Tuesday, September 27, 2011
Habis kotor keta aku!
So pagi tadi nak pergi keja. Sengih lebar tengok kereta bersih you!
Tapi habis musnah mood aku bila ada satu keta ni, dia keluar dari lorong rumah dia kot. Tayar keta dia berselut, kereta dia pun.
Keta ni masuk la kat depan keta aku. Dah la aku nak rushing sikit ari ni. Gerammmmmmmmmmmm..............
Tau apa jadi dengan keta aku? Mesti korang pun dapat imagine dah, apa yang berlaku. Oh bukan aku langgar keta dia pun.
Tapi habis keta aku berpalit dengan selut jugak, sebab tayar keta dia tu lah. Keta aku baru basuhhhhhhhhh. Habis kotor keta aku tau. Sakit la hati aku ni. Menyumpah jugak la aku even aku tau bukan salah driver tu pun. Tapi hati ni geram oh, kereta baru basuh dah berpalit lumpur di pagi buta. Membebel aku sensorang dalam keta.
Masa balik keja, colleague aku tegur aku awat keta berselut tompok-tompok, masuk tempat berkubang mana sampai kotor macam bawak kereta terjun sawah-sound macam keta aku bajak sawah..hadeh..aku pun ceter gan dia dengan penuh geram kat driver tadi.
Aku dah malas nak basuh dah ari ni. Lap je la keta tu pagi esok sikit.
Monday, September 26, 2011
Happy day!
Kenapa?
Aku bangun dengan penuh bertenaga. Er tapi kan...otak aku asyik la pikir - nak amik cuti..nak amik cuti... tapi kan... aku pergi jugak ke sekolah. Pastu kan...yang bestnya bila pakat orang puji baju aku yang glitter ari tu. Alos yang warna hitam yang aku jahit sendiri tu. hahaha.
Penuh tenaga betul aku ari ni. Banyak kerja selesai. Rasa nak stay kat tempat keja je ari ni. Ops terlebih rajin pulak kan. Tapi aku tak stay pun. Aku pegi beli RFC, dah janji gan mak aku. Pastu aku pergi beli oat aku. Bekalan untuk 2bulan.keh keh keh. Sengal kan. Aku bantai beli banyak kat Mydin sebab harga dia lagi murah dari Tesco. Tesco ari tu aku tengok sampai jejak RM14.59 sen kot. Gila la mahal. Selalunya paling tinggi RM12.90 saja.
yang ni percuma oat quaker. RM11.59 je harga quaker oat tu, siap dapat bekas ni lagi.Pastu kan, aku main game LUXOR dan aku dapat ke stage 10 sudah -dari stage 8 tau! punya la berbulan aku main kat stage 8 tu. syukur ...hahaha main game penuh dengan kesungguhan tau.
Pastu aku basuh keta lagi petang tadi, even sebelum tu hujan. Ye la kan, dah kena bebel gan mak aku dah, dia kata keta aku tu dah kotor sangat. Ye ke? Malam ni aku nak baca novel lagi kot. hahaha baru beli 3 lagi novel baru!
Sunday, September 25, 2011
GA header from LadyChenta
Er well aku rasa macam aku ni greedy sikit. Sikit? Tah ar, banyak pon boleh la. Aku nak lagi Header from LadyChenta boleh? Sebab suma kawaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat. Aku kalau tak, payah kalau nak buat Header ni, tak reti dan malas. huhuhu penyakit M tahap dewa ke 12.
Entry lepas kan ada dah aku post yang Header aku dapat dari Lady Chenta kan...comel kan. hehehe boleh nak lagi satu ye ayu....please.......
hurm kalau boleh nak yang gambar skuter pink ari tu, sampai sekarang dok terbayang that Header sebab super kawaiiiiiiiiiiiiii...gambar pompuan rambut kaler kuning dok atas sofa tu pun cun jugak. pastu yang gaya dok berangan tu pun cute jugak. hehehe. Kalau dapat yang lagi kawaiiiiiiiiiiiiii lagi baiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk. hahaha.
Now dalam malas-malas nak buat entry, kena buat jugak sebab nak dapat Header tu jugak. hahaha. Huh, tadi intai kat entry GA Header LadyChenta tu, wow ramai tu nak compete. Adei la, dapat ke tak ni ye...
Wednesday, September 21, 2011
DAPAT HEADER DARI LADY AYU!!! KAWAIIII!!!!
comel tak? comel kawaii gitu. Bangga aku dapat Header ni! Thanks Ayu!!!!! OK OK now tengok aku punya belog ni..hehehe ubah decoration sempena header ini. really thanks to you Ayu!Tergerak hati nak check comment. Ye la kan, aku dah lama tak post apa-apa kat sini. Sapa nak komen.

Sekali tengok comment dari Lady Ayu! Paling best bila dia suruh bukak email. Oh really sorry, lama aku tak peduli email aku dengan blog aku ni.
Bila tengok kat email yang dah jejak angka 57 email yang belum dibaca. Alamak! banyak tu! so aku scroll cari nama Lady Ayu, jumpa! Email lain aku tak peduli, aku baca yang ni dulu. hehehe. Huh, sekali tengok tarikh hantar- Sunday! Makaih, gila lama aku tak belek email aku. Paling last hari Jumaat lepas. Ari ni dah hari Rabu! Patut la menyemak penuh email aku dengan langganan aku.
Surprise! Aku dapat HEADER!!!!! Header khas untuk aku. hahaha REALLY THANKS TO YOU, AYU!!! Bangga kerana aku antara yang terpilih dapat Header buatan Lady Ayu! Ye la kan, nak harap aku buat, memang aku tak pandai langsung! Tiap kali masuk blog Lady Ayu, asyik tengok header yang comel kawai sangat bangat tu. Benda pertama nampak bila masuk rumah blogger lain, grenti header. Selalu yang comel tengok kat blog ayu.
Saturday, September 17, 2011
Wedding Nadia d Ipoh Perak
I've been busy lately. :-P getik je bunyi. hehehe. Busy gan overtime, gan novels kena baca banyak. Ces gaya macam novel tu masuk exam besar kan.
Sebenarnya aku takde kat umah pun. hehehe Poyi Perak, ada kenduri kawin member. Besar mandat dia ya, siap orang kelantan turun perak lagi you! Semata-mata nak memeriahkan majlis kawin kawan aku ni sorang. Ops, bukan aku ada seorang kawan sahaja ya! Jangan salah faham! Ini salah seorang dari kawan aku yang berjuta-juta (exaggerate banyak hehehe).
Majlis dia hari ni la, lepas majlis dia tadi, terus aku and family pecut balik kelantan. Ye la, kelantan kerja dah esok ni. Tak macam Kedah, diorang tarik cuti hari jumaat ke hari ahad. Oh sungguh aku jealous you!
Cuak aku tadi, sebab Nadia kata dia sanding pukul 1p.m. Aku pun sebab nak tengok dia sanding, aku sharp ada kat sana pukul 1. Nanti punya nanti, dia datang pukul 2.30 dah. My Allah! aku cuak kot lambat sampai kelantan. Dah close to tears dah tadi (er lately aku mudah berair bijik mata ni).
Mak Nadia pun cerita jugak tadi masa nak akad nikah, Nadia dah menangis dah sebab...hmm aku lupa sapa yang tertinggal borang nak akad nikah kat pejabat. Samaada Hubby dia, which is so tak masuk akal sebab hubby dia keja kat KL. KL-Ipoh quite jauh jugak. Nadia sendiri lupa? Lagi tak logik sebab dia keja kat Penang. Hurm rasa-rasa macam tukang akad nikah tu yang lupa, sebab dia je yang ada office kat Ipoh tu. Tak pasal-pasal kawan aku punya majlis ni delayed banyak. Ya la, lepas akad pukul12, yang sepatutnya lagi awal tu. Dia kena make up bagai kan, dah la wedding punya make up, lama. Tu la sampai delayed ke pukul 2.30. Kesian dia.
Aku grabbed dia terus masa dia turun kereta, semata-mata nak take picture gan dia, mak andam ke sapa tah dah membebel bila tengok aku tarik nadia ni macam hak aku saja. hehehe selamat la nadia n her parent tu paham yang aku datang dari jauh untuk nadia and kena balik awal, esok keja kan. hehehe. Sempat la aku tengok dia bersanding, aku snap picture jauh je la. Dia dah jadi diva of the day kan. ops salah queen ari ni, soma-soma spotlight ada kat dia. Professional photographers pun sampai 4 orang kot aku tengok tadi, lom masuk sepupu sepapat dia lagi.
So, Selamat Pengantin Baru, Nadia! Semoga sentiasa dalam keberkatanNya, dan bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...
Thursday, September 15, 2011
Kenapa aku malas?
gambar sesaja sebab taknak kasi entry tak ceria, ha siap letak matahari biar celik mata sikit aku ni. urm bukan ke matahari buat mata silau? ni gaya aku mengular kat office, orang masuk kerja, buat kerja. Aku masuk time kerja, dok baca belog gan type entry. memang tak patut diikut.apasal eh, bulan ni macam aku ni pemalas gila-gila bab mengupdate belog kesayangan aku ni? banyak je idea ada nak bercerita. Tapi malasnya.....masyaAllah memang la, payah nak mengubat bulan ni. Besar sangat huruf 'M' aku bulan ni.
Memang effect aku punya life lah. Tah kenapa tah. Konon nak update pasal novel aku baca, tapi tu la...
busy?
agak la... gan banyak ober tim (over time) ni lagi.
Pelik, aku boleh tidur dengan nyenyak even tak abis baca novel. Siap boleh letak novel tu lagi, bila tengok jam dah pukul 12 malam. Selalunya, aku kalau tengah excited memang tak akan letak novel. Dah tak excited ke aku sekarang ni?
Hmmm tapi aku boleh tulis surat 5 helai kat kawan baik aku lagi. hehehe gan dia memang aku sentiasa excited. Ok sharifah, kalo hang baca ni, memang betul ni, aku sentiasa excited kalau dapat berborak gan hang tau. Kan best kalau hang pun keja dekat gan aku. Gamaknya aku sentiasa ajak hang outing sesama. sebab now hidup aku agak boring jugak.
hari-hari aku cuma online, baca diari hidup orang - ayu, syaheeda, azizah, baca novel orang- acik, bella, er memang banyak. hehehe sebab diorang bukan update selalu. oh tapi acik lana tu memang update selalu novelnya.
Monday, September 12, 2011
Goodnight...

mengantuk sangat ni. Really la..baca novel on line sambil pejam-pejam sikit, tido 10 minit, celik 5 minit. hehehe. Letih ari ni buat overtime.
Ok adios amigos (tak tau pun maksud amigos tu pekebenda). Doze off. Light off(tak off pun, aku tidur dalam terang, takut sesat dalam mimpi). Eyes shut down (macam komputer pulak).
Wassalam....
Sunday, September 11, 2011
Sedih - kisah seekor anak kucing...
Jealous?
Tak aih... buang karen (sebutan orang kelantan untuk electric current) je aku nak jeles bagai ni.
Ini la kisah asal aku nak cerita:

Masa kat traffic light nak masuk simpang ke kampung nenek aku....(gila sebak ni,..sob...sob...sob...) ada lori kat sebelah kereta aku. Lori ni gerak dulu sebab laluan dia boleh gerak lagi. Lepas je lori tu gerak, aku perasan ada anak kucing hitam ni.... 2 kaki kat belakang anak kucing hitam ni...kena gilis dengan lori tu.
Memang aku menitik air mata lah, sedih gila tengok anak kucing tu. Cuba korang bayangkan, anak kucing tu masih hidup.... dia guna kaki depan dia untuk bergerak, dia seret kaki belakang dengan ekor dia untuk ke tepi jalan... mesti sakit gila... 2 kaki bahagian belakang dengan ekor kena gilis....
Budak kat belakang aku; anak angkat mak aku ni dah menangis dah. Aku pun dah menangis jugak, tapi takde la meraung. Dia dok gesa mak aku suruh ambik anak kucing tu....aku memang dah nak turun ambik anak kucing tu dah. Pastu ada pakcik gan makcik dengan motor pergi kat kucing tu, dan ambik anak kucing tu.

Ya Allah, sedih gila tengok anak kucing tu...tah apa nasib anak kucing tu... entah dapat hidup ke tak...
Tak dapat aku bayangkan kesakitan dia, 2 kaki hilang...seret kaki belakang guna kaki depan untuk mengelak kereta yang banyak-banyak tu.
Sampai pagi ni aku ingat. Memang asyik dok teringatkan anak kucing tu, tiap kali teringat kat anak kucing tu, grenti aku menangis.(sekarang pun aku dok menangis gak ni..sob...sob...sob...) bet kalau korang tengok keadaan anak kucing tu pun korang menangis...semoga terus hidup. Kalau dah teruk sangat, biar la Allah s.w.t. ambil je nyawa dia...aku yang tengok ni pun tak tahan tengok, ni kan pulak kucing tu yang menanggung sakit.
Friday, September 9, 2011
Believe it or not!
hahaha tajuk aku letak ni memang tak leh blah betul. Tapi itu la dia, memang macam tak percaya je aku boleh tinggal je blog aku yang menjadi buah hati aku selama bertahun-tahun ni.
Bukan menghilang ke mana-mana pun, ada je kat sini lagi. Takde lagi kena outstation meredah hutan belantara segala. hihihi. Banyak je nak cerita kat blog ni. banyak nak diluahkan. Tapi tu la, tak menyempat masa.
Aktiviti 2-3 hari ni memang boleh kata penuh jugak. Tempat kerja aku tu buat sambutan hari raya so memang aku join menjayakannya. Aku kena tugas mencari bahan makanan utama yang dihidangkan.-satey and roti.
Satey glamor terkenal kat kelantan ni Satey Baung. Baung tu bukannya haiwan tapi nama tempat kat sini. Area Pengkalan Chepa. Kat situ memang penuh tukang buat satey lah. Kisah lebih kurang Satey kajang sudah. Satey kajang kan nama tempat jugak bukan nama daging haiwan. hahaha. Oh ingat kat Satey Haji Samuri kat kajang tu. Tapi kuah kacang kat kelantan dengan Kajang ni berbeza warnanya. Warna kat kelantan lagi merah garang gitu, bukan kuning pucat. hehehe.
Oh pastu aku ada la buat kek kukus asam manis dengan puding biskut marie tu. Saja nak memeriahkan majlis makan-makan raya ni. Kalau tak memang aku malas buat. Selalunya kalau ada pot luck memang aku tak buat apa pun, masuk makan saja. hahaha pemalas kan. Makanan order je, dah pungut duit dah untuk potluck tu, sesapa nak bawak makanan dipersilakan. Lastly makanan tak habis jugak, sebab tu malas buat tu. (cakap je pemalas, takyah buat alasan pelbagai,kan ;P)
pergi shopping novel, baca novel, meeting sana-sini. ;-P konon-konon orang besar la tu ye(bunyi macam gedik je hehehe) jap lagi aku nak post novel yang aku beli, jangan jeles ye suma. hahaha. Saja nak letak entry baru, baru banyak entry bulan ni, dah berhari kot aku tinggal blog aku ni, tapi alhamdulillah, nampaknya stat aku ni naik banyak berbanding sebelumnya.
Monday, September 5, 2011
12.00 a.m....
Masih celik. Mata dah penat dah, badan dah sakit ni. Otak pun dah kata letih. Tapi hati ni pulak yang keras semacam. Nak jugak type something kat sini.
Memang banyak cerita nak cerita kat sini. Aku dah reserve tempat untuk 4 Sept untuk post entry pasal kelmarin (4Sept) - Keluar beli segala yang aku sebut aku nak beli. Habis jugak duit aku sampai RM1700 untuk beli segala external hard disk tu.
Ok nanti aku post dalam 4 September punya story ye.
Nite everybody....zzzzzzzzzzzzzzzz
Sunday, September 4, 2011
12 midnight...
Sleep...sleep but my eyes is so stubborn to cooperate with my brain. They don't want to close the lids. Ergh.... now I keep counting...not the sheep but what I want to do tomorrow.
First, I want to go to Muda Osman bookstore, gonna use my voucher , don't want to waste it since it is hard to get more discount nowadays. huhuhu. Budget = Rm300
Second, I'm gonna buy toshiba external hard disk 1 terabyte. = Rm300
Burn RM600 here.....
I cannot cut the expense for books. It is essential for me. And for external hard disk, I need to buy it as a back up since my old HD has only a very little space left.
Friday, September 2, 2011
Just ignore this entry ok!
Everything's slow down in the blog page. Well, it is because of hari raya kan. I've been waiting to read another live story whenever I turn on my lappy. but Frustrated as I am now... nothing much I can see here.
Er, talk about others. How about me? hehehe so here I am, updating my own page. What am I doing today ye? Nothing much really...
I've been thinking to redecorate my room. But since my ayah told me he wanted to renovate the house, I don't think it is a right time to redecorate my room. Urgh, it's a mess now.
What I'm babbling about? Just ignore this nonsense talk. I just want to post something for today's entry actually, just to make it more alive because of the raya mode is still on us. Read between the lines, nobody on the line to post an entry though.
Still on the fulfilling the lack of space stomach...it's hari raya anyway...eat as much as you can eat and wait until you vomit.
Why did this entry sounds like a poetry? (I'm on my perasan mode). I think it is because of novel Selamat Tinggal Sayang...by Ma Lee Chuswan.
Wednesday, August 31, 2011
Raya + Merdeka + Birthday adik
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
hmm kena nyanyi ke?
Ok...ok....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan adik kesayanganku....
Allah selamatkan kamu....
heheheh bukan nak memalukan dia, cuma gayanya tu lawak je. pakai plastik wat topi, cam budak-budak je.
Tuesday, August 30, 2011
Raya pertama aku 2011
tengok! kakak-kakak ipar aku dua-dua kecik. bakal adik ipar aku lagi la kecik. Aku? lagi besar dari depa. Family Ab. Aziz raya tahun 2011. Adik aku takde.
Pagi raya, lepas solat raya. Kitaorang salam raya ramai ramai. Er ramai ke? Tak pun adik aku awal-awal lagi salam raya pukul 7.30 sebab dah kena pergi kerja. Salam raya Cuma aku, abang and kakak ipar aku yang nombor dua saja dan my parents.
Tunggu tetamu, lepas je tetamu balik, macam biasalah…kitaorang pecut balik ke kampong. Ayah aku memang selalu akan balik ke kampong dia dulu sebab jalan ke Pasir Mas tu memang bakal jam kalau dah petang-petang. Kalau raya kedua, lagi la jam jalannya.
Tengahari tu baru bertolak balik ke sebelah mak aku pulak. Kat sini suma abang-abang aku datang berkumpul. Kalau kat belah mak aku, banyak rumah kena jenguk sebab suma pakcik and makcik mintak singgah rumah depa ni jadi kitaorang bergerak ramai-ramai g rumah pakcik-makcik aku.
Masa singgah rumah ayah chik aku, dok berbual dan makan-makan. Abang aku yang sulung dok tengok gambar kat dinding. Sekali tu, terpandang gambar atuk gan nenek aku kawin zaman dulu-dulu. Kakak ipar aku cakap la yang muka adik aku sama gan atuk aku masa muda-muda. Pastu baru pakat perasan yang muka adik aku memang sama gan atuk aku dulu kala. Hehehe punya la lama hidup, sekarang baru tau yang muka adik aku tu copy paste muka atuk aku.
Kakak ipar aku kata hensem jugak atuk aku masa muda-muda dulu. Hehehe.
Keturunan orang hensem…
Aku? Hampeh…(hoi! Tak reti bersyukur langsung gan muka ko tu!) Eh tak lah, aku bersyukur lah. Cuma tension bila banyak benda tak boleh makan sebab masalah peyut gan kulit nih. Perut kebal, kulit sensitip, sakit gak jhiwa aku ini bila tengok kuah satey tu. Aku cuma boleh makan satey sahaja, sedangkan aku suka makan pecal tu dengan roti.hua… kalo makan grenti jerawat naik punya. Perut pulak terlebih kebal, makan la makanan basi ke apa ke, orang lain chirit bhirit aku dengan relax je tengok depa.
p/s:Takde orang nak sponsor aku buat rawatan kulit ke? Kasi hilang parut jerawat aku ni. Hehehe.
Kad raya untuk semua blogger dan pembaca
Ok sebelum terlambat, even dah letih gila-gila dah ni. Sebab ari ni bertungkus lumus siapkan kek-kek untuk bagi kat orang dan final touch up untuk baju raya aku. Ni aku nak bagi kat suma orang yang baca blog aku, iaitu---> KAD RAYA! hehehe penuh usaha aku mencari gambar terbaik. Lastly, aku pilih yang paling simple ni.
Otak aku terlebih kreatif ari ni sebab kerja ari ni membuat kek dan menjahit baju--semua perlukan kreativiti dan jadi kreatif. Aku orang yang bukan skema, tak terlalu ikut recipe dan jahit main bantai sesuka hati sampai kena marah gan mak aku. hahaha. Er dah lari topik dah---aku nak cakap aku rajin nak pikir pantun hampeh sempena raya ni.
Thursday, August 25, 2011
Sales!!!!!raya punya pasal la kan
earphone cute aku yang warna purple ni, nampak macam butang baju je. hehehe. happy to be back again uploading my own pictures.
ni la high hell aku untuk raya nanti, saja je nak kasi seksa (hell) kat kaki kan. murah sahaja, sebab tu aku angkat satu. nak tau harganya? RM29.95 je lepas 50%.
hohoho ni la benda penting bila datang bab nak upload pictar(pictures) banyak aku ni. baru ganti gan yang ni, lepas yang lama tu 2 week rosak.(brand sama tapi warna hijo)
Pastu masa balik dari tempat keja semalam pulak, aku punya kereta punya mp3 moderator pulak la rosak. Hmm rasa macam fius dia je rosak, so tadi alang-alang keluar, aku pergi cari jugak la nak buat ganti.. Tapi member aku yang terer bab barang-barang changgeh gini kata fius aku tak terbakar pun, wayar dalam fius tak putus pun. Hurm, aku tak nampak pun ada wayar dalam menda nih. hehehe mata rabun sangat la nih.
Lepas jenjalan menjejak barang ni, kawan aku ni Chek Mask, masuk kedai Vern - fullamak weh, murah je 50% diskaun. Hadeh! dugaan betul. er sebenarnya aku bukan high 'hell' girl (heel sebenarnya- hell sebab seksa diri pakai benda yang menyakitkan ni). Rembat jugak satu, sebab aku jenis kaki besar panjang lebar gemok bagai kan. Tah zaman bila la aku nak menyarungnya. Hmm maybe 3,4 kali pastu aku sangkut saja, kasi buruk. huhuhu.
Wednesday, August 24, 2011
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
Menghilang sekejap, bukan ke mana-mana pun cuma TIDUR JE. hehehe biasa la, letih owh. Kelmarin hari selasa aku letih sangat nak online. Lepas je solat terus tido, sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam, entah kenapa tah aku tersedar. Maybe otak aku ni hantar message yang today is my birthday kot n Allah s.w.t. suruh aku bangun solat sunat sebab tu terjaga tu. hehehe. tu pun liat nak g amik wuduk. Hadei la, ayat aku kat diri sendiri yang pemalas. 'Kau, time ni syaitan dah takde so memang bukan hasutan syaitan kalau kau liat nak pergi amik wuduk ni. Kau jangan la pulak nak ikut jejak syaitan pulak, hasut diri jadi pemalas!' So, aku dengan gagah berani pergi amik wuduk. hmm wat solat sunat lebih sikit dari biasa. hahaha hadiah hari jadi untuk diri sendiri la tu kiranya kan. Aku hadiahkan pahala untuk diri sendiri. Pahala berganda bulan Ramadhan ni. So aku rebut peluang yang ada ni. Pastu aku sambung balik tido pukul 3 pagi, mata aku ni kerja dia mengantuk je.
So,
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
Pastu, kawan chat aku yang memang dah lama hmmm dekat 4tahun dah, yang every year wish aku; Mr Apeks wish aku lagi tahun ni. Thanks la kawan sebab sentiasa ingat birthday aku ni. Er selamat ada Tagged reminder la untuk aku remember birthday dia jugak. hahaha. Thanks again ye.
Pastu Sha kawan masa zaman u pun msg aku jugak, tak berjaya menjadi orang pertama, kesian dia. Takpe-takpe, ingatan tu lebih penting.
Orang yang aku nanti wish dia, tak wish pun. hurm takpe la maybe dia busy kot...
Sebenarnya hampir aku lupa jugak birthday aku ni, hingga la my nephew aku remind aku pasal birthday aku. Coz aku gan dia beza 4hari.
Tahun ni takde kek pun. Tapi aku tak kisah pun, sebab aku kira on diet gak la. Kurangkan makan makanan berat. Kek yang my nephew aku pun aku makan secubit je. hehehe risau nanti pipi tembam. Kakak tempat kerja aku yang rapat gan aku, kakak comel tu dah nampak chubby sikit dah sebab dia kata dia bantai kek lapis sarawak sebijik dia sorang. hahaha kelakar la, memang sakan dia bantai.
Hadiah untuk diri sendiri? Hmm aku dok pikir nak beli buku pakai baucer Muda Osman je nanti, budget nak abiskan RM200-300. Dok tunggu stok buku yang aku follow online ni keluar bulan depan. Penulis tu, Acik Lana kata keluar lepas raya. Takpe la lambat dapat pun.
Nak beli tuk my nephew jugak buku. Malas aku nak bagi hadiah baju coz dia cepat membesar lah. Baik beli je buku untuk dia kan.
Hadiah yang Allah s.w.t. bagi sempena Ramadhan dan Hari Lahir aku:
- Sedarkan aku selepas tidur malam untuk solat sunat.
- Dah tahu nak solat sunat tasbih, belajar kat tempat kerja aku, diorang anjurkan solat sunat tasbih dan aku first time buat kat tempat kerja aku tu.
- Bagi aku kekuatan dan semangat untuk solat sunat.
- Pahala berganda.
- Lembut hati nak buat amal lebih
- Bagi masa yang banyak untuk aku buat solat sunat bebanyak. (Allah lapangkan masa aku).
- Lucky hand- aku pick nombor kutu yang betul, dapat duit kutu time nak dekat raya, time orang lain dah nak kering duit sebab nak beraya.
- Duit claim masuk (ramai kata lambat proses, tapi aku dapat cepat je bulan ni)
- Bonus dapat
- Duit jual kertas kat recycle.
- Gaji dah masuk hari ni jugak.
- Pihak pentadbir bagi biskut raya (nak cerita jugak ke? oh mesti lah)
- Sales gila-gila (boleh tambah koleksi baju aku! lain kali tak payah beli kain dah).
- Dapat baucer diskaun buku sempena hari lahir aku(boleh borong buku lagi, my favourite activity memang baca buku)
- dan banyak lagi yang most time aku ni take things for granted kan. Aku bersyukur pada MU, Ya Allah..alhamdulillah...
Saturday, August 20, 2011
Pom Pam Pom Pam mercun@#$%&*
Hari ni kisah pasal mercun. Selalu je tiap kali menjelang raya ada bunyi ni kan. Tak lengkap raya tu kalau tak bakar duit ni. So, mana-mana yang suka mercun tu, n tak dapat nak cari supplier mercun untuk main mercun, boleh la korang bakar je duit. Ha kalau bakar duit ni pun sama je.... lagi marak kot. Berkepul-kepul asap keluar. hehehe so sarkas-stik la pulak.
Geram jugak gan orang main mercun ni. Tak kira masa nak main. Ada tu sengaja je main time orang dok solat terawih. Memang la bengkak hati gua nih. Rasa terbakar sama cam depa ni bakar mercun tuh je.
Mana taknye, orang dok nak kusyuk solat, diorang mangkuk hayun ni@#$%& pasang mercun. Kalau mercun papan yang bunyi panjang dan tak berapa nak kuat tu takpe la jugak. Ni tak, sekali diorang pasang mercun bola tuh. Er or 'bedil' bola kot yang selalu orang kelantan dok sebut tuh. Tak pun pasang yang mercun botol tu. memang la bengkak hati!
Diorang ni memang sengaja nak test jantung orang tua masing- masing kot. Aku yang muda ni pun boleh tersentak-terkejut, ni kan pulak yang tua. Tak pasal-pasal ada je yang menyumpah dalam hati time solat. Adei, memang la korang tanggung dosa buat orang menyumpah dan tak kusyuk solat.
Aku ada rasa macam nak join jugak je. Rasa macam nak amik satu, n baling kat depa mangkuk plastik nih, kasi berkecai. Uhuh ni kira manslaughter ke? hehehe. tak sengaja ok! ha kira macam memain baling mercun gan depa ni lah. Er boleh pakai ka? memang kasar la tu main baling mercun kan. Ingat ni main snow ball ke? nama ball je sama ok. tapi ini adalah mercun ok. So ball firecracker ok! not snowball.
P/S selamat depa tak baling gan fireball kan. hahaha. Kalo tak, bankrupt la insurance company.
Friday, August 19, 2011
Alegik lagu raya?
Aku memang alegik gan lagu raya. Huh, sekarang kan lagu raya memang banyak kat radio. Ha, kalau dapat sampai kat telinga aku, grenti aku pergi tutup or alih channel radio tu. Alegik...alegik...
Dalam kereta aku, memang aku on radio orang putis sebab radio orang putis ni takde lagu raya. well at least, sepanjang aku dengar, takde lagi la sampai kat telinga aku lagu raya. Maybe sebab takde lagu raya yang lirik orang putis. semua lagu raya lirik orang melayu. hehehe. Lucky la tuh. Takde la sakit jiwa kan.
Awat aku tak suka dengar lagu raya?
Aku rasa macam ramai je yang sepisis gan aku nih. Pantang dengar lagu raya. Over? Takde lah, stress what. korang tak stress ke? kerja bertimbun tapi ada orang happy dengar lagu raya dan nak raya sebab takde keja lain dah. Wah sakit jiwa aku, aku banyak kerja nih. At least, nanti aku dapat cuti ok!
Aku start alegik lagu raya masa bila eh? Ok masa aku study kat ukm lagi, sebab time nak balik raya kan banyak assignment kena submit sebelum balik. Orang pasang lagu raya time ni memang nak kena maki hamun gan aku dalam hati la (mana berani pergi ketuk pintu bilik orang n maki hamun depan-depan kan). Stress ok.... otak jammed time tu sebab lagu raya. Aku terpaksa pakai headphone sebab tak nak kasi dengar lagu raya. Aku turn suma lagu jadi lagu rock n lagu nasyid. Well aku ni memang cherish all music so memang aku bantai suma, asal BUKAN LAGU RAYA!
Tapi aku enjoy je dengar lagu raya bila ia bukan pada bulan ramadhan or syawal. Asal jauh je dari 2 bulan ni, aku boleh dengar. hahaha apa kes nak dengar time bukan sambutan dia kan, tapi itu la aku. Hail the music! hehehe sengal kan.
Thursday, August 18, 2011
Aku takut kucing!
Ok aku takut kucing!
Sebabnya, kucing kan suka cakar mencakar. Dan Kejar orang. Er bunyi macam anjing ke? Tak lah, kucing lain sikit. Dia kecik. Tapi aku still takut jugak. Bukan geli. Aku tak kisah bab bulu dia.
Aku paling tak suka bila dia start ikut aku atau nak bermanja gan berguling-guling dekat aku. Jap lagi grenti dia angkat kaki dia nak mencakar kan.
Dulu, kawan-kawan n adik beradik n sepupu sepapat aku suka usik aku gan kucing, dia bawak kucing dekat aku or letak atas riba aku. Huaaaa... paling tak suka. Paling gemar bergurau kasar gan aku adalah abang aku la. dia saja amik kucing dan sua kat muka aku.
Pastu kemuncak aku gan kucing bila aku kena tinggal gan kucing selama seminggu masa study dulu. Roommate aku jaga kucing member dia yang balik kampung. Sabar je lah. Aku sampai tak jejak lantai bilik. Asal aku jejak je lantai mesti kucing dekat. Aku boleh je main gan kucing tu sebenarnya, setakat main aku dok atas katil n dia kat bawah. Anak kucing je pun. So boleh la aku usik gan bola benang segala kan. Oh roommate aku memang favorite dia kucing. Memang provide segala kat kucing ni. Even bawak haiwan peliharaan dalam hostel tu salah, dia wat selamba badak je.
Aku sebenarnya kesian kat kucing, bila tengok kucing kena buang ke, or mati kena gilis gan keta. Tapi tu la, aku seram gan kucing. Aku kekadang bila tengok kucing ni, terfikir nak tubuhkan badan penyelamat kucing yang kena buang lagi tau.
Oh ye, now aku dah kurang takut gan kucing lepas kena kurung gan kucing oleh roommate aku kat dalam bilik dulu. Tapi kalau kucing tu wat gaya over nak bergurau kasar macam gigit mengigit or berguling-guling or cakar-mencakar dekat aku, aku lari gak.






