Monday, May 23, 2011

Esok kena pergi kursus la pulak.

Sampai kejung sebab banyak kerja sangat nak kena buat.

So esok aku tak ada dah nak berblogging ni kot. sebab esok aku kena pergi kursus kat Terengganu selama 3hari. Hari khamis nanti baru balik. I'll miss my blog...ni pun dah rasa rindu ni...
hari ni amat busy gila lah. Sampai aku nak angkat kepala dari laptop aku pun macam tak menyempat dah. Time rehat pun tak makan. Orang belanja pun aku tak sempat nak makan. Last sekali nasi ayam orang belanja tu aku tapau wat balik makan kat rumah. Asyik la tangguh nak balik. Konon nak balik awal la sikit ari ni. Adeh, sekali kena lewat gak.
Segala report nak hari ni. aku kena siapkan 6 reports, pastu kena kemaskini files bagai. huhuhu. Kaki aku ni memang pantas la berjalan, lagi laju dari orang lelaki kot.
Kengkawan yang datang bertenggek kat meja aku pun aku borak tak angkat muka kat diorang. Sebab nak kejar 6 report sebelum balik. huhuhu. semput aku. Atas meja aku tu memang serabut dengan segala barang. Kejap-kejap ada orang datang mintak tu, kejap-kejap orang datang mintak ni. huhuhu memang la semput hari ni.
Macam tau-tau aku tak de esok, so arin ni dera aku cukup-cukup. hehehe memang la diorang tau sebab dah terpampang nama aku kena kursus 3hari. Ada lagi yang nak mengenakan aku. Aku kena isi slot orang yang aku sebenarnya takde kaitan langsung! bengang gak aku ni. Aku yang bujang lagi innocent ni memang wat muka innocent habis dah. Kena buli aku sebab aku sorang je bujang kat situ.
Ni masalah bila jadi bujang, semua kerja nak lambak kat aku. Aku yang tak ada kaitan kena wat report dia. Dia yang jadi setiausaha, aku kena ambik alih kerja.
All in all, aku tak tau nak rasa apa. selamat la sekarang ni, aku memang rasa penuh tenaga. tak letih. kenapa ye? tapi memang syukur alhamdulillah kerana aku dapat kesihatan dan tenaga yang banyak. hehehe.
preparation untuk cabaran masa depan aku..yeah, fighting!!!!go yong go!.

No comments: