Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 yang terbaik pernah dibuat di Malaysia!


Siapa kata kerajaan takde duit? Ha ni bukti kerajaan banyak duit ni. So macam mana suma yang gatal-gatal kaki tangan yang g join perhimpunan BERSIH - kotor tu? Apa pendapat anda? Kalau rasa tak suka lagi, aku cadangkan korang pergi merempat kat luar negara boleh?

Bajet 2012 ni memang yang terbaik aku pernah dengar. Sebab suma orang dapat merasa keuntungannya:
  1. Kenaikan gaji bagi pekerja sektor kerajaan RM80-RM300.
  2. Elaun untuk pakar dan doktor yang kerja lebih masa sebanyak RM600
  3. Bonus sebanyak setengah bulan gaji pada bulan Disember nanti.
  4. Bonus jugak akan diberikan kepada pesara sebanyak RM500.
  5. Yuran sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dimansuhkan/ takkan ada yuran lagi. So, kepada semua ibubapa tak perlu la nak risau nak sedia duit RM33.50 untuk yuran budak sekolah menengah dan RM34.50 untuk yuran budak sekolah rendah lagi. Dan suma budak boleh pergi sekolah kalau macam ni. Alhamdulillah...
  6. Pelajar universiti diberikan voucer sebanyak RM200 untuk membeli buku.
  7. 85 buah kedai 1Malaysia bakal didirikan untuk mendapatkan barangan keperluan yang murah.
  8. Peruntukan untuk skim rumah pertama ku pun ada tadi.
  9. Tak ada dikenakan bayaran untuk warga emas yang nak dapatkan rawatan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan.
  10. Bantuan kewangan bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan sebanyak RM500.
  11. Peruntukan untuk rumah orang asli disediakan.
  12. Subsidi untuk elektrik, air dan bahan api petroleum turut ada.
  13. 150 gelanggang futsal dan bola bakal didirikan kerana sukan itu semakin popular kat Malaysia ni
  14. Guru bakal dinaikan pangkat secara automatik setelah 4tahun berkhidmat dari jawatan DG41 ke DG44(kiranya gaji naik la ni).
  15. Bagi guru yang nak sambung peringkat Master akan diberi elaun RM5000 setahun(er yang ni aku tak tau setahun ke 1sem, rasa macam 1tahun)
  16. Peruntukan untuk menaiktaraf semua kem tentera di seluruh negara.
  17. Peruntukan bantuan kewangan untuk peniaga cina dan india dibawah skim Ikhtiar Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut, sila beli akhbar/surat khabar/news paper esok pagi ya!

P/S: beli surat khabar awal-awal sebab grenti esok surat kabar laku gila punya. Suma nak baca pasal budget ni. hehehe.Numbered List

Bajet 2012 yang terbaik lah...happy betul.


Lama kan aku menghilang, last entry on 27th september lepas. Lama gila tu. Ni aku bukak pun sebab terlalu happy dengan budget 2012. Alhamdulillah, rezeki bertambah.
Well aku bukan happy pasal kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun tu. Tapi happy sebab kenaikan gaji dengan pangkat. Suka kan...
hurm aku dok pikir ni kalau umur persaraan dah jejak 60 tahun, grenti la ramai yang bakal bersara tak jadi bersara. Tadi masa tengok berita pun ayah aku dah sebut yang dia tak jadi bersara tahun depan. Dia nak tambah hingga 60 tahun jugak. Ye la sapa tak nak, tiap-tiap bulan masuk gaji banyak kan?
Cuma aku dok pikir, kalau macam tu la kan, semua tak jadi bersara, yang menganggur pulak macam mana pulak? aku rasa ramai je penganggur kat luar sana tu dok asyik nak masuk kerja kerajaan ni. Nampaknya diorang kena give up lah, masuk saja sektor swasta kan. Kesiannya.
Aku, alhamdulillah sebab memang dah dok dalam sektor kerajaan dah. Gaji pun bakal naik. Huh, lega betul hati ini. Nampaknya aku memang bakal buat pinjaman untuk beli rumah betul la kali ni. hehehe.
Kenaikan gaji RM80-300 ringgit kalau tak silap dengar tadi dah diumumkan. Suma dapat merasa kenaikan gaji.
Bonus akhir tahun nanti sebanyak separuh gaji, contohnya kalau gaji RM2000, bonus dapat RM1000. Pesara pulak akan dapat RM500.
Tak sabar aku nak dapat. Tapi apa-apa pun kerja kena ikhlas dan mesti dijalankan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab. JANGAN MAKAN GAJI BUTA YE!

Wednesday, September 21, 2011

DAPAT HEADER DARI LADY AYU!!! KAWAIIII!!!!

comel tak? comel kawaii gitu. Bangga aku dapat Header ni! Thanks Ayu!!!!! OK OK now tengok aku punya belog ni..hehehe ubah decoration sempena header ini. really thanks to you Ayu!

Wah...wah...wah...gila lama aku tak post kan. rindu memang la rindu kat blog ni. Tapi, hehehe busy baca novel. Otak sengal kan aku ni. Rindu suma! Hari ni, dengan senang hati aku buka balik blog aku untuk buat lawatan sosial kat rumah blogger yang lain. Selepas 4hari tinggalkan blog aku ni.

Tergerak hati nak check comment. Ye la kan, aku dah lama tak post apa-apa kat sini. Sapa nak komen.Justify Full

Sekali tengok comment dari Lady Ayu! Paling best bila dia suruh bukak email. Oh really sorry, lama aku tak peduli email aku dengan blog aku ni.

Bila tengok kat email yang dah jejak angka 57 email yang belum dibaca. Alamak! banyak tu! so aku scroll cari nama Lady Ayu, jumpa! Email lain aku tak peduli, aku baca yang ni dulu. hehehe. Huh, sekali tengok tarikh hantar- Sunday! Makaih, gila lama aku tak belek email aku. Paling last hari Jumaat lepas. Ari ni dah hari Rabu! Patut la menyemak penuh email aku dengan langganan aku.

Surprise! Aku dapat HEADER!!!!! Header khas untuk aku. hahaha REALLY THANKS TO YOU, AYU!!! Bangga kerana aku antara yang terpilih dapat Header buatan Lady Ayu! Ye la kan, nak harap aku buat, memang aku tak pandai langsung! Tiap kali masuk blog Lady Ayu, asyik tengok header yang comel kawai sangat bangat tu. Benda pertama nampak bila masuk rumah blogger lain, grenti header. Selalu yang comel tengok kat blog ayu.

Sunday, August 7, 2011

City Hunter kisah pasal...

Enjoy la pictures yang aku amik masa tengok drama ni ya.
Lee Min Hoo sebagai Lee Seong Yoon masa mengadap prime minister.

Masa episod akhir lepas settle probs suma. Tak puas hati sebab happy ending dia pendek sangat.
ni pun dari episod akhir.

Ni masa episod 16 masa dia buat back flip kat prosecutor yang jugak kachak itu. Macho n cool gila masa dia buat back flip tuh!


City Hunter lakonan lee min hoo mengisahkan tentang corruption in gov. Kalau ikut cerita ni, there are always blunders and wrong doings in government yang kononnya just for greater good. But, ada juga menteri-menteri yang mengambil kesempatan dengan nama dan pangkat mereka untuk melakukan kerja terkutuk seperti mengsonglap/ mengebas duit orang ramai dalam diam-diam untuk kepentingan diri sendiri. Menurut jalan cerita ni lagi, pemimpin terpaksa menghalalkan cara kerana niat atau yang selalu disebut ' niat menghalalkan cara'.

Nowadays memang hard to find or aku rasa never have kot sekarang ni, government yang tak ada inner prob or kes corruption. macam payah nak percaya gan sesiapa, tapi still we need government, tak kira la government kita tu corrupt pun. we still need to choose the best lah, ikut kata hati.

Last cerita, grenti la hero still hidup. Mula-mula tu aku ingat hero mati gan bapak angkat dia tu. Tapi tak. Huaaaaaa mengalir gak air mata aku part dia nak bunuh diri sebab nak ugut bapa angkat dia supaya tak teruskan niat bunuh bapa kandung dia. Pastu paling sedih bila ayah angkat dia sanggup mengaku diri dia jadi city hunter untuk membersihkan nama Lee Seong Yoon a.k.a Lee Min Hoo. Sebenarnya ayah angkat dia amat sayang gan dia, sentiasa nak selamatkan dia, even nampak macam zalim sebab nak Lee Min Hoo bunuh ayah kandung dia. Ayah angkat dia Steve Lee ni pernah cedera sebab nak selamatkan Lee Min Hoo hingga kena pakai tongkat seumur hidup dia.

update :aku habis menonton cter ni pada 10.00 p.m. date: 8.8.2011, Monday

Friday, August 5, 2011

Jahit baju lagi..kali ni mini kurung

bagi aku, ini mini kurung sebab cantum tiga bahagian saja. hahaha bahagia betul. Aku betul-betul malas nak jahit baju kurung, sebab banyak part yang kena cantum. tadi terlebih xcted sampai lupa nak amik pic tuk bahagian-bahagian yang aku potong.
mudah saja- 2 bahagian lengan, satu bahagian badan. kemudian cantum semua bahagian ini. part yang aku tak suka bila nak cantum lengan gan badan.
Tapi itu la dia, baju kurung tu, baju tradisional so grenti aku suka kan. hmm nanti kalau ada masa lebih baru aku boleh jahit baju tu lagi.

ni la dia baju yang aku beli untuk aku tiru untuk jahit baju aku tu. main hentam je, tekup atas kain dan amik colour stabilo swan tu untuk lukis bentuk atas kain aku. kemudian jahit saja, sebelum gunting part yang nak kena buang.

nak jahit dekat sejam gak la tuk bahagian lengan. bahagian yang aku paling tak suka nak cantum. kalau tak cantum, tak sudah baju aku ni.

malas nak pakai tudung so aku cut bahagian kepala aku. hehehe. baju ni belum siap pun, leher belum jahit n tangan gan bahagian bawah belum sembat. Kalau ikut idea pemalas aku ni, aku nak jahit pakai mesin semua.

Tuesday, August 2, 2011

Lagu top bulan ogos

picture dari leiaazzahra.blog.com

Masa bulan Ramadhan yang lepas lupa pulak nak post lagu favourite aku. So here the list of August top songs:
  1. Ungu - Andaiku tahu
  2. Netta Kd Danii - Hikmah
  3. Opick - Takwa
  4. Maher Zain - Thank you Allah
  5. Maher Zain - Open your eyes
  6. Opick - Semesta bertasbih
  7. Akbar - Ku berlari

Takdenya nak dengar lagu raya ni. Bulan puasa dengar je la lagu nasyeed ni. Insaf la diri sikit kan. Ni semua sempena ogos jatuh pada bulan Ramadhan.


Sunday, July 31, 2011

SMS/blog mengucapkan selamat berpuasa

Kad ucapan selamat berpuasa

yang ni pasal raya. Motif aku sebenarnya nak cakap jangan main mercun. Asal je start bulan puasa, berbunyi la mercun.

Hari ni banyak blog yang dok meng'wish'kan selamat berpuasa, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Pendek kata semua berkaitan dengan puasa dibulan Ramadhan. Termasuklah yang masuk melalui handphone kan. Antara yang aku ada dapat adalah:=

sekotak mancis
secakir madu,
selaut kasih
segunung rindu,
sekalung doa penuh syahdu,
salam ni khas buatmu,
selamat menyambut bulan Ramadhan. (forwarded by taktau sapa)

kedatangannya dinantikan
ketiadaannya dirundukan
pemergiannya ditangiskan
ahlan wasahlan syahru Ramadhan
selamat menjalani ibadah puasa dan trawih (forwarded by Sharifah)

Ya Allah, Ya Rabbi, sempena Ramadhan al-mubarak ini, muliakan dan sayangi insan yang sedang baca sms ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. beri kenikmatan ibadah, jauhkan fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada dirinya dan zuriatnya dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMU tanpa hisab. Amin..Amin..Ya Rabbal a'lamin. Selamat Berpuasa. (forwarded by Nik Suhairi)

Ambillah waktu untuk berfikir kerana itu sumber kekuatan, ambillah waktu untuk berdoa kerana itu sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mendekatiNya kerana itu sumber kekuatan jiwa dan rebutlah RAMADHAN selagi diberi peluang kerana ia mungkin RAMADHAN terakhir untuk dinikmati. SELAMAT BERPUASA. (forwarded by Handphone celcom aku)

semerdu sahutan azan, berdoa padaNya tanda kesyukuran, seikhlas rahmat keredhaan, Moga kehadiran Ramadhan, memperteguhkan iman. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, maafkan dosa-dosa yang ada. (forwarded by tak tau sebab cuma timbul nombor saja)


APA-APA PUN, AKU JUGA NAK WISH SELAMAT BERPUASA DIESOK HARI. JANGAN TINGGAL PUASA NANTI DOSA.

Wednesday, July 27, 2011

Lagu top di hati aku bulan Julai 2011

list lagu aku yang hampir menjejak ke angka 2000. Yang tu yang ada kat sini, dan ada dah kena burn dalam CD. External dah kurang space ni. huhuhu

Last week, aku susun folder-folder lagu aku. Tukar nama selepas download segala, korang pun tau kan, bila download je kekadang dia letak nama pakai nombor saja. So, I need to change nama mp3 tu kepada nama betul dia. Sambil susun, sambil dengar.
Lagu-lagu lama, kalau dah lama tak dengar dan didengar semula..best jugak.
Ni lagu yang top kat hati aku bulan Julai ni. Takde lagu baru this month ya.:-
  1. Emilia - Big big world (lagu ni memang best, cam balik ke zaman kekanak dulu je. Syahdu)
  2. Air - Bintang (lagu memang top dihati aku masa aku umur 13 tahun, zaman 1998. Rasanya ramai tak tahu lagu ni. Try la dengar. Memang best gila. Aku teruja nak share lagu ni kat sini)
  3. Lifehouse - Hanging by a moment (aku memang minat gila lagu ni)
  4. Arash and Helena - Broken Angel (berada dalam carta 2 bulan berturut-turut)
  5. Gia Gutawa - Sempurna Versi 2 (Versi pertama milik Andra and the backbone. tapi nak jugak dengar suara perempuan yang lembut sampaikan feeling kat lelaki kesayangan. Walaupun aku still single.hehehe)
  6. Belinda Carlisle - Heaven Is A Place On Earth (lagu top juga ni, mula kenal tajuk lagu ni masa tengok dan dengar kat dalam cter 200pounds beauty, selalu jadi tukang dengar saja. aku terus cari dalam tenet pas tau lirik dia)
  7. A-teen - Can't help falling in love
  8. Sophie B. Hawkins - as I lay me down

p/s: old-school songs suma. hehehe. Next month keluar list lagu raya pulak. Dah nak masuk puasa. Diri rasa teruja ni. hehehe

Tuesday, July 19, 2011

Kucing Doraemon...

aku tak pandai nak buat tulisan yang nampak macam shadow tu, so aku cuma guna warna kelabu untuk tampal nama permilik dia kat atas kucing tu. er ada sesapa volunteer nak mengajar aku kasi master bab tulisan shadow guna paint tak?ini gambar aku conteng pakai paint saja.


Kucing doraemon...
Selalunya aku pronounce jadik doremon je.

Tadi belek-belek gambar lama. Terjumpa la kucing member aku yang kiut miut ni, kucing ini dipanggil doraemon...perasan something tak?kucing ni nampak pelik kan?

Tang peliknya tu terletak kat telinga dia... telinga kecik je. Cetoet (pronounce it as Ce-to-et guna bacaan bahasa melayu.) haih aku ni asyik nak cerita pasal pronunciation je. hehehe

Mata kucing ni pun lawa kan...bolat-bolat gitu...kiut sangat bangat...dan memang penuh gaya bila dia duduk macam tu..

p/s: aku conteng byk atas pic tu. gambar itu memang milik shahrul or dieja schraewl, baru glamor kan.hehehe. dia wat keja amik pic wedding. Kalo nak macuk webpage dia tu just type nama glamor dia ya. berlambak yang dia join, dari Flickr, DeviantART gallery. pics yang dia amik memang lawa. Dia dok kat perlis. Tapi gerak je hingga ke perak bagai tuk wedding pics ni. Dia pun ajar orang nak amik pics and cara guna adobe. Bukan nak promote, just tuk info kat suma yang dok mencari dia.

Friday, June 17, 2011

SMT Mahkota - Regim Mahkota


Ingat lagi tak e-novel famous ni? Agak-agak masih ada yang mencari tak?
SMT Mahkota - novel pasal budak perempuan kacukan Melayu Jepun yang menyertai sekolah sukan kerana ingin mendekati abang berlainan ibu.
Cerita penuh semangat kesukanan dan kekeluargaan. Rasa macam cerita Jepun sudah... Novel ni memang kelakar tahap tak ingat. Boleh duduk sebaris dengan cerita Budak Setan 1(Ahadiat Akasyah) Hmm mungkin lebih kelakar kot. Kisah budak perempuan tomboy- Yui Ito atau nama melayunya Yuhanis Omar.
Kelakar bila Yui menceroboh asrama lelaki untuk mengejutkan abangnya. Bertambah kelakar bila dia membaling/buat lipatan judo dengan membaling roomate abangnya ke lantai apabila lelaki itu sedar dari tidur dan melihat ada seseorang yang asing dalam biliknya. Tukang penambah perisa cerita, si taiko yang kaki buli yang cuba membuli Yui tetapi kekadang dia turut kena buli dengan Yui.
Eh, sebenarnya bukan aku nak cerita pasal ni, TAPI NAK BUAT PENGUMUMAN KEPADA YANG MANA PEMINAT NOVEL SMT MAHKOTA NI, YANG NOVEL NI SUDAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2010 LAGI! Dengan nama baru REGIM MAHKOTA. Sesuai la untuk pelajaar sekolah daripada depa dok baca novel cinta memanjang. Cuba hilangkan stress and hiburkan hati dengan lawak nakal budak sekolah ni.
Yang dok cari kat kedai mana nak dapat? Aku beli awal tahun baru ni kat TESCO, tapi baru ni aku ada nampak novel ni kat MUDA OSMAN CAWANGAN KUBANG KERIAN.

p/s: cuma baru ni takde kekuatan nak bercerita pasal novel ni, cz kecewa bila Nurul Aini tak umumkan pasal novel dia berada kat pasaran. Malah blog beliau telah lama tidak diupdate.
Mungkin sibuk dengan Phd yang beliau sedang ambil di UKM sekarang ni. Semoga terus berjaya dan semoga akan ada sambungan untuk Regim Mahkota macam cerita YOYO si kembar perempuan tu.

Thursday, May 19, 2011

Miss you so much Black Butler!!

Please meet a very talented butler who knows to do almost everything and come in a flash when he hears his master summons. my new favourite manga now!
Perkenalkan kat semua, si cute Kero-chan dalam Card Captor Sakura one of my fav anime. Cute kan...kan...


Korang suka tak baca manga? Bukan majalah hiburan yang aku rasa macam nak tayang body, gamaknya kalau kat malaysia ni takde tapisan jawabnya boleh jadi majalah porn kot. hahaha.
Ok go back pada aku punya topik. Manga... or maybe Anime... aku ni dulu memang hantu anime. Yang dok tido pun aku bangkit je kalau adik aku cakap 'Dragonball z dah start dah'. Selain tu aku suka 'Card Captor Sakura'(favourite aku sebab ada kero-chan yang comel tu, pastu gaya sakura bila sebut 'iyyyeeee' n time dia bergaduh gan abang dia yg amat kacak dan pandai buat kerja perempuan), 'Bleach'(masih ditayangkan kat ANIMAX, 'shaman king', 'Sailormoon'(aku grenti memang ramai peminat Sailormoon nih walau dah lama tak muncul kat tv kan, last sekali masa aku form 3 ke 4 kot. agak-agak budak zaman sekarang kenal tak cerita ni?.hehehe), 'Fullmetal Alchemist' (masih ditayangkan kat ANIMAX), D.N.Angel(yang paling favourite kot pendek je, tak sampai 30 episod kalau tak silap aku), Tsubasa Chronicle (Sambungan Card Captor Sakura yang berada di zaman lain, Sakura jadi puteri yang hilang ingatan. yang ni pun favourite aku jugak), slam dunk(yang ni grenti la paling ramai peminat, termasuk la aku tapi dah stop dah main kat ANIMAX gan jalan cerita tergantung, yang buatkan aku nyampah jugak gan astro nih!sakit jiwa, elok-elok nak g bertanding, abis takat tu je!@#$%). OK dah letih nak letak senarai panjang-panjang. Kalau pakai kertas, grenti cukup gak 3helai nak letak senarai anime or manga aku tengok or baca ni.

Now favourite Anime aku adalah Black Butler yang dulu pernah ditayangkan kat astro ANIMAX channel 715. Aku suka tengok wajah handsome Butler yang dipanggil Sebastian tu memang kacak bergaya and very talented in almost everything.
Pelukis dia nama Kuroshitsuji. Dari nama pun boleh tahu yang dia orang Jepun.
Kenapa aku rindu gan Black Butler ni?
Setelah 2bulan tanpa manga sebab (aku cuma agak/probably) tsunami kat Jepun hari tu. So hari ni aku dapat baca balik manga dia.
Apasal aku baca manga? tv dah tak best ke? Kalau baca yang kat atas tu, ayat aku 'yang dulu pernah ditayangkan' cerita kat tv dah habis dah. huhuhu. So aku yang memang gian gan anime ni nak tahu cerita selanjutnya, so aku baca je manga dia.
Nak nanti cousin aku pas kat aku manga naruto or suruh dia amik manga Black Butler ni, jawabnya berkurun. So aku pun cari sendiri je, lagi mudah.(apasal la aku bangang sangat suruh dia cari, padahal aku pun ada internet kan)Tapi aku rasa cam lain je jalan cerita kat tv gan manga dia nih.


Trigun- dah terpampang dah kat situ kan. Antara anime yang aku tengok.


Princess tutu-kisah penari-penari yang comel dan cute, kacak kot hehehe. Ada si tukang tulis cerita dalam anime ni.

Lain- mula-mula roomate aku sebut aku ingat' 'lain' yang bermaksud berbeza dalam bahasa melayu tu. hehehe
conan- tak payah aku cakap la, grenti ramai tahu. aku paling suka bila dia berubah dewasa.hehehe handsome.
yang ni lagi tak payah cerita. grenti la korang tau. terutama peminat bola keranjang kan. aku rasa ramai yang suka bola keranjang sebab pengaruh cerita ni.

Wednesday, May 18, 2011

Aktiviti sekarang- menonton cerita korea 49 days



Aktiviti aku sekarang adalah menonton cerita korea. Sudah lama aku tinggalkan tabiat ini. Seingat aku, pada tahun ini masih belum lagi aku menonton cerita korea online.
Kenapa aku ubah tabiat aku ini?
Sebenarnya aku tertengok cerita ni kat tv. tapi tu lah, nama saja astro, ingat cepat lah habis semua episod. rupa-rupanya terpaksa juga aku jenuh menuggu. Aku sekarang menonton cerita 49 days. Aku bukan penghafal jadual cerita seperti emak aku, jadi aku tak tahu berapa kali seminggu cerita yang aku tertengok ini dimainkan. (Mak aku sudah dipengaruhi unsur korea. Siapa mengajar ni? Aku la tu. Sampai sekarang melekat kat HDOne, dah tak boleh ubah dah, untung lagi sebab ada alih bahasa, memandangkan mak aku tak pandai bahasa inggeris, lagi la dia melekat depan tv.)
Jadi untuk melepaskan geram dan keinginan aku untuk mengetahui cerita penuh ni, terpaksa la aku menonton di dalam internet.
Selalunya aku menonton di mysoju. Aku grenti, memang peminat korea, jepun, taiwan gan cina tengok kat sini.
Tapi aku mula rasa tension sebab terpaksa buffer dengan lama atau pun menghadapi masalah untuk buffer, memandangkan tak semua cerita tu asal dari website sama. Mysoju cuma menyalurkan saja, bukan tukang upload cerita.
So aku beralih arah kepada 'jacinda' sebuah website yang turut menayangkan cerita-cerita korea,jepun,taiwan, cina dan dia turut menyelitkan cerita inggeris. serta video lawak. so aku pun tengok la kat sini.
Tapi still la frust even dia lagi pantas dari HDOne nih. Sebab cerita 49days ni cerita baru, bukan semua episod ditayangkan kat tv lagi. Cuma diupload stakat episode 18, tinggal lagi 2, website owner janji,kalau dimainkan kat tv, dia terus upload.

Tuesday, May 17, 2011

Puisi untuk hari guru


sengaja aku sediakan puisi dalam bentuk matahari ni, pilih picture ni kerana nak mengambarkan usia poet ni setika menulis puisi ni.

Puisi ni aku dah lama nak kongsikan, cuma aku fikir ini masa paling sesuai. Bulan sekarang ini penuh dengan sambutan hari guru, jadi tak salah aku nak berkongsi puisi indah ni. aku amat kagum dengan poet ni.
Aku tahu tentang dia dan puisi dia masa aku berada di UKM lagi. Aku budak sastera jadi tak dapat lari dengan rasa kekaguman aku dengan puisi atau cerita. Aku kenal Poet ni masa belajar dalam kelas Dr. Mawar, lecturer aku yang secantik dan seharum MAWAR, dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada puisi indah ni. Sampai sekarang aku masih ingat dengan puisi ni.
Kalau kau baca puisi ni, grenti kau ingat penulisnya seorang yang amat kreatif dan mungkin bukan berusia sepertinya.
Tapi inilah kejutan dia, aku pun kagum bila Dr. Mawar bacakan puisi ni dan aku yang sentiasa meminati apa saja yang Dr. Mawar perkenalkan, menyalin puisi ini...

Tajuknya adalah:

Kepada Guru

aku selalu bermimpi
matahari telah melahirkan para guru
dan guru melahirkan banyak matahari
hingga matahari tak lagi sendiri

matahari tak penah sendiri, guru
ia selalu ada bersamamu
hangatkan cinta yang tumbuh
dan menyinari cakrawala kecilku
selalu

Nak tahu siapa poet ni?
Namanya Abdurahman Faiz.

Kini berusia 15 tahun (kalau perkiraan aku tak salah) berasal dari Indonesia, Beliau memang talented. Masa beliau menulis poem ni, ketika beliau berusia 9 tahun. Terkejut? Kagum? Yeah, aku memang kagum dengan bahasanya. Dia berjaya menghasilkan puisi yang indah untuk mengambarkan para guru. Selalu kita dengar, guru diumpamakan sebagai lilin sahaja. Dan aku pula gambarkan guru seperti lampu. Tapi adik Faiz ni berjaya memberikan makna guru itu lebih besar berbanding sebatang lilin. Menganggap guru sebagai 'matahari'. Ia bukan hiperbola melampau, tapi unik, dari pandangan mata seorang kanak-kanak yang menyanjung dan mengkagumi gurunya. Aku sendiri tak mampu memberikan perumpamaan begitu.
Mungkin kerana darah yang mengalir dalam tubuh kecil itu sudah semestinya menjadikan dia pemuitis berbakat dan terkenal. Ibu dan bapanya juga seorang sasterawan.
Thanks to Dr. Mawar kerana memperkenalkan puisi indah ini. Dan aku menganggapmu seperti mawar yang mengharumkan kenangan-kenangan laluku. Sehingga kini kenangan tu sentiasa lekat difikiranku. Seorang yang mengajar aku untuk bermain dengan perkataan, jadikan perkataan seperti muzik yang paling indah. Aku sentiasa kagum denganmu. Setiap pilihan cerita dan puisi-semuanya lekat dihati...

Tuesday, May 10, 2011

Translation Lyric OST One Liter Tears

Hideaki Takizawa-watak lelaki yang hensem-tak berkaitan pun dengan watak cerita 1Liter tears tu.

Bawah sekali baru letak lirik lagu ya
Pernah tengok One Liter Tears tak? Japanese punya drama. Tajuk dia memang dah menggambarkan cerita tu. Grenti menangis kalau hayati cerita tu. Sampai ada kawan aku Cik Didi kata 'bukan 1 liter, tapi berliter-liter. Aku sampai tak sanggup nak tengok, sedih giler.' Tapi bagi aku, cerita ni boleh jadi satu motivasi la.

Aku memang suka cerita Jepun, sebab cerita mereka penuh dengan motivasi. Antara cerita Korea dengan Jepun, aku lebih galakkan orang tengok cerita Jepun. Contoh cerita yang boleh dikaji, yang menunjukkan semangat untuk berusaha, berjaya, kerjasama, persepaduan, persepakatan dan motivasi semua ciri-ciri ni memang ada dalam cerita Jepun lah. Aku suka sangat.
Contoh drama or movie : Sebut sikit je, sebut semua nanti jenuh nak baca.
GTO-great teacher Onizuka - cerita famous masa zaman 1998 kot tapi lebih kurang la timing dia tu. cerita ni mengesahkan pasal seorang cikgu yang amat bagus, yang berusaha untuk menjadi cikgu yang disukai dan boleh didampingi pelajar. Sampai lepas tu, memang semua pelajar sayang bangat gan cikgu ni. Yang aku tak tahan tu, setiap cerita Jepun, gerenti pengetua dia terlebih humble and merendah diri- suka jadi tukang sapu, atau buat muka blur tapi bijak menilai. Ha pengetua macam ni la kita perlukan. Kawan-kawan pelajar ni pulak jenis sehati sejiwa lah, mereka amat setia. Kawan yang macam ni la yang aku cari!
Change - cerita tentang seorang guru yang dilantik menjadi Perdana Menteri dalam tempoh sekejap je dia naik, 1 kempen je terus menang undi dia. Kalau tengok dia macam boleh jadi puppet tapi dia ni amat bertanggungjawab dan amanah dengan kerja yang dia buat. Sampai orang yang nak wat jahat kat dia kalah. Dari orang tak yakin kat dia sebab dia terlalu muda, lastly semua sokong dia sebab dia, bila baca dokumen, memang akan baca dan kaji sebijik-sebijik sampai turun padang nak tengok keadaan!Amat baik, mesra dan kalau tengok watak cam sikit ada perangai blur jugak, ayah dia juga seorang politik. Seorang yang bijak. Lakonan Takuya Kimura- dia pakai rambut Ally Cat style. memang kelakar. Aku kalau boleh nak suruh mana-mana channel tv kat malaysia ni tayang cerita ni, so takde la masalah politik macam sekarang! ye la, bila pihak lawan pun respect and kongsi masalah dan tanggungjawab nak membangunkan negara, bukan cuba nak huru harakan negara.

One Liter Tears - cerita seorang pelajar yang amat aktif bola keranjang, pelajar yang amat bagus kat sekolah tiba-tiba ada penyakit yang menyebabkan semua saraf rosak secara perlahan-lahan. Tapi dia berusaha juga walaupun takde harapan untuk hidup lama. Dia masih berusaha untuk berjaya, pergi sekolah, belajar sedangkan dia tahu yang dia akan mati. Belajar sampai mati la ni kiranya.
Yukan Club - Aku rasa cerita ni lebih asal dari perkataan 'You Can' bila orang jepun lorat nak sebut dia jadi Yukan la. Ni kisah group pelajar yang sentiasa bersepakat dalam membuat kerja mencabar, mereka yakin diri yang mereka boleh buat apa saja sebab tu nama dia Yukan (You can) cam Malaysia pya trademark je ' Yakin boleh! or Malaysia Boleh!'

OST one liter tears translation

what's wrong with falling down?
you can always stand up again
if i look up at the sky after falling down
the blue sky is stretching *lilessly(This one, I need to refer to the song again, sorry! gomenesai!)
and smile at me...I'm alive

on the other shore of sadness
it is said that there is a smile
finally we arrived
but what are we waiting for?
the purpose is not to run away
it's to chase after dreams
we should have gone out to travel
on that summer day so long ago
even tomorrow, if you see it
though there isn't a sigh either
like a ship going against the current flow
right now, go forward, move ahead
even if it cuts through the rain and clouds
the wet road shine
only the dark will teach
a stronger and stronger light
be strong, go forward, move ahead

OST One Liter Tears

Konayuki mau kisetsu wa itsumo sure chigai
Hitogomi ni magirete mo onaji sora miteru no ni
Kaze ni fukarete nita you ni kogoeru no ni

Boku wa kimi no subete nado shitte wa inai darou
Soredemo ichi oku nin kara kimi wo mitsuketa yo
Konkyo wa naikedo honki de omotterunda

Sasaina ii aimo nakute
Onaji jikan wo ikite nado ike nai
Sunao ni nare nai nara
Yorokobi mo kanashimi mo munashii dake

Konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
Futari no kodoku wo wake au koto ga dekita no kai

Boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshi atete
Sono koe no suru hou he sutto fukaku made
Orite yukitai soko de mou ichi do aou

Wakari aitai nante
Uwabe wo nadete itano wa boku no hou
Kimi no kajikanda te mo nigirishimeru
Koto dakede tsunagatteta no ni

Konayuki nee eien wo mae ni amari ni moroku
Zara tsuku ASUFARUTO no ue shimi ni natte yuku yo

Konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
Soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuduketai

Konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
Futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara

Tuesday, May 26, 2009

Haji? Rukun Islam ke-5. kenapa kita perlu pergi dan buat haji? Sebab Kaabah enggan bergerak...(baca la kalau nak tahu)

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..silakanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

*got this via e-mail from Ida, my course mate.

Tuesday, May 19, 2009

TIPS MENANGANI STRESS YANG PALING MUDAH...

1.Banyakkan sujud...kasi banyak oksigen pergi ke otak...kasik ”tuning” balik...banyakkan munajat...banyakkan zikir...(perkasakan pertahanan aura diri agar tidak mudah diceroboh oleh spesis bertanduk dgn bersedih, berdukacita , keliru, konflik dsbgnya)

2. Banyakkan bertaubat & BERDOALAH... kerana apa...”KETENANGAN ITU MILIK ALLAH” so bagaimana nak capai tenang kenalaa merayu pada EMPUNYA PEMILIK KETENANGAN ITU!!!...InsyaAllah bila ketenangan hadir doa juga akan lebih pantas diterima.

3. Dan banyakkan TERSENYUM LEBAR...nikmati senyuman manis anda..rasakan emosi gembira walau pun bersedih so carilah komik ker bahan bacaan...infact laugh is one of the best medicine in this world....

4. Baby Theraphy ~ kalau ada baby kecil, tak kisahlaa anak sendiri ker, anak jiran, anak kawan...belajar- belajar berborak bahasa ’mereka’ ~ bayi @ anak kecil...insyaAllah terubat stress.

5. Cermin diri selalu~ pandang cermin & TERSENYUMLAA. ...KATAKAN PADA DIRI ANDA BAHAWA ANDA SANGAT SAYANGKAN DIRI "I LOVE & ACCEPT MY SELF COMPLETELY" bayangkan senyuman itu masuk ke dalam diri anda melalui 7 kelenjar organ utama anda @ chakra system anda.

Tak lupa AIR SIFATNYA AGEN MERAKAM DOA YG SANGAT HEBAT...

6.TIP MENANGANI STRESS...AIR AGEN AJAIB!!!
Sifat air dijadikan Allah memiliki mukjizat & kuasa PENAWAR...ianya juga agen PERAKAM DOA YANG SANGAT HEBAT...Bagi yang dilanda gundah-gulana, bingung, buntu, sedih, kecewa, marah, geram..keliru. ..mudah shj...Kembali kpd apa yg disyariatkan. ..BERDOALAH PADA DIA DIATAS SANA...
Solat hajat....baca Yassin...zikir dsbgnya (letakkan air di hadapan anda)...LONTARKANLA H HAJAT ANDA...berdoalaa. ..dan kemudiannya jadikanlah air tadi PENAWAR...moga hati lebih tenang, fikiran lebih fokus dan kesihatan dan kesejahteraan diri terpelihara. ..
Dan pastinya tak lupa MOGA DIBERIKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK...Emm, jangan pula mengadap rezeki...makanan mahupun minuman...hati, minda bersedih....kesal. ..marah (rosak nanti molekul airtu langsung jadi YEASYT a.k.a PEMANGKIN BLOCKAGE ANDA...bertambah berat beban emosi yg dilalui)...
60% of our body contain water...lontaran minda/emosi kita boleh mengubah molekul air MAKA fikirlah bagaimana AIR JUGA BOLEH MENJADI AGEN PENYEMBUHAN /TRANSFORMASI AJAIB untuk anda...Disamping itu juga kalau stress ada baiknya usahakan MINUM AIR KOSONG LEBIH...dan SERTAILAA DGN NIAT & DOA.... insyaAllah ianya juga berupaya membantu menyingkirkan segala toksin & keasidan tubuh yg meningkat kesan stress yg dialami.
Moga tips ini membantu buat yg sedang berjuang!
Selamat Mencuba...
Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapis t
Nur Qudrah Holistic Solution
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362
Laman blog : http://kliniksukses.blogspot.com/

Sunday, March 8, 2009

David Archuleta - Crush

I like this song. So here's some information about David: this song is the first single released by David Archuleta, who competed on the seventh season of American Idol. Archuleta was the winner at the 2008 Teen Choice Awards for Most Fanatic Fans.

Click the song tittle below to download.

Lyric: David Archuleta - Crush

I hung up the phone tonight
Something happened for the first time
Deep inside it was a rush, what a rush

Cause the possibility
That you would ever feel the same way
About me, just too much, just too much

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Do you ever think when you're all alone
All that we can be, where this thing can go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Has it ever crossed your mind
When we're hanging, spending time girl?
Are we just friends? Is there more? Is there more?

See it's a chance we've gotta take
Cause I believe that we can make this into
Something that will last, last forever, forever!

Do you ever think when you're all alone
All that we could be, where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Do you ever think when you're all alone
All that we could be, where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
This crush ain't going away-ay-ay

Going away
Going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Thursday, March 5, 2009

Lagu tema Anak Betong - Hijjaz (Selawat Syifa)

Cerita anak betong baru je habis. Pasti ada yang tertarik dengan lagu tema cerita nih kan? Lagu kumpulan Hijjaz – Selawat Syifa. Aku pun suka dengan lagu nasyid nih. Nih aku bagi lagu kumpulan Hijjaz. Ada lagu nih tuk korang cuba jugak selain lagu Selawat Syifa:


(cara download lagu nih, just click je pada lagu tu ye. Easy right?)
(how to download these songs? Just click the song title.)


Hijjaz - Selawat Syifa
Hijjaz - Selawat Badwi
Hijjaz - Selawat Dawam
Hijjaz - Doa Pagi
Hijjaz - Dunia yang Sepi
Hijjaz - Pelita Hidup
Hijjaz - Fatamorgana

Enjoy these songs ya!!!!

Wednesday, March 4, 2009

LAWAK BAHASA JEPUN

* MIZA punya keja nih. hahaha..memang lawak giler.

note- baca macam hang orang jepun ye.
  1. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
  2. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
  3. Yang bisu - KIETA TADASORA
  4. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
  5. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
  6. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
  7. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
  8. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
  9. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
  10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
  11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
  12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
  13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
lawak dak? hahaha release your tension ya...
thanks to miza

Saturday, February 21, 2009

Emma Lahana - Patiently

I would like to share this song with you who read my blog. It's a nice song.
Seorang yang amat setia pada cinta...... terima kasih kerana kesetiaan anda pada cinta...
I know it hard to forget someone you really love. Kalau boleh dibuang hati ini dari mencintai dirinya, aku pun rela mencampak hati ini dari pedih menanggung sendu. (Jiwang karat la pulak, hehehe - orang yang jiwang cakap bukan aku ye. ) Tapi aku tak nak le buang hati aku, kang buang hati aku, mati la aku. Lain la kalau hati nih memang rosak, mintak simpang la ye. But, hmm aku tahu memang susah nak lupakan orang yang kita sayangi.
Try not to be too loyal to your love. hahahaha nak tiru perangai setan la pulak. tak baik, tak baik...
Lagu nih untuk mengambarkan orang yang setia...
My favorite song... memang la tak glamour sangat, tapi nih aku nak kasi glamour kat korang. Try... try download lagu nih, first attempt nak wat link, hope menjadi coz aku try link kan tempat yang susah nak kasi download. Kalau korang berjaya download, tolong habaq kat aku ye. hehehe...selamat berjaya semua, selamat juga untuk aku.

Emma Lahana - Patiently

Emma Lahana
Patiently

Lookin' back, I don't regret
One single day.
Memories will keep me close
When you walk away.
It's harder then I could imagine.
Yes I should have known that.
Close your eyes and I'll be there.
I'll come runnin' anywhere.

CHORUS
Say goodbye, I'll be okay.
I will wait for you cause
True love will never fade.
When it's real, you can feel it.
And I know,
That you know,
That I will keep on waitin'
Patiently...
Patiently... for you.

Stormy tuesday afternoons
Never been the same.
I used to stand outside
And taste
The sweetness of them.
It's harder when it really happens
Oh I wish I'd known that.
Close my eyes and you're there.
But I can't find you anywhere.

Say goodbye, I'll be okay.
I will wait for you cause
True love will never fade
When it's real, you can feel it.
And I know,
That you know.
That I will keep on waiting
Patiently...
Patiently... for you.

Patiently...
So patiently...
When I'm lost, I try to find you.
Turn around, I'm right be-hind you.

Say goodbye, I'll be okay.
I will wait for you cause.
True love will never fade,
When it's real you can feel it.
And I know,
That you know.
That I will keep on waiting,
Patiently...
Patiently... for you...

Patiently...
Patiently...
Patiently...