Thursday, October 29, 2009

Kecik hatiku..ada orang kata aku bukan kelantanese!@#$%

Memang macam kena smash lah muka aku nih. Kecik ati giler, tak terkata. Ari tu,ahad aku bawak member aku pegi shopping kat Rantau Panjang. Hehehe memang best looo, aku nak cari skirt yang aku minat. So menyinggah la kat tempat kedai jual baju.
Sebelum tu aku dah menyinggah kat kedai yang jual comforter dah, murah giler beb RM40 je siap sedia cadar segala.
Yakin la aku speaking kelantan nih. Fuh bangga jap jadi pemandu pelancong kat member aku.
Sampai la part aku singgah kat kedai makcik nih. Huhuhu aku pun borak-borak jap gan dia. Guna loghat kelantan dah la, habis skill language aku keluarkan nih. Alih-alih dia tanya aku dari mana, aku cakap la aku dari kota bharu, bawak kawan datang shopping. Yang tu ok la lagi. Dia sambung la pulak ayat dia yang membuatkan muka aku nih berubah tak terkata. 'Anok ni buke(bukan) ore( orang) si'ni (sini) ke(kan)?' Terkedu aku, senyap la kejap sebelum aku back up. Aku cakap la aku memang kelantan. Boleh la pulak makcik ni nak berbahas gan aku, dia still nak tegakkan yang aku bukan orang kelate. Cakap aku maybe bukan lahir or dibesarkan di kelantan. Huhuhu. Kecik hati aku. Aku, senyum kat dia and tegaskan aku ni orang kelantan('tok lah, sayo meme ore sini mokcik') aku blah terus. Hilang jap mood shopping aku nih.
Kecik hati giler.huahuahua...

Wednesday, October 28, 2009

Kahwin? untung lelaki? perempuan macam mana?

Aku terbaca yang ni, so nak share:

Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

Tuesday, October 27, 2009

Yahoo!!! Cuti bermula!!!

Bermula cuti, dah lama dah. Dah nak abis pun gamaknye. Hari Jumaat baru ni abis exam. Terus ari tu jugak aku pecut balik kampung. hehehe. Balik kampung time malam hari, kecut perut jugak la sebab kawasan nak balik kelantan dari perak melalui gerik tu ada kawasan gajah. Takut kena hentam dengan gajah. Dua orang cousin perempuan aku dah pernah kena hentam dengan gajah. Erin memang dapat banyak pahala la malam tu sebab tak habis-habis berzikir sebab takut. Aku try wat cool la kan, ye la kalau driver pun wat muka kecut jawabnye penumpang lagi la kecut perut. hahaha.
Erin gamaknye memang takkan datang kelantan lagi sebab takut travel jauh. hehehe. Apa nak kata kawan ko ni sorang orang kelantan. Huhuhu nampaknye dah ada orang yang tak masuk list senarai aku jemput kalau aku kawin gamaknye. Setakat cakap je lah nanti ye Rin. Ko jangan la pulak terasa hati. hehehe.

Friday, October 16, 2009

Perempuan pengikis@!#$%^&*

Nyampah,meluat, sakit hati. Ingat dia tu cantik sangat? comel sangat? pandai sangat? bagus sangat? hebat sangat ke hapa? Belum jadi bini, guna and kikis abang aku mengalahkan apa. Abang aku tu keja polis je pun. Bukan tokei balak!!!@#$%^Perangai tah apa-apa.

Salahkah aku mendoakan perpisahan abang aku gan awek dia walaupun hubungan depa dah 8tahun. 8 tahun yang memeritkan abang aku, belum jadi bini dah nak bossy. Sapa tak sakit hati. Memang perempuan yang membencikan bila perempuan tu suka menggunakan lelaki untuk kepentingan diri.

Abang aku pun satu, jadi pak turut. Mak and ayah aku memang kecik hati dengan abang aku sebab lebihkan pompuan tu. Huhuhu. Nak bebel gan abang aku pun dah tak de mood dah, last kali aku buat dunno je. Bengkak gan abang aku.

Abang aku ajak tunang pun pompuan tu tak nak. Nampak sangat dia nak guna abang aku. Abang aku siap beli keta lagi tuk pompuan tu guna! Hormat mak aku pun tidak pompuan tuh. Tak reti bergaul, bebal. bodo. and seangkatan dengannye. Lelaki suka sebab cantik tapi mertua benci sebab tak reti sosial and hormat orang.

Kena bebel la pulak...

Huhuhu...aku post ni lepas kena bebel/ceramah/tazkirah dengan abang aku. Hmm kalau dilihat pada isu, memang salah aku pun. Ni bab kenduri hari sabtu minggu depan la nih. Aku abis exam hari jumaat, abang aku nak suruh aku balik malam tu jugak. Leceh betul, eleh, selama ni, bila aku nak balik Tanjung Malim malam-malam dia bebel, tak bagi balik malam.
Tapi kali ni suruh aku balik malam pulak. Tension tul. Well aku baru dok rancang, hari sabtu tu aku balik awal pagi and singgah cameron highland jap. So sampai rumah petang hari lah. Dia bebel la, coz kenduri tu untuk aku, aku wat hal pulak.
Ayah aku pilih hari sabtu, sebab dia cuti. Malas tul la nak rush nih. Well aku memang takde hati langsung pasal kenduri ni. Wat letih aku je, apasal dia wat niat pelik-pelik nih. huhuhu. kasi havoc betul lah. Nak relax tak menyempat.
Ochin dah minta balik siang, boleh tengok pemandangan. Tapi, hmm takut la pulak ayah aku tu kecik hati.
Pasal tu la abang aku bebel, dia takut ayah aku kecik hati. Tanpa dia tahu yang perangai abang aku pun dah membuatkan ayah and mak aku kecik hati gak. Pasal awek dia lah, parents aku dah start tak suka dengan pompuan tu, huhuhu. Really hope kak ni yang jadi kakak ipar aku. Kakak yang classmate aku now. Pandang pun sejuk mata, cakap pun hormat orang.
Salahkah aku mendoakan perpisahan abang aku gan awek dia walaupun hubungan depa dah 8tahun. 8 tahun yang memeritkan abang aku, belum jadi bini dah nak bossy. Sapa tak sakit hati. Memang perempuan yang membencikan bila perempuan tu suka menggunakan lelaki untuk kepentingan diri. Nyampah, ingat dia tu cantik sangat, pandai sangat, hebat sangat ke hapa? meluat. Perangai tah apa-apa.
Hemmm dah melalut dah, ok aku pikir pun elok ikut kata abang aku.

bila dah ada, tak tau nak wat apa..

Bila aku takde tenet, kalut,gelisah, tak best je feeling. Tapi bila dah ada, tak tau la pulak nak guna tuk apa. lastly, aku guna wat download cerita The Prince who Turn into a Frog kat youtube.
Baru ni kalut nak cari lirik lagu, bila dah ada,aku lupa lagu apa aku nak cari. huhuhu. Laju pulak tu line internet nih. Dugaan tul. Hmm bulan ni aku lom post apa-apa aku rasa, tah tetiba kering idea nak type apa. Maybe aku copy from mail box aku je nanti.

Monday, October 12, 2009

Alos..kalau sesat pun dalam Malaysia lagi..

Hehehe trade mark aku lah tu 'Alos...kalau sesat pun dalam Malaysia lagi'.
Erin paling takut kalau sesat. Aku pulak jenis cool, bukan apa kan..kalau sesat, boleh tanya orang lagi. Lagi pun sesat tang mana la sangat. Sesat pun masih dok dalam Malaysia, orang kita gak. Bukan sampai Las Vegas pun. Tapi kalau sampai sana, aku stay la 1tahun. Balik grenti boleh speaking gegiler.hahaha.
Sampai rumah dalam kul 8 lebih dari selayang sebab jalan jammed la kawasan KL. Tu pun aku dapat pecut pakai jalan orang kurang pakai dah. hehehe. Pandai tak. Tapi 1 je, aku malas tul nak drive area KL pening kepala and sakit kaki aku nak tekan brek and clutch. huhuhu. Mintak jauh la dari kena posting area KL or Selangor yang sibuk. Kalau dapat Kelantan, Kedah, Perlis or Seberang Prai ok dah aku. Malas nak menyemak kat kawasan yang memang dah semak tuh.

Report minggu lepas:Jumpa tommy and wawa

Hari sabtu minggu lepas 3hb Oktober 2009. Aku and Shery pergi jumpa tommy kat rumah mama. Aku dah janji dengan dia dah masa raya nak jumpa dia, so nak langsaikan janji aku, sabtu aku pegi selayang.
Pergi awal lah,malas nak menyemak. Ajat nak balik awal. Tapi anak dara nih memang bangun lambat loo. huhuhu. Sambil menanti dia bangun, aku and shery g Giant kat belakang rumah dia, beli barang dapur. Dia call baru aku pecut pegi rumah dia.
Dia kena tebuk kat leher tuk wat dialisis. Cian gak, tapi dia kata tak sakit. Kena makan pantang gak, tak leh makan pisang, minum just 800ml air je sehari. Dia kata sampai satu tahap nanti, kalau orang asyik buat dialisis je, pesakit ni tak kan buang air kecil dah.
Best dia sebab papa Rom layan baik sangat, tolong buatkan air. Sekurang-kurangnya tommy ada tempat nak mengadu walaupun anak yatim piatu.
Lepas dok melepak rumah mama, pergi rumah wawa. Kitaorang kuar makan. Tah la kat mana sebab aku tak penah jejak pun kat situ.
Hari dah petang dah time tu, wawa nak beli barang biasa yang dia sentiasa habis stok kat Giant. So aku teman dia lah, jumpa orang jual novel creative. apa lagi aku borong sakan looo 6 bijik aku beli. Murah ada 50% diskaun, ada buku harga 5 hinggit and ada 2hinggit!!!
Huhuhu kalau ada elaun time tu memang aku dah habiskan beratus dah. Aku dan buku...bagai isi dan kuku,aur dan tebing. ombak dan pantai lah...tak dapat dipisahkan...Balik malam, Erin balik gan aku gak, sempat gak dia tengok tommy. hehehe

Malangnye, cuma F3 je yang beraya...

F4 tak cukup ahli bila Erin balik kampung. Kitaorang dah pesan dah, 'puasa Erin, nanti balik ahad nanti kita dah raya, boleh raya sama-sama'. Tapi dia nak pegi jejalan dengan boyfriend dia kat PD, jadi yang raya cuma F3 je lah.
Ari ni, 11hb Oktober 2009 aku, shery and ochin raya lah tuk puasa 6 tu.
Menu pagi raya ialah nasi ayam respi mama. Ari tu masa tolong mama masak tuk majlis kenduri arwah ayah wawa aku tengok dia masak. So ada la basic melihat nih, hari ni boleh praktis. Selain tu, aku buat koktail. Semalam pun shery beli lemang. Biskut raya aku n ochin pun ada lagi. Wat air milo sebab ochin tak leh minum air berkabonat. Kenyang tahap apa dah.
Bila erin balik, dia bawak laksa penang and biskut raya dia lagi. hehehe. aku dah kenyang makan nasi ayam looo.
Raya sakan, semalam kiranya pegi shopping raya last minute la kot kat Kajang tu. hehehe.

F4 berpuasa 6!!!

On Monday 5th October 2009, kumpulan F4 telah berpuasa...hehehe bukan F4 yang Meteor Garden tuh, ni F4 tuk budak bilik aku la nih termasuk aku. 4 bunga dalam bilik ni suma puasa 6 hari.
Konon boleh la diet, tapi makan sampai larut malam..tara..ku..cah..cah..tara..ku..cah..cah..hehehe. Masak banyak-banyak pastu susah nak abiskan,aku pulak sayang la pulak nak buang sesuka hati. Masa kecik, aku pernah baca buku cerita rakyat ke apa tah yang buang nasik ni, nasik akan menangis. So, aku terikut-ikut la gaya cerita tu, tak nak nasik menangis, aku makan sampai habis.

sHOpPiNg tAk iNgAT!!! UKm I'm cOmiNg!!!kAjANg!

Di pagi hari sabtu, pukul 7 pagi, aku dapat msg dari Bank Islam. hehehe petanda baik tuh. Elaun masuk lagi!
Apa lagi, otak aku ligat merancang lah. Dah lama aku dok pikir nak beli jubah kat pasar malam bangi nih.
dalam pukul 12 aku and the group pun bertolak la dari rumah, tu pun lepas siap mengemas bilik dah la. Aktiviti aku pada hari minggu apa lagi kalo tak mengmop lantai and basuh baju!
Sampai kul 2 kat Kajang, butik First Lady yang akan dijenguk dulu looo. Hmm kurang baju jubah la pulak.
Takpe, meronda dulu lah..
Lepas ronda 1 komplek aku and the geng masuk First Lady lagi. hehehe. Tadi masuk pusing je, gamaknye orang kat dalam tu ingat kitaorang takdak duit sebab keluar melenggang tadi. Here I come.. borong baju la pulak dapat la 4 pasang. hehehe.
Dah letih dah shopping situ, beli barang dapur kena queue panjang giler, sampai boleh aku sambungkan zohor,asar(jamak & qasar) dan maghrib looo!!
Pasar malam la pulak, aku nak jugak jubah, tak kira, nak jubah jugak. So aku dapat beli 2 pasang jubah hehehe. Sampai rumah dalam pukul 11.45 malam. Sikit lagi nak sampai 12 malam. Letih giler ooo.. bayangkan aku drive 4 jam pergi balik and asyik la berjalan-jalan. Tapi tak sempat singgah putrajaya pun.huhuhu Lama sangat shopping.