Saturday, January 9, 2010

Reunion Di Dynasty hotel.


warna dia gelap la pulak. pic aku pegang anak ina; Ryan.
Wawa msg aku cakap dia dah on the way dah masa tu dalam pukul 10.45pagi. Ces aku ingat dia kata nak bertolak pukul 12 tengahari lepas abis tuition. Aku dah la baju pun lom sedia lagi. Aku bertolak dalam pukul 11.30 jugak la. terpaksa la aku drive, budget nak naik bus je ke KL.
Sampai KL pukul 12.40, masuk area selayang ke batu caves. Mana la si tommy ni ye, aku pergi komuter nak nanti tah macam mana boleh la pulak ke area LRT memang nyanya aku je. Wawa asyik msg kata dia stuck kat Bandar tasik selatan sebab train buat hal. Kalau aku tahu, aku naik bus je tadi.
Aku dok lepak dengan tommy sambil nanti dia, lastly kitaorang sampai kat Dynasty hotel dalam pukul 2 petang selamat la buffet punya. Tadi tommy dah membebel, kalau takde nasik dah dia nak wawa belanja dia makan nasik. hahaha kawan aku ni sorang memang tak leh idup tanpa nasik.
Yang lain dah lama ada kat situ, ada jugak muka yang aku tak kenal. Alia, nurul, kak ze, kak carol, cik bad, er tah beberapa orang lagi la yang aku tak ingat nama.
Bila amik makanan aku amik kek la, asal masuk je hotel aku mesti bantai kek dulu. huhuhu. memang nak menghancurkan diet la ni. Sepinggan penuh aku amik pelbagai kek aku try. nasik aku amik la satu sudu, buat cukup syarat la. Ada la pulak sotong, huhuhu dah la aku lupa bawak ubat, tapi alahai nak sangat makan sotong, aku pun bedal je la. Tak kira dah effect dia kejap lagi.
Lepas sakan melantak, pegi la kejap dukung anak kak ze yang baru lahir tu. nama dia ada dekat dengan nama wawa. kak carol nampak makin kurus pulak sekarang, tapi anak dia still sorang, si batrisya. hehehe. Sakan kekanak ribena tu dok main meloncat kat situ sebab ada anak kak ze 2orang.
Lepas tu, dapat la souvenir sorang satu. Suma dapat bell, tapi cantik sangat. Pandai cik bad pilih. Ahmad dah beli vios, huhuhu kereta kesukaan aku. dia sekarang jadi lecturer kat pahang. Best la dia, gaji pun ngam je sebab dia ada master. Nampaknya aku pun kena amik master jugak ni. MESTI!!!!
Lepas tu kitorang pun berangkat ke rumah ina kat hulu langat. huhuhu terlajak perahu boleh undur, terlajak kereta kena teruskan la, Kitaorang tersalah masuk jalan so terpaksa pusing kat ukm. hehehe.
Ina time tu dok sorang je kat umah dia. Body dia ok je tak naik pun, still cantik jelita macam dulu kala. hahaha. Sempat la bergambar dengan baby dia. Macam rupa dia jugak lah baby nye. Husband dia beli mee ada udang. UDANG!!!segala seafood la aku ari ni, memang cari nahas la kan. Tapi best.hehehe

No comments: