kadang-kadang rasa nak jadi pokok di hutan
cantik mata memandang dari kejauhan
kadang-kadang rasa nak jadi burung di langit biru
bebas berterbangan menongkah alam
kadang-kadang terfikir ingin jadi ikan di lautan
pasti bebas berenang tanpa gangguan melihat keindahan isi lautan
kadang-kadang rasa nak jadi laut membiru
menambah warna keindahan bumi yang menghijau
kadang-kadang terfikir nak jadi pulau di tengah-tengah lautan
menjadi persinggahan musafir yang merantau
kadang-kadang teringin nak jadi bintang
menjadi sebahagian keindahan dan misteri alam semesta
kadang-kadang mahu jadi bulan
ada juga si pungguk yang merindu si bulan
kadang-kadang berangan nak jadi matahari
mahu berjasa pada alam jagat, menjadi pembakar semangat diri yang kehilangan
kadang-kadang terfikir nak mati sahaja dari hidup
tapi banyak yang masih belum selesai, banyak impian belum tercapai
apa-apa pun pabila berfikir panjang
segala yang Allah s.w.t. tetapkan adalah yang terbaik bagi setiap ciptaan-Nya.
Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala yang berada di langit mahupun di bumi inikan pula aku hamba-Nya yang cukup hina ini...
Alhamdulillah..syukur pada-Mu ya Allah kerana menjadikan aku manusia supaya mampu berbakti sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga impian aku untuk menjadi manusia berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercapai.
Dan impian aku untuk kedua ibubapaku...
7.20p.m. 2th September 2009 sebelum berbuka puasa..:d:d:d
No comments:
Post a Comment