Saturday, May 21, 2011

no reason...



















I find no reason to keep refreshing the dashboard. No one post anything, I really hope someone could comforting me with their writing.

Should I tell that now, I think I'm obsess with blogging?

Not really, actually I feel a bit nervous about Monday. Huh, I need to present a paper work and I haven't the slightest idea what to do.

Which language should I use? English or Malay? Am I thinking to much? I always look at the trifles.

huh really.... I don't know.

Friday, May 20, 2011

Kenapa aku malas?


Kenapa aku malas?
Apa aku dah buat sepanjang hari ni?

Aku rasa aku makin malas. Entah la, assignment aku belum sentuh lagi. Official job aku pun memang menimbun. Tapi aku memang takde hati nak buat. Sepanjang hari ni aku online je.
Aku tengok cerita 49 days untuk episod 19 yang baru diupload kat jacinda.com.
Lepas tu, aku melangut je, baca novel online. Hmm aku ada je novel baru, aku baca skip sikit-sikit. sebab otak aku asyik fikir assignment gan paper yang kena check nih. Minggu depan kena kursus. Ahad dah kena booking untuk kemaskini file segala sebab ada orang atasan nak turun check hari selasa ni. Selamat la aku,selasa dah kena pegi kursus. hehehe.
Kononnya nak kemas bilik yang memang serabut dah aku nak tengok. Kemas punya kemas, macam aku sepahkan balik ada lah.

Thursday, May 19, 2011

Miss you so much Black Butler!!

Please meet a very talented butler who knows to do almost everything and come in a flash when he hears his master summons. my new favourite manga now!
Perkenalkan kat semua, si cute Kero-chan dalam Card Captor Sakura one of my fav anime. Cute kan...kan...


Korang suka tak baca manga? Bukan majalah hiburan yang aku rasa macam nak tayang body, gamaknya kalau kat malaysia ni takde tapisan jawabnya boleh jadi majalah porn kot. hahaha.
Ok go back pada aku punya topik. Manga... or maybe Anime... aku ni dulu memang hantu anime. Yang dok tido pun aku bangkit je kalau adik aku cakap 'Dragonball z dah start dah'. Selain tu aku suka 'Card Captor Sakura'(favourite aku sebab ada kero-chan yang comel tu, pastu gaya sakura bila sebut 'iyyyeeee' n time dia bergaduh gan abang dia yg amat kacak dan pandai buat kerja perempuan), 'Bleach'(masih ditayangkan kat ANIMAX, 'shaman king', 'Sailormoon'(aku grenti memang ramai peminat Sailormoon nih walau dah lama tak muncul kat tv kan, last sekali masa aku form 3 ke 4 kot. agak-agak budak zaman sekarang kenal tak cerita ni?.hehehe), 'Fullmetal Alchemist' (masih ditayangkan kat ANIMAX), D.N.Angel(yang paling favourite kot pendek je, tak sampai 30 episod kalau tak silap aku), Tsubasa Chronicle (Sambungan Card Captor Sakura yang berada di zaman lain, Sakura jadi puteri yang hilang ingatan. yang ni pun favourite aku jugak), slam dunk(yang ni grenti la paling ramai peminat, termasuk la aku tapi dah stop dah main kat ANIMAX gan jalan cerita tergantung, yang buatkan aku nyampah jugak gan astro nih!sakit jiwa, elok-elok nak g bertanding, abis takat tu je!@#$%). OK dah letih nak letak senarai panjang-panjang. Kalau pakai kertas, grenti cukup gak 3helai nak letak senarai anime or manga aku tengok or baca ni.

Now favourite Anime aku adalah Black Butler yang dulu pernah ditayangkan kat astro ANIMAX channel 715. Aku suka tengok wajah handsome Butler yang dipanggil Sebastian tu memang kacak bergaya and very talented in almost everything.
Pelukis dia nama Kuroshitsuji. Dari nama pun boleh tahu yang dia orang Jepun.
Kenapa aku rindu gan Black Butler ni?
Setelah 2bulan tanpa manga sebab (aku cuma agak/probably) tsunami kat Jepun hari tu. So hari ni aku dapat baca balik manga dia.
Apasal aku baca manga? tv dah tak best ke? Kalau baca yang kat atas tu, ayat aku 'yang dulu pernah ditayangkan' cerita kat tv dah habis dah. huhuhu. So aku yang memang gian gan anime ni nak tahu cerita selanjutnya, so aku baca je manga dia.
Nak nanti cousin aku pas kat aku manga naruto or suruh dia amik manga Black Butler ni, jawabnya berkurun. So aku pun cari sendiri je, lagi mudah.(apasal la aku bangang sangat suruh dia cari, padahal aku pun ada internet kan)Tapi aku rasa cam lain je jalan cerita kat tv gan manga dia nih.


Trigun- dah terpampang dah kat situ kan. Antara anime yang aku tengok.


Princess tutu-kisah penari-penari yang comel dan cute, kacak kot hehehe. Ada si tukang tulis cerita dalam anime ni.

Lain- mula-mula roomate aku sebut aku ingat' 'lain' yang bermaksud berbeza dalam bahasa melayu tu. hehehe
conan- tak payah aku cakap la, grenti ramai tahu. aku paling suka bila dia berubah dewasa.hehehe handsome.
yang ni lagi tak payah cerita. grenti la korang tau. terutama peminat bola keranjang kan. aku rasa ramai yang suka bola keranjang sebab pengaruh cerita ni.

Wednesday, May 18, 2011

Aktiviti sekarang- menonton cerita korea 49 days



Aktiviti aku sekarang adalah menonton cerita korea. Sudah lama aku tinggalkan tabiat ini. Seingat aku, pada tahun ini masih belum lagi aku menonton cerita korea online.
Kenapa aku ubah tabiat aku ini?
Sebenarnya aku tertengok cerita ni kat tv. tapi tu lah, nama saja astro, ingat cepat lah habis semua episod. rupa-rupanya terpaksa juga aku jenuh menuggu. Aku sekarang menonton cerita 49 days. Aku bukan penghafal jadual cerita seperti emak aku, jadi aku tak tahu berapa kali seminggu cerita yang aku tertengok ini dimainkan. (Mak aku sudah dipengaruhi unsur korea. Siapa mengajar ni? Aku la tu. Sampai sekarang melekat kat HDOne, dah tak boleh ubah dah, untung lagi sebab ada alih bahasa, memandangkan mak aku tak pandai bahasa inggeris, lagi la dia melekat depan tv.)
Jadi untuk melepaskan geram dan keinginan aku untuk mengetahui cerita penuh ni, terpaksa la aku menonton di dalam internet.
Selalunya aku menonton di mysoju. Aku grenti, memang peminat korea, jepun, taiwan gan cina tengok kat sini.
Tapi aku mula rasa tension sebab terpaksa buffer dengan lama atau pun menghadapi masalah untuk buffer, memandangkan tak semua cerita tu asal dari website sama. Mysoju cuma menyalurkan saja, bukan tukang upload cerita.
So aku beralih arah kepada 'jacinda' sebuah website yang turut menayangkan cerita-cerita korea,jepun,taiwan, cina dan dia turut menyelitkan cerita inggeris. serta video lawak. so aku pun tengok la kat sini.
Tapi still la frust even dia lagi pantas dari HDOne nih. Sebab cerita 49days ni cerita baru, bukan semua episod ditayangkan kat tv lagi. Cuma diupload stakat episode 18, tinggal lagi 2, website owner janji,kalau dimainkan kat tv, dia terus upload.

PERASAAN AKU DENGA PERLAWANAN BOLA--KELANTAN VS N. SEMBILAN 10 MEI 2011


11 May 2011, 11.57 p.m

C

cop tempat untuk hari ni,sok aku post. Ngantuk lagi ni..

UPDATE: 12 May 2011 8.40 a.m.
semalam mengantuk so tak sempat nak buat posting.
Nak cerita pasal bola yang mungkin dah basi ni. Tapi aku still nak mengulas pasal bola KELANTAN LAWAN NEGERI SEMBILAN PADA 10 MAY 2011 bagi pihak aku pulak. ini perasaan aku ya...
pengadil giler ke apa? off side? Mangkuk plastik, sepatutnya semua pengadil bersidang tuk pecat that stupid idiot pengadil. Ulang tayang balik patutnya video tu, semua orang pertikai weh. Pecat that stupid pengadil!!!! Sakit gila hati, saja la tu dengki khianat kat Kelantan, tak nak kasi kelantan menang. Sepatutnya ulang tayang balik video tu, kalau pengadil tu salah; kick him out! dan bagi balik mata kemenangan kat kelantan, apa kes, ada teknologi tapi tak pakai kan? tak guna la ada video, kalau hati manusia yang diambil kira, benda ni jelas sangat objektif bukan subjektif yang melibatkan hati manusia, kalau dah gol dan bukan off side tu, bagi balik mata. bukan semua pakat pejam mata, sepatutnya pengadil pun kena ada wakie takie kot. biar, bila diorang buat salah masa keputusan, orang yang berkawal kat atas, or yang awasi video, yang nampak jelas kejadian kat padang boleh nak tegur terus. Ni sekarang salah sapa ni, Kelantan seri semalam. Sakit hati nak watch kalau macam ni. huh! hate it so much!
Perangai pengadil tu sama gan YAHUDI LAH, cuma dia punya perangai peringkat kecik, yahudi peringkat antarabangsa(penipuan yang jelas dimata dunia, padahal satu dunia tahu yang dia salah! tapi dia berkuasa), dia ni pulak (PENGADIL TU) pringkat kebangsaan, menipu yang jelas tak leh nak tutup dah nampak yang dia tu menipu, nak tipu penonton/peminat bola seluruh MALAYSIA!
2 KALI DIA TIPU!!!! 2X !!! JELAS SANGAT!!!! tolong la, somebody dalam FAM, ambil tindakan kat Pengadil/penjaga line tu. AKU BENCI DIA!!!
MANGKUK BODOH, aku rasa nak belasah kot MANGKUK TU. REZEKI YANG DIA MAKAN TU KIRA TAK BERKAT SEBAB ANIAYA ORANG! dia buat depan berjuta-juta penonton bola kat Malaysia. Tau la KELANTAN NI TERLEBIH TERER, jangan la buat gaya cam gitu. Itu nampak jelas tahu! Hakikat yang kebenaran depan mata tapi cuba nak deny. macam orang bodoh nak tipu orang pandai lah. Selamat la ORANG PANDAI (KELANTAN) boleh bersabar, even hati panas menyumpah. GAMAKNYA KALAU LEBIH DARI 1000 ORANG DOK MUNYUMPAH PENGADIL TU, DOAKAN DAPAT BALASAN, InsyaAllah, memang bakal kena hukum la tu. DAN AKU AMAT YAKIN LEBIH DARI 1000 ORANG YANG MENYUMPAH DAN DOAKAN PENGADIL TU DAPAT BALASAN!!!! sepatutnya KELANTAN DAPAT 2-0. Boleh tengok yang Pengurus Selangor Bertepuk tangan sebab happy Kelantan seri. Kalau Kelantan menang dalam perlawanan, gerenti la KELANTAN DUDUK DALAM SENARAI TERATAS LIGA KAN!
dan BOLEH NAMPAK JUGAK, DATUK ANUAR MUSA BERCEKAK PINGGANG TAK PUAS HATI DENGAN PENGADIL. dia bukan tak puas hati dengan pemain, sebab dia tahu kehebatan pemain kelantan.
In a nutshell, BANYAK YANG PERLU DIBAIKI DALAM SETIAP PERLAWANAN-TERUTAMA DENGAN PENGADIL-PENGADIL YANG MEMPUNYAI PERASAAN YANG AMAT SUBJEKTIF, YANG SELALU BERTINDAK MENGIKUT PERASAAN DALAM MENGADILI PERLAWANAN. JADI FAM PERLU MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. DAN GUNAKAN LAH TEKNOLOGI YANG ADA UNTUK MEMASTIKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN ADALAH BERSIH. BUKAN HANYA BERDIAM DIRI.

aku amat sayang sangat dengan buku aku!!! I LOVE MY BOOKS!

entry aku yg asal tarikh 12 hb Mei 2011 yang hilang tu dah muncul balik. so aku post sekali lagi.


buku aku tak ada la banyak sampai boleh buka library, tapi setakat suka-suka saja. Rak atas sekali sebelah kiri; buku campuran religion, English, Malay. rak tengah cuma novel melayu. rak bawak sekali novel inggeris. rak tepi dia tu bawah sekali khas tuk anak buah aku letak puzzles dia gan alat mengurut mak aku, tengah tuk novel malay n campur inggeris. atas, buku cerita nephew aku gan ilmiah aku, agama mak aku. novel aku tu bukan jumlah sebenar, coz 13bijik lagi kena pinjam. 90%buku ilmiah ada dalam bilik aku. yang ni semua ada kat ruang tamu.


BUKUKU... OOHHH buku aku... aku amat menyayangi buku aku. aku amat sayang buku aku lebih dari koleksi aku yang lain. Aku amat memilih untuk memberi pinjam buku-buku aku kat orang. Kecuali buku ilmiah, baru la aku bagi buku kat orang. sebab bagi aku, buku ilmiah memang mahal, ramai nak pakai. so aku bagi pinjam dapat la manfaat ilmu tu kan. Bab buku novel pulak, aku sayang dia. sebab novel ni bentuk dia kecik, tahu-tahu la kalau barang kecik ni perlukan perhatian lebih. Macam baby lah jugak, kan baby tu kecik dibandingkan dengan orang dewasa. Memang nampak jelaskan berbezaan fizikal kecik dan besar golongan manusia ni. So yang kecik lebih sensitif. jadi Novel ni kena la hati-hati dalam menjaganya.
buku yang aku borong kat pesta buku 2011. Impian aku untuk membaca buku sampai termuntah.hehehe

SEDIH HATI AKU, bila aku bagi pinjam buku, tetapi orang tak tahu nak jaga. BUKU AKU KENA CONTENG, WALAUPUN yang kena conteng dengan pensil tu cuma cover buku sahaja. Tetapi aku amat sayang buku aku, AKU TAK NAK SEBARANG KECEDERAAN KAT BUKU AKU, sekarang salah satu buku aku tu dah cacat. NAK TAHU TAK, KASIH SAYANG AKU KAT BUKU AKU MACAM MANA? AKU BALUT BUKU TU CANTIK-CANTIK TAU! AKU BALUT!!!! aku susun cantik-cantik, aku tak kasi berlipat pun kertas dia. Aku latih nephew aku untuk belajar menjaga buku, jangan conteng buku-buku, tak kisah la buku tu aku beli untuk dia atau untuk aku atau untuk mak aku. Aku latih anak buah aku tu. DAN NEPHEW AKU TU AMAT PANDAI MENJAGA BUKU, SAMA MACAM AKU. Aku baca buku pun, aku tak buka luas-luas, aku tak nak tulang belakang buku aku tu patah, walau pun memang la ada sikit, tapi tak jelas.

novel aku borong habis dalam RM270 je untuk jumlah yang banyak. best borong time pesta buku. selamat aku bukan orang kaya. kalau tak, grenti aku dah habiskan beribu-ribu untuk beli buku.

Tapi bila aku bagi kat dia ni, huh memang la aku dah runsing sebab aku tau macam mana dia jaga buku. Kalau tak bagi, aku baik gan dia ni. tak nak la kacau dengan masalah cam ni. Aku dah highlight terang-terang yang aku amat menjaga buku aku. dah cakap jangan ada kena sambal, jangan buka luas-luas, jangan la lipat muka surat, siap bagi bookmark lagi. Tanda lah buku tu dengan bookmark kalau nak tinggal walau sekejap, jangan la buka sampai patah tulang buku tu, sebab nak tanda.
Dan saat ini aku masih berdoa bahawa buku yang dia bagi kat aku tu, bukan buku aku, tetapi buku dia. aku amat berharap walaupun nampak jelas yang buku tu buku aku. well dia nak cover line, yang cover buku aku tu kena conteng, dia balut buku tu. dan ada kesan hitam kat tepi buku tu, kat cover. pastu ada bintik-bintik kat cover dalam, tah mana tah dia letak buku aku tu. Pastu ada kesan berlipat sikit kat bucu buku tu, dah warna hitam dah, walaupun dah balut tapi masih jelas nampak. Dan mata aku ni akan sentiasa spot kalau ada kecacatan pada baby book aku ni. Yang kena teruk tu buku BINI AKU TOMBOY KE waaaa sedih hati aku. sedih aku pedih...mengenangkan dirimu....buku aku dah cacat. Semalam dia ambil 2 bijik lagi, sekarang aku kena berdoa, semoga buku aku yang tu tak kena belasah cam bini aku tomboy ke. huhuhu. AKU KALAU BOLEH NAK BAGI PINJAM BUKU AKU KAT ORANG YANG SAMA DENGAN AKU SAHAJA- CONTOHNYA SHA. SEBAB DIA PUN STYLE AKU, amat menyayangi buku.
All in all, tolong la jaga buku atau apa saja harta orang macam harta dan nyawa korang sendiri. kalau macam harta korang, takut pulak korang ni jenis tak kisah rosakkan barang sendiri. hmm jaga macam harta kesayangan korang ye. terutama sekali buku-buku aku.

Tuesday, May 17, 2011

Puisi untuk hari guru


sengaja aku sediakan puisi dalam bentuk matahari ni, pilih picture ni kerana nak mengambarkan usia poet ni setika menulis puisi ni.

Puisi ni aku dah lama nak kongsikan, cuma aku fikir ini masa paling sesuai. Bulan sekarang ini penuh dengan sambutan hari guru, jadi tak salah aku nak berkongsi puisi indah ni. aku amat kagum dengan poet ni.
Aku tahu tentang dia dan puisi dia masa aku berada di UKM lagi. Aku budak sastera jadi tak dapat lari dengan rasa kekaguman aku dengan puisi atau cerita. Aku kenal Poet ni masa belajar dalam kelas Dr. Mawar, lecturer aku yang secantik dan seharum MAWAR, dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada puisi indah ni. Sampai sekarang aku masih ingat dengan puisi ni.
Kalau kau baca puisi ni, grenti kau ingat penulisnya seorang yang amat kreatif dan mungkin bukan berusia sepertinya.
Tapi inilah kejutan dia, aku pun kagum bila Dr. Mawar bacakan puisi ni dan aku yang sentiasa meminati apa saja yang Dr. Mawar perkenalkan, menyalin puisi ini...

Tajuknya adalah:

Kepada Guru

aku selalu bermimpi
matahari telah melahirkan para guru
dan guru melahirkan banyak matahari
hingga matahari tak lagi sendiri

matahari tak penah sendiri, guru
ia selalu ada bersamamu
hangatkan cinta yang tumbuh
dan menyinari cakrawala kecilku
selalu

Nak tahu siapa poet ni?
Namanya Abdurahman Faiz.

Kini berusia 15 tahun (kalau perkiraan aku tak salah) berasal dari Indonesia, Beliau memang talented. Masa beliau menulis poem ni, ketika beliau berusia 9 tahun. Terkejut? Kagum? Yeah, aku memang kagum dengan bahasanya. Dia berjaya menghasilkan puisi yang indah untuk mengambarkan para guru. Selalu kita dengar, guru diumpamakan sebagai lilin sahaja. Dan aku pula gambarkan guru seperti lampu. Tapi adik Faiz ni berjaya memberikan makna guru itu lebih besar berbanding sebatang lilin. Menganggap guru sebagai 'matahari'. Ia bukan hiperbola melampau, tapi unik, dari pandangan mata seorang kanak-kanak yang menyanjung dan mengkagumi gurunya. Aku sendiri tak mampu memberikan perumpamaan begitu.
Mungkin kerana darah yang mengalir dalam tubuh kecil itu sudah semestinya menjadikan dia pemuitis berbakat dan terkenal. Ibu dan bapanya juga seorang sasterawan.
Thanks to Dr. Mawar kerana memperkenalkan puisi indah ini. Dan aku menganggapmu seperti mawar yang mengharumkan kenangan-kenangan laluku. Sehingga kini kenangan tu sentiasa lekat difikiranku. Seorang yang mengajar aku untuk bermain dengan perkataan, jadikan perkataan seperti muzik yang paling indah. Aku sentiasa kagum denganmu. Setiap pilihan cerita dan puisi-semuanya lekat dihati...

Ulasan aku tentang Kelantan vs Selangor 16 Mei 2011


Langsung tak bersemangat nak cerita. Huh, apa dah berlaku ni?
Kenapa boleh jadi macam ni?
Sepatutnya Kelantan boleh dapat 10 gol kot semalam. Permainan yang amat mengecewakan. Kenapa kat padang sendiri boleh dapat seri je? Rasa kecewa sangat. 1-1 je dengan selangor. Kenapa masa kat selangor ari tu boleh sumbat 5 gol? Dah rasa selesa ke dengan 5 gol tu?
Mesti ramai yang pergi ke stadium semalam kecewa dengan corak permainan RED WARRIOR. Sebab yang menonton kat rumah pun boleh kecewa, yang jejak kaki ke sana lagi la kecewa kan.

Monday, May 16, 2011

HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL MALAYSIAN TEACHERS!!!

Well I also (because just now I wrote my wishes to RED WARRIOR) want to wish to all teachers in this whole world wide(www) "HAPPY TEACHERS' DAY!!!". Actually, it is only Malaysia celebrate Teacher's Day on 16th May, other countries have their own date of Teachers' day. But, I want to convey love and appreciation to all teachers who work so hard to make life is a better place. er well you know, without teachers, there will be no Prime Minister, no doctor, no engineer, no nurse, no teacher and no clever and intelligent generation like now. So thanks teacher for your hard work. Without you, we are nothing.

Mula-mula aku nak letak picture ni, sebab aku imagine teacher as a lamp in my mind. Then, I think again what quote I always hear, so it must have candle just like the quote. [Ayat mula-mula aku type: ''chose this picture because teacher is like a candle (guru ibarat lilin...er tersalah pilih picture la pulak) it consumes itself to light the way for others.'']



Why Malaysia chose 16 May as Teacher's Day?

This date was chosen because on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, became the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday(http://en.wikipedia.org/wiki/Teachers%27_Day). The real World Teachers' Day is celebrated across the world on October 5.

Want to know more about Teachers' Day? just click on the link above ya.

Malam ni; 16 Mei 2011. Perlawanan Kelantan vs Selangor di Kelantan


Wah aku pun dah excited bila dengar pasal Kelantan vs Selangor malam ni kat Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Awal-awal lagi grenti ramai yang berbaris nak beli tiket kat kaunter tiket tu. Grenti punya lah. Biasa la, orang Kelantan ni penuh semangat bola kot, bila ada je perlawanan kat stadium tu, memang grenti sampai habis tiket dan memang tempat duduk full. Berlainan dengan negeri-negeri lain yang aku rasa tak ada la meriah macam stadium kelantan ni. Kagum aku dengan semangat orang kelantan yang sentiasa menyokong pasukan RED WARRIOR kita.
Aku nak wish semua pemain kelantan, my RED WARRIOR: "GOOD LUCK! BELASAH SELANGOR LAGI YA! KEKALKAN KEJUARAAN KITA! BUAT YANG TERBAIK, KALAU BOLEH BIAR LEBIH DARI 5 GOL, LAGI BEST!"
Aku bet lah, grenti ada yang akan wat solat hajat tu. hehehe. Peminat fanatik...
Ingat lagi pakcik yang jaga kaunter bayar saman parking kat MPKB. Dia siap suruh solat hajat and berdoa suruh kelantan menang. Dia memang peminat fanatik bola. Mula-mula aku ingat kenapa la dia tanya aku asal mana? boleh pulak dia kata aku ni adik penjaga gol kelantan tu. Nak suruh kirim salam kat abang. hahaha... AKU NI TARAF KAKAK LAH... bukannya adik. ingat bila ramah gan dia, boleh la mintak diskaun. tapi hampeh tak dapat.

p/s: ada sama ke muka aku gan penjaga gol fahmi tu? aku rasa mata je kot nak sama tapi memang tak serupa. Dan aku rasa kebanyakan orang kelantan ramai mata sepet jugak kot.

Sunday, May 15, 2011

Beli novel baru lagi..hehe.

Ok aku memang kaki novel. Er bukan aku ni 'Kaki Novel Publisher' tapi aku ni peminat novel. So tadi, aku called je Muda Osman Kubang Kerian, tanya depa pasal novel baru..aku kan peminat online novel. So, tahu la tajuk segala ni.
ni tajuk novel aku dok cari:-
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah RM 21
  • Entah Bila Bersemi RM 20
  • Tanpa Kata Cinta RM 20
  • Siapakah Dihatiku (RM 18)
novel ni agak lama dah aku rasa, cuma aku just came across this novel baru ni and read the synopsis macam best tu mencari balik tu.

Ana pun cakap la, novel yang sampai ada 8 tajuk. Aku cuma dapat hit 3tajuk je iaituTuan Rumah Pembantu Rumah, Entah Bila Bersemi dan Tanpa Kata Cinta. So aku dah beli 4bijik buku novel hari ni. Dan habiskan RM 71. hehehe alhamdulillah happy aku dapat buku ni. Ooo ye seperti kali lepas, aku nak promote yang Muda Osman sentiasa ada sale novel. Ada diskaun sepanjang tahun untuk novel bahasa melayu.
Sebab aku dah baca novel Tanpa Kata Cinta kat blog ratubulan, aku rasa ia sesuai dengan jiwa aku. AKU SIAP BELI 2 BIJIK LAGI. Ok bukan aku nak baca kedua-duanya, gila la aku nak baca buku sama sampai beli dua, kan? bukan boleh habis buku tu kalau baca, lain la kalau makanan kan.
Aku beli 2 bijik sebab nak bagi hadiah kat kawan aku, Shahiran. Er sebab apa? hmm aku rasa aku akan tewas dalam bet dengan dia untuk turunkan berat badan. Okay yang tu aku story kat sini esok saja ya.
Nak snap picture books yang aku borong just now tu tak leh la. Sebab aku tinggalkan 3bijik dalam kereta. Takut nak lalu depan mak aku dengan buku-buku tu. Aku angkut 1 je dulu. Aku decided to read Tanpa Kata Cinta dulu. It looks so tempting lah. Tengok la esok, aku boleh seludup masuk bilik bila balik kerja, sumbat dalam beg kerja aku. hehehe.
Nanti aku ulas cerita pasal Tanpa Kata Cinta-Ratu bulan tu ya. Mata dah mengantuk ni.
*Tadi jumpa sorang peminat novel yang perangai sebijik macam aku, asal baca je kat internet, akan terus tempah dan beli. hehehe. Kitaorang tukar-tukar nombor telepon. Nanti boleh contact. hmm siap dia tempah novel yang bakal keluar tahun depan lagi tu. hehehe. Aku pun dah ada list novel untuk hujung tahun dan tahun depan jugak, tapi tak tempah lagi la.

aku amat sayang sangat dengan buku aku!!! I LOVE MY BOOKS!

Ok, sebenarnya entry kali ni aku memang pernah type. Tapi sebab peristiwa 13 Mei 2011 baru ni, entah kenapa entry yang tajuk ni hilang. Well that okay since I still kept the draft in my head. Maybe it is going to be a bit different but still the gist is still the same.


1/3 dari koleksi buku aku. Rak kiri atas; novel english, malay and religion books. tengah; novel melayu. bawah; novel inggeris. rak kanan atas; buku ilmiah, majalah, agama, buku cerita kanak-kanak. tengah; novel melayu dan inggeris. bawah; puzzle nephew aku, buku respi dan agama.

I love my books so much! amat sayang buku! Itu adalah aku, buku dan aku memang tak dapat dipisahkan. Aku suka membaca, sejak kecik lagi aku suka membaca. So aku amat menghargai buku aku. AKU AMAT MENJAGA BUKU AKU! aku balut buku-buku aku.

buku aku borong kat pesta buku 2011 di Dewan Jubli Perak. Aku habiskan RM270 untuk buku-buku kat sana. hmm ada 4biji buku inggeris yang tak ambil gambar sebab aku tak beli lagi masa aku ambil picture ni.

hmm the problem is when others did not take good care of my books. Sedih tau bila aku nampak buku aku rosak or terconteng. Punya la aku jaga sangat buku aku, tapi orang yang meminjam tak jaga dengan baik.
Satu buku aku yang dah kena conteng cover dia dengan pensil ialah BINI AKU TOMBOY KE? huhuhu aku punya la jaga sangat-sangat buku-buku aku ni. tapi ni pulak nasibnya. Mula-mula aku dapat balik novel tu..I really wish that was not my book. Wish it someone else book. Ada kesan hitam kat tepi cover dia. ada sikit berlipat kat bucu atas buku tu, even dah berbalut tuk cover kesan kotor buku tu, still mata aku yang sayang buku ni boleh detect. huhuhu.

I really wish to buy a lot of books. I want to spend RM 3000 just to buy books. I want to read it till I vomit. hehehe. sengal tul aku kan. tapi tu la wish aku kalau aku ni kaya...nak baca buku sampai muntah.


Kalau boleh jaga la harta orang macam nyawa kita sendiri sebab kita tak tahu kot la orang tu amat sayang harta dia tu kan. Macam aku la, aku amat sayang buku aku. lebih sayang koleksi buku aku lebih dari koleksi aku yang lain tau.
hmm kalau bencana alam tu memang la boleh dimaafkan, tapi kalau takada apa-apa problem, tolong la jaga elok-elok.
pst...aku masih lagi rasa sedih bila koleksi buku anak-anak sidek aku punya kena bantai jadi makanan anai-anai. sampai sekarang ingat lagi. lepas tu, aku ingat lagi buku rujukan Sains Pertanian yang aku punya kena bakar gan mak aku sebab bagi dia buat menyemak sedangkan aku dah abis belajar sekolah. Sedihhhhhhhhhhh....

Saturday, May 14, 2011

Kelantan menang 5-1 kepada selangor pada 13 mei 2011


13 Mei 2011
I JUST WANT TO SHOUT OUT THESE WORDS BEFORE IT'S GETTING TOO LATE TO SAY IT: KELANTAN MENANG 5-1!!!!!
ALHAMDULILLAH....syukran...syukran...
happy sangat... tu dia. Misi berjaya!
KELANTAN VS SELANGOR: 5-1
MENANG DENGAN CUKUP BERGAYA TU! Dah la Selangor tumpas kat padang sendiri. Kena la pulak belasah sampai 5-1. Isyk..isyk...isyk...
Dalam pada couch pasukan selangor dok tersengih bertepuk tangan masa kelantan seri gan negeri sembilan tu, sebab cuak kelantan boleh potong list selangor yang teratas tu. Amik kau! tengok!!! tengok!!! tengok!!!(macam iklan raya, budak naik motor nak balik kampung, tapi motor pancit tu) Kelantan tengah hebat ni. Tak guna tepuk tangan hari tu, sebab semalam kena belasah teruk!
So, tuk penjaga garisan negeri sembilan yang bangang ari tu, yang sengaja pedajal pasukan kelantan. See the leg la, nampak sangat la kau tu tak profesional.

p/s: apa nasib kes perlawanan kat negeri sembilan itu hari ye? pengadil tu tak diambil tindakan ke?

Entries aku hilang!!!@#$%

My Allah! entry aku hilang 2! yang tarikh 12hb gan 11hb! yang 12hb, aku dah lupa apa yang aku post. yang 12hb je aku ingat. huhuhu sedih giler ni, penat aku mengarang sakan baru ni!
Ni orang maintenance blog, baiki ke delete ni? habis hilang diari aku! kalau nak type balik, dah berbeza dah. sedih aku tau, letih type....
patut ke aku type balik yang pasal perlawanan kelantan gan negeri sembilan ari tu? hmm jap lagi aku decide.
dah la aku nak ulas pasal perlawanan semalam lagi. yang kelantan menang 5-1 tu.hehehe alhamdulillah... happy dengar tau.

Kebanyakan blog tak dapat access pada 13 Mei 2011

ni la rupa dia bila aku nak masuk blog sendiri kelmarin


Kelmarin (bahasa Malaysia betul punya), Semalam (bahasa kebanyakan orang malaysia pakai, tapi tak termasuk kawasan pantai timur dan utara Malaysia) bukan nak cerita pasal tragedi hitam 13 Mei pasal isu rusuhan kaum yang menyebabkan nyawa ramai orang malaysia terkorban tu. Hmm kalau korang belajar subjek Sejarah/ history dengan tekun, grenti dapat tangkap kisah 13 Mei 1969. Kalau isu tu tak tahu, ha belek buku sejarah balik or... alah korang kan pakai internet, so cari je lah 'tragedi 13 Mei 1969, Malaysia'.
Ok cerita asal aku ni adalah pasal kisah kebanyakan blogger tak dapat nak access blog sendiri pada 13 Mei 2011, iaitu kelmarin. Termasuk la aku ni. Cuma boleh masuk blog depan tapi untuk access data or post entry memang tak berjaya. Kalau aku masuk blog blogger lain pun sama, boleh masuk baca tapi tak dapat nak bagi komen.
Ia berlainan dengan masalah penulisan2u hari tu, sebab penulisan2u, memang tak dapat access oleh sesiapa pun kecuali pemiliknya je. Kita ni pulak, boleh baca dari luar, bukan dari kita punya log in.
Seksa jiwa tau. Ye la kan, aku ni memang kerja main blog je. Asal buka lappy aku ni, terus aku blog. Kalau orang lain, buka lappy mereka untuk masuk facebook je. Aku ni pulak facebook pun takde. Sedih dan sadis betul rasa hati semalam. Tak dapat aku nak capai target nak post sehari satu entry. huhuhu.
Tapi hari ni pulak, aku tengok, kebanyakkan blog ada post entry yang sama, aneh ni. Agaknya memang blogger post entry sama or founder blog yang terpasang salah sistem sampai ada entry jadi double?

Ini perasaan aku kelmarin, bila tak dapat nak check blog aku sendiri...
13 Mei 2011 punya feeling...
i miss my blog!! huh what happened now? I can't even enter my own blog. It feels like I lock out of my own home! Sadly when you even need to beg to enter your own house. well not begging actually. hehehe I love to exaggerate. but really I feel so helpless and hopeless when I can't enter my blog. my home sweet home. It is under construction. My home is under construction. I don't even a ask anybody to do that. But yeah, since you live in apartment, you need to accept that your house is cracking up.
I woke up early and switch on my lappy just to see my blog. But when I entered it, this image came out. huhuhu. Rasa macam tak bersemangat. Then I entered few other blogs. Nampaknya they all also have the same fate like mine. Blog cuma boleh dibuka untuk di baca bukan untuk menghantar comment.
Aku terus check till 11.45p.m. really hope that I can post my story for today. I promised myself that I want to post 1 entry everyday. Nampaknya fail pulak nak capai target aku bulan ni.

Wednesday, May 11, 2011

PERASAAN AKU DENGAN PERLAWANAN BOLA--KELANTAN VS N. SEMBILAN 10 MEI 2011


11 Mei 2011
Pukul 11.56 p.m.
C

cop tempat,sok aku post. Ngantuk lagi ni..

UPDATE :
12 Mei 2011
semalam mengantuk gilar nak cerita banyak pasal ni
Update: 15 Mei 2011: kelamarin, semua blog tak boleh buka, petang tadi buka. entry untuk 2hari hilang. Maintenance buat apa entah sampai hilang. Sorry type kali ke-2 jadi amat berbeza. cuma hampir sama isinya.

bola kelantan lawan negeri sembilan..perasaan aku

hati aku amat la sakit dengan penjaga line or pengadil tu sorang. dia macam bertindak mengikut perasaan pulak je rasa. off side? mangkuk tingkat dia lah! dengki, hati busuk! takut kelantan menang la tu.
Please la FAM, kena ambil tindakan kat manusia macam ni. perangai macam yahudi pun ada la tu. cuma yahudi ni peringkat antarabangsa taraf penipuan dia yang amat tak menjadi. manakala pengadil ni pulak peringkat kebangsaan kot sebab dia nak menipu peminat bola kat malaysia! kalau nak tipu pun biar la benda yang tak nampak. ni tak, terang-terang lagi jelas tanpa lampu suluh or spotlight stadium perlu suluh pun memang dah nampak kot. Satu Malaysia! Satu Malaysia ni yang jadi saksi perlawanan tu. boleh pulak dia cari pasal! memang la jahat nak mampus. KENA INGAT, REZEKI TAK BERKAT KALAU BUAT ANIAYA ORANG NI!
FAM kena siasat, pasang balik,tayang balik video perlawanan tu. Kalau kelantan betul, tolong la tambah mata. Apa guna ada teknologi bila kita tak nak guna? time macam ni la teknologi dapat memberi keadilan walaupun cuma dalam sukan. Tapi sukan pun kena adil, bersih dan tepat. Gol dan rules memang jelas. Macam jawapan untuk matematik jugak lah. Wajib dah kalau tak langgar apa-apa kesalahan, dan masuk gol, dapat mata jaringan. Kalau pengadil tu salah, tolong kick him out from being a pengadil. Sebab dia pengadil yang tak adil.

Ni tak, orang tua tu dah rabun kot! 2kali!! 2X!!! dia buat perangai menipu. Sengaja la tu kalau hati yang subjektif diambil kira. bukan yang terang nampak jelas; yang objektif diambil kira. Entah apa masalah dia gan kelantan. Tak puas hati kelantan menang ke? suruh la pasukan lawan training habis-habisan bukannya kau jadi menipu bagai untuk pastikan pasukan favourite engkau tu menang. .
SEPATUTNYA KELANTAN DAPAT 2-0 TAHU! sakit hati betul. Sampai Datuk Annuar Musa bercekak pinggang sebab tak puas hati dengan PENGADIL BANGANG TU! bukan marahkan pemain, sebab beliau sendiri tahu prestasi pemain Kelantan memang tip-top. Pengurus selangor pulak punya la senyum gembira tak terkata, tepuk tangan kalau boleh sampai nak berderai kot sebab happy kelantan just dapat seri. Ini bermakna kelantan tak dapat duduk tempat no 1 dalam list liga, cuma duduk kat tempat no2 je, duduk dalam list di bawah selangor.

UPDATE: 13 Mei 2011- kelantan lawan selangor di Stadium Shah Alam. kemenangan bergaya kelantan 5 dan selangor jatuh terduduk dapat 1 saja. Bahasa mudah ialah kelantan menang 5-1. Kalah kat padang sendiri!

Tuesday, May 10, 2011

Translation Lyric OST One Liter Tears

Hideaki Takizawa-watak lelaki yang hensem-tak berkaitan pun dengan watak cerita 1Liter tears tu.

Bawah sekali baru letak lirik lagu ya
Pernah tengok One Liter Tears tak? Japanese punya drama. Tajuk dia memang dah menggambarkan cerita tu. Grenti menangis kalau hayati cerita tu. Sampai ada kawan aku Cik Didi kata 'bukan 1 liter, tapi berliter-liter. Aku sampai tak sanggup nak tengok, sedih giler.' Tapi bagi aku, cerita ni boleh jadi satu motivasi la.

Aku memang suka cerita Jepun, sebab cerita mereka penuh dengan motivasi. Antara cerita Korea dengan Jepun, aku lebih galakkan orang tengok cerita Jepun. Contoh cerita yang boleh dikaji, yang menunjukkan semangat untuk berusaha, berjaya, kerjasama, persepaduan, persepakatan dan motivasi semua ciri-ciri ni memang ada dalam cerita Jepun lah. Aku suka sangat.
Contoh drama or movie : Sebut sikit je, sebut semua nanti jenuh nak baca.
GTO-great teacher Onizuka - cerita famous masa zaman 1998 kot tapi lebih kurang la timing dia tu. cerita ni mengesahkan pasal seorang cikgu yang amat bagus, yang berusaha untuk menjadi cikgu yang disukai dan boleh didampingi pelajar. Sampai lepas tu, memang semua pelajar sayang bangat gan cikgu ni. Yang aku tak tahan tu, setiap cerita Jepun, gerenti pengetua dia terlebih humble and merendah diri- suka jadi tukang sapu, atau buat muka blur tapi bijak menilai. Ha pengetua macam ni la kita perlukan. Kawan-kawan pelajar ni pulak jenis sehati sejiwa lah, mereka amat setia. Kawan yang macam ni la yang aku cari!
Change - cerita tentang seorang guru yang dilantik menjadi Perdana Menteri dalam tempoh sekejap je dia naik, 1 kempen je terus menang undi dia. Kalau tengok dia macam boleh jadi puppet tapi dia ni amat bertanggungjawab dan amanah dengan kerja yang dia buat. Sampai orang yang nak wat jahat kat dia kalah. Dari orang tak yakin kat dia sebab dia terlalu muda, lastly semua sokong dia sebab dia, bila baca dokumen, memang akan baca dan kaji sebijik-sebijik sampai turun padang nak tengok keadaan!Amat baik, mesra dan kalau tengok watak cam sikit ada perangai blur jugak, ayah dia juga seorang politik. Seorang yang bijak. Lakonan Takuya Kimura- dia pakai rambut Ally Cat style. memang kelakar. Aku kalau boleh nak suruh mana-mana channel tv kat malaysia ni tayang cerita ni, so takde la masalah politik macam sekarang! ye la, bila pihak lawan pun respect and kongsi masalah dan tanggungjawab nak membangunkan negara, bukan cuba nak huru harakan negara.

One Liter Tears - cerita seorang pelajar yang amat aktif bola keranjang, pelajar yang amat bagus kat sekolah tiba-tiba ada penyakit yang menyebabkan semua saraf rosak secara perlahan-lahan. Tapi dia berusaha juga walaupun takde harapan untuk hidup lama. Dia masih berusaha untuk berjaya, pergi sekolah, belajar sedangkan dia tahu yang dia akan mati. Belajar sampai mati la ni kiranya.
Yukan Club - Aku rasa cerita ni lebih asal dari perkataan 'You Can' bila orang jepun lorat nak sebut dia jadi Yukan la. Ni kisah group pelajar yang sentiasa bersepakat dalam membuat kerja mencabar, mereka yakin diri yang mereka boleh buat apa saja sebab tu nama dia Yukan (You can) cam Malaysia pya trademark je ' Yakin boleh! or Malaysia Boleh!'

OST one liter tears translation

what's wrong with falling down?
you can always stand up again
if i look up at the sky after falling down
the blue sky is stretching *lilessly(This one, I need to refer to the song again, sorry! gomenesai!)
and smile at me...I'm alive

on the other shore of sadness
it is said that there is a smile
finally we arrived
but what are we waiting for?
the purpose is not to run away
it's to chase after dreams
we should have gone out to travel
on that summer day so long ago
even tomorrow, if you see it
though there isn't a sigh either
like a ship going against the current flow
right now, go forward, move ahead
even if it cuts through the rain and clouds
the wet road shine
only the dark will teach
a stronger and stronger light
be strong, go forward, move ahead

OST One Liter Tears

Konayuki mau kisetsu wa itsumo sure chigai
Hitogomi ni magirete mo onaji sora miteru no ni
Kaze ni fukarete nita you ni kogoeru no ni

Boku wa kimi no subete nado shitte wa inai darou
Soredemo ichi oku nin kara kimi wo mitsuketa yo
Konkyo wa naikedo honki de omotterunda

Sasaina ii aimo nakute
Onaji jikan wo ikite nado ike nai
Sunao ni nare nai nara
Yorokobi mo kanashimi mo munashii dake

Konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
Futari no kodoku wo wake au koto ga dekita no kai

Boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshi atete
Sono koe no suru hou he sutto fukaku made
Orite yukitai soko de mou ichi do aou

Wakari aitai nante
Uwabe wo nadete itano wa boku no hou
Kimi no kajikanda te mo nigirishimeru
Koto dakede tsunagatteta no ni

Konayuki nee eien wo mae ni amari ni moroku
Zara tsuku ASUFARUTO no ue shimi ni natte yuku yo

Konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
Soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuduketai

Konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
Futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara

Monday, May 9, 2011

Pictures Chef Adik

Sebab ari ni aku rasa aku takde isu nak cerita. Kalau masalah kerja aku di tempat keja yang still macam celaru tu, malas aku nak cerita. I learn with time je yang tu. Experience yang akan mengajar aku selain bantuan colleagues.
So sebab ari ni tanpa isu yang menarik...Oh ya sekarang ni hujan lebat kat luar tu(11.42 malam). hehehe ok selingan kaji cuaca jap tu. Back to the issue yang memang aku tak de isu pun. Tapi aku rasa bulan ni aku nak post hari-hari sebelum tibanya hari aku kena pergi kursus kat Terengganu hujung bulan ni. So maybe aku tak dapat nak post any entry for 3 or 4 days kat sana tu. jadi aku sengaja nak cipta isu baru hari ni, pasal adik aku. hehehe
Last Saturday, dia called aku minta aku postkan pictures dia dalam 3 keping yang dia pakai baju chef. Jadi di sini aku pun nak upload la pictures adik kesayangan aku ni.



Adik n kawan-kawan dia-poyo je.hehehe

dan aku selalu kagum dengan dia, sebab dia pandai memasak! dan buat kek!

budak comel bulat masa kecik dah turn out to be handsome guy dah kan!hehehe puji adik sendiri la aku kan. dia gan hadi, yang girl tu tak kenal.

cubaan pertama dia-masa tu aku kat UKM lagi, dia mms pic dia kat aku sebab nak tunjuk bakat yang terhasil-dia tau aku suka makan kek coklat.

ini bukan awek dia ya, yang ni senior dia kot sebab dia tulis aku n kak sal

ni pulak picture dia malam sebelum konvo-they had dinner that night

Chef Xian at Avillion Marina PD, terpaksa posing n snap sendiri...huhuhu

Happy Convocation Day! tahun 2010

Sok diorang ni grad dah, so malam ni berkumpul tuk dinner.

KFC time gan kengkawan!!
part yang aku amat bangga gan adik aku! hehehe terer gak dia ya, apasal aku tak seterer dia eh?

Comel je kek adik aku buat ni, dia suka warna pink. Mesti selit gak warna pink.huhuhu, tapi dia bukan pondan atau apa. Dia minat pink sebab awek dia suka warna pink. Aku mula-mula dengar dia kata dia suka warna pink tu terkejut gak. Pelik tu, dulu pink bukan di hati, bila dah bercinta terus ikut makwe punya colour.

hari konvo dia, bergambar gan kawan dia konvokesyen Kpypj 2010

adik aku nak berlagak sengsorang jap ye!

adik aku nampak chubby cam kakak dia gak (aku la tu) masa ni dia keja kat Renaissance Hotel Kota Bharu or kat Shangri-La Putrajaya. Dia kata dok dapur, tu la chubby tu. Bau pun boleh chubby ke? or makan sekali ni?hehehe



Sunday, May 8, 2011

8TH MAY 2011- HAPPY MOTHER'S DAY!


Happy Mother's Day to you mak! Love you! Puas difikir, apa nak bagi. hmm hope you like my present. Aku memang tak pandai pilih sebab taste aku dengan mak aku amat berbeza. Bila aku kata yang tu cantik, dia akan kata yang tu tak cantik. So aku terpaksa mintak pandangan ayah aku. Thanks mak sebab...sebab yang amat banyak, sampai tak terkira jugak jasa ibu.
Nak tau tak apa aku bagi kat mak aku? hmm benda biasa saja, aku tak tau nak bagi hadiah apa, my colleague suruh aku beli periuk untuk masak tulang dalam masa 10min tu. Tapi aku fikir, aku nak beli something yang mak aku tak perlu share dengan orang lain. Walaupun barang tu simple, biar cuma dia je boleh pakai benda tu. So aku pun pilih nak beli kain je. hmm aku nak beli batik pada mulanya, tapi mak aku tak suka batik. Even aku beli baju batik untuk diri sendiri pun kena kutuk-tak cantik or huh apasal beli batik lagi ni?. So aku dah pening dah naik turun kedai-kedai ni.
Lastly aku call ayah aku suruh tolong pilih kain untuk mak aku. Luckily, colleague ayah aku baru balik dari Gulati's dan banyak bawak kain. So ayah aku pilihkan kat mak aku, warna tanah dia, kuning. hmm aku lagi suka yang warna putih. Tapi hmm mak aku grenti akan setuju dengan pilihan ayah aku punya. So aku pun amik yang tu je wat hadiah hari ibu, even harga dia lagi murah dari periuk canggih yang dicadangkan oleh kawan aku, aku puas hati sebab mak aku tak perlu share it with others. Periuk tu harga RM340, kain aku tu just RM 140 je. hehehe. Jimat jugak tu-untung aku RM200.
Aku amik tak untuk aku? hmm aku jenis tak suka kain nipis ni, kecuali yang amat cantik sahaja. Dan bagi aku yang gulati's even mahal tapi tak cantik, cuma kain dia je best pakai. hehehe. Yang kebanyakkan orang tawarkan kat aku jenis corak serabut kat mata aku. Pastu depa ni suka cari kain yang nipis. Aku bukan ada orang gaji untuk iron baju, nak iron baju yang banyak layer ni jenuh hidup. Dan aku bukan seorang yang sabar juga. So better aku cari kain yang tebal, tak perlu pakai kain pengalas lagi.

Saturday, May 7, 2011

dapat contact yoe balik..

hmm story mory apa ya ari ni? hmm...jap aku nak cop tempat tuk ari ni, tah apa aku nak taip nanti. Tak leh nak taip banyak kot, aku dah mengantuk ni. Letih tul ari ni. Keja ari ni balik awal.hahaha sengal tul. kul12 dah pecut balik dah.
Ha ada 1 isu kot. hmm member lama dapat contact semula. Tau-tau la sekarang ni kan orang guna Facebook, so takde dah nak ym segala bagai ni. Kawan aku ni gamaknya dah setengah abad kot(exaggerate lagi) tak contact gan aku. Sampai dia boleh lupa aku, kena la ingatkan balik cam mana kitorang boleh kenal. huhuhu. Old friend of mine; yoe.
Cara kenal pun special.hahaha. Boleh buat novel kot, kalau kreatif, tapi now aku busy with assignment, dah la in two weeks kena mengadap exam pulak. huhuhu aku paling tak suka kalau kena mengarang esei ni. I'm not good with words, kalau bagi objektif semua, grenti aku boleh score. bukan berlagak ke apa, tapi dah terbukti dari aku zaman sekolah rendah kot, sampai form 6 pun macam tu jugak lah, masa degree pun 2x5 jugak. semua markah aku terconget, kalau esei dapat b, or c. kalau objektif, grenti aku dapat A punya lah.
ha dalam aku takde isu nak cter,ni bila dah menaip,banyak je isu keluar kat dalam kepala otak ni. hmm tapi pasal kisah member lama aku yoe ni aku cter kemudian, mengantuk lah. Dah la report meeting belum buat ni. Tidur dulu, kemudian baru aku bangun dalam pukul 3, sambung buat. DAN AKU TETAP NAK TEGASKAN DISINI, AKU AMAT LEMAH BAB MENGARANG, DAN AGAK TAK SUKA MENGARANG. TAKDE LA SAMPAI TAHAP BENCI KUASA 500.hehehe. Ok nite.
Esok hari ibu...
hmmm macam banyak je cter boleh cerita bila ada masa nanti kan...