Huhuhu...aku post ni lepas kena bebel/ceramah/tazkirah dengan abang aku. Hmm kalau dilihat pada isu, memang salah aku pun. Ni bab kenduri hari sabtu minggu depan la nih. Aku abis exam hari jumaat, abang aku nak suruh aku balik malam tu jugak. Leceh betul, eleh, selama ni, bila aku nak balik Tanjung Malim malam-malam dia bebel, tak bagi balik malam.
Tapi kali ni suruh aku balik malam pulak. Tension tul. Well aku baru dok rancang, hari sabtu tu aku balik awal pagi and singgah cameron highland jap. So sampai rumah petang hari lah. Dia bebel la, coz kenduri tu untuk aku, aku wat hal pulak.
Ayah aku pilih hari sabtu, sebab dia cuti. Malas tul la nak rush nih. Well aku memang takde hati langsung pasal kenduri ni. Wat letih aku je, apasal dia wat niat pelik-pelik nih. huhuhu. kasi havoc betul lah. Nak relax tak menyempat.
Ochin dah minta balik siang, boleh tengok pemandangan. Tapi, hmm takut la pulak ayah aku tu kecik hati.
Pasal tu la abang aku bebel, dia takut ayah aku kecik hati. Tanpa dia tahu yang perangai abang aku pun dah membuatkan ayah and mak aku kecik hati gak. Pasal awek dia lah, parents aku dah start tak suka dengan pompuan tu, huhuhu. Really hope kak ni yang jadi kakak ipar aku. Kakak yang classmate aku now. Pandang pun sejuk mata, cakap pun hormat orang.
Salahkah aku mendoakan perpisahan abang aku gan awek dia walaupun hubungan depa dah 8tahun. 8 tahun yang memeritkan abang aku, belum jadi bini dah nak bossy. Sapa tak sakit hati. Memang perempuan yang membencikan bila perempuan tu suka menggunakan lelaki untuk kepentingan diri. Nyampah, ingat dia tu cantik sangat, pandai sangat, hebat sangat ke hapa? meluat. Perangai tah apa-apa.
Hemmm dah melalut dah, ok aku pikir pun elok ikut kata abang aku.
No comments:
Post a Comment