Tension aku bila balik kampung now. Tiap kali ke Kota Bharu, langsung tak best. Nak tau kenapa?!
Korang bayangkan la, jalan raya kat tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital and segala macam highway. Tu pun susah kita kat Malaysia ni nak jumpa highway ada 4 line. Ni dah la jalan tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, swasta tapi ada 4 line!@#$
Gamak-gamaknya meningkat la kadar kematian pelajar sekolah Padang Garong kat tengah pusat bandar tu. Ye la, nak kena lintas 4 line jalan sehala yang kereta punya la laju!@#$
Sampai sekarang aku dok pikir motif kenapa orang yang bagi idea bina jalan tu, pilih untuk buat 4 line jalan SEHALA sahaja? Jadi kerja aku pulak dok pikir motif jurutera nih. Asal masuk je pusat bandar terus aku pikir, asal tengok jalan pun dah terpikir motif jurutera tu wat jalan macam tu kat Kelantan. Hmmm nak kata nak buat jalan raya bertingkat, rasanya tak kot and buat masa terdekat ni tak mungkin diorang buat jalan bertingkat kat tengah bandar. kalau kat KB Mall tu rasa ada la jugak kebarangkalian nak buat jalan dua tingkat.
Ada sesapa boleh explain kat aku tak kenapa dia buat jalan 4 lane SEHALA kat dengan sekolah di tengah pusat bandar Kota Bharu?
No comments:
Post a Comment