Sunday, August 14, 2011

Dapat kad hari lahir dari Muda Osman


kad birthday untuk aku

Aku memang tak expect apa-apa pun masa dapat kad dari Muda Osman ni. Mula-mula tu tengok ingat dapat kad raya je. Kira first kad raya yang sampai kat aku la. Tapi, sekali dibuka, nampak la kad Hari Lahir. Dalam tu jugak ada voucher 20% diskaun untuk segala jenis buku.

Wah aku time tu dah imagine dah buku yang aku nak beli ni. 20% tu kira dah banyak dah untuk aku. Kalau beli RM300 tu kira dapat la aku 15 bijik buku novel melayu, tak pun aku beli 10 novel melayu, 4 novel oreng putis. hmmm aku pikir nak beli novel-novel mahal saja dah time tu. ye la, bila lagi nak dapat diskaun 20%, selalunya dapat 10% saja.
All in all (ceh macam buat summary masa form 5 sudah), terima kasih kat SMO ni sebab bagi aku kad raya, eh silap kad hari lahir ni. Sebenarnya aku hampir lupa birthday aku sendiri. First time aku rasa yang aku macam tak peduli dengan birthday aku. First time aku hampir lupa, selamat tak lupa bila tengok kad ini. Tapi aku tak la guna voucher tu time birthday aku sebab nak savekan untuk beli novel best masa bulan September.

Saturday, August 13, 2011

yang disangka hilang.

picture unavailable due to the broken card reader. I will fix it in the near future.

hari ni kerja menyelongkar segala barang dalam bilik aku yang agak tersembunyi. Aku kutip segala baju yang dah tak nak pakai lagi, nak kasi kat orang. Baju yang aku beli tapi tak padan. nampak sangat perasan body kecik kan. huhuhu. Apa saja lah.

Ok, aku bukan nak cerita pasal baju pun. Ni nak kisah pasal pencil case aku yang aku cari hampir 1 tahun yang lalu. Oh aku rasa lagi seminggu genap jumlah setahun aku cari pencil case aku ni. rupa dia, kecik saja. Tapi dalam ni ada harta berharga aku. Aku ingat aku tertinggal benda ni kat library ukm ; PTSL masa aku g melepak kat sana tahun lepas. Al maklum la aku ni memang kaki library dan suka melepak kat sana macam library tu rumah aku.

on that day, aku dok melepak kat sana hingga petang baru aku perasan yang aku dah janji gan kawan nak g makan sesama kat luar, terus pecut kereta keluar. Aku tinggal barang aku kat library, biasa la berlagak macam library tu rumah aku, dok pikir nak balik lepak kat sana lepas makan. Tu la aku pikir macam aku tak ingat pungut balik je pencil case aku, termasuk dengan ubat-ubat aku hilang ari tu. hehehe tapi tadi masa aku selongkar, aku jumpa ia dalam beg laptop aku yang dah arwah tu. huhuhu. Lama tul baru boleh jumpa tuh.

Friday, August 12, 2011

The reasons why we have problems

picture origin : halawatulfikr.blogspot.com

The Reason here is not the album of hoobastank
Nor the song The Reason is you or
not even the title of the book of The Reason for God

but the reason here to make us think about this...whenever problem appear in front of you.
The problems you face will either defeat you or develop you – depending on how you respond to them. Unfortunately, most people fail to see how Allah wants to use problems for good in their lives. They react foolishly and resent their problems rather than pausing to consider what benefit they might bring.
Here are five ways Allah wants to use the problems in your life:


1. Allah uses problems to DIRECT you.
Sometimes God must light a fire under you to get you moving. Problems often point us in a new direction and motivate us to change. Is God trying to get your attention? “Sometimes it takes a painful situation to make us change our ways.”


2. Allah uses problems to INSPECT you.
People are like tea bags…if you want to know what’s inside them, just drop them into hot ever water! Has God tested your faith with a problem What do problems reveal about
you? “When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.”


3. Allah uses problems to CORRECT you.
Some lessons we learn only through pain and failure. It’s likely that as a child your parents told you not to touch a hot stove…. But you probably learned by being burned. Sometimes we only learn the value of something… health, money, a relationship.. .. by losing it. “It was the best thing that could have happened to me, for it taught me to pay attention to your laws.”


4. Allah uses problems to PROTECT you.
A problem can be a blessing in disguise if it prevents you from being harmed by something more serious.. Last year a friend was fired for refusing to do something unethical that his boss had asked him to do. His unemployment was a problem – but it saved him from being convicted and sent to prison a year later when management’s actions were eventually discovered. “You intended to harm me, but God intended it for good…”


5. Allah uses problems to PERFECT you.
Problems, when responded to correctly, are character builders. God is far more interested in your character than your comfort. Your relationship to God and your character are the only two things you’re going to take with you into eternity. “We can rejoice when we run into problems…they help us learn to be patient.. And patience develops strength of character in us and helps us trust God more each time we use it until finally our hope and faith are strong and steady.”
Here’s the point:


God is at work in your life – even when you do not recognize it or understand it.
But it’s much easier and profitable when you cooperate with Him.


“Success can be measured not only in achievements, but in lessons learned, lives touched and moments shared along the way”


This is the five reasons why Allah uses problems


Allah Knows Best…



Wednesday, August 10, 2011

The annoying clerk

gambar dari : thoughtofthejay.blogspot.com

I was so annoyed... rasa tak puas hati je ada ari ni gan sorang kerani ni. Annoying tul perangai. Hadeh la, sakit jiwa aku. 2 hari aku cari dia. 2HARI! masyaAllah geram betul aku.

Kerja kerani je pun, bukannya despatch. Tapi, haish.... dia tak pernah melekat kat meja dia! Sakit hati tak? Dia ingat aku ni banyak sangat masa nak mengadap dia or cari dia merata tempat? Banyak lagi kerja lain aku kena buat kot. Tak pasal-pasal aku yang kena jadi kerani, cari file yang dia susun tu. Irritating tak perangai dia? mesti korang pun setuju gan aku. Pastu, cari punya cari, macam dia tak letak je surat yang WAJIB dia letak dalam file tu. Hot betul hati aku ni. Selamat la puasa so boleh control lagi.

Kerja dia melangut je kat luar. Rasanya ramai je yang dok komen kat belakang yang dia ni lesap 24 jam. Ingat tu pejabat tok dia ke hape? Selalu dia melepak kat nursery, tak pun pecut motor keluar. Mengalahkan lelaki or mat despatch kat pejabat tu pulak perangai dia ni. Macam la nursery tu takde pengasuh yang dia nak menyibuk kat situ. Or dia ingat nursery tu tempat mengasuh BUDAK DEWASA macam dia ke? Orang lain pulak yang kena ambik alih kerja dia.

Yang benar,
The Exasperated me.

p/s: gaya surat pulak hari ni

Tuesday, August 9, 2011

Nota zaman sekolah aku...

ni nota zaman sekolah yang aku sempat scan sebelum aku g hantar ke tempat lupus kertas

comel tak nota aku buat? aku bagi lebih effort kat mewarna nih. haha. ada layer-layer lagi tu.
peta zaman tamadun awal manusia.


ciri- ciri tamadun - peta minda.
Aku suka pakai peta minda bab buat nota nih sebab sebelum aku kena paham betul-betul huraian dia sebelum buat peta minda ni.

Monday, August 8, 2011

Bonus sebulan gaji untuk kakitangan kerajaan

sodahead.com
Hari ni 8 Ogos 2011, masa tengok berita just now, KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN BONUS SEBULAN GAJI UNTUK BULAN NI bagi kakitangan kerajaan! Alhamdulillah.... aku rasa happy sangat bangat lah. Boleh raya sakan tahun ni!
So, selamat bergembira untuk kakitangan kerajaan kerana anda telah mendapat bonus. Bukan setengah gaji tetapi SEBULAN GAJI! happy kan. So, bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. kerana dipermurahkan rezeki kita di bulan ramadhan.
Raya tu raya jugak, tapi jangan la kita boros sangat ya. Cuba la bersedekah mencari pahala di bulan mulia ni. Sebab tu kot kita dapat bonus, supaya kita dapat tolong orang susah jugak kan.

nanti aku bagi tips cara nak bahagikan pendapatan kita supaya takde la nazak sangat bila hujung bulan. Tips ni untuk mengelakkan kita dari jatuh bankrupt ye. sebab ramai sangat sekarang muda mudi yang diistiharkan muflis ni. sebab pakai kad kredit.(berapa banyak sebab daaa)

Sunday, August 7, 2011

City Hunter kisah pasal...

Enjoy la pictures yang aku amik masa tengok drama ni ya.
Lee Min Hoo sebagai Lee Seong Yoon masa mengadap prime minister.

Masa episod akhir lepas settle probs suma. Tak puas hati sebab happy ending dia pendek sangat.
ni pun dari episod akhir.

Ni masa episod 16 masa dia buat back flip kat prosecutor yang jugak kachak itu. Macho n cool gila masa dia buat back flip tuh!


City Hunter lakonan lee min hoo mengisahkan tentang corruption in gov. Kalau ikut cerita ni, there are always blunders and wrong doings in government yang kononnya just for greater good. But, ada juga menteri-menteri yang mengambil kesempatan dengan nama dan pangkat mereka untuk melakukan kerja terkutuk seperti mengsonglap/ mengebas duit orang ramai dalam diam-diam untuk kepentingan diri sendiri. Menurut jalan cerita ni lagi, pemimpin terpaksa menghalalkan cara kerana niat atau yang selalu disebut ' niat menghalalkan cara'.

Nowadays memang hard to find or aku rasa never have kot sekarang ni, government yang tak ada inner prob or kes corruption. macam payah nak percaya gan sesiapa, tapi still we need government, tak kira la government kita tu corrupt pun. we still need to choose the best lah, ikut kata hati.

Last cerita, grenti la hero still hidup. Mula-mula tu aku ingat hero mati gan bapak angkat dia tu. Tapi tak. Huaaaaaa mengalir gak air mata aku part dia nak bunuh diri sebab nak ugut bapa angkat dia supaya tak teruskan niat bunuh bapa kandung dia. Pastu paling sedih bila ayah angkat dia sanggup mengaku diri dia jadi city hunter untuk membersihkan nama Lee Seong Yoon a.k.a Lee Min Hoo. Sebenarnya ayah angkat dia amat sayang gan dia, sentiasa nak selamatkan dia, even nampak macam zalim sebab nak Lee Min Hoo bunuh ayah kandung dia. Ayah angkat dia Steve Lee ni pernah cedera sebab nak selamatkan Lee Min Hoo hingga kena pakai tongkat seumur hidup dia.

update :aku habis menonton cter ni pada 10.00 p.m. date: 8.8.2011, Monday

Saturday, August 6, 2011

City Hunter Video marathon

picture from : en.korea.com

dramacrazy.net


Hari ni siap download all City Hunter video. So, memang enjoy sakan aku mengadap this drama. Mengadap Lee Min Hoo aku hari ni. Owh so handsome nya dia. Kawaiiii...er ye ke perkataan ni boleh pakai untuk lelaki. hahaha. Bantai apa saja. Oh ye prosecutor Kim Yeong Ju pun not bad gak. hahaha
Tengok gaya coolio Lee Min Hoo dalam City Hunter kat tv OneHD, terus rasa teruja. Otak sengal jap. Lambat sangat nak tunggu kat tv, seminggu 2kali je, download lagi best. Habiskan terus. hahaha.
Gila cool dia dalam cter ni, sama cam dalam cter Boys over flower tu. Tapi yang ni lagi cool sebab dia protect the city dari mangkuk plastik punya government yang tipu rakyat. Ada 20 episodes. Really a marathon gitu.
Jom pakat tengok Lee Min Hoo di City Hunter. Jealous tengok body lawa dia owh. Bolehkah aku memiliki body slim gitu ye? Memang tak la kan, tulang Lee Min Hoo pun dah cute gila, tulang aku pulak nak dekat sama gan tulang dinosaur kot. hahaha.

Friday, August 5, 2011

Jahit baju lagi..kali ni mini kurung

bagi aku, ini mini kurung sebab cantum tiga bahagian saja. hahaha bahagia betul. Aku betul-betul malas nak jahit baju kurung, sebab banyak part yang kena cantum. tadi terlebih xcted sampai lupa nak amik pic tuk bahagian-bahagian yang aku potong.
mudah saja- 2 bahagian lengan, satu bahagian badan. kemudian cantum semua bahagian ini. part yang aku tak suka bila nak cantum lengan gan badan.
Tapi itu la dia, baju kurung tu, baju tradisional so grenti aku suka kan. hmm nanti kalau ada masa lebih baru aku boleh jahit baju tu lagi.

ni la dia baju yang aku beli untuk aku tiru untuk jahit baju aku tu. main hentam je, tekup atas kain dan amik colour stabilo swan tu untuk lukis bentuk atas kain aku. kemudian jahit saja, sebelum gunting part yang nak kena buang.

nak jahit dekat sejam gak la tuk bahagian lengan. bahagian yang aku paling tak suka nak cantum. kalau tak cantum, tak sudah baju aku ni.

malas nak pakai tudung so aku cut bahagian kepala aku. hehehe. baju ni belum siap pun, leher belum jahit n tangan gan bahagian bawah belum sembat. Kalau ikut idea pemalas aku ni, aku nak jahit pakai mesin semua.

Thursday, August 4, 2011

cara untuk melangsingkan/slim perut

gambar diambil dari : loose-belly-fat-fast.blogspot.com

Ni ada cara untuk melangsingkan or er paling tepat 'flatten' perut dengan cepat adalah seperti berikut:
  1. pastikan postur badan tegak, tidak bongkok; berdiri tegak atau duduk jangan bongkok.
  2. buat sit up. tambah jumlah sit up setiap minggu. mulakan dengan jumlah 30 kali sehari. sama ada 10x setiap sesi atau 30x direct.
  3. tidur mencukupi kerana menurut kajian Universiti Auburn tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan hormon stress dan ini meningkatkan berat badan kerana hormon ini akan memerangkap lemak di dalam badan.
  4. Tolong kunyah makanan anda sebelum telan selama lebih dari 20kali(kalau paling malas kunyah), kalau ikut sunnah Nabi s.a.w., kena kunyah 44x (ini lebih berkesan) - ini membuatkan anda cepat kenyang kerana dapat menikmati dan merasai makanan dengan lebih baik sebab dah blander sekata dalam mulut. Pipi pun boleh slim macam ni. otak dapat proses data yang perut telah kenyang ketika kita mengunyah. Perut pun tak sembelit sebab dapat hadam dengan mudah.
  5. elakkan makanan atau minuman yang ada gas atau berkabonat termasuk dengan chewing gum, tukarkan kepada air masak.
  6. elakkan makanan bergaram (asam masin juga termasuk dalam kategori ini) kerana ia akan memerangkap lebih air.
  7. kurangkan jumlah makanan; ambil semua jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tapi ambil makan setiap 2-3 jam sekali.
  8. seeloknya makan makanan yang ada serat/fiber (contoh: oat, lobak merah, kacang hitam dan barli) kerana ia mampu mengurangkan penghasilan insulin (insulin adalah hormon yang akan memerangkap lemak dalam badan). Dan makanan berprotein tinggi seperti tempe (kacang soya), susu, ikan (ikan boleh mengawal selera makan), roti.
  9. makan buah tembikai. + seafood + kacang jugak. tapi lebihkan tembikai sebagai snek anda.
  10. makan/minum 2 sudu cuka setiap hari - ikut kajian di Japanese Society of Nutrition and Food Science.
sumber ini diambil dari www.prevention.com dan diubahsuai/dirumus/summarized mengikut kepentingan kurus perut.

Wednesday, August 3, 2011

Kenapa aku tak boleh daftar nuffnang eh?

blog aku kat depan-email dan password panjang aku

Hadei la sengal dah otak dok pikir sesapa saja yang boleh tolong aku untuk daftar nuffnang ni. Bila baca blog cik azizah, rasa teruja pulak nak daftar nuffnang.
Sebenarnya dah lama dah dok try nak daftar. Dari 2009 lagi. Tapi, kena reject. Macam mana eh nak buat rayuan?
Pernah aku terfikir untuk buat blog baru. Tapi aku amat la sayang dengan blog ni. Sebab dah lama dah aku start blog ni. Sejak 2008 lagi. Sayang tak? Sayang kan... lama gila dah aku blogging ni. ni masuk tahun ke 4 sudah.
Ada sesapa yang boleh bantu ke? boleh tolong aku buat surat rayuan kat nuffnang ni? er memang pakai surat ke? hahaha dah canggih gitu, mintak tolong ajar nak hantar email kot kat nuffnang ni. Nak jugak aku merasa pegang cek kan. Even blog aku bukan ada sangat pun orang masuk. sob..sob..sob.. tapi takpe lah.

blog aku memang kurang orang masuk. tengok lah data tu.

Aku buat blog ni pun sebab aku nak bagi comment kat blog yang aku selalu baca iaitu blog novel. Ada sorang blogger tu, dia cuma bagi golongan blogger saja yang bagi komen. So terpaksa aku daftar. Bila dah daftar, tak boleh nak tinggal dah, addicted la pulak. Rindu kalau tinggal even sehari. Selalunya balik kerja, kalau larat memang aku blogging saja kerja. Perempuan pemalas betul aku ni.

Tuesday, August 2, 2011

Lagu top bulan ogos

picture dari leiaazzahra.blog.com

Masa bulan Ramadhan yang lepas lupa pulak nak post lagu favourite aku. So here the list of August top songs:
  1. Ungu - Andaiku tahu
  2. Netta Kd Danii - Hikmah
  3. Opick - Takwa
  4. Maher Zain - Thank you Allah
  5. Maher Zain - Open your eyes
  6. Opick - Semesta bertasbih
  7. Akbar - Ku berlari

Takdenya nak dengar lagu raya ni. Bulan puasa dengar je la lagu nasyeed ni. Insaf la diri sikit kan. Ni semua sempena ogos jatuh pada bulan Ramadhan.


Monday, August 1, 2011

Geram gan memandu yang suka potong queue

gambar dari: chemekmolek.wordpress.com
tengok lah kereta tu, nak menyelit dari tepi, mana aku tak bengang. TAK RETI BERATUR! budaya yang tak patut diajar. Orang ni memang sah, tak belajar dan tak boleh diajar dan kurang ajar!

copyright: fiezaradzi.com

haish...geram aku gan pemandu-pemandu yang tak reti nak hormat pemandu lain nih.
kisahnya pagi tadi. dan pagi-pagi yang lepas dan akan datang. biasa la kan, bila pagi-pagi ramai orang nak pergi keja. Dah tau yang diorang tu lambat dah, lain kali bertolak la awal dari rumah. Ni tak, nak jugak buat gaya jalan tu bapak dia buat khas tuk depa. Kekadang tu tak padan dengan tua, dah pakai kopiah, gan bini yang dah tersengguk-senguk tido pun, still nak memecut.
Aku geram sebab, diorang ni suka menyelit. Bila kat traffic light, banyak keta yang beratur kat belakang, diorang pecut dari tepi dan menyelit dekat depan gan traffic light. Gaya nak menyelit kat kereta yang berbaris kat depan traffic light tu. Sakit la hati.
Aku memang pantang dengan orang macam ni, kalau diorang berjaya menyelit depan aku, aku akan hon. Kalau diaorang beratur kat tepi aku, nak menyelit kat depan aku...jangan harap aku bagi. Memang aku akan follow rapat-rapat kereta yang kat depan aku tu.
Kalau boleh, aku nak semua orang kat malaysia ni buat gaya macam aku, biar takde orang gatal nak potong queue. Kecuali tuk kereta yang muncul dari kedai or lorong yang tepi, yang grenti kena menyelit kalau nak masuk. Yang jenis ni, kalau aku perasan dari mana diorang datang, aku akan bagi ruang untuk depa masuk.

Sunday, July 31, 2011

SMS/blog mengucapkan selamat berpuasa

Kad ucapan selamat berpuasa

yang ni pasal raya. Motif aku sebenarnya nak cakap jangan main mercun. Asal je start bulan puasa, berbunyi la mercun.

Hari ni banyak blog yang dok meng'wish'kan selamat berpuasa, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Pendek kata semua berkaitan dengan puasa dibulan Ramadhan. Termasuklah yang masuk melalui handphone kan. Antara yang aku ada dapat adalah:=

sekotak mancis
secakir madu,
selaut kasih
segunung rindu,
sekalung doa penuh syahdu,
salam ni khas buatmu,
selamat menyambut bulan Ramadhan. (forwarded by taktau sapa)

kedatangannya dinantikan
ketiadaannya dirundukan
pemergiannya ditangiskan
ahlan wasahlan syahru Ramadhan
selamat menjalani ibadah puasa dan trawih (forwarded by Sharifah)

Ya Allah, Ya Rabbi, sempena Ramadhan al-mubarak ini, muliakan dan sayangi insan yang sedang baca sms ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. beri kenikmatan ibadah, jauhkan fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada dirinya dan zuriatnya dan keturunannya dan masukkan dia dalam syurgaMU tanpa hisab. Amin..Amin..Ya Rabbal a'lamin. Selamat Berpuasa. (forwarded by Nik Suhairi)

Ambillah waktu untuk berfikir kerana itu sumber kekuatan, ambillah waktu untuk berdoa kerana itu sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mendekatiNya kerana itu sumber kekuatan jiwa dan rebutlah RAMADHAN selagi diberi peluang kerana ia mungkin RAMADHAN terakhir untuk dinikmati. SELAMAT BERPUASA. (forwarded by Handphone celcom aku)

semerdu sahutan azan, berdoa padaNya tanda kesyukuran, seikhlas rahmat keredhaan, Moga kehadiran Ramadhan, memperteguhkan iman. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, maafkan dosa-dosa yang ada. (forwarded by tak tau sebab cuma timbul nombor saja)


APA-APA PUN, AKU JUGA NAK WISH SELAMAT BERPUASA DIESOK HARI. JANGAN TINGGAL PUASA NANTI DOSA.

Saturday, July 30, 2011

Ribut di majlis tamat latihan kostabel dan tentera di Port Dickson 2011

kredit tuk gambar yang posting gambar perbarisan hari ini : blog http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/07/perbarisan-tamat-latihan-perdana.html

Hari ni ada majlis perbarisan tamat latihan perdana bagi prajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011. Ni la majlis adik aku ari ni. tapi kakak dia ni(aku le ni) tak join. Sebab esok keja kan... diorang boleh balik esok.
Mak dan ayah aku called tadi cerita. Bukan cerita pasal adik aku yang buat perbarisan tapi pasal ribut yang berlaku kat Port Dickson tadi. Siap ada yang pengsan, lebih dari 10 orang. Sebab takut sangat. Dekat 20 bijik kereta kena timpa pokok. Gerai jualan memang habis terbalik. Mak and atuk aku kata, sepanjang hidup diorang ni la pertama kali pengalaman dengan ribut. Rasanya PM kita sendiri pun dapat tengok suasana tu, sebab ia berlaku 30minutes after the march. Sebab beliau pun turut serta dalam majlis perbarisan tu.
Lebih menyayat hati...kereta pakcik aku jadi mangsa pokok rhu tumbang. Habis keretanya, macam nak terbelah dua dah rupa. Bahagian belakang memang tak boleh guna langsung sebab hancur. Cuma bahagian enjin dan tempat duduk depan yang boleh kata selamat jugak. Kesian dia n makcik aku. Datang nak raikan adik aku, tapi malapetaka yang dapat.
Makcik dan pakcik aku ni jenis sabar and tenang, so diorang boleh senyum lagi dan kata bahagian diorang, takde rezeki nampaknya. Kesian sebab keta Honda civic tu masih baru lagi, tak sampai setahun pun lagi pakai. Semoga diorang sabar bebanyak. Orang baik, InsyaAllah rezeki yang lagi banyak bakal datang....

Friday, July 29, 2011

First attempt jahit baju kurung

Hadeh mengah aku hari ni nak menjahit baju kurung sepasang.
Hadeh...
Seksa tul lah.
Mata dah la mengantuk gila ni. Budget masa, siap suma hari ni. Tapi sampai ke malam tak jugak siap.
Ni macam mana nak sambung part badan gan lengan ni. sengal tul la aku ni.... memandai sendiri sampai benda mudah jadi payah.
Sebab tak penah join mana-mana kelas menjahit baju kurung jadi la macam ni. Habis aku sepahkan baju yang dah berlipat sebab nak buat rujukan.huhuhu.
Sampai malam dok la nak pasang-pasang part kain ni.
Best cuma jahit part kain sarung dia je. Sambung 2keping kain.
Kalau la tak menjadi...sedih oooo sehari suntuk aku mengadap siap nak sambung esok lagi ni.

baju contoh gan buku. huhuhu, buku saja tak dapat membantu. ada part yang dia skip. hadeh...

bentang comforter sebab tak nak kain tu bergerak, terpesong time nak gunting.

camne nak sambung part ni, macam payah je. kena jahit sembat biasa dulu selom jahit mesin ni. huargh....mengantuk sangat.

Thursday, July 28, 2011

Durian! Famous sampai ke jepun!

Aku seorang peminat anime dan manga (bukan majalah mangga malaysia yang penuh gosip dan gambar artis tak cukup kain tu ya, sebijik macam majalah yang takde moral kot) ni komik manga. So, back to the story ya... aku kan suka baca Black Butler. Bila abis baca black butler (yang update tiap-tiap bulan), aku survey manga lain... I came across this manga; rosario vampire. Mula-mula tu aku nak baca yang ni nak bandingkan gan Twilight. Baca punya baca...jumpa....jeng...jeng...jeng...DURIAN! Sekarang musim durian...hehehe

nak baca ni? masuk je ke mangareader.net. Aku picked this picture kat situ la ni.
Manga jepun cerita pasal buah durian yang best! hahaha kagum aku, famous tul buah ni. Ingat orang luar dari asia tenggara tak makan durian sebab terlebih manis dia.




kalau baca dialog yang aku bulat tu...memang ayat teruja dengan buah durian.


semangat diorang berusaha nak cari buah durian dalam hutan. Lagi lawak sebab vampire suka makan DURIAN

muka teruja habis sebab dah dapat buah and tunggu dibelah.


monster dorian! Raja buah ni, kira macam monster gak la kan. Best tul la buah durian ni.

Aku suka jugak makan buah durian ni. Tetapi time aku malas tak teringin nak makan, tak payah offer, memang aku tak sentuh. Kiranya ikut mood jugak. Kekadang tu, aku sendiri tak tahan bau durian yang power ni. Ayah dan abang sulung aku peminat tegar buah durian ni. hehe
Selamat makan durian semua. Makan sebelum puasa, sebab time puasa memang buka puasa dengan nasik je nanti.

Wednesday, July 27, 2011

Lagu top di hati aku bulan Julai 2011

list lagu aku yang hampir menjejak ke angka 2000. Yang tu yang ada kat sini, dan ada dah kena burn dalam CD. External dah kurang space ni. huhuhu

Last week, aku susun folder-folder lagu aku. Tukar nama selepas download segala, korang pun tau kan, bila download je kekadang dia letak nama pakai nombor saja. So, I need to change nama mp3 tu kepada nama betul dia. Sambil susun, sambil dengar.
Lagu-lagu lama, kalau dah lama tak dengar dan didengar semula..best jugak.
Ni lagu yang top kat hati aku bulan Julai ni. Takde lagu baru this month ya.:-
  1. Emilia - Big big world (lagu ni memang best, cam balik ke zaman kekanak dulu je. Syahdu)
  2. Air - Bintang (lagu memang top dihati aku masa aku umur 13 tahun, zaman 1998. Rasanya ramai tak tahu lagu ni. Try la dengar. Memang best gila. Aku teruja nak share lagu ni kat sini)
  3. Lifehouse - Hanging by a moment (aku memang minat gila lagu ni)
  4. Arash and Helena - Broken Angel (berada dalam carta 2 bulan berturut-turut)
  5. Gia Gutawa - Sempurna Versi 2 (Versi pertama milik Andra and the backbone. tapi nak jugak dengar suara perempuan yang lembut sampaikan feeling kat lelaki kesayangan. Walaupun aku still single.hehehe)
  6. Belinda Carlisle - Heaven Is A Place On Earth (lagu top juga ni, mula kenal tajuk lagu ni masa tengok dan dengar kat dalam cter 200pounds beauty, selalu jadi tukang dengar saja. aku terus cari dalam tenet pas tau lirik dia)
  7. A-teen - Can't help falling in love
  8. Sophie B. Hawkins - as I lay me down

p/s: old-school songs suma. hehehe. Next month keluar list lagu raya pulak. Dah nak masuk puasa. Diri rasa teruja ni. hehehe

Tuesday, July 26, 2011

ada apa pada 9 Oktober nanti?

tengok..tak menarik pun kan, tetiba je muncul kat yahoo pasal wedding diorang. hehe maaf type yang celupar ni.
Tadi baca news kat yahoo news. Ada gambar couple yang akan kawin on 9 Oktober this year. Memula baca tu, pikir. Apa kes?tu pun sampai heboh kat yahoo, budget artis ke apa. Tapi baca saja. Rupa-rupanya, tarikh tu nampak je 9 Oktober this year- tapi nombor dia not bad lah, antara nombor cun gak bila tengok betul-betul dia jadi cam ni - 09.10.11.
Lagi cun, bila first date couple ni was on - 06.07.08- terus sambung tuk wedding on 09.10.11.
06.07.08.09.10.11.
Best kan main gan nombor nih.
Macam aku cakap kat previous entry, aku pulak asyik spot no best gak - 11,22, 111, kalau jam pulak - 11.11, 10.10 . memang lawa. hehehe perasan je.

Sunday, July 24, 2011

Leisure Dives Photos yang cool!

Dah tengok tak pictures kat yahoo yang bertajuk Leisure Dives Photos?

OK click link ni ya Leisure Dives Photos gaya memang gila leisure. gan gaya siram bunga dalam air, baca buku sambil buat gaya nak dives, n paling cool bila tengok dia dives pakai baju smart. hehehe. enjoy ya. gambar tu tak leh nak tampal kat atas ni, dia cuma bagi copy link saja.