Thursday, January 6, 2011

Blog strolling...ter'strolling' masuk blog lama...


Sejak dua tiga hari ni or sejak 2 minggu ni aku buat blog strolling hehehe asyik le dengar blogger lain sebut blog walking je. meh aku guna blog strolling(meh tiru aku guna perkataan ni pulak, tak pun cakap sauntering ke), coz aku memang strolling je ni. boring punya pasal...so I stroll from blog to blog. Banyak yang menarik. Tapi kebanyakkan dah 2 3 hari tak update.
Aku memang suka melepak kat p2u tapi tu la, dia novel yang dia letak banyak yang baru. aku yang jenuh nak baca. ye la, baca separuh-separuh je, eh bukan separuh pun..dikit-dikit je. Memang tak boleh salahkan pihak p2u, sebab dia nak tolong orang yang nak berkarya. Tapi tu la, aku jadi pening-bayangkan aku baca hari ni 5 cerita yang separuh-separuh. Lepas tu esok ada 6 lagi cerita sekerat-sekarat yang title dia memang lain dari yang aku baca 5 kelmarin. pastu macam tu la yang seterus harinya. sehingga la, minggu depan baru dapat baca sambungan minggu ni. So tok nenek (dah malas nak pakai bapak) banyak keliru aku-otak macam dah sengal-sengal dah, nak kena picit-picit pulak, takut rosak otak aku ni. konon nak kasi baik sebab tu nak picit, kang jadi lempeng, bukan setakat sengal-sengal aku dapat. tapi terus tak rasa apa-apa sebab dah mati. hehehe.
Stroll punya stroll, memang aku dah boring jugak dengan acara santai nih. So aku masuk blog lama-berkulat-rahsia-hati aku. aku masuk muka depan je la, rindu nak baca cerita lama, diari aku jugak la blog ni. tetiba aku rasa nak buat entry kat blog tu. TAPI! .......MASALAH BESAR! sebab............... aku rasa korang pun dapat agak and tahu................
AKU TAK INGAT!diulang...AKU TAK INGAT EMAIL EVEN PASSWORD!@#$% memang sengal terlebih dah otak aku nih. korang bayangkan..... E-MAIL SENDIRI, INGAT-INGAT LUPA=GUNA PERKATAAN 'LUPA' JE TERUS! PASSWORD INGAT-INGAT LUPA=MEMANG 'TAK INGAT' LA TU!(tak payah bagi ayat penyedap ingat-ingat lupa dah) jadi apa yang ada- memang bukan setakat sengal dah aku rasa-giler dah ni. aku nak mis-match menatang apa dengan apa, coz memang tak nampak, tak ada apa-apa dah. kacau+kecewa+lalai+lupa=KACAWALI(KECUALI) bukti yang blog tu memang aku ada dan memang ada di alam cyber nih, tu je la aku ada sebagai bukti aku pernah menulis kisah hidup aku kat situ, macam best je blog tu, picture dia...kata-kata yang memang menyentuh jiwa lah, penuh dengan phalsampah(falsafah@philosophy). Suma blog(5blog) suma best je ayat dia-puji diri sendiri coz memang takdak orang dah nak puji. (*J*)
Agak-agak macam mana aku nak masuk ye. Aku rasa macam pengidap amnesia dah pulak, tergagau mencari identiti diri(password n email) or mencari diari hilang untuk disambung kisah kehidupan yang pernah hilang dulu dengan kisah kini, kira cam update kisah terkini lah lepas lama tak menulis sebab diari hilang or aku sendiri hilang(padahal aku ada je). huhuhu.-AYAT PENING-PENING LALAT.

No comments: