Tuesday, December 30, 2008

Mahalnya harga waktu

Benar kata-kata ‘masa itu emas’ memang nilai untuk masa amat mahal. Harga yang perlu dibayar untuk membeli waktu yang amat terhad amat tinggi. Bayangkan apabila kita menggunakan perkhidmatan awam di waktu awal pagi atau lebih tepat lagi pagi yang masih buta, harganya mampu mencecah dua kali ganda. Harga yang kita perlu beli bagi membeli waktu pemandu teksi yang menggadaikan waktu tidurnya untuk dijual kepada orang yang mampu membayar dan amat terdesak untuk membeli waktu pemandu teksi itu.

Antara bukti mahalnya waktu adalah perkhidmatan penerbangan. Harga yang perlu dibayar bagi kebiasaan tiket pernerbangan mencecah ratusan ringgit untuk jarak yang sama digunakan oleh jalan darat, dimana bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan jalan darat hanya mencecah puluhan ringgit. Tetapi harga yang rendah memakan masa yang lama untuk sampai dimana berlaku kerugian pada waktu yang dihabiskan di dalam kenderaan darat. Manakala harga yang mencecah ratusan ringgit mampu menyebabkan pembeli tiket atau lebih tepat lagi pembeli waktu dapat menperuntukkan masa yang dibeli untuk kegiatan yang lebih banyak atau memiliki kuantiti masa yang banyak.

Mesti berbelit ayat aku bagi yang kurang paham just ignore this scrap text. Sesaja aku wat bila aku kena bayar tambang mahal 2x ganda di waktu pagi berbanding waktu petang. Aku sampai dari kampung pukul 4.30pagi. peace be upon you...