Monday, January 11, 2010

Balik kampung lagi?hehehe dasyat tul aku ni

Sebab wawa dah sakit kepala, so kitaorang balik kajang semula. hehehe bayangkan aku baru je minggu lepas balik ke kajang, hari ni balik lagi. Sampai rumah dalam pukul 3.30pagi. jalan clear je memang best la sampai pun dalam masa 30minit je. lepas mandi aku terus tido.
Paginya, aku bangun pergi lepak kat library. huhuhu aku dengan library memang tak boleh dipisahkan lah. aku lepak sampai petang lah jawabnye. Wawa msg baru la aku bergerak keluar. dia dah lapar. huhuhu cian dia nanti aku. Aku pulak dah kenyang dah makan pagi tadi. Aku solat kat surau library sebelum balik.
Lepas tu kitorang pergi makan satey haji samuri kat bangi. lepas makan aku pergi jenguk sha pulak. Dia nampak chubby dari dulu. hehehe dia kata aku makin slim. happy nyeeeeeeeeee.
Pastu pergi jejalan kat area bangi ni. Wawa sempat beli durian.

Jalan-jalan melihat awan....


aku sambil makan kat bukit ampang dalam pukul 2.45pagi
lepas dengar cerita mama sampai pukul1 pagi. tommy ajak ke batu caves, dia nak ajak naik ke bukit ampang. Sambil tu hehehe berkenalan la aku and wawa dengan pakwe tommy.
Wawa dah sakit kepala dah. Pastu lagi la dia tak nak dok lama sebab dia anti dengan kedai mamak ni. Bf tommy nama dia sham jugak kot. er aku dah lupa.
Tapi yang penting boleh la aku gan wawa jejalan ke bukit ampang. Tapi punya la jauh bf tommy pusing sampai aku pun dok pk dia ni nak ke mana. Sekali jalan macam nak balik ke rumah mama, pastu ke arah batu caves balik pastu baru la betul-betul dia bawak ke bukit ampang. Aku gan wawa dok kejap je pas tengok and makan-makan sekejap, kitaorang blah. Wawa dah memang sakit kepala. huhuhu, dia kecik hati gan tommy sebab tommy macam tak kenal perangai dia je time tu. Aku tahu niat tommy, dia nak wawa kenal dengan pakwe dia sebab deorang memang best friend, tapi tersalah masa, sebab dah pukul 2pagi dah, budak ni yang mandi dari pagi semalam lagi, dah masuk hari baru dah, grenti sakit kepala. Nak balik cepat la nampaknya.
hehehe kitaorang pun bertolak balik ke kajang pukul3 pagi.

Saturday, January 9, 2010

Reunion Di Dynasty hotel.


warna dia gelap la pulak. pic aku pegang anak ina; Ryan.
Wawa msg aku cakap dia dah on the way dah masa tu dalam pukul 10.45pagi. Ces aku ingat dia kata nak bertolak pukul 12 tengahari lepas abis tuition. Aku dah la baju pun lom sedia lagi. Aku bertolak dalam pukul 11.30 jugak la. terpaksa la aku drive, budget nak naik bus je ke KL.
Sampai KL pukul 12.40, masuk area selayang ke batu caves. Mana la si tommy ni ye, aku pergi komuter nak nanti tah macam mana boleh la pulak ke area LRT memang nyanya aku je. Wawa asyik msg kata dia stuck kat Bandar tasik selatan sebab train buat hal. Kalau aku tahu, aku naik bus je tadi.
Aku dok lepak dengan tommy sambil nanti dia, lastly kitaorang sampai kat Dynasty hotel dalam pukul 2 petang selamat la buffet punya. Tadi tommy dah membebel, kalau takde nasik dah dia nak wawa belanja dia makan nasik. hahaha kawan aku ni sorang memang tak leh idup tanpa nasik.
Yang lain dah lama ada kat situ, ada jugak muka yang aku tak kenal. Alia, nurul, kak ze, kak carol, cik bad, er tah beberapa orang lagi la yang aku tak ingat nama.
Bila amik makanan aku amik kek la, asal masuk je hotel aku mesti bantai kek dulu. huhuhu. memang nak menghancurkan diet la ni. Sepinggan penuh aku amik pelbagai kek aku try. nasik aku amik la satu sudu, buat cukup syarat la. Ada la pulak sotong, huhuhu dah la aku lupa bawak ubat, tapi alahai nak sangat makan sotong, aku pun bedal je la. Tak kira dah effect dia kejap lagi.
Lepas sakan melantak, pegi la kejap dukung anak kak ze yang baru lahir tu. nama dia ada dekat dengan nama wawa. kak carol nampak makin kurus pulak sekarang, tapi anak dia still sorang, si batrisya. hehehe. Sakan kekanak ribena tu dok main meloncat kat situ sebab ada anak kak ze 2orang.
Lepas tu, dapat la souvenir sorang satu. Suma dapat bell, tapi cantik sangat. Pandai cik bad pilih. Ahmad dah beli vios, huhuhu kereta kesukaan aku. dia sekarang jadi lecturer kat pahang. Best la dia, gaji pun ngam je sebab dia ada master. Nampaknya aku pun kena amik master jugak ni. MESTI!!!!
Lepas tu kitorang pun berangkat ke rumah ina kat hulu langat. huhuhu terlajak perahu boleh undur, terlajak kereta kena teruskan la, Kitaorang tersalah masuk jalan so terpaksa pusing kat ukm. hehehe.
Ina time tu dok sorang je kat umah dia. Body dia ok je tak naik pun, still cantik jelita macam dulu kala. hahaha. Sempat la bergambar dengan baby dia. Macam rupa dia jugak lah baby nye. Husband dia beli mee ada udang. UDANG!!!segala seafood la aku ari ni, memang cari nahas la kan. Tapi best.hehehe

Why NOT Share Two Cups of Tea?

Hi everyone...
The Mayonnaise Jar and the Two Cups of Tea


When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.


A professor stood before his philosophy class
and had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
And proceeded to fill it with golf balls.
He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.
He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'


The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.


'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.


The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions –
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.


The pebbles are the other things that matter like
your job, house, and car.
The sand is everything else --The small stuff.
'If you put the sand into the jar first,' He continued,
there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.
If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.
So...
Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.
There will always be time to clean the house and fix the disposal.
'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'
One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.
The professor smiled.
'I'm glad you asked'.
It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Try Your Best Always to Fill the Life Jar
With a Lot of Golf Balls In It.
Still You Could Have A Couple of Friends
To Share Your Tea Time Very Pleasantly!

Have A Good Day!

Friday, January 8, 2010

Tempat Praktikal dah keluar!!!

Ha ni cerita hot hari ni. Praktikal place dah tau dah. Memang havoc class pagi tadi bila dapat tau pasal tempat praktikal masing-masing. Selamat la lecturer jenis tak kisah sebab dah tau perangai orang dewasa cam kitorang macam mana kan. Kecoh la kat tempat duduk belakang dok discuss pasal ni. Ye la, ada option la pulak tempat praktikal ni.
Aku dapat praktikal kat Negeri Sembilan untuk 2 2 tempat tu. tak apa la, aku rasa aku boleh je kat mana pun, InsyaAllah...
Shery, hehehe dia dapat satu option yang sama dengan aku tuk first option. second option, dia dapat KELANTAN! but still aku rasa la kan, memang kitorang bakal kena post ke tempat first option tu. Erin pulak dapat second option kat putrajaya. dok risau tu...

Thursday, January 7, 2010

Hmm myvi or vios?

Hehehe bunyi cam best je kan. Kalo korang nak kereta jenis apa? Aku rasa aku boleh agak korang nak kereta jenis apa. Mesti la vios kan. Aku pun, vios nampak sweet je cam sesuai untuk girl. Jimat minyak, cuma mahal je. hehehe.
Myvi pun ok jugak, aku ni asal kereta bawah produa grenti ok je untuk aku. Mmmm.. apa-apa pun nantikan kereta mana bakal aku miliki. hehehe. Gamaknya myvi la kot yang setaraf dengan aku...
Tapi still...aku masih sayang dengan aku punya Kelisa.. susah nak jumpa kelisa atas jalan. Dalam air pun harga dia mahal tau.. nama glamour Kelisa ialah Arowana. Hehehe mahal tak? Dah la sekarang ni Kelisa dah pupus (dah tak dikeluarkan lagi) so kira lucky jugak aku dapat kereta ni. Fancy, power steering, jimat minyak lagi. Aku boleh drive dari KL ke kelantan dengan sekali isi je iaitu RM54. Kalau dari Tanjung Malim ni, aku isi RM 54 aku boleh pergi balik kota bharu-rumah aku(pasir tumbuh) 3 kali jugak la. So aku agak dari Tanjung Malim ke Pasir Tumbuh dalam RM35 la kot. Jimat kan?
Errr hari ketiga aku makan KFC berturut-turut. hmm bakal gemuk tahap apa la aku ni ye.

Wednesday, January 6, 2010

Penat!@#$classroom hunt

Kita selalu dengar treasure hunt tapi aku lak hari ni gan kengkawan kelas kena wat classroom hunt. Cari class tak jumpa. huhuhu. memang jenuh lah, dekat 45 minit jugak dok ronda cari kelas. Lec penguin tu la ni, banyak songel, nak tukar class. Lastly pening dok cari class sampai kena buat sun bath lak kat upsi.
Apa-apa pun aku and roomie aku suma lucky tau, sebab tak kena evaluate gan lec penguin. Kitaorang dapat lec yang tak la laser sangat mulut, so tak dek la kena humiliate depan orang.
Group yang dapat dengan lec-yang-tak-aku-gemari-tu ialah Didi, kumz, ryn, Ester. Tapi tak pe depa ni expert dah and memang boleh melayan orang tua tu. huhuhu.
Memang aku berdoa sesangat tak perlu kena dengan lec 'tu'. Alhamdulillah dperkenankan Allah s.w.t. syukur sesangat...
Ok la aku pun dah ngatuk tahap dewa 12 dah ni. so nite even it still early-9:32p.m. mata tak leh celik sebab kenyang sangat kot makan KFC LAGI hari ni. Sesaja melayan hati padahal perut memang kenyang lagi. huhuhu insaf lah yong oiiiii...

Tuesday, January 5, 2010

Blog aku berwajah baru!!!!



Hehehe saja-saja menukar wajah baru. Sempena tahun baru ni, so tukar la baru. Air oren lagi tu. Saja je aku nak testing ni. Attempt aku yang pertama, bakal ada yang seterusnya. Bak kata pepatah, setiap langkah ada permulaannya.

Buat sesuatu seorang diri

So here it goes, petang tadi aku dapat information pasal reunion lecturer Bahasa kat IIC. Reunion kat Hotel Dynasty hari sabtu ni start kul12 hingga 4 petang, bayaran RM50. Aku pakat gan wawa and tommy nak join la nanti. Pergi bank in duit kat tommy suruh bagi kat En. Bad yang uruskan majlis tu. Kalau fikir aku lagi suka balik UKM tapi hmm maybe later la kot balik sana lagi.
Pergi bank in duit pastu, pergi makan kat KFC sesorang. Aku pergi isi minyak kereta. Masa isi minyak, ada budak datang minta derma sambil beli barang. Budak tu dari sekolah apa tah kat Kedah. Kesian jugak dengan dia, mula-mula aku ingat dia pekerja stesen minyak tu, rupa-rupanya student.Aku amik balm untuk RM10. Lepas tu, singgah masjid kejap, masukkan duit kat tabung masjid sempena dapat gaji. Aku nak ikut gaya mak aku, tapi mak aku bukan masukkan sentiasa. Tapi duit gaji abang aku yang pertama mak aku akan masukkan, sebagai tanda kesyukuran dimurahkan rezeki dan ingin berkongsi dengan orang.
Balik bilik, kesian pulak tengok ochin lapar, shery and erin pun. So kitaorang pun pergi makan tomyam kat pekan tanjung Malim. Ni aku sedang kekenyangan. Alhamdulillah....

Apa kisah aku hari ni? 050110

Class start pukul 12. hari ni exam. Exam/ kuiz yang boleh meniru. Er ni kira exam ke tu? Siap boleh tengok buku and tiru member lagi. Memang kelako aku rasa. Hmm sebenarnya nak cerita kisah aku semalam.
Semalam tido awal, qada' tido yang terganggu sebab buat assignment last minutes. Tido dalam pukul 11.40malam lagi. Kengkawan aku memang masa ni masih celik lagi la. Tapi aku ada terjaga sekali masa tengah nyenyak tido tu. Sebab handphone erin bunyi lagu kuat. So aku terjaga and terpandang dia. Nak tau apa aku nampak? bukan nampak hantu pun, tapi boleh dalam mamai aku tu aku nampak wawa. Isyk mengarut betulkan mata aku, terbeliak mata aku jap sebab nak confirmkan sapa kat tido sebelah aku ni. Ingatkan aku dah terbang balik kampung kat kajang nun. hehehe gamaknya rindu kat wawa lagi kot.Tak puas cuti kat sana.
Rupa-rupanya erin yang kat sebelah aku, siap buat peace lagi. Bila mata aku dah adjust and tahu erin je kat sebelah aku, terus aku kalih badan and sambung tido balik. Memang letih belum habis. hehehe.
Mmmm rasa cam nak balik kajang lagi je....Tapi, hmm membazir kalau nak ikut hati aku ni sebab tol nak ke sana pun RM15 jugak, belum masuk bab minyak lagi tu.

Monday, January 4, 2010

Jalan raya jenis apa la ni....

Tension aku bila balik kampung now. Tiap kali ke Kota Bharu, langsung tak best. Nak tau kenapa?!
Korang bayangkan la, jalan raya kat tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital and segala macam highway. Tu pun susah kita kat Malaysia ni nak jumpa highway ada 4 line. Ni dah la jalan tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, swasta tapi ada 4 line!@#$
Gamak-gamaknya meningkat la kadar kematian pelajar sekolah Padang Garong kat tengah pusat bandar tu. Ye la, nak kena lintas 4 line jalan sehala yang kereta punya la laju!@#$
Sampai sekarang aku dok pikir motif kenapa orang yang bagi idea bina jalan tu, pilih untuk buat 4 line jalan SEHALA sahaja? Jadi kerja aku pulak dok pikir motif jurutera nih. Asal masuk je pusat bandar terus aku pikir, asal tengok jalan pun dah terpikir motif jurutera tu wat jalan macam tu kat Kelantan. Hmmm nak kata nak buat jalan raya bertingkat, rasanya tak kot and buat masa terdekat ni tak mungkin diorang buat jalan bertingkat kat tengah bandar. kalau kat KB Mall tu rasa ada la jugak kebarangkalian nak buat jalan dua tingkat.
Ada sesapa boleh explain kat aku tak kenapa dia buat jalan 4 lane SEHALA kat dengan sekolah di tengah pusat bandar Kota Bharu?

Presentation aku hari ni

Presentation aku hampeh je. Suara aku tak kuat, memang kena sound la dengan lecturer tu. Tekak aku memang dry macam kat desert dah dah, selalunya aku jadi macam ni sebab kurang air and kurang tido.
huhuhu dah la idea aku langsung tak creative. Nuar gan cik din punya la canggih diorang punya presentation. Salute kat depa. Mesti gempak bila diorang present. Gamak-gamaknya hancur aku punya pointer sem ni.
Hmmm tapi aku memang dah agak dah sebab most time aku punya luck jenis selang setahun. Kalau tahun ni bad, tahun depan good lah. Cam tahun 2009,memang lucky, rezeki mudah masuk, pointer tinggi, semua lancar je.

Mega sale di UKM!!!!

Hehehe biasa la bila mula buka semester, pesta mega sale akan menjelma. Tadi sebelum balik TM, sempat la aku pergi ke pesta mega sale nih. Macam-macam ada. Tapi masa je aku tak de. Nak kejar class pukul 2 petang yang ada presentation. Memang la Dekat je pun TM dengan Kajang. Tapi aku banyak benda nak prepare lagi. Bertolak balik dalam pukul11.
Aku singgah kat Pusanika sekejap sebab memang dah lama kempunan nak makan kek blueberry and pizza ukm kat Bakery tu. Kat pusanika memang banyak booth yang jual pelbagai barang. Jubah-jubah memang murah, below RM100, ada yang RM45 pun ada. yang banyak harga RM65. Tetiba mata aku kelabu asap nak pilih, warna pale maroon, purple, black bunga purple, Abaya warna hitam corak sulam panjang kat tepi bahu. Lastly aku tak beli apa-apa sebab berkejar gan masa. huhuhu rugi je rasa tak beli 2. murah tu. Tah bila nak jejak kat sini pun tah la.Bulan tiga paling awal kot.
Nak cari tudung, tadi pun berlambak tudung ada. Masa je tak de. Selamat aku sempat beli pizza and kek favorite aku tu.
Memang sah-sah ramai students perabis duit time ni tuk shopping.

Malas betul nak balik Tanjung Malim

Hmmm hari ni class dah. Ada pulak presentation. huhuhuhu memang malas je nak balik. Kan best kalau cuti panjang lagi. Tension je hidup bab masuk class ni. Dah la hari ni aku kena present, pastu lecturer pulak memang aku tak suka.
Apa-apa pun aku nak pusing kampung aku dulu sebelum bertolak balik. Nak makan kek blueberry, pizza, porridge, laksa penang. Er macam banyak la pulak. hmm cross la yang laksa penang tu. yang lain tu boleh aku consider sebab baru ni tak makan lagi. huhuhu. Hari tu makan laksa je.
Aku nak g library jugak. Rindu aku. Sini library lengkap segala. Aku suka.

Sunday, January 3, 2010

Wedding Aisyah di Kedah 2009

Aisyah sebenarnya kawan Shery. Sebab aku kan best friend Shery so aku pun jadi rapat jugak la dengan Aisyah termasuk la Liza dan Aida. Dia ni jenis suka tolong orang, mesra alam betul. Hehehe, ada je problem kat UKM masa lepas grad, aku grenti cari dia sebab dia je yang ada dalam UKM masa tu dan boleh diharap. Aisyah ni budak tesl. Wedding dia pun selang sehari je pun dengan Ida. kalau hari ni majlis Ida, esok dah majlis dia. So Aku jelajah 3negeri dalam 2 hsri. Start pergi ke Taiping, Sungai Nibong Penang dan Pendang Kedah.
Majlis Aisyah kat Pendang Kedah. Dia pakai tema warna pink untuk majlis di rumah lelaki, her favorite colour. Masa majlis kat rumah dia, dia pakai warna Ungu.

Orangnya kecil molek,peramah.


Majlis di rumah Aisyah.


aku dan aisyah sebelum ke rumah pihak lelaki pulak.


Kat rumah pihak lelaki

Wedding Ida di bulan Disember 2009

Banyak aku tak update story aku bulan lepas. Banyak je yang berlaku kat aku bulan lepas baru-baru ni. Maksud aku, banyak aktiviti yang aku buat lah. Tahun lepas, bulan 12, Aisyah and Ida (Hanimatun Syarida) kawin. happy aku tengok diorang. Dua-dua majlis aku pergi. Saja nak memeriahkan majlis diorang. Aku pergi dengan Shery, Erin and Ochin (Eika). Kitaorang bertolak lewat jugak dari Tanjung Malim, dalam pukul11.
Ida punya majlis kat Taiping. Ida ni course mate aku dulu masa kat UKM. Ida punya majlis 12.12.09:

Ida dengan husband dia kat rumah Ida di Perak. Tema dia warna hijau.




Ida n husband. Lupa la nama laki dia. Kat bawah dari kiri:Aku la tu,best friend aku shery, Erin and Eika.

Petang tu dalam pukul 3.30 kitaorang bertolak ke rumah shery di Penang pulak. Sempat la kitaorang singgah kat USM penang ni.

picture aku and Eika

Saturday, January 2, 2010

Aktiviti bila balik kampung:Beli barang dapur n pasar malam

Aktiviti aku hari ni? Aku keja download cerita lah. Aku download cerita Biscuit Teacher and Star Candy, cerita korea. CD aku dah ada yang rosak takleh tengok dah. Sebab tu la download. Selain tu, With Love cerita Jepun pasal kisah percintaan melalui internet. Aku tido pukul 4.30 pagi, pastu bangun solat subuh pukul 6.45 pagi. Mata aku jenis tak boleh tido lepas subuh. Kembali download cerita sampai siap. Kononnya nak keluar jejalan awal pegi beli barang dapur, lastly lambat jugak. Sesambil download cerita, aku dok tengok Sweet Spy. Rindu la pulak dengan cerita tu.
Lepas masuk waktu zohor baru aku dapat tido, bangun pukul4. Lepas solat Asar baru pergi beli barang dapur. Jalan bit jammed gak lah. Pastu singgah pasar malam. Lama giler tak makan nasi tomato. Very tempted gak ni, abis la diet aku tiap kali balik kampung ni. Sempat beli tudung warna krim satu. dok cari warna pink tapi asyik ragu-ragu je so aku tak beli. Takpe esok masih ada apa.
Pergi pasar malam Bangi sebenarnya nak cari jubah, tapi gerai tempat makcik yang selalu aku singgah tu takde pulak. Gamaknya, makcik tu dah sewa kedai kot. Dah tak jual kat pasar malam dah.

Friday, January 1, 2010

Lagi picture masa pertunangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina

Pictures ni aku post sebab mak aku nak tengok. So, enjoy lah ye mak.

senyuman gembira...


Langkah seorang Sheikh Muszaphar;memasuki Klana Terrace. suma yang nampak lebih jelas kat meja tu orang press


special pose from Dr. Harlina


hantaran pihak lelaki sebanyak 5 dulang: Al-Quran,sejadah, cincin, sirih junjung, satu lagi lupa lah.


Wawa and Dr. Halina


Majlis pertunangan di Ballroom Klana Terrace, Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan


pemandangan dari pelamin. Perempuan baju hitam,tudung pink yang duduk itu la aku.hehehe. Yang meja depan suma untuk family members kedua-dua pihak. yang belakang tu tuk press.


pelamin tempat menyarung cincin...


suasana dalam dewan untuk majlis pertunangan Dr. Halina n Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, bertemakan warna putih and pink, meja pihak lelaki.


hantaran pihak lelaki berupa sejadah dibuat macam bunga kalau tengok dari atas


antara hantaran pihak lelaki bertemakan warna silver


Sesi bergambar: berpakaian tradisional melayu berwarna hijau Parents Sheikh Muszaphar di kiri, Parents Halina di kanan mengenakan pakaian berwarna kuning and krim.


hantaran dari pihak perempuan, bertemakan warna emas. Warna mewah..

Aku kat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina's engagement


Budak cute(aku le tu) posing dengan Dr. Sheikh Muszaphar.


ni lagi special, sebab hehehe tengok la aku dengan mesra dok kat Dr. Halina.hahaha.


Pic pose istimewa dari Dr. Sheikh Muszaphar, memang beliau seorang yang amat mesra dan amat berkerjasama. Wawa amik pic dia yang ni.


Dr. Halina/kak lina


Lepas makan, kitaorang lepak-lepak kat lobi resort sebelum majlis start. Ni pic aku and kak aisyah.

Hari ni 01 Januari 2010 hari pertunangan Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina (abang mus and kak lina), so aku pun menyibukkan diri la kat majlis pertunangan diorang ni. Majlis pertunangan ni diadakan di Kelana Resort kat Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis diadakan pada pukul 4petang. Tapi aku and the geng sampai awal lah, ada majlis makan-makan untuk pihak media sebelum majlis pertunangan. Best giler la bab mengadap makanan ni, abis semua jenis kek aku bantai try. hahaha habis la naik berat kali ni. Kenyang sangat sampai aku pun rasa mengantuk.

So, majlis kawin diorang ni akan dibuat pada 10.10.10 sempena tarikh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bertolak ke angkasa lepas. Tapi memang nombor ni cantik pun.
Handsome abang mus pakai baju melayu warna silver dengan samping warna pink n silver. Kak Lina pun hebat jugak pakai baju kurung yang kembang kat bahagian bawah warna pink bersulam dengan warna silver.
Sempat le aku bergambar dengan Dr halina and Sheikh Muszaphar. hehehe.
Dr Halina ada empat adik beradik; 2 lelaki, 2 perempuan. Semua adik beradik dia ada kat oversea kerja so takde seorang pun adik-beradik dia kat majlis pertunangan ni. Memang family yang bijak pandai la ni. Bekas pelajar UKM jugak(sama la macam aku)proud of UKM.
Sheikh Muszaphar-Bekas pelajar UKM jugak. Abang sulung dia businessman, muka sebijik macam dia. family dia memang semua muka sebijik macam photocopy lah, hensem suma. Ada anak buah perempuan yang cukup la comel, rasa macam nak cubit-cubit pipi budak comel tu.huhuhu.
Majlis habis pukul 5.30 petang.

HAPPY NEW YEAR 2010!!!!!! AT PUTRAJAYA


Wawa and Yong

It's been a while since my last post. Happy New Year 2010 to all of you. Apa nak cerita ye. hehehe aku punya wish kot. Aku harap sangat tahun ni pun berjalan dengan smooth and excellent. Worried if this year will be my dreadful year.huhuhu hope something bad won't happen lah.


Blurred:Is, Farisha, Wawa n I.

New year aku sambut kat Putrajaya bersama Intan, farisha, Is and one of my best friend Wawa.


Is, Intan, Farisha


Malam tahun baru tu sempat la aku pergi beli baju untuk majlis pertunangan Datuk Dr. Sheikh Muzzafar and Dr. Halina ari ni.
Dok lepak kat Perbadanan Putrajaya sambil bergambar. Sempat la jenguk masjid besi yang tersegam indah. Sesak jugak la putrajaya malam tu(semalam la). Ramai yang berkumpul kat Istana Kehakiman.
Lepak kat perbadanan sampai la pukul 12 malam. Guard kat situ halau orang bila pukul 12malam. Dia kata area Perbadanan cuma boleh lepak hingga pukul 12 malam. Tetapi kalau area lain macam kat Istana Kehakiman (depan perbadanan Putrajaya) boleh je lepak sampai pagi pun.
Lama sangat aku tak main area ni, sampai lupa dah jalan. Tak pepasal aku balik kajang pakai jalan jauh.
Lepas tu aku and suma pergi minum-minum. Balik pukul 2.30a.m. huhuhu anak dara-anak dara zaman sekarang...