Saturday, September 26, 2009

Banyak nak cerita, tak sempat sebab letih





Ok on 25th September 2009:
Aku busy la sikit sebab hari ni kawan baik aku kawin. Dia dah tempah aku dari pagi lagi. So kul 9 pagi dah pergi rumah dia dah. Pagi acara khatam quran. Aku pergi menyibuk je. hahaha. Kawan aku ni comel, so aku suka amik picture dia. Hahaha mengalahkan aku punya gambar pulak aku amik picture dia. Hajat aku nak buat video, tengok lah bila lapang sikit. Dengan assignment menimbun menanti aku nih. Tah dapat siap sebelum isnin entah tidak huhuhu.
Pastu dalam dok sibuk amik picture pas majlis khatam quran tadi, aku suh dia posing dalam bilik sebelum photographer yang professional sampai. hahaha. So dia tunjuk la semua baju persalinan dia. Tanya pendapat sikit. Dia tanya sesuai ke tak blazer dengan shirt warna biru. Kebanyakan orang akan pakai putih, dia tak ingat nak suruh husband dia bawak shirt putih. So aku yang memang cadang nak ke Kota Bharu pas majlis dia, pergi awal beli shirt putih dia. hehehe. Dapat la berkhidmat sikit daripada jadi photographer yang tak professional nih.
Sampai kat rumah Sha dalam pukul3, memang tepat dengan masa rombongan lelaki sampai, sempat la aku snap picture diorang tiba. Aku pun sibuk menolong mengangkat par hantaran lelaki hehehe.
Pukul 7 baru balik rumah hehehe. Memang sama naik gan orang rumah tuh. Hehehe tak pe aku dah kenal suma family dia. Semalam pakcik dia yang menjadi wali dia memandangkan ayah dia baru meninggal 3hb Julai 2009 baru-baru ni. Tepat hari aku masuk UPSI. Kesian dia. Aku ada postkan pasal ayah Sha meninggal.
Nak tahu hadiah apa aku bagi kat dia? hahaha pakai idea Dr. Suppiah, aku hadiahkan barang dapur kat dia. Mula-mula nak bagi set pinggan, pastu bila fikir balik nanti tak kekal or dia beli set lain bila dah boring pakai yang aku punya or kemungkinan pecah. So aku belikan...jeng..jeng..jeng... aku beli set periuk 6; tak pecah, tahan lama, grenti akan dipakai selalu sebab dia memang seorang yang suka memasak. hehehe, ada 6 periuk, so kalau nak bagi kat family sikit pun boleh. Dapat aku pahala setiap kali dia guna.
Selamat Pengantin Baru buat Shafiza dan Suhaimi semoga sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah s.w.t.
OOO ye, dia pun satu masjid dengan Nor Ana yang sama DPLI gan aku masa akad nikah malam raya kelima tu. hehehe.

No comments: