Tuesday, May 17, 2011

Puisi untuk hari guru


sengaja aku sediakan puisi dalam bentuk matahari ni, pilih picture ni kerana nak mengambarkan usia poet ni setika menulis puisi ni.

Puisi ni aku dah lama nak kongsikan, cuma aku fikir ini masa paling sesuai. Bulan sekarang ini penuh dengan sambutan hari guru, jadi tak salah aku nak berkongsi puisi indah ni. aku amat kagum dengan poet ni.
Aku tahu tentang dia dan puisi dia masa aku berada di UKM lagi. Aku budak sastera jadi tak dapat lari dengan rasa kekaguman aku dengan puisi atau cerita. Aku kenal Poet ni masa belajar dalam kelas Dr. Mawar, lecturer aku yang secantik dan seharum MAWAR, dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada puisi indah ni. Sampai sekarang aku masih ingat dengan puisi ni.
Kalau kau baca puisi ni, grenti kau ingat penulisnya seorang yang amat kreatif dan mungkin bukan berusia sepertinya.
Tapi inilah kejutan dia, aku pun kagum bila Dr. Mawar bacakan puisi ni dan aku yang sentiasa meminati apa saja yang Dr. Mawar perkenalkan, menyalin puisi ini...

Tajuknya adalah:

Kepada Guru

aku selalu bermimpi
matahari telah melahirkan para guru
dan guru melahirkan banyak matahari
hingga matahari tak lagi sendiri

matahari tak penah sendiri, guru
ia selalu ada bersamamu
hangatkan cinta yang tumbuh
dan menyinari cakrawala kecilku
selalu

Nak tahu siapa poet ni?
Namanya Abdurahman Faiz.

Kini berusia 15 tahun (kalau perkiraan aku tak salah) berasal dari Indonesia, Beliau memang talented. Masa beliau menulis poem ni, ketika beliau berusia 9 tahun. Terkejut? Kagum? Yeah, aku memang kagum dengan bahasanya. Dia berjaya menghasilkan puisi yang indah untuk mengambarkan para guru. Selalu kita dengar, guru diumpamakan sebagai lilin sahaja. Dan aku pula gambarkan guru seperti lampu. Tapi adik Faiz ni berjaya memberikan makna guru itu lebih besar berbanding sebatang lilin. Menganggap guru sebagai 'matahari'. Ia bukan hiperbola melampau, tapi unik, dari pandangan mata seorang kanak-kanak yang menyanjung dan mengkagumi gurunya. Aku sendiri tak mampu memberikan perumpamaan begitu.
Mungkin kerana darah yang mengalir dalam tubuh kecil itu sudah semestinya menjadikan dia pemuitis berbakat dan terkenal. Ibu dan bapanya juga seorang sasterawan.
Thanks to Dr. Mawar kerana memperkenalkan puisi indah ini. Dan aku menganggapmu seperti mawar yang mengharumkan kenangan-kenangan laluku. Sehingga kini kenangan tu sentiasa lekat difikiranku. Seorang yang mengajar aku untuk bermain dengan perkataan, jadikan perkataan seperti muzik yang paling indah. Aku sentiasa kagum denganmu. Setiap pilihan cerita dan puisi-semuanya lekat dihati...

No comments: