Sunday, August 28, 2011

Hlovate - Contengan Jalanan - the best!



Part depan Contengan Jalanan- saja aku gatal letak tangan sendiri kat situ, guna pencil yg dah 1 tahun aku cari tak jumpa, baru jumpa tu. pencil aku tu dah masuk 9 tahun hidup dengan aku.

Sebenarnya aku dah lama nak masukkan entry ni.... pasal buku novel yang memang best jugak dibaca pada bulan Ramadhan ni. Sebab topik yang diketengahkan memang banyak bab bulan Ramadhan. membuatkan Ramadhan lebih dihayati bila fikirkan apa yang dikatakan.

Dah baca ke belum Contengan Jalanan oleh menulis Hlovate?
novel unik even dari segi rekaan cover buku pun memang dah unik, mengetengahkan 2 watak iaitu: I-Fend,II-K square, -memang penulis ni unik dan best lah. gaya tersendiri. buat aku berfikir.ada 2 cover buku ni pada 1 buku(takde pasal sinopsis sebab, kulit depan dengan belakang letak 2 cover ni), ni cover yang kena baca dulu, pasal Fend. Mula-mula aku pun tak tau yang 'I' tu maksud dia 1, ingat tu macam gadget I-phone ke apa ke. hehehe so aku bantai baca yang part II - K square. sebab aku minat matematik.
ni pulak cover kedua(ada kat buku ni jugak). Cara nak jelas kan isi buku ni pun berbeza. Elok korang beli sendiri je ye, lagi jelas korang tau maksud unik yang aku nak sampaikan.

Ni aku ada copy part yang membuatkan korang comparekan diri korang dalam kategori ni atau tak.....

yang aku bold kan tu, memang sesuai untuk kita compare diri kita dan fikir-fikirkan lah...

***********************************Dari novel contengan jalanan****

“Ni dah kali ke berapa kau puasa kat sini?”

“Kali keempat.” Akmal sengih. “Kira tahun last la, kalau aku tak sambung buat honours tahun depan.”

Oh… Fend angguk. Mesti rindu nak puasa kat Malaysia?” Lain suasana puasa kat tanah air orang dengan tanah air sendiri. Aku yang baru sehari puasa kat sini pun dah rasa tak senang duduk.

Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya.” Dengan senyum tenang Akmal menjawab.

Huh?

Akmal membetulkan letak sandar ke dinding. “Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya. Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya.

Maksud kau?” Kening Fend terangkat sebelah.

Akmal membetulkan letak kopiah di kepala. “Ramadhan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang menjadi definisi bulan Ramadhan di Malaysia.

Fend diam sejenak. Memikir. Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu. Lambat-lambat kepala dianggukkan.

Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri. Bagi aku Ramadhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word.” Akmal senyum segaris.

Ada kebenarannya di situ. Fend mengangguk lagi. Akmal dipandangnya. "Kalau ikut jujur, selama ni aku tak pernah pulak terlintas nak fikir fasal Ramadhan dengan cara kau fikir." Telus dia mengucapkan.

Akmal senyum senang. “Dan aku pun tak pernah terfikir dengan cara tu sebelum aku sampai tanah Australia ni.” Mudah dia menjawab. “Mata aku pun dah naik kabur kelabu dengan apa yang dah biasa kat Malaysia kut.”

Fend angguk lagi. Sungguh memang selama ni tak pernah terfikir pula nak tengok situasi dari perspektif Akmal tu.

Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya.” Akmal menyambung lagi. “Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata.”

I-Fend(contengan jalanan pertama)
Bab 30, muka surat 160-163
Hlovate-Contengan Jalanan

**************************************************************

So korang fikir-fikirkanlah, macam mana korang sambut Ramadhan ni ya. Budaya? Atau Agama? Berbelanja sakan pada bulan Ramadhan? Kalau ya, hope hari terakhir ni jangan la amalkan. Bawak ke tahun depan pun jangan la buat Ramadhan tu budaya. Sambut Syawal sakan gila. Purification adalah pada bulan Ramadhan bukan Syawal pun. Masa ni la nak pulun sakan.

Selalu dengar kat radio pasal--- “baju raya belum beli lagi, kasut raya belum beli lagi, biskut raya tak beli lagi, ha karpet raya pun masuk list ni sekali.”

“Tapi amalan, ibadah kita pulak letak kat mana? Dah buat solat sunat? Khatam al-Quran?” ---Yang ni tak nak Tanya kat diri sendiri ke?

Bila aku dengar lagu raya, ada la certain words yang tak layak nak pakai. Macam penulis lirik lagu tu tak tahu erti Ramadhan dan Syawal itu sendiri. Tak tahu dari sudut agama, tetapi menulis lirik lagu dari pandangan budaya yang dah biasa diterapkan dalam diri kita rakyat Malaysia ni.



Aku start baca dari seminggu sebelum bulan puasa lagi, sekarang pun tak habis lagi, sebab aku asyik repeat part yang bagus, yang membuatkan aku berfikir. Aku memang tabik spring la kat Hlovate ni sebab buat otak aku berfikir and rasa nak hafal suma mutiara kata dalam buku tu. (ceh gaaya macam apa da, baik hafal al-Quran kan, hehehe. tau takpe) Tapi tu la aku memang suka la ayat dia yang buat aku berfikir ni.

p/s: untuk penulis Hlovate-sorry ye copy dari buku penulis, because rasanya nak sangat share gan orang sekeliling part ni.

No comments: