Sunday, March 27, 2011

Aku budak cina?Dah letih nak menjawab...

Memang letih nak menjawab isu yang sama walaupun orang yang berbeza yang tanya. Kekadang tension jugak bila ada je yang tanya aku. Sebab aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku bukannya ambil tahu sangat dengan keturunan ke hape ni..dalam surat beranak dah tulis yang aku ni keturunan Melayu, so aku pegang je ayat Melayu tu. Malas nak mengkaji sangat.
Aneh ke bila aku dok cerita pasal isu aku budak cina?Kenapa aku bercerita isu ni? Luahan perasaan aku yang memang letih and boring giler bila kawan-kawan dok bertanya pasal kacukan ni. Aku pun tak pernah tanya orang samaada diorang kacukan apa-apa, sebab aku tak nak orang tanya aku benda yang sama. Sumpah aku cakap...bosan nak mampus bila ada yang tanya isu ni, lidah aku jadi kelu, otak aku boleh tetiba cramp (kalo otak boleh cramp), letih tetiba menghuni aku-selalu buat aku terkedu. Tak tau la macam mana adik-beradik aku yang lain pulak. Cuma kekadang ada jugak bila tiba-tiba sorang dalam adik beradik aku start cerita, pakat la ada yang nak share pengalaman jugak. Selalunya adik dengan abang sulung aku lah yang suka share. Aku dengan yang nombor 2 memang kurang sikit. Aku ada share, tapi yang abang aku yang nombor 2 tu memang aku rasa sekali je kot dia share. Dia jenis pendiam sikit, tapi bila buka mulut boleh bernanah gak telinga dengar.
Cuma ayah aku pernah cakap yang abang ipar dia ada cerita yang bapa saudara or tok saudara ayah aku cina thailand ada je tinggal kat Bangkok nun, entah betul entah tidak. entah entah ayah aku 'goreng'(tipu) aku sebab dia pun boring nak menjawab soalan aku , sama macam aku letih nak menjawab soalan orang yang tanya keturunan aku. So, aku assume yang aku cina belah bapa lah. Even muka aku macam mak aku. Belah mak aku pun muka lebih kurang jugak lah, kecuali sesetengah cousins aku yang mata bulat ada jugak, tapi ada je yang mata sepet cam aku . Belah ayah aku pulak, tak sah cerita la kan, sebab aku dah cerita dah tadi kat atas tu. Lagi la muka species aku, cina. Kebanyakkan kitaorang yang belah ayah aku ni kalo standing around chinese grenti dah tak dak beza. Ada je cousin aku yang kena panggil macam aku, cuma aku dah jadi cam family Yong, diorang pulak ada Ong dan Wong-orang cina yang panggil depa cam tu. Aku pun dah terlekat dengan nama Yong, tak leh nak ubah, sebab dari kecik amat lagi dah kena panggil dengan nama tu.
Malas kan nak menjawab, bila ada yang tanya 'awak ni generasi ke berapa dapat title Melayu?'huh. Malas tul aku nak mengira ni. Semput aku bila ada je dok bertanya aku isu aku ni kacukan ke hape. sebab tak tau nak jawab apa. Bagi aku, aku ni dah muka melayu, kulit melayu. Yeah maybe mata je la sepet sikit kan. Aku tak rasa aku berbeza sangat gan Melayu. Tapi bagi orang kat sekeliling aku, diorang tengok aku ni macam aku ni very obvious aku ni cina. Ada yang siap kata aku ni muallaf. sengal otak kejap aku ni.
Dulu masa kecik, masa zaman aku tak pakai tudung. Budak Melayu tak nak kawan dengan aku sebab takut aku ni budak cina. Nak buat macam mana, bila dah tinggal dalam komuniti Melayu kan. Pendedahan dengan bangsa lain kurang.
I wonder...macam mana pengalaman cousins aku yang lain bila ada yang soal isu ni kat depa. Mungkin mereka lebih jelas pasal keturunan sebab tinggal dekat dengan nenek aku. Teringat cousin aku yang sorang ni, yang muka dia, yang aku anggap memang cina betul. Apa pengalaman dia ya? Macam mana orang greet dia kalau dia tak pakai tanda nama atau orang tak nampak tanda nama dia?(pakai name tag sebab dia keja government tapi bukan cikgu) Sebab dia lelaki, so tak pakai tudung( selalu orang assume yang pakai tudung gerenti melayu) . Cause bagi aku, muka aku dengan cousins aku yang lain boleh aku kata melayu di mata aku, walaupun orang luar kata kami ini cina. Tapi bagi mata aku, cousin aku yang ni sorang memang outstanding muka cina dia tu. Mesti lagi banyak pengalaman cam aku.

No comments: