Friday, May 6, 2011

Hari jemputan kawin sedunia..

hohoho ari ni saja aku dapat dua invitation ke wedding ceremony. hmm dari kawan baik aku zaman u dulu. Sabar je aku gan Asma ni. Boleh pulak dia tanya aku ni keja apa sekarang? Padahal dah tau aku ni keja apa.
Hehehe dia dapat orang Pasir Mas. Tak sangka pulak jodoh dia gan orang kelantan. Ye la dulu masa zaman u, dia bercinta bagai nak rak gan orang Kedah jugak. Pastu, mak bapak tak berkenan, tukar pulak gan orang Johor. Orang Johor tu pulak dengar kata jenis baran. Sekarang jumpa jodoh gan orang Kelantan yang satu tempat keja gan dia. Wah..wah..wah.. jap lagi dapat la mengurangkan masalah pencemaran ni, sebab dah ada car pooling.hehehe. jimat duit gan space atas jalan raya. Jodoh dia gan orang Danau Tok Uban kot, er aku lupa sikit. Tapi umur 28tahun. Hmm aku p yang dekat ni je lah, malas nak merantau ke Gurun(Bukan Gurun Sahara, tapi kedah. rasanya suma orang tau). Majlis belah dia 1.6.2011, tapi aku nak attend yang 9.6.2011 yang kat umah hubby dia je. Tak dapat kot jumpa Sharifah, another best friends aku ni. Kitaorang bertiga zaman dulu. Just aku lagi rapat gan Sharifah la, hmm Asma pun paling rapat gan Sharifah gak, ye la sebab dia ni baik. So aku gan Asma kira cam berebut perhatian kot.hahaha. Miss those old days.Asma dan Aku masa dinner E-Lite 2008


Aku gan Sharifah Dinner E-Lite 2008

Another invitation from rabiha, ni kawan zaman sekolah lagi ni. Masa sekolah rendah, tapi kejap je masa year4. Jumpa balik masa sekolah menengah. Dari form 3-5. Tapi bukan dia yang kawin, sebab dia dah siap ada anak sorang dah. Dah nak cukup setahun kot umur Nur Insyirah tu. Ni wedding adik dia Atikah gan Fahmi budak pengawas masa sekolah dulu, merangkap adik kawan aku Fathihah. Bagus tul lah family B ni(rabiha,tapi suma panggil B je), ingat kat family aku, ye la selom dorang pindah KL, duk satu perumahan even jauh gak la umah aku gan dia. Lagipun ayah dia dulu bos ayah aku. Majlisnya 3hb 6 2011 nanti. hmm banyak rasanya majlis masa cuti ni kena pegi. Wedding ni wat kat umah nenek dia.

Thursday, May 5, 2011

Tolong la post something...



ni picture aku masa posing kat rumah Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato Mustapa Muhamed. Masa tu still belajar kat UKM and beliau taja pelajar U untuk balik kampung sempena Hari Raya tahun 2007. Masa ni beliau buat majlis berbuka puasa kat kediaman rasmi beliau di atas bukit. hehehe macam biasa perangai kitaorang; macam rusa masuk kampung. Melawat sekeliling rumah. Nanti aku ada mood aku cter lain.


huhuhu aku boring ni. And I'm addicted...to read. Anything..anything that I can read. huhuhu. someone please post anything about you in your blog. I really want to read something now.

Wednesday, May 4, 2011

special about this year...number 11.(prosperous year)


Ok look at this fact about 11. This year is 2011. Kalau ikut feng Shui tahun ni tahun kekayaan. This year is all about prosperous. PROSPEROUS YEAR.

I really want to share this with you guys. Well I got this message from a friend. She also got this message from her friend. chain message? you can say yes. but it is about fact of eleven. I wish this message will spread around the world before the end of this year.









This is sms i got:
tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu:
1/1/11- 1 Januari 2011
1/11/11- 1 November 2011

11/1/11 - 11 Januari 2011

11/11/11 - 11 November 2011

serta bukan itu sahaja, cuba ambil dua nombor akhir tahun kelahiran kita dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111.
Ini ialah tahun kekayaan!

Pada bulan Oktober nanti akan ada :-
5 kali hari ahad,
5 kali hari isnin dan

5 kali hari sabtu.


Ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun. tahun seperti ini dikenali sebagai tahun 'Beg kekayaan' bermaksud jika hantar sms ini kepada 8 kenalan kita, kekayaan akan mucul pada hari ke-4 seperti yang dinyatakan dalam fengshui cina. Ia adalah misteri tetapi tiada salahnya untuk mencuba.

(well, ikut korang la nak percaya ke tak fengshui cina ni, asal jangan bercanggah dengan agama udah la ye) Aku disini cuma ingin berkongsi fakta tentang angka special ni je. takda kena mengena dengan feng shui tu, yang tu orang yang sms tu yang hantar.


Okay this is the translation:
This year we will meet 4 special dates of year, that very seldom to happen in a year:-
1/1/11- 1 January 2011
1/11/11- 1 November 2011

11/1/11 - 11 January 2011

11/11/11 - 11 November 2011


And then, try to take last 2 number from your year of birth and add it with your age this year. The result must appear as 111.
This is Prosperous Year!
In OCTOBER we will have:-
5x Sunday
5x Monday and

5x Saturday


It only happen once every 823 years. This year known as PROSPEROUS BAG' means if you send this sms to 8 of your friends, prosperity will arrived on the fourth day like what have been told in the Chinese feng shui . It is mysterious but that doesn't hurt to try it.

Tuesday, May 3, 2011

My Chart Songs this month; May 2011


Another month passed by. This week, is a first week for May. Got another song chart I would like to share with you all:

  1. Jason Derulo - whatcha say
  2. Lenka - the show
  3. Maroon 5 - never gonna leave this bed
  4. Bruno Mars - Marry you
  5. Orianthi - according to you
  6. Pink - Raise your glass

Lenka famous with 'Trouble is my friend'...gonna listen to this song later on...again.

Download them all at mediafire(how to download it? look at my previous post on 'how to download songs')

Don't worry this list only for this week, I will add a few more songs as the time flows...

Monday, May 2, 2011

Thanks to you ya...my new followers and also my old followers


Aku click refresh, actually nak tengok new updates kat blog i followed. But surprised me, bila tengok tertambah followers aku. hehehe really thanks to all of you yang sudi follow belog yang tak seberapa nih. Humairah, abang long-my new followers yang baru je add aku few minutes ago kot. Macam mana aku tau few minutes ago? Sebab aku ni selalu je check new updates dalam 30minutes sekali tekan. Craving for updates lah.
Thanks to Hamidi A Hamid jugak yang add aku dalam last week.
My old followers yang memang kebanyakkannya dah start jadi kawan aku, cam kawan lama yang rapat. Mieza, Aini,jeje and cendawan, aya, alia, cik manis, ja dan young.
Aku memang tak dak keja kan... ye la dok la tekan refresh je. Sebab belog je la commitment aku selain email aku yang aku check hari-hari. Asal buka tenet je,aku terus check suma ni lah. Orang lain gan facebook, tapi aku dengan belog.

Saturday, April 30, 2011

penawar untuk penyakit bengkak hati


penyakit bengkak hati yang aku ada sebut dalam entry lepas. Ingat lagi tak?

Untuk mengatasi masalah bengkak hati ni, sila ke kedai tabib cina, dan belilah serbuk mutiara. Serbuk mutiara amat mujarab untuk masalah bengkak hati ni, dalam masa 3-6 hari bengkak itu boleh kembali normal kepada saiz hati yang asal.

Cuma masalahnya, er...kalau ada doktor yang tanya...tengok la dulu muka doktor tu kalau awak rasa dia jenis tak mahu percaya dengan ubatan tradisional, jangan bagitau...karang free je kena marah. Coz ada doktor jenis tak boleh terima kalau kita buat rawatan sendiri kat luar or jumpa bomoh ke apa ke.
Kalau doktor tu jenis yang boleh menerima hakikat kehidupan yang zaman dulu kala ramai manusia boleh survive dengan perubatan herba tradisional hingga la melahirkan generasi sekarang dan termasuklah doktor tu sendiri. Boleh la share this information.

Mesti nak tahu harga serbuk mutiara tu kan? bunyi serbuk mutiara grenti la mahal kan..mutiara tu... Tapi mahalnya serbuk mutiara tu takdelah jejak sampai 100 ringgit untuk sekali makan. harga dia tak pun sampai 50 ringgit or 20 ringgit. Harga serbuk mutiara cuma RM 5 je untuk sekali makan, kalau beli kat kedai tabib selalunya dia dah packing dalam bentuk sekali makan RM5. Jadi selamatkan lah nyawa orang yang mengalami bengkak hati ini. Harga murah je pun. Untuk menjadikan hati kembali normal cuma perlu berhabis RM15-RM30 je untuk 3-6 hari makan serbuk mutiara tu.

Cara untuk makan ialah makan macam tu sahaja, tak perlu wat gaya pelik or nak minum dengan air suam ke apa. Apa-apa air pun boleh. Cuma untuk bayi or kanak-kanak, silalah letak dalam susu botol mereka, mudah sikit kan.

In conclusion, untuk rawat penyakit bengkak hati: beli serbuk mutiara di kedai tabib cina. Harga RM5 ringgit saja untuk sekali makan. Kena makan dalam 3-6kali sahaja.(Kalau surut amat lambat, tambah tempoh makan serbuk mutiara ni). Makan cara biasa saja.

Pssstt....selain tu kan,sebenarnya serbuk mutiara ni pun boleh mencantikkan kulit tau. Ni la amalan masyarakat cina untuk mendapatkan kulit yang cantik. Masa bayi lagi sudah diberikan dengan sebuk mutiara. Kalau tak percaya serbuk mutiara ni boleh mencantikkan kulit, pergi la ke pasaraya dan tengok kandungan bahan kosmetik, ada yang mengunakan serbuk mutiara ni. Serbuk mutiara boleh memutih dan melicin kan kulit tau, kulit lebih berseri dan cantik macam mutiara. Bukan gigi saja tersusun putih cantik bak mutiara, tapi kulit pun boleh cantik macam mutiara.

update 22 Januari 2014: ok, ramai yang tanya pasal bengkak hati dah lama/teruk/makin kurus/ada penyakit lain/kanak-kanak umur 2bulan-5bulan/sakit berat boleh makan tak?
jawapan: 
       serbuk mutiara ni adalah supplement yang boleh dimakan oleh segenap lapisan umur dan pesakit apa saja penyakit. 
     dari bayi yang 2-5bulan hingga la tua sangat-sangat dan ada penyakit jantung/kencing manis/darah tinggi/bengkak hati atau apa saja.insyaAllah, ia tidak mendatangkan keburukan kepada pemakan.
     ia cuma boleh jadi salah satu makanan harian kita(cuma mahal saja yang menghalang). Anggap saja macam makan gula-gula serbuk. letakkan dalam minuman atau tuang/makan terus ke dalam mulut.
       bagi orang dewasa jumlah pengambilan untuk menghilangkan bengkak hati adalah banyak(kalau tak silap 3paket sehari).sila rujuk tabib di tempat anda beli serbuk mutiara itu.
              bagi yang was-was boleh minum air susu kambing fresh (bukan dalam paket).beli banyak-banyak,letak dalam peti, bila nak minum,panaskan saja. ambil 1 kali sehari. pilih mana satu nak ambil samaada serbuk mutiara atau susu kambing fresh sebab kedua-dua bahan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menghilangkan bengkak hati dan bersifat panas. lagipun susu kambing ini adalah minuman nabi s.a.w. jadi ikut lah sunnah nabi s.a.w. dan ternyata benar yang ia amat baik untuk kesihatan berbanding susu lembu.
nak tanya lagi,call or msg saya. kalau saya dapat jawab insyaAllah saya jawab - 0139335654
(mungkin lambat balas msg or tak angkat call kalau saya sibuk atau tak perasan-kalau berlaku macam ni,saya minta maaf awal-awal,tapi insyaAllah nanti saya balas msg awak)

Thursday, April 28, 2011

Pantang untuk ibu mengandung(Penting!)


kacang pistachio

Apasal aku sentuh isu ibu mengandung kat sini? mesti korang yang kenal aku tertanya-tanya kan. ye la aku ni kan bak kata si wawa 'still single mingle ding dong bell lagi'.
Tak kisah la aku bujang pun, tapi ni nasihat penting!memang kena pandang serius untuk semua ibu mengandung! memang larangan untuk ibu mengandung!

JANGAN MAKAN KACANG PISTACHIO! KACANG PISTACHIO TU IALAH KACANG YANG KULIT KERAS TU LAH. err kalau tak tahu, cuba cari bawah jenama Tong Garden, salah satu jenis kacang yang dijual tu la kacang pistachio. tak pun tengok je picture kacang kat atas tu. grenti tahu kan? Aku cakap kosong, ni adalah benar sebab doktor sendiri cakap macam tu kat kawan aku yang anak dia kena tahan kat wad sebab bengkak hati.



salah satu yang ada kat paket tu adalah kacang pistachio
jangan salah faham, bukan jenama Tong Garden yang tak boleh makan, tetapi KACANG PISTACHIO je. ok!


TAPI TU LA AKU NAK TEGASKAN KAT SINI: JANGAN MAKAN KACANG PISTACHIO SEBAB KACANG INI BOLEH MEMBERIKAN KESAN KEPADA BAYI YANG LAHIR. BAYI AKAN MENGALAMI MASALAH BENGKAK HATI! kanak-kanak ini akan membesar menjadi seorang yang tak boleh terlalu aktif.

Ni colleague aku cerita sebab anak dia dah terkena masalah bengkak hati ni, hati anak dia membengkak sehingga 5cm. Boleh rasa hati tu bila sentuh perut dia. Kesian baby akif ni. Bila seseorang itu mempunyai masalah bengkak hati atau masalah hati (bukan sebab sakit hati or patah hati kerana cinta) kulit mereka menjadi kekuningan.

in a nutshell:
  • simptom bengkak hati: kulit menjadi kuning, perut sikit kembung, badan lemah.
  • antara sebab bengkak hati : ibu mengandung yang makan kacang pistachio menyebabkan anak mendapat penyakit bengkak hati.

Wednesday, April 27, 2011

Habiskan weekend d' Taman Negara Kuala Koh

Weekend at National Park, Kuala Koh Gua Musang, Kelantan.
Aku habiskan masa 3days 2 nights here. 20hb April 2011-22bh April 2011
Pegi 2 buah keta:- kereta geng aku(pompuan) dan geng lelaki 1 kereta.

ok kat belakang aku ni pokok tualang yang berusia lebih 100 tahun dah, besar dia dalam 5 pemeluk jugak la. Kagum aku kat orang asli yang panjat pokok ni tanpa buat sebarang takik or tempat pemijak untuk memanjat. Dah la tu, pokok ni tinggi dan besar giler. Diaorang panjat untuk buat jambatan gantung ni lah. ada 5 perhentian semuanya. Jambatan gantung ni ambil masa almost 1 year to finish the job. Pokok tualang adalah pokok terbesar yang digunakan untuk buat jambatan gantung ni.


buai...buai...buaiku laju...(lagu bawang putih, bawang merah: cerita P.Ramlee) Siap ada buai lagi tu...hehehe merasa aku naik swing yang menggunakan pokok. tapi tak leh nak swing laju-laju sebab nanti terlanggar dengan pokok kat belakang aku tu.


Gambar sebelah ni masa jungle tracking selama 1 jam kot. dah lupa lah. mengah jugak bila kena panjat bukit nih. Siap kena kissed gan leeches lagi 2 ekor tu. but, aku ni jenis cool semendang. setakat pacat je pun. Siap terserempak gan ular lagi. Tapi ok je la, selagi tak kacau snake tu, dia takkan kacau kita lah.

posing atas jambatan gantung...
Cantik pemandangan dari atas ni. Alhamdulillah...aku langsung tak gayat, sebab ada tempat berpegang hehehe.
Acu letak aku kat longkang besar yang memang takde tempat nak pegang, cuma ada titi kayu je... grenti aku sanggup lalu jalan jauh lah. tak pun terbongkok-bongkok, terketar-ketar nak jalan atas titi kayu yang kecik.


bamboo trees belakang aku tu. Saja aku heret aku punya colleagues ni bergambar kat bamboo trees tu. Sebab rindu nak tengok bamboo trees ni. Kat area rumah aku dulu ada jugak 2 rumpun belakang rumah, tapi dah kena tebang dan bakar. Padahal memang cantik je kan ada bamboo trees ni.
Tapi dulu aku taku ooo nak lalu pagi-pagi area pokok buluh ni. Orang kata ada hantu kat pokok buluh tu. Ada kawan aku cakap, adik dia yang masa tu umur 2tahun cakap 'tu ada hantu' masa tu dia bawak adik dia lalu area belakang rumah kitaorang, waktu senja(twilight). dah la time tu nak hujan..berangin..kawan aku ni toleh tempat adik dia tunjuk tanpa sengaja...dia nampak perempuan pakai jubah hitam kendong kain hitam macam pegang bayi berlari kat pokok buluh tu...seram aku pastu.


Aku nak ambil pic kat pokok besar yang masih tegak ni...Kat belakang aku pulak ada rombongan yang tengah dengar cerita penunjuk arah kitaorang. Aku suruh salah sorang budak tu ambil pic aku nih. nak berposing kat pokok besar. akar banir tu! besar kan! Allah hu akhbar! Allah Maha Besar! kagum aku dengan apa yang aku lihat sepanjang ada kat sini. Aku ni sememangnya pencinta alam.

Posing kat Papan Tanda Taman Negara, tak perlu aku cerita banyak, kat belakang tu dah ada semua maklumat..."maklumat dihujung jari". click saja kalau nak tahu. Selamat la ada kakak kat tempat keja aku ni yang memang kaki jalan. best lah...ada geng nak berjalan-jalan.


yang ni pulak gambar pokok yang dah ditebang, Pokok balak nih! besar kan! Diorang bukan sengaja nak buat khianat kat pokok ni, tapi kena tebang sebab pokok ni dah mati dah, takut tertimpa jambatan gantung tu pulak.



Aku amik pic sendiri memandangkan aku yang paling depan dalam group aku, so takde sesapa yang nak amik pic aku ni. Aku di atas perhentian pokok tualang dengan ketinggian 23.2 meter dari lantai hutan! Allah hu akhbar! kagum aku bila tengok semua ni. pokok besar ni yang berusia lebih 100 tahun, cantik sangat kulit pokok ni, licin dan putih je .




bergambar beramai-ramai sebelum balik masa hari sabtu lepas. banyak ilmu aku dapat, datang kat tempat macam ni. alhamdulillah...



Saturday, April 23, 2011

heavenly sleep..zzzz


letih oooo...drive pegi-balik dan segala aktiviti yang dibuat sepanjang 3hari ni.
Aku baru balik dari Taman Negara Kuala Koh, now I only think about my bed. Bet I will never dream anything tonight because I'm totally depleted now. heavenly sleep...
really tired, but still I have time to post an entry to tell that "I'm still alive today". alhamdulillah...

Tomorrow I'll tell you what had happened, then you can judge. Don't ever judge a book by it's cover ok...hehehe

Time to sleep..

picture conan ni cute sangat cam aku yang tengah tido dengan buku novel kat tangan. hehehe


Assalamualaikum...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Wednesday, April 20, 2011

Cara download lagu


*English and Malay instruction
below:

hope these instructions can help you!











Macam mana nak download lagu? or How to download songs?
Okay here are the easiest tips I can give you...
  1. If you know the title of that song, you just need to type the song title with the singer's name on the google or yahoo search engine.
  2. for example: you want to download '30 seconds to Mars' band, the title song is 'Closer to the edge'.
  3. Go to google or yahoo search engine. (Well, I prefered to use google search engine).
  4. Just type '30 seconds to Mars - Closer to the edge mp3' at the box given.
  5. Then you will get the list of the websites where you can download the song.
  6. You need to choose 'mediafire' or '4share' or 'mp3bee'. You can download the song easily in these three websites. (and I always prefer mediafire).
  7. for mediafire or 4share, you just need to wait the box asks you to click download when it ready. But if you choose to download using mp3bee, you need to type the password given on the right side-just to ensure you are human hehehe... I don't know if animals know how to play computer. If you cannot download it when you already click the download box. You can try to right click and choose 'download' or 'save as'
  8. So, each time you want to download songs, just do like what I said-type it at search engine with the word mp3 at the back or at the front of the song and choose mediafire or 4share website. and then just click download.
*if you don't know the song title but want to download that song, you need to type the lyric that you can remember.
for example:
  • you did not know the song that has this lyric - 'do you ever feel like a plastic bag...do you ever feel...' you just can remember a bit of that song. Which it come from 'Pink-perfect'.
  • you just type a bit of the lyric you can remember. then put the word lyric at the back of that lyric you can remember
  • Type it just like this in the search engine: 'do you ever feel like a plastic bag...do you ever feel lyric'. The longer lyric you can remember, the better.
  • then you can see the song's name in the list-'katy perry - firework'. Then you just do like what I have taught you just now.

Malay:
Nak download lagu cara mudah...so kita guna gaya mudah je lah.

Kalau dah tahu tajuk lagu lagi la mudah nak download.
  1. pergi je ke search engine (aku selalu guna google, best! Ia selalu senaraikan semua benda)
  2. type je tajuk lagu kat situ tapi kena letak perkataan mp3 kat hujung dia. Contohnya: type lagu 'Altimet - maafkan kami mp3'.
  3. search engine akan keluar segala list dia. Cuma kita kena pilih yang ada perkataan 'mediafire', '4share' atau 'mp3bee'. Selalu aku pilih mediafire, lagi mudah aku download.
  4. Klik je kat link dia bagi tu, terus masuk ke page website yang ada lagu tu. Tunggu je box kat situ suruh tekan download.(cara mediafire and 4share)
  5. tapi kalau mp3bee, kita kena type password yang dia bagi.
  6. kalau tak dapat nak download bila klik kiri, try la klik kanan kemudian pilih save as atau download
*tak tahu tajuk lagu? ok,mudah ja itu..
mula-mula type je lirik yang korang boleh ingat TAPI korang kena tambah perkataan lyric kat belakang. tapi kalau lagu bahasa melayu letak la lirik. Contoh dia 'do you ever feel like a plastic bag...do you ever feel lyric'
pastu akan keluar la senarai kat google ke yahoo(apa-apa search engine yang korang guna tu.) - Katy Perry - firework.
Pastu korang buat/ulang apa yang dah aku ajar tadi.

Mudah kan? kacang ja itu...

Tuesday, April 19, 2011

My Chart Songs this month; April 2011

-about the picture*kaki dengar lagu*enjoy the songs!
tak tahu nak baca apa lagi. Semua blog aku dah baca, well at least blogs I followed lah. All songs downloaded. Should I list down all my favourite songs? Alang-alang dah boring tahap tenuk terlebih tido nih. Here is the list of my favourite songs:
Top in my chart goes to -
1 - Diddy & Skylar Grey - Coming home (my favourite part is when Skylar sings the chorus part)
Number 2 in my chart -
2 - Norsheila Amin - Aku sudah jatuh cinta (old song, I tried to find her song 'kad ucapan' but what came out in the list was this song so aku main download je, built up from pantun to music. Cayalah)
3 - The New Basshunter - Dota (I don't know the meanings of the lyric but the bass sounds fantastic. try it out!)
4 - The Calling - Wherever you will go (Evergreen song, meaningful, great song for me. Nice lyric - a very like me; setia/loyal hahaha-perasan nak mampus aku ni dan aku amat sedar diri)
5 - 30 seconds to Mars - Closer to the edge (part paling best - bila kata-kata semangat ada - I will never forget, I will never regret, I will live my live. And the words; honestly very catchy. termasuk la part 'can you imagine a time when the truth run free')
6 - Pink - Perfect - (best lagu ni - like the music and like the way I try to convince myself -'Pretty Pretty Please don't you ever feel you are less than perfect'-pretty ke aku ni/am I pretty?hehehe-kata-kata semangat untuk diri untuk jadi lebih positive!chaiyok!gambatane!keep fighting!)
7 - Norsheila Amin - Kad ucapan (old song jugalk, I heard it on radio and really love it. Sesuai mood aku time tu yg agak mellow nak dengar lagu lembut and syahdu hehehe. And then baru aku ingat Shahiran, kawan aku ada sebut pasal lagu ni ada dalam satu novel melayu but I forgot the title lah. Apa-apa pun I enjoyed this song)
8 - Bob and Hayley William - airplanes (everybody would love this song right? even my mother loves it!)
9 - jay Chou - Tian Tian De (sweetness) best sangat, got it from my blogger friend.
10 - Katy Perry - Firework(It has style; repetition and rhyme-sounds nice. after hurricane comes a rainbow', most time people use after the rain comes a rainbow-perumpamaan baru)

*new songs yang baru masuk list: -
- Justin bieber - never say never (just like the part when he said 'never say never and when Jaden Smith part. hehehe-Kijam [kejam] tul aku nih)
- Song Ji Eun - Crazy (korea song, just heard it on tv 30 minutes ago on KBS channel. I like the music and the tune so I google it as soon I switch on my lappy)

*lagu yang dah lama dalam carta aku dan dah agak boring -
1- Eminem - love the way you lie
2 - Shontelle - impossible
3 - avril lavigne - what the hell
4 - altimet - maafkan kami
5 - flo Rida - club can't handle me
6 - Taylor Swift - mine
7 - One republic - stop and stare
8 - Monica - angel of mine (old song, but evergreen. Try it out)

-nak belajar cara download lagu ke?
nanti aku ajar masa next entry ye...hehehe kacang ja itu.

Sunday, April 10, 2011

So Tired!

*gambar di sebelah adalah tanpa motif. Hua Ze Lei dalam Meteor Garden. One of my favorite Korean drama.

Sumpah letih! rasa nak collapse je nih. But still ada je aku nak wat post kat sini. Bertapa sengalnya aku. Time banyak masa, aku tak nak post apa-apa. Time letih nak mati macam ni + busy gila now= aku jadi rajin (langsung tak logik kalau ikut kata akal, tapi kalau ikut kata hati, semua boleh lulus je kan).
Takpe lah aku post sikit je hari ni, just nak menyatakan untuk semua orang yang aku masih hidup kat dunia ni. hehehe. Jangan marah ye blogger yang lain, yang sama spesis gan aku (Jenis malas nak update blog.)
Untuk semua blogger, aku cuma nak pesan satu je. Please update your blog, kesian pembaca yang baca blog sebab tak tau sama ada kita ni hidup lagi ke tak. Tapi boleh la dimaafkan kalau blogger tu pun dah tak ingat password and email sendiri. hehehe macam aku ni la tu, tak ingat email dan password blog aku yang satu lagi.
In a nut shell, update your blog okay.

Thursday, March 31, 2011

malas



lazy mode...
lots I want to share with people but...I'm so lazy now.
Some of the issues are not even relevant to be posted anymore. Or should i just type it?
about the number, my jungle tracking, Pesta Buku, and Rejim Mahkota that always tickling my brain.
Lets start with number I think...after this I will post it. A very interesting fact about this year number...
So now let's solat first!

Sunday, March 27, 2011

Aku budak cina?Dah letih nak menjawab...

Memang letih nak menjawab isu yang sama walaupun orang yang berbeza yang tanya. Kekadang tension jugak bila ada je yang tanya aku. Sebab aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku bukannya ambil tahu sangat dengan keturunan ke hape ni..dalam surat beranak dah tulis yang aku ni keturunan Melayu, so aku pegang je ayat Melayu tu. Malas nak mengkaji sangat.
Aneh ke bila aku dok cerita pasal isu aku budak cina?Kenapa aku bercerita isu ni? Luahan perasaan aku yang memang letih and boring giler bila kawan-kawan dok bertanya pasal kacukan ni. Aku pun tak pernah tanya orang samaada diorang kacukan apa-apa, sebab aku tak nak orang tanya aku benda yang sama. Sumpah aku cakap...bosan nak mampus bila ada yang tanya isu ni, lidah aku jadi kelu, otak aku boleh tetiba cramp (kalo otak boleh cramp), letih tetiba menghuni aku-selalu buat aku terkedu. Tak tau la macam mana adik-beradik aku yang lain pulak. Cuma kekadang ada jugak bila tiba-tiba sorang dalam adik beradik aku start cerita, pakat la ada yang nak share pengalaman jugak. Selalunya adik dengan abang sulung aku lah yang suka share. Aku dengan yang nombor 2 memang kurang sikit. Aku ada share, tapi yang abang aku yang nombor 2 tu memang aku rasa sekali je kot dia share. Dia jenis pendiam sikit, tapi bila buka mulut boleh bernanah gak telinga dengar.
Cuma ayah aku pernah cakap yang abang ipar dia ada cerita yang bapa saudara or tok saudara ayah aku cina thailand ada je tinggal kat Bangkok nun, entah betul entah tidak. entah entah ayah aku 'goreng'(tipu) aku sebab dia pun boring nak menjawab soalan aku , sama macam aku letih nak menjawab soalan orang yang tanya keturunan aku. So, aku assume yang aku cina belah bapa lah. Even muka aku macam mak aku. Belah mak aku pun muka lebih kurang jugak lah, kecuali sesetengah cousins aku yang mata bulat ada jugak, tapi ada je yang mata sepet cam aku . Belah ayah aku pulak, tak sah cerita la kan, sebab aku dah cerita dah tadi kat atas tu. Lagi la muka species aku, cina. Kebanyakkan kitaorang yang belah ayah aku ni kalo standing around chinese grenti dah tak dak beza. Ada je cousin aku yang kena panggil macam aku, cuma aku dah jadi cam family Yong, diorang pulak ada Ong dan Wong-orang cina yang panggil depa cam tu. Aku pun dah terlekat dengan nama Yong, tak leh nak ubah, sebab dari kecik amat lagi dah kena panggil dengan nama tu.
Malas kan nak menjawab, bila ada yang tanya 'awak ni generasi ke berapa dapat title Melayu?'huh. Malas tul aku nak mengira ni. Semput aku bila ada je dok bertanya aku isu aku ni kacukan ke hape. sebab tak tau nak jawab apa. Bagi aku, aku ni dah muka melayu, kulit melayu. Yeah maybe mata je la sepet sikit kan. Aku tak rasa aku berbeza sangat gan Melayu. Tapi bagi orang kat sekeliling aku, diorang tengok aku ni macam aku ni very obvious aku ni cina. Ada yang siap kata aku ni muallaf. sengal otak kejap aku ni.
Dulu masa kecik, masa zaman aku tak pakai tudung. Budak Melayu tak nak kawan dengan aku sebab takut aku ni budak cina. Nak buat macam mana, bila dah tinggal dalam komuniti Melayu kan. Pendedahan dengan bangsa lain kurang.
I wonder...macam mana pengalaman cousins aku yang lain bila ada yang soal isu ni kat depa. Mungkin mereka lebih jelas pasal keturunan sebab tinggal dekat dengan nenek aku. Teringat cousin aku yang sorang ni, yang muka dia, yang aku anggap memang cina betul. Apa pengalaman dia ya? Macam mana orang greet dia kalau dia tak pakai tanda nama atau orang tak nampak tanda nama dia?(pakai name tag sebab dia keja government tapi bukan cikgu) Sebab dia lelaki, so tak pakai tudung( selalu orang assume yang pakai tudung gerenti melayu) . Cause bagi aku, muka aku dengan cousins aku yang lain boleh aku kata melayu di mata aku, walaupun orang luar kata kami ini cina. Tapi bagi mata aku, cousin aku yang ni sorang memang outstanding muka cina dia tu. Mesti lagi banyak pengalaman cam aku.

Saturday, March 19, 2011

SUPERMOON TONIGHT!!!GET OUT AND ENJOOY THE MOON TONIGHT!


Okay, I know that you all know that tonight we have supermoon(19 March 2011). I heard the news on the radio told about supermoon predictions have the odious distinction of coinciding with various catastrophes in Japan but if you read the article below, it is actually not the prediction for tsunami in Japan. So, go out and enjoy the ray of moon shining in it brightest and biggest shape. I already watched and enjoyed the view just a couple of minutes ago before I wrote this entry. Bulan penuh yang terang dikelilingi awan. Terang sangat, membuat awan sekeliling dia menonjol, err terang jugak gamaknya (make the cloud around it looked really beautiful). Saja post secepat mungkin, I want to share this feeling and the information with you.
Err, actually I think I have seen another biggest moon before, bigger than the supermoon tonight. But not as bright as this. But unfortunately I don't have a great RM2+++ nikon camera to capture this great view.huhuhu. Coz that when I watched the moon with my oldest brother just now, I questioned and argued about the size of supermoon. I agreed when it come to it brightest but not for the size. Or do I need to wait for a while and go out and check again if the moon become bigger than before since it also has to count my coordination on earth. hehehe. But still I think I have seen other biggest moon time. whatever(apa-apa je lah). So go out and help me conduct this observation about the moon size or if you don't agree about it brightness you can tell me too.
Most time we heard the term of 'bulan sakit/ sick moon' which is the term apply for when the moon turn really bright yellow. Dulu masa kat UKM aku selalu balik malam, so I would enjoy the view. Hah don't misunderstand lak, aku balik malam dari discussion kat bilik member or from library. Aku suka tengok bulan. Bintang kurang nampak sebab aku lalu area yang ada lampu jalan.
Hehehe tetiba aku rasa aku nak guna BI, dah lama tinggal rasa cam dah berkarat giler dah. (long time did not use english, i think it already mudded with time.

This is the article I have read:
Supermoon from abcnews

When you step outside tonight, don't forget to take a good look up at the sky.

Assuming clouds don't get in the way, you'll get to gaze at the biggest full moon in nearly two decades.

During what some skywatchers are calling the "supermoon," the moon won't just be at its closest approach to Earth in its elliptical orbit, it will be closer than it has been in 18 years.

"It's going to be big and really bright," said NASA astronomer Dave Williams. "It should be noticeably brighter than a normal full moon."

Full moons come in different sizes because of the elliptical shape of the moon's orbit -- one side of the ellipse is about 31,000 miles closer to Earth than the other. When the moon is closest to Earth (at its perigee), it is 14 percent larger and 30 percent brighter than when it's farthest from the planet (at its apogee).

For weeks, the rare full moon has sparked interest online, with astrologers and amateur astronomers speculating that the "supermoon" could lead to unusual weather. After Japan's earthquake, some even wondered if the supermoon contributed to the event.

'Supermoon' Not Connected to Earthquakes, Natural Disasters, Scientists Say

In a post earlier this month, Accuweather blogger Mark Paquette said the phrase "supermoon" originated on the website of astrologer Richard Nolle and spread to astronomers online.

According to Nolle's definition, a new or full moon at 90 percent or more of its perigee (or closest approach to Earth) qualifies as a "supermoon." Tonight's full moon won't just be a supermoon but an extreme supermoon, he said, because the moon will be almost precisely at its closest distance to Earth.

According to "new age" forecasts, he said, the supermoon brings strong earthquakes, storms or unusual climate patterns.

"There were supermoons in 1955, 1974, 1992 and 2005," Paquette wrote. "These years had their share of extreme weather and other natural events. Is the Super Moon and these natural occurrences a coincidence?

But scientists emphasize that there is no connection between the moon's position and extreme weather or natural disasters (like Japan's earthquake) here on Earth.

"There's nothing really special about this," NASA's Williams told ABCNews.com.

Wednesday, March 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY SHARIFAH NOORKHALIDA!!


Hari ni birthday my best friend; SHARIFAH NOORKHALIDA. 16 MAC 2011.
So kat sini aku nak nyanyi...sharifah, ko baca ye aku nyanyi ni..hehehe
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan Sharifah Noorkhalida....

Allah selamatkan kamu....

Sekian....
Aku doakan sahabatku ini semoga sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga Sharifah dimurahkan rezeki, dipanjangkan usianya, sentiasa bahagia, mendapat jodoh yang baik...dan cepat, tabah dalam mengharungi kehidupan ini...amin...

Semalam, start pukul 10.30p.m aku start bergayut kat phone dengan kawan aku ni, banyak kisah nak cerita. Rindu sangat kat kawan aku ni. Ye la,masing-masing dah bawak haluan sendiri. Dia kat Melaka, aku kat Kelantan. Nak jumpa dah payah dah. Aku and Sharifah dok update cerita. Cerita tentang kengkawan yang sama u dulu. Asma dah nak kawin bulan 6 nanti. Mell pun dah nak kawin bulan 10 nanti. Banyak kisah kan...Aisyah lagi la lucu, langsung tak dengar cerita yang dia pregnant, tetiba je msg sharifah kata dah beranak. Lepas tu dok cerita pasal tempat keja masing-masing. Cerita gak pasal my first home scheme. Sementara aku nak nanti pukul 12 malam. Aku nak jadi orang pertama wish birthday kat dia. Bergayut sampai line putus sebab bateri handphone habis..huhuhu. Terpaksa charge, and call balik dia. And of course aku yang jadi orang pertama wish kat dia kan. Coz suma ahli rumah dia pun dah tido. habis bergayut kul 12.20. so korang kira sendiri la berapa lama aku dok bergayut tu kan. hahaha..tu pun rasa banyak lagi cerita nak cerita kat dia. huhuhu.
Ingat zaman belajar dulu...4tahun dengan dia,erin,ochin, kitaorang satu course. Sejak dari ukm..pastu sama-sama sambung lagi lepas berpisah setahun. Dah masuk 6tahun dah kenal. Aku paling rapat dengan dia lah.
Zaman kat ukm dulu, zaman takdak duit...sambut birthday dengan bagi hadiah and belanja makan benjo special yang jual kat kolej keris mas. tak pun belanja KFC. Zaman takdak duit. Those were the day....

Friday, March 11, 2011

Kenapa gan penulisan2u ni ye?

i got problem lah. apasal ye, aku takleh tengok senarai kat p2u tu? bila tekan je, dia kata no result. Apa tah ni. P2U ada renovate webpage dia ke? sampai aku tak leh nak tengok senarai terbaru. Senarai memang la ada tapi senarai yang dah 3hari lepas.huhuhu. Aku rasa ni bukan problem laptop aku. sebab page dia kuar je, just senarai kat ruang tengah tu takdak.

Wednesday, March 9, 2011

'Mati sebelum ajal' or 'berpantang maut sebelum ajal' boleh pakai ke ayat ni? nak tahu, sila baca...

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

BICARA AGAMA

Apabila maut datang menjemput

DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda.

Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.

Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".

Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk".

"Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.

Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"

Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".

Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34)

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan, Dan apabila (sampai ajal seseorang) datanglah 'sakaratul maut' dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. (Qaf: 19)

Kita berjumpa doktor apabila sakit menimpa, kita makan apabila datang rasa lapar dan minum apabila haus, tetapi apabila kematian datang menjemput tiada tempat yang boleh kita lari atau meminta pertolongan.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh...(an-Nisaa': 78)

Sebab itu, mari kita hayati dan renungkan pesan Rasulullah SAW agar kita tidak mensia-siakan peluang hidup yang diberi oleh Allah kepada kita semasa di dunia ini.

Janganlah kita dilalaikan oleh urusan dunia sehingga lupa membuat persiapan bekalan untuk mengadap Allah SWT.

Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Justeru, janganlah kita bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

Beribadatlah, dan perbanyakkanlah ibadat sunat di samping ibadat fardu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan.

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.

Atau kita boleh sahaja berzikir sambil memandu ke tempat kerja terutama sewaktu kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar utama khasnya Kuala Lumpur.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.


My Compliment for First Home Scheme(Skim Rumah Pertamaku)

nice house kan, but aku bukan nak rumah yang ada patung segala tu. Saja je amik pic ni.

Pagi tadi masa on the way to my office, aku dengar la fly.fm. (FM107.40-Kelantan) Pagi-pagi aku suka nanti berita, ye la nak harap aku baca paper pepagi buta cam ni, paper pun aku belum jumpa lagi. Tetiba ada pengumuman kat berita pasal 'Skim Rumah Pertamaku'. Rasa macam mimpi je bila dengar. Aku memang tengah dok terfikir mana nak buat pinjaman. Nak harap loan kerajaan, memang aku tak dapat lagi lah nak buat cause aku pun belum confirm jawatan lagi. huhuhu. kan best kalau dapat loan kerajaan, sikit bayar interest dia. Skim ni untuk orang yang pendapatan RM3000/RM3k kebawah (aku la tu hehehe), umur bawah 35tahun(pun aku jugak). Aku pun nak ada rumah sendiri jugak even still muda( muda lagi ke? ye la kan umur aku baru berapa?25tahun belum pun jejak 26), nak wat rumah sewa hehehe. Ada side income yang terjamin ni, pelaburan aku untuk hidup la.*update=still nak orang yang dah 6bulan bekerja.
Ni link cerita dia - my first home scheme
skim rumah pertamaku
So back to our story, 'My first house launched by government'. Boleh pinjam antara RM100 000-200 000(100k-200k). Kerajaan dah mintak pihak bank untuk merendahkan interest rate(faedah pinjaman). Bagus la, aku dok survey interest rate paling rendah antara semua bank, tapi tu la bila rate rendah pun, ada syarat lain jugak contohnya dah bekerja dengan government selama 6bulan. Aku baru je cukup 6bulan, bulan ni(mac). Satu lagi masalah bila nak cari penjamin, sapa nak menjamin nih. Adus tension tul la nak cari penjamin segala ni. Really wish ada orang dapat tolong jamin.
Hope this government plan gonna ease my problem a bit. At least, biar la syarat dia tak perlu penjamin. Hehehehe hope so...
Kenapa aku kalut nak cari rumah even aku now dok dengan parents aku? Aku dapat offer orang jual rumah murah area rumah aku tu, bayangkan rumah area rumah aku tu dah jejak RM130k-160k, and this uncle nak jual rumah tu RM95k je! korang rasa patut ke aku tolak? Memang tak patut la kan. Apasal lak dia jual murah? Well, dia dah sakit and all of his family ada kat KL, so sapa nak urus dia kat sini kalau dia dok kat sini. Jadi dia ambil keputusan nak jual je rumah tu. Alhamdulillah aku dapat cop dulu rumah tu.
Sapa-sapa pun akan pikir 2x nak jadi penjamin, bayangkan kalau korang jamin orang tu, pastu orang tu tak nak bayar pinjaman dia. Si penjamin ni la yang kena tanggung pinjaman orang tu. Malang la nasib penjamin tu. Tu la dilema penjamin dan problem/ masalah paling besar untuk menjamin. Kena fikir risiko untuk menjamin orang even orang yang dijamin adalah bestfriend korang. Coz aku ada la dengar cerita dari my aunt, colleague dia(Mr. A) punya nasib macam tu lah. Mr. A jamin bestfriend dia, bila kawan Mr. A ni kena buang kerja, Mr. A ni la yang kena bayar pinjaman kawan dia. Mr. A ni kerja dengan government. Kesian Mr. A ni kan kena tanggung biawak hidup.Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama
Kenapa aku letak pic pelancaran ni? Ok sebab aku kagum dengan 2 orang wanita yang dikelilingi oleh lelaki-lelaki tu. Hebat! And memang selama ni aku kagum dengan Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz tu, hail to her! Dia mampu berdiri di kalangan lelaki dan dikenali oleh dunia coz dia bijak bab ekonomi and pernah dapat pengiktirafan oleh badan kewangan dunia. Kalau boleh aku nak jadi sebagus dia.(**,)boleh ke? there is a long way to go...

Saturday, March 5, 2011

Kenangan bulan Maulidur Rasul (Rabiul Awwal)


Dah tamat bulan Rabiul Awwal yang meriah. Bulan kelahiran junjungan Muhammad s.a.w. Tadi kenduri macam kira kenduri penutup lah kat rumah jiran aku. Meriahkan bulan ni, mesti korang pun banyak dapat jemputan maulidur rasul ni. Kat area rumah aku ni asal hujung minggu je gerenti ada jemputan maulidur rasul, kekadang tu sehari sampai 2 atau 3 jemputan. Kalau hari kerja je yang jarang ada, ye la yang jadi tukang masak pun ada yang jenis bekerja jugak. Tapi yang penting bulan maulidurrasul ni memang la meriah sangat.
Ingat lagi zaman sekolah dulu, kalau kat sekolah sambut maulidurrasul, hari tu semua bergaya dengan baju melayu dan baju kurung. Kat sekolah gerenti ada majlis maulidur rasul (acara makan-makan). Mula-mula sampai sekolah pagi hari acara bacaan yassin dulu lepas tu solat hajat, acara makan-makan. Kemudian acara selawat dan diikuti pertandingan nasyid. Yang berlakon pun ada. Meriah sangat kalau buat sambutan kat sekolah. Sehari suntuk tak payah nak belajar, jadi budak memang happy.
Yang pasti setiap kali sambutan, jemputan maulidurrasul gerenti ada bunga rampai. Kalau masa sekolah dulu cikgu suruh pelajar buat bunga rampai dan bawak ke sekolah. Aku pun sibuk la mencari kat belakang rumah daun pandan, bunga kertas( ambik rumah kawan, memandangkan rumah aku takdak bunga), kengkawan yang lain pakai bunga rose lagi. Pastu cari minyak wangi (selalunya aku terkam minyak atar). Memang wangi. Bab hiris daun pandan halus-halus memang best, ye la esok kat sekolah boleh bertanding gan kawan sapa potong lagi halus dan cantik. Aku suka tengok bunga rampai, warnanya cantik; warna hijau pandan gabung dengan warna putih atau merah atau kedua-duanya.
Kat sekolah nanti cikgu kelas akan gabungkan dalam mangkuk. Masa selawat tu main cubit sikit sorang, tapi selalu ambil banyak la kan, letak atas tisu. Hehehe wat letak dalam almari baju...
Rindu zaman sekolah dulu...