Tuesday, February 1, 2011

Aku kawin bulan 6 (June/Jun)!


aku dan siapa?

“Aku kawin bulan 6.” Jenaka aku dengan kengkawan aku. Letih bila ramai dok tanya bila aku nak kawin. So paling mudah aku cakap je “oh, aku kawin bulan 6.” Jadi bila dengar je ayat aku ni. Semua pakat la shock(kena karen/kejutan elektrik style), excited, muka bercahaya nak bertanya aku dapat orang mana? tarikh sebenar bila? Dan segala macam soalan lagi lah. Tak menyempat-nyempat nak tahu jawapannye.

Ayat aku yang seterusnya kat depa. “Weh kan aku cuma cakap bulan 6, tak tahu tahun bila, tahun ni ke, tahun depan ke(2012), tahun depan-depan nu ke(2013, 2014). Aku just state bulan je, bukan state tahun pun. Hahahaha. Kan pakat kena gulai/goreng (tipu) hidup-hidup dengan aku tu”, aku gelak sakan.

Tu la antara bualan aku dengan kengkawan aku bila tiba bab jodoh. Letih and bosan looo nak jawab soalan depa nih. Bagi je sedibik/sebijik cam ayat nih kan bagus. Aku dapat idea nak menjawab soalan ni masa aku on the way balik dari KL dalam bulan 12 tahun lepas. Aku pergi dengan Sha ke KL ambil barang dia. Soalan ni timbul, jawapan ni datang kat aku. Hahaha.

Nak cakap apa eh? Hurm..isu kawin kot aku ari ni. Dah dekat 2 minggu jugak la, ada orang dok bertanya pasal aku ni. This aunty tanya kat mak aku. Mak aku pulak, er camne eh, tak berani cakap kot. Ayah aku awal-awal cakap, baik tak payah( alasan dia takut aku marah) padahal aku dah cakap awal-awal kat ayah and mak aku(sejak aku masuk U), kalau nak tengok aku kawin, depa kena carikan. Jangan harap aku nak carikan untuk aku. Huahahaha kejam tu(kat siapa?). Tapi tu la aku malas nak pikir segala bagai isu remeh bercinta ni. Bagi aku baik ikut je ajaran Islam, bercinta la lepas kawin.

So sebab dah 2 minggu, mak aku dah cuak sebab makcik ni asyik la datang rumah aku (sebelum ni datang selang 2hari, minggu ni datang hari-hari) dok bertanya jawapan aku(aku suruh mak and ayah buat keputusan). Pastu, percanggahan pendapat mak and ayah aku tentang jawapan ni. Aku rasa korang pun dapat agak mana satu yang bangkang and mana yang setujukan? Even kalau aku tak state awal-awal ayat ayah kat atas tadi aku tu. Typical malay woman looo, jawapan grenti cliché dengan jawapan mak kebanyakan orang jugak.

Sebab percanggahan pendapat mak and ayah aku:

Ayah aku suka orang kerja kerajaan(cikgu/doctor tu je dalam otak ayah aku), baik(tak tau peringkat/ tahap mana baik; kot stok masjid ke or yang biasa saja), tak merokok, orang Kelantan, kalau dapat sedaerah, jiran kampong ke lagi baik bagi dia sebab kayuh basikal or jalan kaki pun boleh sampai or jiran sebelah rumah yang mana tak kan berlaku sebab jiran-jiran aku semua budak kecik or dah kawin beranak pinak dah(sebab dah ada sorang yang dia dah state nama orang yang dia berkenan ni. aku rasa aku tau kenapa dia suka lelaki ni jadi menantu dia, sebab perangai lelaki ni lebih kurang adik aku yang amat la rajin tolong orang and peramah la sesangat. Nanti ada masa aku cerita pasal adik kesayangan aku yang aku amat banggakan ni).

Mak aku pulak tak la memilih sangat sebab anak perempuan tak kan nak buat gaya perigi cari timba kot. Tapi bagi mak aku style Indian lagi bagus, perempuan meminang lelaki (dia risau kat aku la tu, biasa la nama pun mak). Problem mak aku sebab perangai aku yang langsung tak ambil peduli kot. Tapi aku tau dia pun nak yang terbaik untuk aku. Sebab bila ayah aku state je nama budak yang dia berkenan ni, terus dia kata “kalau dapat budak tu, mak pun setuju,tapi masalahnya anak kita ni perempuan, bukan lelaki”.

(dalam proses perbincangan ni, aku buat gaya pemerhati saja. Berani ke ayah aku nak bertanya anak orang untuk aku? Hahaha buat la gaya lawak tu, aku grenti ayah aku tak berani punya)

Abang aku yang nombor dua (sebab dia ada balik dan sejak awal dah tau isu ni sebab yang bertanya tu untuk abang kawan dia): first question dia: merokok ke tak? Well, aku sebenarnya bangga jugak dengan keluarga aku ni, sebabnya…SEBABNYA…takde seorang pun ahli keluarga aku yang merokok! Bangga weh. Nowadays kebanyakkan lelaki suka telan asap rokok! Memandangkan aku je perempuan dalam adik-beradik aku, so of course abang aku nak pastikan yang calon untuk aku ni jenis tak merokok jugak cam ahli keluarga aku yang lain. Sebab tu, awal-awal adik-beradik aku and ayah aku cakap pasal isu rokok ni. Abang aku ni macam suka dengan lelaki ni, sebab bagi dia, mana ada dah zaman sekarang orang lelaki nak mak bapak carikan jodoh diorang, memang ada tapi amat sedikit golongan ni. Dari yang aku dengar, lelaki ni stok masjid jugak. Bagus tak? Bagus la kan. Sebenarnya, abang aku pun runsing dengan aku kot sebab adik dia ni(aku la tu) kolot sikit, takde boyfriend pun, takut aku jadi andartu. Siap bagi contoh colleague sis-in-law aku lagi yang ramai andartu. Er.. dia ni nak jual adik ke apa? Ada kaitan ke? Tak de kan.

Tak nak tau ciri-ciri lelaki idaman aku ke? Hurm..biarlah rahsia. Hahaha tapi kan aku boleh je statekan kat sini sedikit ciri-ciri lelaki idaman aku ni – orang Islam, waras, baik (kalau stok masjid, Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t.), boleh bimbing aku, tidak merokok, boleh terima aku dengan seadanya aku (semua orang nak calon yang macam ni kan?), kalau dia seorang yang kaya biarlah dia juga seorang yang suka bersedekah , rajin/ringan tulang menolong orang (macam adik aku, sejuk mata memandang orang rajin ni), boleh jadi penasihat yang baik, pendengar yang baik, pandai berjenaka (stress kerja beb,boleh ketawa kalau ada orang buat lawak, tapi jangan la kerjanya mengenakan aku 24 jam or jangan sorang yang sakarstik sudah), romantic tu bonus la kalau dapat, bonus jugak kalau dia seorang yang sedap mata memandang (apa ingat lelaki je cari perempuan cantik jelita, perempuan pun nak macam ni jugak tau). Banyak je lagi sebenarnya ciri-ciri aku letak, tapi nanti pedas nak dengar/pedih mata nak baca pulak. Yang lain aku simpan untuk aku je.

Sama ada aku pilih atau tak. Sebab ayah and mak aku bercanggah pendapat. So the only answer i can give right now... 'I turn to You, Allah'- Solat Istikharah. bagi tempoh 7 hari kat aku boleh? Doaku, semoga keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik. Sebab 'I turn to You, Allah s.w.t'. Allah s.w.t. knows best! He knows what's best for us. So lets pray to Allah s.w.t.

2 comments:

Si Gadis Yang Mahu Petik Bintang Itu said...

hah! bila hang nak menikah ni hihihi
aku pulak yg tanya..
biasa la..mula2..tanya bila nak menikah..dah menikah..bila nak dapat anak..bila dah dapat anak sorang..bila nak tambah anak lagi...hahaha aku dah kena dah..

Yong said...

tau takpe.aku ke tya ari 2? hohoho isu sensitip tu. well aku dah tolak. er sebab aku dah wat solat istikharah but hati ku ini tak rasa apa2 pun. entah2 aku ada wat silap masa solat istikharah tu tak?hahaha sengal.