Monday, February 28, 2011

tiga pertanyaan agama...renungkan..

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama.....kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari
ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.

Monday, February 21, 2011

Bertukar wajah...my blog


wajah baru blog aku. Kena ambil gambar ni, wajah baru babe!
Kenapa pilih picture ni? sebab sesuai dengan konsep ayat yang aku letak kat atas sebagai description blog aku tu. Kisah perjalanan hidup aku.
Simbol gambar basikal? Naik basikal sebab sambil naik basikal boleh enjoy pemandangan atau dengan kata lain aku menghayati hidup aku, menyedut udara yang ada disekitar aku, menghayati pemandangan, pengalaman, peristiwa yang berlaku.
Simbol orang yang naik basikal tu berhenti? Dan sebab orang yang kayuh basikal tu berhenti sesuai dengan konsep aku yang aku akan ambil masa untuk duduk berfikir sebelum memulakan perjalanan seterusnya, masa yang aku ambil untuk membuat keputusan jalan mana yang aku nak lalu.
Simbol dua orang yang kayuh basikal? Dalam perjalanan hidup aku ni semestinya ada orang sekeliling aku yang menjadi teman aku dalam mencipta kenangan dan sejarah hidup aku. Mereka yang ada disekeliling aku membuat memori bersamaku. sebab tu ada dua orang dalam gambar tu.
Simbol orang yang kayuh basikal macam nak start kayuh? ok yang ni sebab tu aku yang tengah bersedia untuk memulakan langkah pada bila-bila masa saja. lepas buat keputusan hidup.
Simbol waktu senja? Selalunya waktu senja ni or we call it as 'Twilight' waktu yang cantik untuk menghayati masa yang dah berlaku dan membuat conclusion untuk hari tu, sebelum bermulanya hari baru apabila menjejaknya waktu Maghrib, sebab dalam Islam, hari baru bermula apabila azan Maghrib berkumandang. So waktu sebelum maghrib atau twilight ni la masa yang sesuai untuk buat penghayatan, muhasabah diri, menghayati apa dah berlaku sepanjang hari tu. Semoga hari baru akan menjadi lebih baik..InsyaAllah...sama-sama kita usahakan kepada lebih baik.
Warna ungu termasuk dalam warna background sebab aku minat warna ungu ni. Well aku lagi suka kalau lilac actually. hehehe alos hampir sama je kan.
Simbol topi keselamatan yang dipakai pulak? tu tanda berjaga-jaga dengan keselamatan diri. Kepala tu penting so kena lindungi dengan topi atau maksud aku di sini, kepala tu tempat ilmu pengetahuan...ilmu boleh menyelamatkan kita kan..kan..kan..

ni buah oren ni blog lama aku. Saja je, masa tu (last year 2010 sempena new year) aku tukar wajah blog aku untuk pertama kalinya. Masa tu baru belajar, aku type kat internet untuk cari gambar background blog aku ni. Masa tu tak canggih macam sekarang dan aku pun tak la advance. Jadi mana aku jumpa, aku sarungkan aje kat muka blog aku ni. tak kisah dah simbol apa buah oren tu. Maybe masam kot simbol dia, pengalaman hidup masam? ye ke? tah la, tapi tahun lepas aku jadi malas nak post kat blog, kesian blog aku ni tahun lepas. Warna oren tu pulak melambangkan ceria, joyous hehehe hidup happening sampai lupa nak catat kat blog perjalanan hidup tahun lepas kan..kan...

Hari ni tah kenapa rajin je nak explore segala benda dalam Design, rupa-rupanya memang banyak yang dah berubah. Siap boleh pilih picture sendiri lagi nak buat background! Bertapa lamanya aku tak ambil tahu kecuali membaca blog orang dan post entries sikit-sikit.
Nanti lah kalau ada masa aku nak tengok balik picture yang sesuai tuk jadi background blog aku ni. tapi kenangan blog lama sentiasa je aku nak pahat kat blog aku ni.
Sebenarnya tadi aku just nak buat blog space tempat post entry tu jadi besar je. Tapi alang-alang dah masuk kat Design tu, aku tengok semua Template Designer and Background Image yang boleh tukar. Hasilnya seperti blog aku sekarang ni lah. Tapi insyaAllah tak kekal lama, sebab aku dah berangan-angan nak cari picture dalam koleksi aku sendiri untuk jadi background image blog aku ni. So wajah blog baru aku ni kena jugak diambil gambarnya kan..

Saturday, February 19, 2011

Dr. Cinta memang best! cepat dapatkan di pasaran!!!

So mesti ramai dah dapat Dr. Cinta kan? kalau tak dapat, cepat la pegi beli. tak rugi, best. I bought 1 sekali dengan 'Aku yang kau tinggalkan'. Harga dia RM26 tapi sebab aku beli di Kelantan, kat Muda Osman, so memang ada 10% diskaun sentiasa tuk novel. Jadi harga dia jadi lagi murah sebab kurang RM2.60. Kat sini tak pakai keahlian pun, sesiapa beli novel grenti dapat 10% diskaun. Tapi cuma novel melayu yang ada diskaun sepanjang tahun. Novel inggeris ada masa tertentu je. Muka surat novel Dr. Cinta ni 823 muka surat. Yang dah baca kat dalam blog or penulisan2u, pun kena baca dari mula sebab ada jugak penambahan ayat or jalan cerita. Jadi aku memang baca sebijik-sebijik ayat dia. Watak dia yang paling cun, memang ada wujud orang yang ada perwatakan macam ni, yang sentiasa meninggalkan rasa sayang kita kat orang yang macam Mazliana Haji Nordin...cuma amat payah nak jumpa. Aku antara yang bertuah jumpa kawan aku ni, aku siap sanggup jejak cari kawan aku yang macam watak dalam cerita ni bila kawan aku ni hilang sebab pindah sekolah.

antara ayat best yang aku suka sangat:

"Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta... tapi cinta ini macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua orang jumpa.
Kalau saya cintakan dia...biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri."- novel:muka surat(Doktor Cinta:445)

best kan ayat tu.

Saturday, February 12, 2011

Musim panas 2011 bermula

ada rasa macam tinggal kat gurun je. hehehe

hari ni mula terasa bahang kepanasan. air paip untuk mandi pagi pun dah tak terasa sejuk macam musim hujan hari tu. kalau minggu lepas, air paip still rasa sejuk waktu pagi, bila nak tadah kepala kat air pun rasa cam nak tak nak je,tapi kalau tak basuh kepala mana best, mesti mengantuk tak hilang kan.
pagi kelmarin pun dah nampak tanda-tandanya. selalunya bila tiba musim panas, pagi grenti ada kabus. harap sangat yang musim panas kali ni tak seteruk tahun lepas. tahun lepas 2010, air perigi kat rumah nenek aku pun hampir-hampir nak kering. Oh ye, kawan aku kat Penang pun ada cakap tadi yang kat sana pun dah panas terik semacam, sampai dia malas nak keluar jejalan.
memang teruk kemarau tahun lepas. aku masa tu ada kat Nilai pun terasa jugak, ye lah bila kena catu air mandi. terpaksa aku balik kampung tercinta aku yang amat jarang ada problem air. hehehe mana lagi kalau tak kat bangi tercinta.
Panas yang terasa sekarang ni, membuatkan aku lagi suka tido pakai baju lengan pendek je. Kalau tak baju rasmi tidur aku grenti la baju lengan panjang. Musim hujan ari tu, tak perlu pasang kipas n pakai comforter lagi. Dah tiba musim panas ni, grenti la hidup dengan kipas je. Tu pun still rasa berbahang. Sama-sama doakan yang panas kali ni tak teruk. Tak sanggup aku kena catu air lagi. Tapi kan ke rumah aku ni ada air telaga, so gerenti la no problem even musim kemarau. Kat belakang rumah tu siap ada sungai lagi. hehehehe

Tuesday, February 1, 2011

Aku kawin bulan 6 (June/Jun)!


aku dan siapa?

“Aku kawin bulan 6.” Jenaka aku dengan kengkawan aku. Letih bila ramai dok tanya bila aku nak kawin. So paling mudah aku cakap je “oh, aku kawin bulan 6.” Jadi bila dengar je ayat aku ni. Semua pakat la shock(kena karen/kejutan elektrik style), excited, muka bercahaya nak bertanya aku dapat orang mana? tarikh sebenar bila? Dan segala macam soalan lagi lah. Tak menyempat-nyempat nak tahu jawapannye.

Ayat aku yang seterusnya kat depa. “Weh kan aku cuma cakap bulan 6, tak tahu tahun bila, tahun ni ke, tahun depan ke(2012), tahun depan-depan nu ke(2013, 2014). Aku just state bulan je, bukan state tahun pun. Hahahaha. Kan pakat kena gulai/goreng (tipu) hidup-hidup dengan aku tu”, aku gelak sakan.

Tu la antara bualan aku dengan kengkawan aku bila tiba bab jodoh. Letih and bosan looo nak jawab soalan depa nih. Bagi je sedibik/sebijik cam ayat nih kan bagus. Aku dapat idea nak menjawab soalan ni masa aku on the way balik dari KL dalam bulan 12 tahun lepas. Aku pergi dengan Sha ke KL ambil barang dia. Soalan ni timbul, jawapan ni datang kat aku. Hahaha.

Nak cakap apa eh? Hurm..isu kawin kot aku ari ni. Dah dekat 2 minggu jugak la, ada orang dok bertanya pasal aku ni. This aunty tanya kat mak aku. Mak aku pulak, er camne eh, tak berani cakap kot. Ayah aku awal-awal cakap, baik tak payah( alasan dia takut aku marah) padahal aku dah cakap awal-awal kat ayah and mak aku(sejak aku masuk U), kalau nak tengok aku kawin, depa kena carikan. Jangan harap aku nak carikan untuk aku. Huahahaha kejam tu(kat siapa?). Tapi tu la aku malas nak pikir segala bagai isu remeh bercinta ni. Bagi aku baik ikut je ajaran Islam, bercinta la lepas kawin.

So sebab dah 2 minggu, mak aku dah cuak sebab makcik ni asyik la datang rumah aku (sebelum ni datang selang 2hari, minggu ni datang hari-hari) dok bertanya jawapan aku(aku suruh mak and ayah buat keputusan). Pastu, percanggahan pendapat mak and ayah aku tentang jawapan ni. Aku rasa korang pun dapat agak mana satu yang bangkang and mana yang setujukan? Even kalau aku tak state awal-awal ayat ayah kat atas tadi aku tu. Typical malay woman looo, jawapan grenti cliché dengan jawapan mak kebanyakan orang jugak.

Sebab percanggahan pendapat mak and ayah aku:

Ayah aku suka orang kerja kerajaan(cikgu/doctor tu je dalam otak ayah aku), baik(tak tau peringkat/ tahap mana baik; kot stok masjid ke or yang biasa saja), tak merokok, orang Kelantan, kalau dapat sedaerah, jiran kampong ke lagi baik bagi dia sebab kayuh basikal or jalan kaki pun boleh sampai or jiran sebelah rumah yang mana tak kan berlaku sebab jiran-jiran aku semua budak kecik or dah kawin beranak pinak dah(sebab dah ada sorang yang dia dah state nama orang yang dia berkenan ni. aku rasa aku tau kenapa dia suka lelaki ni jadi menantu dia, sebab perangai lelaki ni lebih kurang adik aku yang amat la rajin tolong orang and peramah la sesangat. Nanti ada masa aku cerita pasal adik kesayangan aku yang aku amat banggakan ni).

Mak aku pulak tak la memilih sangat sebab anak perempuan tak kan nak buat gaya perigi cari timba kot. Tapi bagi mak aku style Indian lagi bagus, perempuan meminang lelaki (dia risau kat aku la tu, biasa la nama pun mak). Problem mak aku sebab perangai aku yang langsung tak ambil peduli kot. Tapi aku tau dia pun nak yang terbaik untuk aku. Sebab bila ayah aku state je nama budak yang dia berkenan ni, terus dia kata “kalau dapat budak tu, mak pun setuju,tapi masalahnya anak kita ni perempuan, bukan lelaki”.

(dalam proses perbincangan ni, aku buat gaya pemerhati saja. Berani ke ayah aku nak bertanya anak orang untuk aku? Hahaha buat la gaya lawak tu, aku grenti ayah aku tak berani punya)

Abang aku yang nombor dua (sebab dia ada balik dan sejak awal dah tau isu ni sebab yang bertanya tu untuk abang kawan dia): first question dia: merokok ke tak? Well, aku sebenarnya bangga jugak dengan keluarga aku ni, sebabnya…SEBABNYA…takde seorang pun ahli keluarga aku yang merokok! Bangga weh. Nowadays kebanyakkan lelaki suka telan asap rokok! Memandangkan aku je perempuan dalam adik-beradik aku, so of course abang aku nak pastikan yang calon untuk aku ni jenis tak merokok jugak cam ahli keluarga aku yang lain. Sebab tu, awal-awal adik-beradik aku and ayah aku cakap pasal isu rokok ni. Abang aku ni macam suka dengan lelaki ni, sebab bagi dia, mana ada dah zaman sekarang orang lelaki nak mak bapak carikan jodoh diorang, memang ada tapi amat sedikit golongan ni. Dari yang aku dengar, lelaki ni stok masjid jugak. Bagus tak? Bagus la kan. Sebenarnya, abang aku pun runsing dengan aku kot sebab adik dia ni(aku la tu) kolot sikit, takde boyfriend pun, takut aku jadi andartu. Siap bagi contoh colleague sis-in-law aku lagi yang ramai andartu. Er.. dia ni nak jual adik ke apa? Ada kaitan ke? Tak de kan.

Tak nak tau ciri-ciri lelaki idaman aku ke? Hurm..biarlah rahsia. Hahaha tapi kan aku boleh je statekan kat sini sedikit ciri-ciri lelaki idaman aku ni – orang Islam, waras, baik (kalau stok masjid, Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t.), boleh bimbing aku, tidak merokok, boleh terima aku dengan seadanya aku (semua orang nak calon yang macam ni kan?), kalau dia seorang yang kaya biarlah dia juga seorang yang suka bersedekah , rajin/ringan tulang menolong orang (macam adik aku, sejuk mata memandang orang rajin ni), boleh jadi penasihat yang baik, pendengar yang baik, pandai berjenaka (stress kerja beb,boleh ketawa kalau ada orang buat lawak, tapi jangan la kerjanya mengenakan aku 24 jam or jangan sorang yang sakarstik sudah), romantic tu bonus la kalau dapat, bonus jugak kalau dia seorang yang sedap mata memandang (apa ingat lelaki je cari perempuan cantik jelita, perempuan pun nak macam ni jugak tau). Banyak je lagi sebenarnya ciri-ciri aku letak, tapi nanti pedas nak dengar/pedih mata nak baca pulak. Yang lain aku simpan untuk aku je.

Sama ada aku pilih atau tak. Sebab ayah and mak aku bercanggah pendapat. So the only answer i can give right now... 'I turn to You, Allah'- Solat Istikharah. bagi tempoh 7 hari kat aku boleh? Doaku, semoga keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik. Sebab 'I turn to You, Allah s.w.t'. Allah s.w.t. knows best! He knows what's best for us. So lets pray to Allah s.w.t.

Funny Flood Pictures/gambar lawak banjir!

Bagi aku ada sikit gambar lawak, ada jugak yang tak lawak pun, yang fact punya. Saja post, kot boleh kasi senyum korang! Keep smiling, even how hard life would be for you ok! semua sumber adalah daripada internet. How to search these pictures? type je 'lawak banjir'

try to make excuse for not attending meeting (kot) or maybe bergayut dengan girlfriend/bini muda ke? tapi masalahnye, berfungsi ke dalam air tu?.


yang ni lagi best..kusyuk, penuh kosentrasi, gaya santai.. lepak yang paling best dalam rumah yang penuh air sambil tengok tv. selamat tak kena electric shock!


ada usaha lagi kereta yang dah tenggelam separuh badan tu nak berjalan, lampu pn still bernyala tu. Kereta berjiwa kental tu, even engine dah tenggelam still boleh je drive ye? aku tak tau nak kata orang kat dalam tu camne kawal stereng and gear kereta dia. kagum nih( geleng kepala)


gaya ni aku pernah buat masa kecik, best! Mak aku pernah basuh baju kat dalam air banjir, mak aku ambik tali ikat kat besen pastu tambat kat tiang rumah sambil dia basuh baju kat berenda yang pernuh air. Selamat time tu air tak masuk dalam rumah.


er makcik nak alih letak kat mana tu? semua kawasan dah tenggelam dalam air ni makcik. elok kalau pikul je kalau nak selamatkan dari banjir ni. hehehe


ni gambar tak boleh blah punya gaya. hahaha boleh pulak dia buat gaya surfing terbaik nih. orang ni ditarik dengan 4WD hilux. best je ye, takleh pergi hawai, kat dalam banjir pun poyo je main.


gaya cam dalam sarkas je dia ni. gaya terbaru naik basikal tu, selalu dalam sarkas orang naik basikal atas tali! dia ni pulak naik/kepit basikal sambil bergayut kat tali yang digantung atas air banjir yang laju. seram aku tengok air laju tuh. hewww


banyak pakcik ni dapat ikan ye? menjala dalam air banjir. Memang ada gaya! dan memang terbalik; bawak kereta dalam air menggantikan bot, pastu memancing atas darat yang ditenggelami air.

teruskan tebar jala ye....dapat ikan, balik nanti kita bakar pun sodap tu, cicah air asam musim banjir-banjir ni memang menyelerakan, kan..kan... musim hujan cepat rasa lapar.

Maklumat peringkat warna amaran banjir(merah,jingga,kuning).


Tengok news kat tv. Cerita pasal banjir yang baru melanda Johor. District yang tinggi pun kena jugak; iaitu Kota Tinggi. Kesian nama je la yang tinggi, tapi still area rendah sebenarnya. Selalu sangat Kota Tinggi banjir even namanya Kota Tinggi.
Ok tinggalkan dulu kisah tu, bukan suruh tinggal terus cerita ni. Nak mengomel la kejap ni.
Pasal apa? ok hari ni ulasan, comment aku adalah pasal banjir peringkat merah di Johor sekarang, peringkat jingga kat Kelantan hari tu.
Ni picture kat Brisbane sekarang ye,saja pilih sebab air dia coklat.
Korang tengok berita kan, pastu pemberita dok la sebut segala peringkat colour nih. Rasa bengang tak bagi sesiapa yang tak tau pasal kod warna amaran banjir ni. Aku dengar pun bising jugak. Adeh la...apa segala colour keluar nih, ingat semua orang ni orang meteorologist ke apa, semua stage/colour amaran banjir tau. Kalau nenek aku tengok je grenti la dia tanya pasal segala colour yang orang tv tu sebut, colour kuning, jingga n merah semua depa sebut.
Ni untuk pengetahuan orang yang pandai la cari maklumat hehehe( rasa-rasanya dah betul dah ni). Tapi nenek aku tak mungkin baca blog aku untuk tahu segala macam flood stage/colour ni. Yang nenek aku tau, kalau banjir je, air grenti la colour coklat, kuning sebab warna selut, lumpur segala tu. Er kalau sungai Klang pulak melimpah agaknye warna air jadi kelabu or hitam, banjir peringkat hitam tu..hahaha. Ok enough about nonsense.
Information about flood(ni pun aku agak-agak coz aku tak faham sangat bahasa sains ni, ciri-ciri dia lebih kurang sama kalau ikut kefahaman aku ni hehehe). Ni aku bantai yang pasal information amaran cuaca buruk dalam laman web Malaysian Meteorological Department. For more detail, information please visit the link given Malaysian Meteorological Department. So, to know whether aku dah translate bahasa sains dengan betul ke salah. tengok je kat situ ye.
  • peringkat Kuning = bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap selama berhari-hari yang memungkinkan banjir bagi kawasan tanah rendah..
  • peringkat Jingga = juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan (macam kat kelantan hari tu, hujan tak berhenti- kejap lebat, kejap sederhana, kejap renyai-renyai tapi tak berhenti lah.)
  • peringkat Merah = amaran peringkat tertinggi banjir. hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.

Sunday, January 30, 2011

bola..ooo..bola...tahniah pasukan Kelantan.


bola..oooo bola....
Kelantan menang lagi.. hahaha happynye kat Pemain Kelantan yang sekali lagi mengharumkan nama Kelantan. Congrats guys! Alhamdulillah, persembahan cemerlang tu. Semoga terus success. Tengok! even ada 5 orang keluar dari pasukan Kelantan, Kelantan tetap unggul. hehehe berlagak kejap( astaghfirullahalazim mintak jauh).
So semoga korang terus unggul ye, Kelantan Cemerlang, gemilang, terbilang. Amin...

Dr. Cinta dah keluar this February! Novel patut beli.


berapa ramai yang dok nanti novel Dr. Cinta? Ramai aku rasa. Dan salah sorang yang dok menanti sekian lama tu ialah AKU!
Tadi singgah kedai buku, pergi book novel tu lah. Siap booking lagi tu, nanti novel sampai, pihak kedai terus call. Diaorang kata minggu depan akan sampai kat kedai diorang. Bagus tak perkhidmatan kedai Muda Osman ni? Cayalah... lagi bagus kalau dia order bebanyak buku coz grenti la abis, sumber pembeli ada kat sekeliling tu, USM students, SMKKK1 pun dok sebelah tu je. Yang bagusnya kedai buku kat Kelantan ni, diorang takde kad ahli tau, semua orang yang nak beli novel, akan dapat je diskaun 10%. Diskaun 10% ni pulak memang sentiasa ada, tak pernah putus lah. Buku lain pun ada je diskaun, tapi ikut masa dia lah. Contohnya bulan ni (januari) diskaun kamus dwibahasa -harga asal RM14.95 jadi RM9.50 je. Yang kamus besar oxford english-english- malay pulak dijual harga RM 20.95 dari harga asal RM29.95.
Aku tiap kali nak beli novel, memang time aku balik kat kelantan je aku beli-kat muda osman & Pustaka Seri Intan. Tapi memang singgah Muda Osman dulu coz tu la kedai buku aku sejak dari kecik sebelum wujudnya Pustaka Seri Intan. Kedai-kedai ni memang sentiasa bagi diskaun 10% kat sesiapa saja yang beli novel melayu. Novel english, ada time promotion je ada diskaun. huhuhu sedih, kan bagus english novel pun ada diskaun sentiasa, coz ye lah, novel inggeris ni lagi mahal lah. aku beli yang betul-betul ramai recommended je. Cam Danielle Steel, Set twilight, harry potter and ada la sikit lagi yang best je tau.
Ok back to Dr. Cinta, ia jenis novel komedi cinta bagi aku, ada banyak lawak nak kasi hilang stress. So jom pakat beli novel ni ramai-ramai. Grenti korang suka sangat gan novel ni punya. Hehehe aku dok promote ni agak-agak dapat komisyen tak? Memang tak lah, tapi aku cadangkan korang beli lah novel ni, best bangat. nak baca sikit tak? nak tengok cara penyampaian dan penulisan dyadilla dalam Dr. Cinta? ok masuk blog dia ni : http://dyadila.blogspot.com/ . novel dia sumanya best-best. Aku harap novel Kerana Kau pulak bakal terbit. try la baca, novel tu memang best, lain terus cara jalan cerita and penyampaian dia tau.
kalau 'Dr. Cinta', novel jenis romantik kelakar nak gelak sampai terguling-guling. Yang novel 'Kerana Kau' pulak jenis cerita konflik, cara ulasan yang menarik. Masa aku baca novel ni, coz novel ni pun sentiasa je di update dengan novel 'Dr. Cinta', aku terpikir macam mana la dyadila ni boleh tulis 2 konsep novel yang berbeza terus dalam satu-satu masa. Sekali tengok macam ada 2 orang yang tulis je. Coz cara olahan yang berbeza terus. Ok maksud aku, cuba tengok penulis lain; Norhayati Brahim yang paling banyak tulis novel kan, dia ada gaya yang sama, corak bahasa yang sama, sampai memang boleh hafal/faham corak penulisan dia; yang perempuan grenti tenang giler, cool semendang kata Nurul Aini Abu Bakar, hehehe dan corak dialog dia yang hampir sama. Aku memang boleh agak dia punya buku even kulit dia dibalut based on language style je. Memang banyak dah aku baca novel Norhayati Brahim ni, so macam dah biasa dengan corak dia.
Akhir ulasan, kenalilah novel 'Dr. Cinta' dan 'Kerana Kau' yang ditulis oleh Dyadilla. Anda boleh tengok perbezaan dia. Masuk je website dia kat link tu ye. 'Kerana Kau' tak tau bakal terbit bila, tapi ada je permulaan cerita novel ni dalam website Dyadilla. Semoga 'Kerana Kau' pun boleh diterbitkan..amin....

best nye tak sabar nak baca Dr. Cinta..lalalala

Monday, January 24, 2011

flashback...




tetiba aku buat flashback even now I'm lil bit busy with all the reports need to be settled before end of this week.
tengok balik apa aku tulis kat blog ni, yang mana isu best, kelakar, jenaka tak ingat dunia. Macam la aku banyak sangat masa. i totally agree with one of the blogger yang ada mengatakan yang menangguh kerja ni adalah seorang pencuri masa jugak. time sekarang ni pun dah lewat, pukul 1.30 pagi. belum tidur pun lagi, sok nak bangun awal jugak, kerja...
kekadang nak je aku ponteng kerja, tapi takkan la kot aku nak buat onar dengan tabur pasir dalam periuk sendiri.
baca komen dari seorang blogger, dia kata tak paham apa yang aku tulis coz aku tulis guna melayu penuh. lama dah aku tak praktik aku punya english semoga still melekat la. risau jugak aku, coz lama tak praktik nih. dah la aku sekarang ni dok kat sini susah nak jumpa orang yang boleh dilawan bercakap dalam bahasa inggeris. habis aku kali ni..!@#$%
comel dia tidur, cam aku je
kurang mengantuk coz petang tadi dah tidur sejam lebih jugak la. masa keja kelmarin, rasa mengantuk yang amat. so balik aku terus tidur. tak peduli dah pasal makan, mata aku asyik imagine bantal je.

Friday, January 21, 2011

40 000 ekor ketam dan 100tan matrik ikan yang menjadi makanan burung turut mati


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.


FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.

Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi

cadangan otak sengal-bagi burung tinggal dalam bangunan yang pasang heater jugak lah.hehehe grenti hidup selesa-tak payah bagi fur coat kat burung-burung coz depa dah ada.

dicopy terus dari KOSMO dunia.


Teori serangan UFO keatas burung


burung yang jatuh dari langit?

Pada malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).

Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.

Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.

Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.

Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.

"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.

Kiamat

"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.

Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.

Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.

Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.

Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.

Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.

Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.

Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.

Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.

Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.

Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.

Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.

Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.

Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.

Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.

Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.

Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.

"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?

"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.

Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.

Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.

Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.

Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

- KOSMO!

Thursday, January 20, 2011

payah nak comment nih..hehehe


to mizah..huhuhu jadi cmni la tiap kali nak post comment kat hang. kita boleh nampak word verification tapi box nak type perkataan tu tak de. lepas habis usaha baru dapat..main bantai tekan anak panah kiri kanan bwh atas segala. bila dah keluar box tu. nak tekan post/publish comment pulak takde. yg tu part yang paling payah. nampaknya hang kena adjust la kat setting kot kasi panjang sikit tempat nak comment tu or terus separate kan terus dari page ang. lagi mudah kot.
apa-apa pun happy belated birthday ye.

Wednesday, January 12, 2011

Minyak masak tak cukup?

Minyak masak tak cukup? Memang dah agak basi cerita ni. Mula-mula dengar pasal minyak masak tak cukup ni, rasa macam kelakar je. Apa tak nye, minyak masak? Sejak bila kita buat air manis pakai minyak masak ye?Or isi minyak keta pakai minyak masak since minyak petrol dah naik harga?

Or sekarang semua dah main goreng je sebab santan dah naik harga? Agak-agak kejap lagi harga minyak masak pun naik.

Macam tak de alternative lain dah nak memasak sampai minyak masak pulak tak cukup. Dulu minyak petrol tak cukup now dah berjangkit ke minyak masak jangan kejap lagi kata minyak berurut pulak tak cukup dah le. Kot la nanti banyak sangat rumah urut dibuka sampai abis minyak urut pulak.

Memang la masak sup pun pakai minyak masak, goreng apatah lagi, lagi banyak pakai minyak masak tapi kurangkan la minyak tu kan. Cuba la pulak masak pakai stim-stew ke pulak. Rebus-rebus ke. Hehehe.

Aku jenis tak suka makan yang goreng, kalau aku masak ayam masak pedas pun aku rebus ayam dulu, tak goreng dah ayam tu, biar ayam tu empuk/masak dengan cara rebus. Kecuali makan tu nak hidang kat orang baru aku goreng. Aku suka yang soft, mudah nak mengunyah makanan ni. So aku cadangkan kat semua orang, tak payah la nak masak paprik ke ayam/daging pedas ke pakai ayam/daging goreng, buat rebus cam aku ni dulu. Kemudian nanti nak buat gravy dia memang pakai minyak, tapi guna sikit je lah. Takde lah banyak=(tahap parah/kritikal minyak banyak) sangat guna minyak tu. Setakat tumis bawang je kasi naik bau.

Makan banyak minyak, muka pun banyak minyak. [Jangan pula perangai naik minyak pun ada sebab banyak sangat telan minyak. Kot la organ dalaman mudah terbakar, kalau organ dalaman mudah terbakar=termasuk hati jugak kan.=marah(naik minyak+amok) hehehe (merapu kejap)]

Saturday, January 8, 2011

banjir dalam mimpi?

Sambungan entry kat bawah-saja nak banyakkan entry.. ( ^_^”)7 *icon garu/gosok kepala.

tinggi pun kena bah jugak!

Agak-agaknya kat area rumah aku yang memang kawasan tanah tinggi ni banjir jugak ke? Hehehe alamatnya time tu separuh daripada kelantan dah tenggelam kecuali area bukit cam gua musang(area atas bukit) yang tak tenggelam= baru la rumah aku ni banjir(maksudnya area rumah aku ni kawasan tinggi jugak). Hurm tapikan aku pernah mimpi yang kawasan rumah aku ni naik air/banjir ada la paras betis/calf jugak. Dalam mimpi tu best je main air, pastu ada banyak la benda yang dalam sungai tu naik ke darat jugak=ikan hehehe(agak-agak ada tak dolphin, tak ingat dah hehehe).

kapal tarik rumah

Bila aku sedar dari mimpi tu, aku imagine sendiri kalau la banjir tahap tu grenti ada buaya, ular species yang merbahaya kot kena kejar jerung hahaha. Pastu kalau tetiba tengah syok main tu, tetiba aku terberlari kearah tebing sungai yang curam tu? Jatuh dalam sungai yang grenti time tu dalam yang mampu/membolehkan kapal dagang kat selat melaka pun boleh lalu/ kapal titanic ke? Selamat ke aku?bila dibawa arus laju, air yang dalam? Seram sejuk je rasa time aku imagine tu.

best main air-kejar dia!

But on the bright side dalam mimpi tu, aku yang pengemar main air ni memang bermuka happy je dalam mimpi tu sebab rasa cam main kat tepi pantai je(sebab dalam mimpi aku tu, aku tengah berlari-lari gan kawan-kawan aku sebab ombak kecil dari sungai datang) hehehe. Sayang jugak aku terjaga awal, tak tau apa motif mimpi tu or apa konflik dia(yang kalau konflik/klimak dia banjir memang tak menjadi la kat aku sebab konflik banjir bagi aku bukan konflik bagi pengemar main air macam aku ni).

Tapikan, apa makna mimpi tu? Mimpi tu masa aku form 1 kot or form 2 or maybe year 6 tapi aku rasa macam masa aku form 1 je.

Tetiba sentuh topic banjir ni mengingatkan aku pada mimpi tu.

Few other dreams/nightmares that I still can remember. Nanti la aku share lain kali. Termasuk la kisah aku dengan 2 giants. Hehehe. Mimpi ni berulang banyak sangat time aku demam masa aku kecik dulu. Hingga aku darjah 4-demam terakhir aku masa sekolah rendah. Aku jenis payah demam. Dari yang darjah 4 tu, aku tak demam hingga aku form 5. bayangkan lama tak lama sampai aku tak tau macam mana rasa demam. Hingga la aku rasa sejuk terketar-ketar cam duduk atas iceberg kat kutub utara or cam kena kurung dalam peti sejuk, and kawan aku tengok aku. Dia tegur aku kata aku demam, yang time tu aku tak tau pun, yang aku tau mata aku mengantuk tahap tak ingat, dan duduk bawah kipas menyebabkan aku sejuk.

-cara nak hilang kan demam =aku Cuma perlu telan 1biji je ubat.--------

=takut ubat ke?

=>takde lah, cuma tak suka makan ubat je hehehe tak best pahit. kategori apa kah itu? kategori tak suka la kan hehehe,

---------------------. pastu sihat dah. Hahaha

=tu kira jenis antibody kebal jugak la, Cuma perlu 1 ubat je.

=>betul,betul,betul

Friday, January 7, 2011

Pernah main air banjir?





Soklan tu memang special time musim hujan ni kan. Kat kelantan baru start banjir. Melepas cousin aku nak bawak anak dia main air banjir. Selalu dia memang excited bab banjir ni.

So, korang pernah main air banjir tak? Aku DENGAN BANGGA,CONFIDENT CONFFESS KAT KORANG YANG AKU BANGGA AKU PERNAH MAIN AIR BANJIR! (^_^) Best woo main air banjir ni, siap main rakit buluh lagi aku dulu.

Dulu kala, masa aku still kat sekolah rendah, rumah nenek aku still rumah papan yang ada tangga tu, time tu every year banjir kalau aku tak silap.

Kerja aku adik beradik+cousin aku = main air+rakit buluh sampai tak ingat naik rumah, sampai kena marah main dalam air je keja. Lintah+ pacat kitaorang tak peduli pun. Tak takut pun. Kalau nampak menatang tu, main pijak je pun.

Best tak dengar ceter ni? Jom ramai-ramai main air banjir! Tapi jangan pulak korang main kat tempat arus deras or dalam sangat, takut hanyut pulak nanti.

Bila besar ni,malu pulak nak pegi main air ni. Hehehe kalo tak ingat dah besar, gamaknye aku pun pergi main air.

Kalau kat rumah aku yang tak pernah banjir ni pulak, aku suka main hujan dengan kengkawan. Sama je gaya dia, tak ingat rumah la kalau jumpa air, terjerit-jerit mak aku panggil balik sebelum ayah aku balik kerja. Hahaha. Memang la..ingat kisah dulu memang best siot. Best kalau aku still budak, grenti aku pun main air lagi.

Cuba korang bayangkan….hujan lebat, air penuh kat padang depan rumah(anggap je korang yang takde padang tu, korang dok main kat padang kat rumah aku ni)korang sebagai budak,ada kengkawan(kawan aku dulu siap datang rumah panggil main hujan , tak pun diorang call, set nak main hujan time tu.) hehehe. SO APA LAGI…JOM LA MENGELONGSOR KAT TENGAH PADANG TU MACAM PEMAIN BOLA PROFESIONAL BARU LEPAS JARING GOLLLLL!!!!!!!!!! Hehehe best tu, pastu main kejar-kejar. Pegi kat umah orang/kosong, tadah kepada kat tempat corong yang kuar air hujan dari bumbung rumah korang. Besttttttttttttttttttttt. Those were the days….miss it so much….

Hujan oh hujan










tengok!tengok!memang jalan raya pun penuh air!



7 januari 2011, jumaat

Hujan belum berhenti dalam 2hari ni..hari ni pun hujan. mak aku punya la dok mintak hujan jangan berhenti lagi… excited yang amat pulak dia nak mintak banjir. Apa la mak aku ni, mentang-mentang kami duduk kat kawasan tinggi, boleh pulak dia mintak banjir. Sesetengah kawasan dah banjir dah. Dengar dalam berita tadi cakap dah 800 lebih yang terlibat banjir.



rumah ni selamat buat tinggi-aku tengok trus imagine pulau di tengah-tengah lautan...terputus..tapi boleh main sampan or bot(main je keja ye)dekat dengan sungai. utama yang akan bawa arus ke sungai kelantan, bahaya kalau nak main




selamat lepas lagi tuk aku balik rumah! kalau tak, mati kereta dalam air tu.






Tadi aku balik kampong, kampong aku tak banjir ye, sejak nenek aku wat rumah baru ni lom pernah lagi banjir. Masa aku kecik dulu pernah la.

Semalam kawan aku message Tanya kawasan aku naik air tak, lupa gamaknye si Nadia tu yang area rumah aku ni tinggi. Aku cakap kat dia, kalau kawasan rumah aku banjir, kira cam dah ½ kelantan dah banjir.



warna awan lebih kurang sama dengan bangunan kelabu ni jugak!