Hehehe.

Sekarang, budak-budak pandang tak pandang saja kalau bagi seringgit, siap pakai ayat ‘singgit je?’ dan dengan tak malunya, diorang mintak pulak 3 ringgit.

***

Er apa lagi ye? Entah la, aku rasa yang ni je yang aku Nampak dari dari mata aku. korang pulak apa beza raya dulu dan sekarang yang korang nampak?

Sunday, August 28, 2011

Hlovate - Contengan Jalanan - the best!



Part depan Contengan Jalanan- saja aku gatal letak tangan sendiri kat situ, guna pencil yg dah 1 tahun aku cari tak jumpa, baru jumpa tu. pencil aku tu dah masuk 9 tahun hidup dengan aku.

Sebenarnya aku dah lama nak masukkan entry ni.... pasal buku novel yang memang best jugak dibaca pada bulan Ramadhan ni. Sebab topik yang diketengahkan memang banyak bab bulan Ramadhan. membuatkan Ramadhan lebih dihayati bila fikirkan apa yang dikatakan.

Dah baca ke belum Contengan Jalanan oleh menulis Hlovate?
novel unik even dari segi rekaan cover buku pun memang dah unik, mengetengahkan 2 watak iaitu: I-Fend,II-K square, -memang penulis ni unik dan best lah. gaya tersendiri. buat aku berfikir.ada 2 cover buku ni pada 1 buku(takde pasal sinopsis sebab, kulit depan dengan belakang letak 2 cover ni), ni cover yang kena baca dulu, pasal Fend. Mula-mula aku pun tak tau yang 'I' tu maksud dia 1, ingat tu macam gadget I-phone ke apa ke. hehehe so aku bantai baca yang part II - K square. sebab aku minat matematik.
ni pulak cover kedua(ada kat buku ni jugak). Cara nak jelas kan isi buku ni pun berbeza. Elok korang beli sendiri je ye, lagi jelas korang tau maksud unik yang aku nak sampaikan.

Ni aku ada copy part yang membuatkan korang comparekan diri korang dalam kategori ni atau tak.....

yang aku bold kan tu, memang sesuai untuk kita compare diri kita dan fikir-fikirkan lah...

***********************************Dari novel contengan jalanan****

“Ni dah kali ke berapa kau puasa kat sini?”

“Kali keempat.” Akmal sengih. “Kira tahun last la, kalau aku tak sambung buat honours tahun depan.”

Oh… Fend angguk. Mesti rindu nak puasa kat Malaysia?” Lain suasana puasa kat tanah air orang dengan tanah air sendiri. Aku yang baru sehari puasa kat sini pun dah rasa tak senang duduk.

Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya.” Dengan senyum tenang Akmal menjawab.

Huh?

Akmal membetulkan letak sandar ke dinding. “Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya. Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya.

Maksud kau?” Kening Fend terangkat sebelah.

Akmal membetulkan letak kopiah di kepala. “Ramadhan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang menjadi definisi bulan Ramadhan di Malaysia.

Fend diam sejenak. Memikir. Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu. Lambat-lambat kepala dianggukkan.

Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri. Bagi aku Ramadhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word.” Akmal senyum segaris.

Ada kebenarannya di situ. Fend mengangguk lagi. Akmal dipandangnya. "Kalau ikut jujur, selama ni aku tak pernah pulak terlintas nak fikir fasal Ramadhan dengan cara kau fikir." Telus dia mengucapkan.

Akmal senyum senang. “Dan aku pun tak pernah terfikir dengan cara tu sebelum aku sampai tanah Australia ni.” Mudah dia menjawab. “Mata aku pun dah naik kabur kelabu dengan apa yang dah biasa kat Malaysia kut.”

Fend angguk lagi. Sungguh memang selama ni tak pernah terfikir pula nak tengok situasi dari perspektif Akmal tu.

Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya.” Akmal menyambung lagi. “Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata.”

I-Fend(contengan jalanan pertama)
Bab 30, muka surat 160-163
Hlovate-Contengan Jalanan

**************************************************************

So korang fikir-fikirkanlah, macam mana korang sambut Ramadhan ni ya. Budaya? Atau Agama? Berbelanja sakan pada bulan Ramadhan? Kalau ya, hope hari terakhir ni jangan la amalkan. Bawak ke tahun depan pun jangan la buat Ramadhan tu budaya. Sambut Syawal sakan gila. Purification adalah pada bulan Ramadhan bukan Syawal pun. Masa ni la nak pulun sakan.

Selalu dengar kat radio pasal--- “baju raya belum beli lagi, kasut raya belum beli lagi, biskut raya tak beli lagi, ha karpet raya pun masuk list ni sekali.”

“Tapi amalan, ibadah kita pulak letak kat mana? Dah buat solat sunat? Khatam al-Quran?” ---Yang ni tak nak Tanya kat diri sendiri ke?

Bila aku dengar lagu raya, ada la certain words yang tak layak nak pakai. Macam penulis lirik lagu tu tak tahu erti Ramadhan dan Syawal itu sendiri. Tak tahu dari sudut agama, tetapi menulis lirik lagu dari pandangan budaya yang dah biasa diterapkan dalam diri kita rakyat Malaysia ni.



Aku start baca dari seminggu sebelum bulan puasa lagi, sekarang pun tak habis lagi, sebab aku asyik repeat part yang bagus, yang membuatkan aku berfikir. Aku memang tabik spring la kat Hlovate ni sebab buat otak aku berfikir and rasa nak hafal suma mutiara kata dalam buku tu. (ceh gaaya macam apa da, baik hafal al-Quran kan, hehehe. tau takpe) Tapi tu la aku memang suka la ayat dia yang buat aku berfikir ni.

p/s: untuk penulis Hlovate-sorry ye copy dari buku penulis, because rasanya nak sangat share gan orang sekeliling part ni.

Sunday, August 21, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun 3 @#$%&*

gambar dari biliksofware.blogspot.com

Ok ni aku tak nak cerita panjang. Dan aku tak nak post apa-apa gambar pelik dan dasyat kat entry kali ni. Cuma...

Korang type sendiri perkataan 'mercun' kat google image tu. Nanti keluar la gambar pasal mercun.

DAN KORANG BOLEH TENGOK! Tengok... dan tengok
  1. jari-jari yang hancur berdarah sebab main mercun
  2. tangan-tangan kudung sebab mercun
  3. muka menderita sebab jadi mangsa mercun- menyesal tiada guna dah. main la lagi....
  4. Kisah mercun yang meletup menyebabkan anak sendiri mati sebab bapaknya kumpul mercun, kononnya nak buat bunyi mercun yang gempak masa akhir ramadhan, kisah last year 2010. Akhirnya anak sendiri terkorban, mayat anaknya itu dijumpai terlekat di celah dahan pokok. Kerja bapak yang takde kerja!
  5. mayat-mayat hangus di kilang mercun yang terbakar (meletup kot).
  6. On top most - kepala pecah berkecai sebab main mercun- dengan darah memenuhi jalan.

Tuesday, August 16, 2011

Kehilangan...

gambar diambil dari mywanfai.wordpress.com

Tengah aku baca blog Lady Ayu...
Ayah aku ketuk pintu, nak mintak pinjam keta kejap. Pelik jugak aku, muka cuak je ayah aku ni.
Ayah cakap dia nak g ke Machang...(hati aku kata: oh okey)
hmm...ayat pastu memang buat aku blur kejap...
terkejut...
Best friend mak aku, Chik Nor...anak dia yang sulung (lelaki) accident. Oh ok...(dalam otak aku register, maybe nak g tengok kereta dia teruk ke tak)

Tapi ayat seterusnya...
Wife dia dengan anak sulung dia meninggal... (muka aku blur)

biar betul!

bulan puasa.... kemalangan.... balik untuk berbuka puasa di kampung (dari KL).... lagi 2 minggu nak raya.... mesti persiapan dan kegembiraan nak raya dah buat dan ada.....

apa perasaan mereka, ahli keluarga..... tiba-tiba kehilangan orang tersayang....aku yang takde hubungan ni pun terasa sebak/ketat dada...bergenang air mata...
mereka?

tergamam.....
terkejut.....
sedih....
menangis.... meratap....

sihat gembira..... tiba-tiba hilang.... mengejut....

siapa sangka....
siapa terfikir....

kerap kita fikir dan mengandaikan.... "oh aku tak mungkin mati kemalangan... aku pemandu berhemah, tak mungkin mati kemalangan, paling kurang cuma kereta yang rosak atau kemik"

ya siapa sangka, ia boleh terjadi, kan....

Inilah kehidupan, sekelip mata....ia boleh hilang... janji Allah s.w.t. semua manusia akan mati...tapi kita tak tahu bila ia akan terjadi dan dalam keadaan macam mana kita akan mati....

Innalillah hi wa inna lilla hi'ro jiun...
takziah untuk keluarga arwah dan keluarga mertuanya, Chik Nor & Cikgu Sidek & Abg Masdi...kehilangan anak/cucu & anak/menantu/isteri.
Al-fatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah s.w.t.


p/s:kita pandu berhemah, tapi macam mana dengan orang sekeliling kita pulak? kadang-kadang mereka yang menjadi penyebab...apa-apa pun ingatlah...mati boleh datang dalam sekelip mata...

Monday, August 15, 2011

Beza raya kat malaysia dengan negara lain

gambar dari mohdapih.com
pemandangan sejuk mata memandang

gambar dari missviolet84.blogspot.com
tak kira apa bangsa kita, apa kerja kita, apa pendirian kita, apa prinsip kita. yang penting kita satu Islam. I love Islam

gambar dari ezlins.blogspot.com
fikir-fikir kan lah...dia mana kedudukan kita...adakah tersenarai di antara orang di atas ni?

Mak aku insist aku untuk baca slot dalam paper Mingguan Malaysia pasal 'Puasa hanya untuk sambut raya' bertarikh 14 ogos 2011, ahad.

Well, aku memang agree with the writer Noraini Abd. Razak (ini adalah penulis favorite mak aku, setiap kali keluar je slot beliau, grenti mak aku cut n urge aku untuk baca). Ketika puasa baru saja bermula, kita dah dengar macam-macam iklan untuk sambut hari raya. Ada sesetengah stesen radio yang awal-awal lagi pasang lagu raya even masa tu first week of Ramadhan.

Honestly, Malaysian memang macam ni, sambut raya gila gala meriah bagai. Kalau tengok kat luar negara, tak perlu sampai ober-c(oversea), over the river pun dah nampak perbezaan dengan budaya Malaysia ni. I'm talking about Thailand, since I have auntie from Thailand so I know a bit about Muslim in Thailand. Kalau kat Thailand saja, boleh tengok yang mereka lebih utamakan bulan ramadhan. Raya bagi mereka memang tak meriah sangat.

Kenapa aku katakan yang mereka agungkan puasa?

Sebab masa raya, kebanyakkan mereka cuma sambut sehari atau dua hari saja. Selalunya mereka dah start puasa enam masa hari raya kedua lagi. So, you see macam mana mereka sambut dan agungkan pahala berganda masa berpuasa. Sehabis mungkin mereka bolot pahala.

Tapi kita kat Malaysia ni... hah korang pun dah tau kan, yang sekarang hangat diperkatakan kat radio, surat khabar pasal 'awal-awal penuh, bila hujung-hujung lengang'. I'm talking about masjid. Mula-mula je penuh. Bila nak hujung puasa (yang merupakan masa terbaik untuk bolot lebih pahala, masa paling genting untuk jadi terdesak dan tamak pada pahala) tapi geng Malaysia ni pulak, time ni la diorang pergi penuhkan shopping complex untuk sambut raya. So, berpuasa untuk raya ke? atau nak kejar pahala?

Tepuk dada, tanya hati ye suma...

Ha, tu belum lagi cerita pasal kisah masjid kat australia or certain part in England or all over the world lah, grenti meriah dengan qiamullail, solat malam ada sampai rapat ke subuh. Bukan aku cakap semua tempat kat Malaysia tak buat macam ni, ada je buat. Contohnya kat kampung sebelah aku ni, memang very year ada buat, rapat ke pagi.

Friday, August 12, 2011

The reasons why we have problems

picture origin : halawatulfikr.blogspot.com

The Reason here is not the album of hoobastank
Nor the song The Reason is you or
not even the title of the book of The Reason for God

but the reason here to make us think about this...whenever problem appear in front of you.
The problems you face will either defeat you or develop you – depending on how you respond to them. Unfortunately, most people fail to see how Allah wants to use problems for good in their lives. They react foolishly and resent their problems rather than pausing to consider what benefit they might bring.
Here are five ways Allah wants to use the problems in your life:


1. Allah uses problems to DIRECT you.
Sometimes God must light a fire under you to get you moving. Problems often point us in a new direction and motivate us to change. Is God trying to get your attention? “Sometimes it takes a painful situation to make us change our ways.”


2. Allah uses problems to INSPECT you.
People are like tea bags…if you want to know what’s inside them, just drop them into hot ever water! Has God tested your faith with a problem What do problems reveal about
you? “When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.”


3. Allah uses problems to CORRECT you.
Some lessons we learn only through pain and failure. It’s likely that as a child your parents told you not to touch a hot stove…. But you probably learned by being burned. Sometimes we only learn the value of something… health, money, a relationship.. .. by losing it. “It was the best thing that could have happened to me, for it taught me to pay attention to your laws.”


4. Allah uses problems to PROTECT you.
A problem can be a blessing in disguise if it prevents you from being harmed by something more serious.. Last year a friend was fired for refusing to do something unethical that his boss had asked him to do. His unemployment was a problem – but it saved him from being convicted and sent to prison a year later when management’s actions were eventually discovered. “You intended to harm me, but God intended it for good…”


5. Allah uses problems to PERFECT you.
Problems, when responded to correctly, are character builders. God is far more interested in your character than your comfort. Your relationship to God and your character are the only two things you’re going to take with you into eternity. “We can rejoice when we run into problems…they help us learn to be patient.. And patience develops strength of character in us and helps us trust God more each time we use it until finally our hope and faith are strong and steady.”
Here’s the point:


God is at work in your life – even when you do not recognize it or understand it.
But it’s much easier and profitable when you cooperate with Him.


“Success can be measured not only in achievements, but in lessons learned, lives touched and moments shared along the way”


This is the five reasons why Allah uses problems


Allah Knows Best…



Tuesday, June 21, 2011

Budaya terlebih percaya...

Just wanna show these pictures:
Kedai sebelah menyebelah menjual benda yang sama : goreng pisang. persaingan sengit. (ini bukan apa yang aku nak ceritakan/tekankan disini) tapi....
kedai ni tutup hari ni. tapi kat sini(kelantan) peniaga macam sesuka hati je meninggalkan barang yang jadi bahan nak meniaga tanpa dijaga. Nampak je pisang tu, tutup gan newspaper je, sesapa nak ambil pun macam kacang/mudah/easy/ a piece of cake je. Aku pun jadi pelik, tak kira la stall kain ke, stall barang ke mereka membiarkan macam ni saja keadaannya.

Lagi satu, kat kelantan ni, terutama kat pasar siti khadijah... mereka jual item yang sama, tapi memang mereka rapat sangat sesama mereka, langsung tak cemburu dengan kejayaan perniagaan orang sebelah...siap datang menyibuk, tolong promote barang member dia lagi walau item yang dia tolong promote tu adalah barang yang sama dia jual.

Lepas tu, time nak pegi solat, kedai memang terbuka macam tu tanpa orang jaga/ duduk kat kedai tu. Mereka setakat pesan kat jiran( yang jual item yang sama macam dia) supaya tolong jualkan barang mereka kalau ada orang datang nak beli. Memang mereka ni teramat percayakan sesiapa saja-takde orang nak mencuri kot bagi mereka ni. Membuatkan aku kagum....
(apa yang aku cakap ni pernah mendapat liputan kat tv 3, kalau tak silap Majalah 3 kot.)
ni kedai sebelah kedai yang tutup kat gambar pertama. Tapi aku suka pergi beli kat kedai yang tutup tu, goreng pisang dia lembut. hehehe

Tuesday, June 7, 2011

Pakai tudung pelik...insaflah!


gaya tudung litup didepan, tapi berjuntai kat belakang.

species sama je ni gan yang atas, cuma yang ni biasa kita tengok,sebab tu tak nampak pelik dan nampak cantik.

kalau pun buat rebounding, pakai la tudung yang lebih panjang. bila kurangnya penekanan agama, maka dosa pun dipandang enteng.

Hari ni aku teman mak ke KWSP, dia nak uruskan pasal KWSP dia. So ambil menunggu mak, aku pun nak check caruman aku punya jugak.
Jadi berbarislah aku ikut giliran. Kat depan aku ada dua orang perempuan; emak dan anaknya kot. Best je dok rapat-rapat dan berborak. Oh aku tak kisah pasal mereka berbual mesra.
Cuma rasa kelakar je tengok gaya tudung anaknya tu. Kedua-duanya memakai tudung bersaiz kecil, kalau tak silap aku yang biasa tengok cousin aku yang memakai saiz S, bagi aku tudung mereka mungkin saiz XS(lebih kecil dari S), dua kali tengok macam pakai anak tudung saja. Ibunya memakai tanpa nampak rambut. Tapi anaknya? Korang tengok sendiri la macam mana dalam pictures ni, macam takleh ikat sikit rambut tu. Ambil pakai Handphone je, tak nak bagi diaorang sedar aku ambil gambar mereka.
Gaya yang dipakai budak ni memang kelakar, tapi korang perasan tak, gaya dia ni sama juga dengan orang yang pakai selendang nampak jambul kat depan? Mereka ini sama species je, dua-dua tak menutup aurat secara penuh. Cuma kita biasa tengok yang berjambul, dan kelihatan cantik kan? Tapi aurat terdedah jugak. hampeh! Pakai semata-mata untuk bergaya, bukan kerana mengikut suruhan Allah s.w.t. dan ajaran agama.
Zaman sekarang, tudung masih dipakai macam gaya kurang tamadun. Oh aku tidak bermaksud yang aku cukup betul atau bertudung labuh. Tapi sekurang-kurangnya menutupi rambut dan dada walaupun tidak labuh sampai ke punggung.

Saturday, June 4, 2011

Tips nak beli periuk memasak.


Dalam entry aku yang lepas, aku ada janji nak bagi tips tentang cara nak beli periuk. Bak kata 'alah membeli menang memakai' so kalau beli tu, biar puas hati nak pakai, biar dapat tahan lama.
Kadang-kadang kita tertipu atau kita sendiri tutup mata bila nak beli barang. Periuk ni ada pelbagai jenis dan jenama. Yang paling mahal dan stainless steel pun ada. Tapi hari ni aku nak bagi tips nak beli periuk biasa yang murah saja. Tak kira la jenama dia Crocodile/buaya atau Eagle/helang. Brand yang ni paling boleh percaya. Sebab mak aku pakai dari zaman dia baru kawin dengan ayah aku hingga sekarang ni, periuk yang dibeli tu kekal. Brand yang boleh percaya bagi mak aku ialah periuk Crocodile original. Harga dia pun RM80 je, ada 6 set dari saiz kecik hingga besar. Ada je yang jenis 9 set tapi yang tu mahal la lagi. Selalunya kita semua cuma pakai yang 6set ni je. Link yang aku bagi tu, untuk beli periuk crocodile online.
OK kalau nak tahu, banyak je jenama tiruan kat pasaran ni. Kalau kat pasaraya, ada yang kita tengok periuk yang cantik, ringan. Tapi bermutu ke? hehehe aku kalau nak beli, aku check ringan ke berat, kalau ringan memang la best, tapi adakah anda pasti bahawa ianya tebal dan bermutu tinggi? Cara nak tahu, periuk tu elok atau tidak......Aku suka tekan sikit kat hujung periuk kalau dia macam mudah melendut/mudah dibentuk..aku tak akan beli. Periuk macam tu memang ringan, akan cepat melepuh/mengelembung/rosak. Ia juga mudah menghangitkan masakan. (hehehe kalau korang tengok periuk yang dah rosak kat tepi dia tu...samaada kerja aku or orang yang baca blog ni pnya kerja la tu)
ni la simbol dia yang original dari thailand.gelap pulak, tak jumpa picture terang. sorry
Pernah tengok periuk yang dia pack dalam bentuk set kat pasaraya, yang warna hitam set 3/4 harga punya la murah giler...dalam RM35 je kot. hmm lupa lak aku tak pun dalam harga RM28 je. Memang bila still baru ia nampak amat cantik. Bagi aku yang pernah la dapat hadiah percuma dari stesen isi minyak kereta yang bagi hadiah periuk hitam, kalau tak bermutu periuk hitam ni, warna hitam akan tertanggal dan periuk itu akan berkarat tau. So jaga-jaga kalu nak bagi hadiah periuk ni. Belilah yang original dan kalau mahal tu takpe lah, asal menang memakai. Daripada tertelan karat tu, baik beli yang ok terus. Pakai sampai tua,  siap boleh pas kat anak cucu lagi. hehehe

p/s: alang-alang beli yang set 4 RM35, baik korang beli terus yang set 6 yang RM80 tu. Kalau kat Thailand lagi murah RM75.

Tuesday, May 31, 2011

SOME WEIRD QUESTIONS

This is a forwarded message I got and I want to share it with you guys...have you ever think about this, whenever you come across it in books or even when people talk or when you say it? Let's see the words we use in our life..er should I say without we think about it. We use it when others use it, right?

**********
Why is it that people say they "slept like a baby" when babies wake up every two hours?



If a deaf person has to go to court, is it still called a hearing?




Why do we press harder on a remote control when we know the batteries are flat?


Why do banks charge a fee on "insufficient funds" when they know there is not enough?


Why does someone believe you when you say there are four billion stars, but check when you say the paint is wet?


Why does Superman stop bullets with his chest, but ducks when you throw a revolver at him?


If the temperature is zero outside today and it's going to be twice as cold tomorrow, how cold will it be?


If it's true that we are here to help others, what are the others doing here?


Do married people live longer than single ones or does it only seem longer?


Did you ever stop and wonder......

Who was the first person to look at a cow and say, "I think I'll squeeze these pink dangly things here, and drink whatever comes out?"


Who was the first person to say, "See that chicken there... I'm gonna eat the next thing that comes outta it's bum."




Why do toasters always have a setting so high that could burn the toast to a horrible crisp, which no decent human being would eat?




Why is there a light in the fridge and not in the freezer?




Why do people point to their wrist when asking for the time, but don't point to their bum when they ask where the bathroom is?





Can blind people see their dreams? Do they dream??


If quizzes are quizzical, what are tests?


If corn oil is made from corn, and vegetable oil is made from vegetables, then what is baby oil made from?


If electricity comes from electrons, does morality come from morons?


Why do the Alphabet song and Twinkle, Twinkle Little Star have the same tune?


Stop singing and read on . . . ..



Did you ever notice that when you blow in a dog's face, he gets mad at
you, but when you take him on a car ride, he sticks his head out the window?

Does pushing the elevator button more than once make it arrive faster?


Do you ever wonder why you gave me your e-mail address in the first place?