Monday, February 21, 2011

Bertukar wajah...my blog


wajah baru blog aku. Kena ambil gambar ni, wajah baru babe!
Kenapa pilih picture ni? sebab sesuai dengan konsep ayat yang aku letak kat atas sebagai description blog aku tu. Kisah perjalanan hidup aku.
Simbol gambar basikal? Naik basikal sebab sambil naik basikal boleh enjoy pemandangan atau dengan kata lain aku menghayati hidup aku, menyedut udara yang ada disekitar aku, menghayati pemandangan, pengalaman, peristiwa yang berlaku.
Simbol orang yang naik basikal tu berhenti? Dan sebab orang yang kayuh basikal tu berhenti sesuai dengan konsep aku yang aku akan ambil masa untuk duduk berfikir sebelum memulakan perjalanan seterusnya, masa yang aku ambil untuk membuat keputusan jalan mana yang aku nak lalu.
Simbol dua orang yang kayuh basikal? Dalam perjalanan hidup aku ni semestinya ada orang sekeliling aku yang menjadi teman aku dalam mencipta kenangan dan sejarah hidup aku. Mereka yang ada disekeliling aku membuat memori bersamaku. sebab tu ada dua orang dalam gambar tu.
Simbol orang yang kayuh basikal macam nak start kayuh? ok yang ni sebab tu aku yang tengah bersedia untuk memulakan langkah pada bila-bila masa saja. lepas buat keputusan hidup.
Simbol waktu senja? Selalunya waktu senja ni or we call it as 'Twilight' waktu yang cantik untuk menghayati masa yang dah berlaku dan membuat conclusion untuk hari tu, sebelum bermulanya hari baru apabila menjejaknya waktu Maghrib, sebab dalam Islam, hari baru bermula apabila azan Maghrib berkumandang. So waktu sebelum maghrib atau twilight ni la masa yang sesuai untuk buat penghayatan, muhasabah diri, menghayati apa dah berlaku sepanjang hari tu. Semoga hari baru akan menjadi lebih baik..InsyaAllah...sama-sama kita usahakan kepada lebih baik.
Warna ungu termasuk dalam warna background sebab aku minat warna ungu ni. Well aku lagi suka kalau lilac actually. hehehe alos hampir sama je kan.
Simbol topi keselamatan yang dipakai pulak? tu tanda berjaga-jaga dengan keselamatan diri. Kepala tu penting so kena lindungi dengan topi atau maksud aku di sini, kepala tu tempat ilmu pengetahuan...ilmu boleh menyelamatkan kita kan..kan..kan..

ni buah oren ni blog lama aku. Saja je, masa tu (last year 2010 sempena new year) aku tukar wajah blog aku untuk pertama kalinya. Masa tu baru belajar, aku type kat internet untuk cari gambar background blog aku ni. Masa tu tak canggih macam sekarang dan aku pun tak la advance. Jadi mana aku jumpa, aku sarungkan aje kat muka blog aku ni. tak kisah dah simbol apa buah oren tu. Maybe masam kot simbol dia, pengalaman hidup masam? ye ke? tah la, tapi tahun lepas aku jadi malas nak post kat blog, kesian blog aku ni tahun lepas. Warna oren tu pulak melambangkan ceria, joyous hehehe hidup happening sampai lupa nak catat kat blog perjalanan hidup tahun lepas kan..kan...

Hari ni tah kenapa rajin je nak explore segala benda dalam Design, rupa-rupanya memang banyak yang dah berubah. Siap boleh pilih picture sendiri lagi nak buat background! Bertapa lamanya aku tak ambil tahu kecuali membaca blog orang dan post entries sikit-sikit.
Nanti lah kalau ada masa aku nak tengok balik picture yang sesuai tuk jadi background blog aku ni. tapi kenangan blog lama sentiasa je aku nak pahat kat blog aku ni.
Sebenarnya tadi aku just nak buat blog space tempat post entry tu jadi besar je. Tapi alang-alang dah masuk kat Design tu, aku tengok semua Template Designer and Background Image yang boleh tukar. Hasilnya seperti blog aku sekarang ni lah. Tapi insyaAllah tak kekal lama, sebab aku dah berangan-angan nak cari picture dalam koleksi aku sendiri untuk jadi background image blog aku ni. So wajah blog baru aku ni kena jugak diambil gambarnya kan..

No comments: