Friday, January 1, 2010

Aku kat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina's engagement


Budak cute(aku le tu) posing dengan Dr. Sheikh Muszaphar.


ni lagi special, sebab hehehe tengok la aku dengan mesra dok kat Dr. Halina.hahaha.


Pic pose istimewa dari Dr. Sheikh Muszaphar, memang beliau seorang yang amat mesra dan amat berkerjasama. Wawa amik pic dia yang ni.


Dr. Halina/kak lina


Lepas makan, kitaorang lepak-lepak kat lobi resort sebelum majlis start. Ni pic aku and kak aisyah.

Hari ni 01 Januari 2010 hari pertunangan Dr. Sheikh Muszaphar and Dr. Halina (abang mus and kak lina), so aku pun menyibukkan diri la kat majlis pertunangan diorang ni. Majlis pertunangan ni diadakan di Kelana Resort kat Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis diadakan pada pukul 4petang. Tapi aku and the geng sampai awal lah, ada majlis makan-makan untuk pihak media sebelum majlis pertunangan. Best giler la bab mengadap makanan ni, abis semua jenis kek aku bantai try. hahaha habis la naik berat kali ni. Kenyang sangat sampai aku pun rasa mengantuk.

So, majlis kawin diorang ni akan dibuat pada 10.10.10 sempena tarikh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bertolak ke angkasa lepas. Tapi memang nombor ni cantik pun.
Handsome abang mus pakai baju melayu warna silver dengan samping warna pink n silver. Kak Lina pun hebat jugak pakai baju kurung yang kembang kat bahagian bawah warna pink bersulam dengan warna silver.
Sempat le aku bergambar dengan Dr halina and Sheikh Muszaphar. hehehe.
Dr Halina ada empat adik beradik; 2 lelaki, 2 perempuan. Semua adik beradik dia ada kat oversea kerja so takde seorang pun adik-beradik dia kat majlis pertunangan ni. Memang family yang bijak pandai la ni. Bekas pelajar UKM jugak(sama la macam aku)proud of UKM.
Sheikh Muszaphar-Bekas pelajar UKM jugak. Abang sulung dia businessman, muka sebijik macam dia. family dia memang semua muka sebijik macam photocopy lah, hensem suma. Ada anak buah perempuan yang cukup la comel, rasa macam nak cubit-cubit pipi budak comel tu.huhuhu.
Majlis habis pukul 5.30 petang.

No comments: