Saturday, June 4, 2011

Tips nak beli periuk memasak.


Dalam entry aku yang lepas, aku ada janji nak bagi tips tentang cara nak beli periuk. Bak kata 'alah membeli menang memakai' so kalau beli tu, biar puas hati nak pakai, biar dapat tahan lama.
Kadang-kadang kita tertipu atau kita sendiri tutup mata bila nak beli barang. Periuk ni ada pelbagai jenis dan jenama. Yang paling mahal dan stainless steel pun ada. Tapi hari ni aku nak bagi tips nak beli periuk biasa yang murah saja. Tak kira la jenama dia Crocodile/buaya atau Eagle/helang. Brand yang ni paling boleh percaya. Sebab mak aku pakai dari zaman dia baru kawin dengan ayah aku hingga sekarang ni, periuk yang dibeli tu kekal. Brand yang boleh percaya bagi mak aku ialah periuk Crocodile original. Harga dia pun RM80 je, ada 6 set dari saiz kecik hingga besar. Ada je yang jenis 9 set tapi yang tu mahal la lagi. Selalunya kita semua cuma pakai yang 6set ni je. Link yang aku bagi tu, untuk beli periuk crocodile online.
OK kalau nak tahu, banyak je jenama tiruan kat pasaran ni. Kalau kat pasaraya, ada yang kita tengok periuk yang cantik, ringan. Tapi bermutu ke? hehehe aku kalau nak beli, aku check ringan ke berat, kalau ringan memang la best, tapi adakah anda pasti bahawa ianya tebal dan bermutu tinggi? Cara nak tahu, periuk tu elok atau tidak......Aku suka tekan sikit kat hujung periuk kalau dia macam mudah melendut/mudah dibentuk..aku tak akan beli. Periuk macam tu memang ringan, akan cepat melepuh/mengelembung/rosak. Ia juga mudah menghangitkan masakan. (hehehe kalau korang tengok periuk yang dah rosak kat tepi dia tu...samaada kerja aku or orang yang baca blog ni pnya kerja la tu)
ni la simbol dia yang original dari thailand.gelap pulak, tak jumpa picture terang. sorry
Pernah tengok periuk yang dia pack dalam bentuk set kat pasaraya, yang warna hitam set 3/4 harga punya la murah giler...dalam RM35 je kot. hmm lupa lak aku tak pun dalam harga RM28 je. Memang bila still baru ia nampak amat cantik. Bagi aku yang pernah la dapat hadiah percuma dari stesen isi minyak kereta yang bagi hadiah periuk hitam, kalau tak bermutu periuk hitam ni, warna hitam akan tertanggal dan periuk itu akan berkarat tau. So jaga-jaga kalu nak bagi hadiah periuk ni. Belilah yang original dan kalau mahal tu takpe lah, asal menang memakai. Daripada tertelan karat tu, baik beli yang ok terus. Pakai sampai tua,  siap boleh pas kat anak cucu lagi. hehehe

p/s: alang-alang beli yang set 4 RM35, baik korang beli terus yang set 6 yang RM80 tu. Kalau kat Thailand lagi murah RM75.

8 comments:

lia said...

hi,salam perkenalan...thanks sudi berkongsi tips..mmg sy skrg ni tgh mencari2 nk beli periuk yg bagus..seronok rasa bila terjumpa entry tentang mcmana nk pilih periuk....:)

Yong said...

hehehe salam to you too lia. thanks tinggal jejak kat sini. rasa happy klo dpt tolong orang ni.
oh ya, klo beli kat thailand lagi murah RM75 je.

Anonymous said...

thanks for your info...mmg sedang mncari2 periuk yg mampu milik&tahan lama.kalau brand crocodile tu,camne nk tau ia btul2 ori?sy prnah jumpa gambar buaya yg tegak lurus& yg melengkung...mana yg lbh blh diprcayai?

Yong said...

er nti jap sy buka blog yg jual periuk,klo ada sy pas kat sini.

mekar said...

Niat nak beli periuk kukus cap buaya yg besar. selama ni beli tapi saiz kecil. tak muat nak masuk loyang bagai. tq atas pencerahan.

K said...

hai salam perkenalan..saya tengah cari info nak belikan mak saya periuk..berguna tips yang awak beri...ada masa singgah blog saya k..

khairulbariyahmasrakin.blogspot.com

kedai online malaysia said...

hrga murah ker borong ni? dekat google sy ada nmpk webste yg jual byk brg pelik2,,, kt sini www.kedaionlinemy.com

Dolls said...

Sya beli pengukus cap kuching tp bru pkai sebulan dh mcm tutup dia dh lari. Xleh tutup dgn betul layer kedua mengembang kenapa eh jdi mcmtu?