Tuesday, August 30, 2011

Raya pertama aku 2011




tengok! kakak-kakak ipar aku dua-dua kecik. bakal adik ipar aku lagi la kecik. Aku? lagi besar dari depa. Family Ab. Aziz raya tahun 2011. Adik aku takde.

Pagi raya, lepas solat raya. Kitaorang salam raya ramai ramai. Er ramai ke? Tak pun adik aku awal-awal lagi salam raya pukul 7.30 sebab dah kena pergi kerja. Salam raya Cuma aku, abang and kakak ipar aku yang nombor dua saja dan my parents.

Tunggu tetamu, lepas je tetamu balik, macam biasalah…kitaorang pecut balik ke kampong. Ayah aku memang selalu akan balik ke kampong dia dulu sebab jalan ke Pasir Mas tu memang bakal jam kalau dah petang-petang. Kalau raya kedua, lagi la jam jalannya.

Tengahari tu baru bertolak balik ke sebelah mak aku pulak. Kat sini suma abang-abang aku datang berkumpul. Kalau kat belah mak aku, banyak rumah kena jenguk sebab suma pakcik and makcik mintak singgah rumah depa ni jadi kitaorang bergerak ramai-ramai g rumah pakcik-makcik aku.

Masa singgah rumah ayah chik aku, dok berbual dan makan-makan. Abang aku yang sulung dok tengok gambar kat dinding. Sekali tu, terpandang gambar atuk gan nenek aku kawin zaman dulu-dulu. Kakak ipar aku cakap la yang muka adik aku sama gan atuk aku masa muda-muda. Pastu baru pakat perasan yang muka adik aku memang sama gan atuk aku dulu kala. Hehehe punya la lama hidup, sekarang baru tau yang muka adik aku tu copy paste muka atuk aku.

Kakak ipar aku kata hensem jugak atuk aku masa muda-muda dulu. Hehehe.

Keturunan orang hensem…

Aku? Hampeh…(hoi! Tak reti bersyukur langsung gan muka ko tu!) Eh tak lah, aku bersyukur lah. Cuma tension bila banyak benda tak boleh makan sebab masalah peyut gan kulit nih. Perut kebal, kulit sensitip, sakit gak jhiwa aku ini bila tengok kuah satey tu. Aku cuma boleh makan satey sahaja, sedangkan aku suka makan pecal tu dengan roti.hua… kalo makan grenti jerawat naik punya. Perut pulak terlebih kebal, makan la makanan basi ke apa ke, orang lain chirit bhirit aku dengan relax je tengok depa.

p/s:Takde orang nak sponsor aku buat rawatan kulit ke? Kasi hilang parut jerawat aku ni. Hehehe.

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai pow kecil jer org nyer yong...siler fengsan skrng ngee...bestnyer boley citer pasal raya...sob sob

Yong said...

waaa jelesnya gan org kecik. mudah nak cari baju segala sebab suma saiz dlm saiz s n m je.