Kadang-kadang best jugak buat kerja gila macam ni. Makan McD pukul 1:30 pagi memang antara rancangan dan impian aku nak buat selama ni. Rancangan gila-gila untuk memuaskan hati aku ni. hehehe so here we go... aku dengan wawa pergi melantak McD pukul 1:30pagi kat PKNS bangi.
Aku ada cerita kat dia antara impian or benda gila-gila yang aku nak buat. Antara kerja gila aku nak buat ialah makan McD pagi-pagi buta cam pukul 2 pagi ke. So ok dah tu pukul1:30 pagi makan McD.
Padahal perut aku kenyang je lagi ni, tadi dah makan durian masa tengok berita, pastu masa tengok Juara Lagu pulak bantai makan satey dengan jajan. Memang balik kampung je bakal merosakkan diet aku lah. Banyak sangat aktiviti dan makanan favorite aku yang ada depan mata.
Aku tempah Big Mac,wawa pulak makan bubur nasik. tapi dia kata tak best sangat sebab cair sikit dari yang sepatutnya. Sambil makan, sambil posing. Tu je la kerja aku sekarang ni, jadi model sambilan yang tak bertauliah untuk mengisi masa dan merakam aktiviti semasa aku. hehehe. Tapi kena guna handphone wawa la, sebab gambar yang pakai handphone sony ericson lagi cantik. Aku punya kamera dah aku tinggalkan kat adik aku. dia nak pergi berkelah hari tu.
Ha sambil pergi makan McD ni aku kutip macam-macam bahan dari black pepper, sugar, salt, cream yang disediakan. Macam la kat rumah tu tak dak. Tapi saja la aku ni, nak mengutip pulak rasanya ari ni. Benda free kan. InsyaAllah aku tak bazirkan nanti.
Sambil tu dok bergelak ketawa sampai tak ingat dunia aku ni. hehehe. Wawa la buat lawak.
Dia cakap, orang tua-tua punya pantang larang or petua: 'makan kalau berselerak je dalam pinggan tu, lelaki dia pun macam tu la, tak hensem'. hahaha.
Aku pun apa lagi menyampuk la: 'ha kalau jenis aku pulak makan sampai pinggan licin macam mana pulak?'
Wawa balas: 'Kalau style ko ni, grenti dapat macam abang kat belakang ko tu.'(masa tu kat belakang aku ada pekerja McD, kepala dia rambut pendek sangat sampai nampak kulit kepala or hampir botak jugak la).
Apa lagi, gelak sakan la aku gan dia.
Aku balas balik: 'habis tu, lepas makan je, aku kena la susun tulang-tulang dalam pinggan sebab nak dapat husband hensem'
Sakan la pastu kitaorang gelak.
Balik tu wawa drive keta. hehehe. lawak tul dia ni.
No comments:
Post a Comment