Dah berhari-hari aku terfikir nak ke Canselori, ada program derma darah. Aku dah lama tak derma darah. Last sekali aku derma masa tahun 2007. bukan aku tak nak derma, tapi bila hidup bergantung dengan ubat memanjang mana boleh derma. So now i’m free from medicine, boleh la derma.
Hari ni memang bersemangat lah aku, abis class and discussion. Balik rumah dulu, lepas makan tengahari dalam pukul 2 aku keluar rumah. Dalam pukul 2 lebih aku sampai kat bangunan Canselori, ramai juga orang nak derma darah. Bukan jauh pun rumah sewa dengan UPSI, tapi aku menyinggah isi minyak kereta, baru tanya aini stesen minyak petronas tadi.
First kena check darah, tinggi ke rendah. Ok aku punya darah tinggi sedikit dari biasa memandangkan aku kurang tido semalam. Semalam aku tido pukul 3, tu pun memang paksa sikit la coz mata rasa best je semalam nak mencelikkan dirinya.
Ok ni syarat untuk derma darah:
- tidak mengambil sebarang ubat (dah berhenti ambil ubat bulan April 2009; baru ni la)
- tido cukup 5 jam (doktor yang tanya aku pulak tanya cukup 6 jam ke tak. Aku tak mengaku pun tido kurang. Semalam aku tido 3 jam je)
- berat tak kurang dari 45 kilogram (aku memang terlebih cukup)
- bukan dalam haid (hehehe aku cuti tapi tak cakap)
- kali akhir derma darah mesti 3 bulan lepas. (aku punya memang beberapa tahun lepas)
- tiada masalah kesihatan seperti hepatitis, kencing manis or ada beberapa lagi senarai lain. ( no hal aku memang takde penyakit macam tu)
- tidak ada hubungan rambang (memang tak dak)
Apa lagi ditanya?
- dalam masa 6 bulan ni ada pergi ke luar negara ke tak? (takut ada kes H1N1)
- keturunan kencing manis or darah tinggi or hepatitis? (hmm aku cakap la yang ayah aku je ada darah tinggi)
- pernah kena tahan di wad dalam 6 bulan ni? (bakal kena check in kat hospital 25hb July nanti, tapi memang aku takkan cakap lah)
apa kesannya bila aku kelentong banyak perkara di atas?
- badan aku jadi sensitif sebab tak cukup tido, bila nurse cucuk jarum, aku rasa sakit lain dari pengalaman lepas, terasa jarumnya. So apa lagi kena cabut and cucuk sekali lagi lah. Kali ni aku dah tahu yang aku lebih sensitif, terpaksa la aku bohong yang aku dah tak sakit. Padahal memang sakit macam yang first tadi jugak. AKU KENA 2 KALI CUCUK! (PADAN MUKA!!!)
- bila jarum dah nak ditanggalkan dari badan aku (dah cukup darah dia ambil). Masa ni aku rasa macam nak vomit je, aku berjaya bertahan.
- Rasa berpinau jugak la mata ni, otak pun macam tak cukup oksigen je dah.
- Lepas baring yang agak lama, aku dengan lagak beraninya cuba bangun. Ok so aku duduk dulu kat atas katil, rasa berpinau hilang la sikit, tapi sikit je lah. Tengok ramai orang still tunggu giliran dan aku nak berkejar ke aktiviti padang, aku kuatkan semangat.
- Macam biasa bila dah derma darah, diorang suruh minum and makan dulu. Penambah tenaga la kan. Baru dua teguk aku minum, rasa nak muntah datang lagi. Lepas tu datang la sorang pembantu, pihak U punya kot, dia kata muka aku pucat. Aku rasa pulak rasa muka aku macam darah serbu kat muka? Tah la aku bukan arif sangat bab ni, coz aku tak tengok sendiri. Mata aku start berpinau balik dah, nak pitam. Ok kakak tu pimpin aku ke katil lagi, tapi aku ni jenis suka berdikari (hmm nak tunjuk aku kuat lagi lah) aku jalan sendiri, masa nak sampai kat katil tu, memang aku dah nampak tak nampak dah coz suma dah jadi putih dah, terus aku landing, tak peduli bantal kat mana dah. Nurse yang letak bantal kat aku.
- Kelas pukul 4, aku still kat katil nih. So aku call Didi suh dia bungkus track suit aku dengan baju ukm. 15 minutes lagi, boleh kot jap lagi aku bangun.
Berjaya jugak aku join akiviti padang. Kena pergi minggu ni coz minggu lepas dah ponteng. Walaupun kepala kurang betul, selamat la cuaca tak panas and aktiviti hari ni duduk je. Hehehe.
*moral of the story, korang jangan nak kelentong doktor nanti jadi macam aku. Tapi aku sampai ke akhir aku tak keluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah dengan apa syarat dia mintak. Tangan aku still bengkak bekas kena cucuk dua batang jarum. Tu pun tak termasuk 1 batang jarum ubat. So ari ni aku kena 3 jarum. 2 keluar darah, 1 masuk ubat.
*info sikit: bila kita tak cukup tido, badan kita akan jadi lebih sensitif. Contohnya, bila sound radio dah cukup rendah untuk orang lain, kita still rasa ianya berbunyi kuat dan menyakitkan telinga. Kulit akan jadi lebih sensitif.
Ha lupa nak cakap, JARUM DERMA DARAH MEMANG BESAR OOOO... cam jarum nak buat ujian B.O.D kat sekolah dulu je. Aku sebenarnya takut jarumm dulu masa wat ujian B.O.D memang kena usik dek kengkawan aku lah. Dia kejar aku dengan jarum, memang haru oooo. Selamat tak tertikam sesama sendiri. Aku dulu kaki kacau orang, buli sikit-sikit dengan kawan sekelas je, kaki mengenakan orang so memang dikenakan balik bila diorang ada peluang kenakan aku.
Now aku still takut jarum tapi aku kalau boleh nak tolong orang yang memerlukan. Hmm maybe boleh menyelamatkan nyawa orang or darah tu dapat kat cousin aku. One of my cousin ada penyakit .... kesian dia sebab every month kena ambil darah kat hospital. Lain kali aku cerita pasal dia ye.
2 comments:
hurm~ kali terakhir sy derma darah waktu di politeknik 3 thn lepas...
hohooho lagi lama 2. bla nak derma lagi? hehehe
Post a Comment