Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Goodnight...


mengantuk sangat ni. Really la..baca novel on line sambil pejam-pejam sikit, tido 10 minit, celik 5 minit. hehehe. Letih ari ni buat overtime.
Ok adios amigos (tak tau pun maksud amigos tu pekebenda). Doze off. Light off(tak off pun, aku tidur dalam terang, takut sesat dalam mimpi). Eyes shut down (macam komputer pulak).
Wassalam....

Friday, September 9, 2011

Believe it or not!


hahaha tajuk aku letak ni memang tak leh blah betul. Tapi itu la dia, memang macam tak percaya je aku boleh tinggal je blog aku yang menjadi buah hati aku selama bertahun-tahun ni.

Bukan menghilang ke mana-mana pun, ada je kat sini lagi. Takde lagi kena outstation meredah hutan belantara segala. hihihi. Banyak je nak cerita kat blog ni. banyak nak diluahkan. Tapi tu la, tak menyempat masa.

Aktiviti 2-3 hari ni memang boleh kata penuh jugak. Tempat kerja aku tu buat sambutan hari raya so memang aku join menjayakannya. Aku kena tugas mencari bahan makanan utama yang dihidangkan.-satey and roti.

Satey glamor terkenal kat kelantan ni Satey Baung. Baung tu bukannya haiwan tapi nama tempat kat sini. Area Pengkalan Chepa. Kat situ memang penuh tukang buat satey lah. Kisah lebih kurang Satey kajang sudah. Satey kajang kan nama tempat jugak bukan nama daging haiwan. hahaha. Oh ingat kat Satey Haji Samuri kat kajang tu. Tapi kuah kacang kat kelantan dengan Kajang ni berbeza warnanya. Warna kat kelantan lagi merah garang gitu, bukan kuning pucat. hehehe.

Oh pastu aku ada la buat kek kukus asam manis dengan puding biskut marie tu. Saja nak memeriahkan majlis makan-makan raya ni. Kalau tak memang aku malas buat. Selalunya kalau ada pot luck memang aku tak buat apa pun, masuk makan saja. hahaha pemalas kan. Makanan order je, dah pungut duit dah untuk potluck tu, sesapa nak bawak makanan dipersilakan. Lastly makanan tak habis jugak, sebab tu malas buat tu. (cakap je pemalas, takyah buat alasan pelbagai,kan ;P)

pergi shopping novel, baca novel, meeting sana-sini. ;-P konon-konon orang besar la tu ye(bunyi macam gedik je hehehe) jap lagi aku nak post novel yang aku beli, jangan jeles ye suma. hahaha. Saja nak letak entry baru, baru banyak entry bulan ni, dah berhari kot aku tinggal blog aku ni, tapi alhamdulillah, nampaknya stat aku ni naik banyak berbanding sebelumnya.

Monday, September 5, 2011

12.00 a.m....

gambar diambil dari : cadburyslover.blogspot.com
12.00 a.m.
Masih celik. Mata dah penat dah, badan dah sakit ni. Otak pun dah kata letih. Tapi hati ni pulak yang keras semacam. Nak jugak type something kat sini.
Memang banyak cerita nak cerita kat sini. Aku dah reserve tempat untuk 4 Sept untuk post entry pasal kelmarin (4Sept) - Keluar beli segala yang aku sebut aku nak beli. Habis jugak duit aku sampai RM1700 untuk beli segala external hard disk tu.
Ok nanti aku post dalam 4 September punya story ye.
Nite everybody....zzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, September 4, 2011

12 midnight...

gambar dari: syawaliyah-lifehonestly.blogspot.com


12 midnight...this is not a horror story ok but......tomorrow er well today actually. It is a work day...again? Being in raya mode for quite long make me lazy to work.

Sleep...sleep but my eyes is so stubborn to cooperate with my brain. They don't want to close the lids. Ergh.... now I keep counting...not the sheep but what I want to do tomorrow.

First, I want to go to Muda Osman bookstore, gonna use my voucher , don't want to waste it since it is hard to get more discount nowadays. huhuhu. Budget = Rm300

Second, I'm gonna buy toshiba external hard disk 1 terabyte. = Rm300

Burn RM600 here.....

I cannot cut the expense for books. It is essential for me. And for external hard disk, I need to buy it as a back up since my old HD has only a very little space left.

Saturday, August 20, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun@#$%&*

picture dari : alibaba.com -camel egg firecracker.

credit to sz-wholesale.com for this picture. Ni mercun papan aku panggil

Pom Pam Pom Pam. Sekali bunyi yang aku buat ni macam bunyi mercun papan yang selalu orang cina pasang nak sambut Gong Xi Fa Cai pulak.

Hari ni kisah pasal mercun. Selalu je tiap kali menjelang raya ada bunyi ni kan. Tak lengkap raya tu kalau tak bakar duit ni. So, mana-mana yang suka mercun tu, n tak dapat nak cari supplier mercun untuk main mercun, boleh la korang bakar je duit. Ha kalau bakar duit ni pun sama je.... lagi marak kot. Berkepul-kepul asap keluar. hehehe so sarkas-stik la pulak.

Geram jugak gan orang main mercun ni. Tak kira masa nak main. Ada tu sengaja je main time orang dok solat terawih. Memang la bengkak hati gua nih. Rasa terbakar sama cam depa ni bakar mercun tuh je.

Mana taknye, orang dok nak kusyuk solat, diorang mangkuk hayun ni@#$%& pasang mercun. Kalau mercun papan yang bunyi panjang dan tak berapa nak kuat tu takpe la jugak. Ni tak, sekali diorang pasang mercun bola tuh. Er or 'bedil' bola kot yang selalu orang kelantan dok sebut tuh. Tak pun pasang yang mercun botol tu. memang la bengkak hati!

Diorang ni memang sengaja nak test jantung orang tua masing- masing kot. Aku yang muda ni pun boleh tersentak-terkejut, ni kan pulak yang tua. Tak pasal-pasal ada je yang menyumpah dalam hati time solat. Adei, memang la korang tanggung dosa buat orang menyumpah dan tak kusyuk solat.

Aku ada rasa macam nak join jugak je. Rasa macam nak amik satu, n baling kat depa mangkuk plastik nih, kasi berkecai. Uhuh ni kira manslaughter ke? hehehe. tak sengaja ok! ha kira macam memain baling mercun gan depa ni lah. Er boleh pakai ka? memang kasar la tu main baling mercun kan. Ingat ni main snow ball ke? nama ball je sama ok. tapi ini adalah mercun ok. So ball firecracker ok! not snowball.

P/S selamat depa tak baling gan fireball kan. hahaha. Kalo tak, bankrupt la insurance company.

Friday, August 19, 2011

Alegik lagu raya?

gambar dari : tengkuaizat.com

Ok ni pun kisah aku, awat ye asyik nak cerita pasal alegik la takut la. apa saja la...

Aku memang alegik gan lagu raya. Huh, sekarang kan lagu raya memang banyak kat radio. Ha, kalau dapat sampai kat telinga aku, grenti aku pergi tutup or alih channel radio tu. Alegik...alegik...

Dalam kereta aku, memang aku on radio orang putis sebab radio orang putis ni takde lagu raya. well at least, sepanjang aku dengar, takde lagi la sampai kat telinga aku lagu raya. Maybe sebab takde lagu raya yang lirik orang putis. semua lagu raya lirik orang melayu. hehehe. Lucky la tuh. Takde la sakit jiwa kan.

Awat aku tak suka dengar lagu raya?

Aku rasa macam ramai je yang sepisis gan aku nih. Pantang dengar lagu raya. Over? Takde lah, stress what. korang tak stress ke? kerja bertimbun tapi ada orang happy dengar lagu raya dan nak raya sebab takde keja lain dah. Wah sakit jiwa aku, aku banyak kerja nih. At least, nanti aku dapat cuti ok!

Aku start alegik lagu raya masa bila eh? Ok masa aku study kat ukm lagi, sebab time nak balik raya kan banyak assignment kena submit sebelum balik. Orang pasang lagu raya time ni memang nak kena maki hamun gan aku dalam hati la (mana berani pergi ketuk pintu bilik orang n maki hamun depan-depan kan). Stress ok.... otak jammed time tu sebab lagu raya. Aku terpaksa pakai headphone sebab tak nak kasi dengar lagu raya. Aku turn suma lagu jadi lagu rock n lagu nasyid. Well aku ni memang cherish all music so memang aku bantai suma, asal BUKAN LAGU RAYA!

Tapi aku enjoy je dengar lagu raya bila ia bukan pada bulan ramadhan or syawal. Asal jauh je dari 2 bulan ni, aku boleh dengar. hahaha apa kes nak dengar time bukan sambutan dia kan, tapi itu la aku. Hail the music! hehehe sengal kan.

Wednesday, August 10, 2011

The annoying clerk

gambar dari : thoughtofthejay.blogspot.com

I was so annoyed... rasa tak puas hati je ada ari ni gan sorang kerani ni. Annoying tul perangai. Hadeh la, sakit jiwa aku. 2 hari aku cari dia. 2HARI! masyaAllah geram betul aku.

Kerja kerani je pun, bukannya despatch. Tapi, haish.... dia tak pernah melekat kat meja dia! Sakit hati tak? Dia ingat aku ni banyak sangat masa nak mengadap dia or cari dia merata tempat? Banyak lagi kerja lain aku kena buat kot. Tak pasal-pasal aku yang kena jadi kerani, cari file yang dia susun tu. Irritating tak perangai dia? mesti korang pun setuju gan aku. Pastu, cari punya cari, macam dia tak letak je surat yang WAJIB dia letak dalam file tu. Hot betul hati aku ni. Selamat la puasa so boleh control lagi.

Kerja dia melangut je kat luar. Rasanya ramai je yang dok komen kat belakang yang dia ni lesap 24 jam. Ingat tu pejabat tok dia ke hape? Selalu dia melepak kat nursery, tak pun pecut motor keluar. Mengalahkan lelaki or mat despatch kat pejabat tu pulak perangai dia ni. Macam la nursery tu takde pengasuh yang dia nak menyibuk kat situ. Or dia ingat nursery tu tempat mengasuh BUDAK DEWASA macam dia ke? Orang lain pulak yang kena ambik alih kerja dia.

Yang benar,
The Exasperated me.

p/s: gaya surat pulak hari ni

Saturday, August 6, 2011

City Hunter Video marathon

picture from : en.korea.com

dramacrazy.net


Hari ni siap download all City Hunter video. So, memang enjoy sakan aku mengadap this drama. Mengadap Lee Min Hoo aku hari ni. Owh so handsome nya dia. Kawaiiii...er ye ke perkataan ni boleh pakai untuk lelaki. hahaha. Bantai apa saja. Oh ye prosecutor Kim Yeong Ju pun not bad gak. hahaha
Tengok gaya coolio Lee Min Hoo dalam City Hunter kat tv OneHD, terus rasa teruja. Otak sengal jap. Lambat sangat nak tunggu kat tv, seminggu 2kali je, download lagi best. Habiskan terus. hahaha.
Gila cool dia dalam cter ni, sama cam dalam cter Boys over flower tu. Tapi yang ni lagi cool sebab dia protect the city dari mangkuk plastik punya government yang tipu rakyat. Ada 20 episodes. Really a marathon gitu.
Jom pakat tengok Lee Min Hoo di City Hunter. Jealous tengok body lawa dia owh. Bolehkah aku memiliki body slim gitu ye? Memang tak la kan, tulang Lee Min Hoo pun dah cute gila, tulang aku pulak nak dekat sama gan tulang dinosaur kot. hahaha.

Thursday, July 28, 2011

Durian! Famous sampai ke jepun!

Aku seorang peminat anime dan manga (bukan majalah mangga malaysia yang penuh gosip dan gambar artis tak cukup kain tu ya, sebijik macam majalah yang takde moral kot) ni komik manga. So, back to the story ya... aku kan suka baca Black Butler. Bila abis baca black butler (yang update tiap-tiap bulan), aku survey manga lain... I came across this manga; rosario vampire. Mula-mula tu aku nak baca yang ni nak bandingkan gan Twilight. Baca punya baca...jumpa....jeng...jeng...jeng...DURIAN! Sekarang musim durian...hehehe

nak baca ni? masuk je ke mangareader.net. Aku picked this picture kat situ la ni.
Manga jepun cerita pasal buah durian yang best! hahaha kagum aku, famous tul buah ni. Ingat orang luar dari asia tenggara tak makan durian sebab terlebih manis dia.




kalau baca dialog yang aku bulat tu...memang ayat teruja dengan buah durian.


semangat diorang berusaha nak cari buah durian dalam hutan. Lagi lawak sebab vampire suka makan DURIAN

muka teruja habis sebab dah dapat buah and tunggu dibelah.


monster dorian! Raja buah ni, kira macam monster gak la kan. Best tul la buah durian ni.

Aku suka jugak makan buah durian ni. Tetapi time aku malas tak teringin nak makan, tak payah offer, memang aku tak sentuh. Kiranya ikut mood jugak. Kekadang tu, aku sendiri tak tahan bau durian yang power ni. Ayah dan abang sulung aku peminat tegar buah durian ni. hehe
Selamat makan durian semua. Makan sebelum puasa, sebab time puasa memang buka puasa dengan nasik je nanti.

Tuesday, July 26, 2011

ada apa pada 9 Oktober nanti?

tengok..tak menarik pun kan, tetiba je muncul kat yahoo pasal wedding diorang. hehe maaf type yang celupar ni.
Tadi baca news kat yahoo news. Ada gambar couple yang akan kawin on 9 Oktober this year. Memula baca tu, pikir. Apa kes?tu pun sampai heboh kat yahoo, budget artis ke apa. Tapi baca saja. Rupa-rupanya, tarikh tu nampak je 9 Oktober this year- tapi nombor dia not bad lah, antara nombor cun gak bila tengok betul-betul dia jadi cam ni - 09.10.11.
Lagi cun, bila first date couple ni was on - 06.07.08- terus sambung tuk wedding on 09.10.11.
06.07.08.09.10.11.
Best kan main gan nombor nih.
Macam aku cakap kat previous entry, aku pulak asyik spot no best gak - 11,22, 111, kalau jam pulak - 11.11, 10.10 . memang lawa. hehehe perasan je.

Friday, July 22, 2011

entry boring

gambar dari med gallery . beruang bersandar kenyang?


new day has come...
hari ni rasa bebas semacam je...
tapi...
rasa takde semangat bila hari dah semakin petang macam ni...

Friday, July 8, 2011

Kelantan Juara Liga Super, my review

Seperti yang dijangka,Kelantan Juara Liga Super. Glad to see that Kelantan did not meeting Terengganu. Bet, kalau kelantan berjumpa terengganu, perkara yang sama akan berlaku kat kelantan seperti yang berlaku kat Felda dengan terengganu semalam. If you read between the lines, it really means something. Peace be upon all of us.
Really hope yang bola kat malaysia bersih tanpa pengaruh pihak yang ada kuasa. But, still kebanyakkan perkara sekarang memang dipengaruhi oleh orang yang ada kuasa. Tak suka..tak suka. Bakat seseorang tengelam sebab perkara macam ni. Sounds really stupid lah. Beli pemain untuk menang!
Selamat really selamat, kelantan menang semalam.
Congrats red warrior!

Monday, July 4, 2011

Aku merapu kisah lawak dongeng

Aku ada banyak cerita nak cerita. tapi mengantuk gila right now. samaada nak tido dulu atau bercerita.
Ini cuma cerita dongeng lama. Korang mungkin dah pernah dengar..tapi aku nak ulang balik dengan cukup ringkas ya sebab mengantuk.

sebab ini cerita dongeng aku memulakan cerita aku dengan ''Once upon a time, there was a tree cutter (penebang pokok). He was a very hardworking and sincere person.
One day, he was on his way back home from the woods (hutan). To reach his home, he need to cross a bridge. (malas dah aku nak pikir ayat BI nih, switch la ye, ngantuk dah). So, masa dia cross the bridge, his axe fell into the river. Dia tergamam, melihat kapak dia jatuh. pastu, appear la Dewa dari dalam sungai itu bertanya apa yang jatuh kat dalam sungai tu. Pastu (banyak guna pastu ye), tree cutter ni pun cakap la yang kapak dia jatuh dalam sungai.
The God dived into the river and came out with the gold axe. '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an honest man, he said ''no, it is not my axe, my axe is an iron axe''
the God jumped again into the river. after a while, He came out with silver axe. '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an sincere man, he replied ''no, it is not my axe, my axe is an iron axe''.
Again, the God went back into the water. After a few seconds He came back to the tree cutter with an iron axe '' is this your axe?'' he asked the tree cutter.
the tree cutter was an unselfish man, he said yes for the iron axe. The God then said 'you are an honest man, here is the reward for your sincerity''. God gave him the gold and silver axes.

After a few months, the tree cutter went for a walk with his wife, while walking on the same bridge, his wife fell into the river. The tree cutter was so shock and speechless to see his wife fell in the river. Then, the God came out, asking what happened. He told the god that his wife fell into the river. the god dived in and came out with Angelina Jolie(someone beautiful).
The God asked him '' is she your wife?''
The man took a long time before he answered ''yes she is my wife''
The God was angry at him ''You such a liar! She is not your wife', i will not give your wife back'.
The god, was about to dive when the tree cutter asked him to listen his reason.
"I said yes because if I say no, you will come out with somebody else prettier than this lady, before you give me my wife, then you will reward me with all the ladies. I dont want to have more than 1 wife, so i must say yes, so then you will only give me that lady.''
Then the God, gave him Angelina Jolie as his wife.

moral of the story: don't be greedy, tengok tree cutter ni siap dapat Angelina Jolie lagi wat bini.
do not lie- menipu itu merugikan, Allah marah dan orang tak suka. Tapi berdasarkan cerita ni, boleh buat 'white lie'(mengaku yg Angelina tu bini dia).

p/s:Maybe tak lawak but enjoy reading, hope korang suka lah ye.
It is just a joke, don't feel offended ok. Sorry to Angelina Jolie I use your name because you are beautiful. If you don't like this, I will remove your name.(like she care or has time to read my blog. hehehe.sesapa je yg ada kaitan or jadi sedara mara Angelina Jolie, jangan la hasut dia marah kat aku ye)

Friday, July 1, 2011

Ketidakpuasan hati...


Seperti biasa, aktiviti hujung minggu adalah balik kampung. Kekadang memang boring buat aktiviti sama je macam ni. Ya la, kalau boleh aku nak jugak melekat kat rumah daripada balik kampung time hujung minggu. huhuhu (T_T)(mengeluh nampak..)

Tapi, aktiviti ni macam tak boleh nak elak, nanti ada la yang merajuk dan menangis. Kadang-kadang tension jugak nak melayan kerenah orang tua ni. Padahal ramai je pakcik makcik and cousin aku yang tinggal kat sekitar rumah nenek aku ni, tapi nak jugak aku and mak aku kena menempel kat nenek aku ni.(suara orang tak puas hati, jangan contohi gaya mengeluh aku ni).

Aku bukannya sesuka hati nak membebel tau, geram bila setiap hujung minggu kena spend masa untuk dia sorang je. Aktiviti wajib. Kan korang tau, minggu lepas aku pergi terengganu, aku buat alasan pergi kursus. Bila call cakap aku tak dapat datang, terus merengek, menangis. Nak tak nak, terpaksa jugak aku balik jumpa, bawak mak aku dan tinggalkan mak aku kat sana. Padahal, ramai je yang datang menjenguk dia - cucu yang lain, pakcik n makcik aku, adik beradik dia, Saudara-mara dia, kawan-kawan dia.

Sampaikan, aku rasa kesian kat nenek sebelah ayah aku tu. Oh ya lupa nak cakap, aku dok mengomel pasal nenek sebelah mak aku. Aku kesian sebab aku takde masa nak menjenguk nenek sebelah ayah aku. Sebab, gerenti la kalau balik rumah nenek sebelah mak, masa pagi sampai petang ada kat rumah dia je. Sehari lagi hari cuti, aku nak jugak spend kat rumah kan. So belah ayah aku, memang takde. Apa nak kata bila nenek aku belah mak ni lebih manja. Selamat la yang belah ayah aku ni jenis yang berdikari dan tak merengek. I miss her... insyaAllah aku akan pergi jenguk dia nanti.

Thursday, June 9, 2011

Rasa nak makan maggi dan minum kopi...

gambar coffee diambil dari http://www.weirdomatic.com

gambarmaggi dicopy dari http://media.nowpublic.com

Malam ni mak aku masak maggi untuk diri dia. Mak aku memang tidak terlalu menjaga kesihatan. Dia akan makan apa saja yang dia nak. Mak akan makan maggi bila dia rasa nak makan. Mak akan minum kopi atau nescafe bila dia nak minum. Selalunya waktu pagi dia minum kopi tu tapi bukan setiap hari. Kadang-kadang aku rasa nak membebel jugak kat mak sebab mak suka makan segala benda yang dia suka. Mak seorang yang mempunyai kesihatan yang amat baik. Mak tiada darah tinggi, kencing manis, sakit jantung atau apa-apa penyakit yang selalu menghinggapi kebanyakan kawan dia.
Selalunya waktu pagi dia akan minum Anlene Gold cuma bila datang gian untuk minum kopi dia akan minum kopi. Kenapa aku tak suka mak minum kopi? kopi sebenarnya tidak baik untuk perempuan. Selain kopi boleh mengurangkan risiko kepada beberapa jenis kanser, ia juga turut menjadi penyebab kepada kanser, terutama sekali kepada perempuan. Kalau nak tau pasal ni, just tanya mr google je ye.
Oh aku sudah melalut kepada kisah kopi pulak. Aku sebenarnya nak cerita, bila terbau maggi yang power tu, teringin jugak rasanya nak makan maggi. Bila aku buka almari tempat simpan barang kering, aku ternampak pulak kopiko 3in1 mak punya. hmm lama aku tak bantai kopi, sejak aku abis UKM dulu, aku memang dah rasa serik kot minum kopi ni. Serik bila ingat seksa aku bila susah nak bernafas/semput, sakit perut, mata rasa berpinar-pinar dan tak boleh nak beri tumpuan or mengingati apa-apa yang aku baca or dengar time minum kopi.
So aku buat tak kopi or maggi? hehehe.. tak..aku tak buat pun. Last sekali aku buat susu dan makan dengan oat. Berjaya aku mengelak dari minum and makan sesuatu yang merbahaya untuk kesihatan aku.

Wednesday, June 8, 2011

Bangunan pelik...Sirius Black's house

ni bangunan ke arah Kota Bharu dari Kuala Krai. Bangunan Oren tu pejabat NSTP, tengah tu warung dan hujung tu pulak tempat jual Kereta.


Tiap kali nak balik dari Kota Bharu, grenti aku akan terpandang bangunan ni. Bangunan pelik yang sentiasa membuatkan aku imagine rumah Sirius Black. Kan rumah Sirius Black tu invisible even for wizards because rumah dia di Grimmauld Place, London tu kena conceal daripada pandangan umum. Jadi nombor rumah tu tak wujud dalam peta. Rumah Sirius no. 12, tapi kat taman tu ada no 10,11, terus 13, takde 12, orang fikir pembandaran tersalah daftar nombor rumah. Sebab tu bila tengok je bangunan ni,aku ingat cerita HP tu, cuma bangunan kat bawah ni tak bersambung je.bila tengok bangunan ni, aku teringat cerita Harry Potter, rumah sirius black takde kat tengah2 tu.

Sirius Black tu sapa, aku tak kenal pun?(mesti ada yang tak tahu kan?)
Korang ingat lagi tak cerita Harry Potter? Aku peminat cerita Harry Potter, semua buku Harry Potter aku ada. Baju Harry Potter pun ada, dan malam ni aku tido pakai baju Harry Potter. hehehe. Sirius tu, ayah angkat Harry Potter.
Oh aku dah melencong cerita dah ni, ok korang tengok je lah bangunan ni sendiri. Aku rasa macam kelakar je tengok. Otak aku sentiasa buat spekulasi kenapa tak sambung je terus bangunan ni? Orang tanah kat tengah tu tak nak jual ke? atau dia ni ada magic yang buatkan bangunan dia tak nampak? Tapi ada warung kat tengah-tengah bangunan tu kan. Lawak sebab warung tu diapit dengan bangunan 3tingkat. kenapa la tak sambung je. Dari bina warung, baik bina bangunan, boleh sewakan. Dapat duit lebih.


Sunday, June 5, 2011

Exploria ✿: aku petik ✿ kat taman Penjerit Yang Sunyi

Hari Exploria untuk aku yang kebosanan.
So hari ni aku terfikir nak check sekali lagi kat blog Cik Kaseh Esmiralda iaitu Taman 'Penjerit yang Sunyi'.
Kenapa aku nak check blog dia? Sebab aku nak try petik kat taman Cik Kaseh, hari tu try, Cik Kaseh block. Pastu kan, Cik Kaseh dah lama tak post entry cerita Devil. Hilang ke mana ya?
Awat/Kenapa/ Why aku panggil blog dia 'Taman'?
Sebab kat blog dia ada .
Hari tu aku ada tanya dia kat mana dia petik ? Amik dengan DBKL ke?.
- Dia kata dia tak petik tu, tapi Super Junior yang bagi. hahaha. Apa saja la Cik Kaseh.
'Tapi I dah petik kat taman Cik Kaseh. Thanks Kaseh ye.'
Siap petik warna-warni lagi. Sesiapa nak petik silakan saja. Saya pun petik dari Cik Kaseh. Dia pun ada bagi kebenaran petik .

p/s: Clue nak cari: type cara buat bunga kat blog.

♥Cik Yong dah pandai letak '♥'

hehehe punya la susah aku nak belajar nak letak lastly dapat jugak aku letak dalam aku punya blog.
ly me,
ly day,
ly you,
I you,
I my life,
I my family,
I happiness,
I my collections,
I holiday and weekend,
I cake,
I people who me,
I to be alone sometimes,
I to see the blue sky,
I rainbow,
I
colour,
I just ♥♥♥♥♥♥.

Monday, May 30, 2011

Ketika tiba musim cuti sekolah, jalan akan jammed kat kelantan



tak de isu aku hari ni.
hari ni aku mulakan hari aku agak lambat dari biasa. Aku cuti hari ni. So lepak lah kalau lambat sikit memulakan hari aku. Mula-mula terfikir nak keluar rumah pukul 9 pagi memandangkan sekarang cuti sekolah. risau payah untuk mendapatkan parking kereta. Biasalah kat kelantan ni, hmm or mana-mana negeri kot... bila saja cuti sekolah, jalan akan sesak dari biasa.
begitu lah keadaan di kelantan ni. bila tibanya cuti sekolah, mula la berlakunya kesesakan jalan raya. kadang-kadang sampai berjam-jam. tension aku. Selalunya bila tiba cuti sekolah, aku tak akan keluar ke bandar, cukup sekadar ulang-alik ke tempat kerja saja. Malas nak menambahkan kesesakan jalan raya.
Semestinya faktor kesesakan pada musim cuti sekolah kerana:-
  1. pakat orang nak bercuti bersama keluarga. terutama sekali bagi anak-anak yang bersekolah, time ni la mereka nak bercuti.
  2. balik kampung pun jadi faktor jugak, terutama yang tinggal di bandar KL, mesti time ni nak menyesakkan jalan negeri kelahiran masing-masing
  3. Sebab kenduri-kendara. Tahu-tahu saja la, time cuti sekolah memang sinonim dengan kenduri kawin, pakat orang nak buat kenduri kawin time cuti sekolah. Kenapa macam tu? sebab saudara mara dapat berkumpul terutama sekali jika yang mempunyai anak sekolah, takkan la time hari sekolah, gerenti la tak nak ponteng sekolah sebab kenduri kawin kan. Cuba bayangkan...kalau buat time hari sekolah, grenti la pelajar tak boleh cuti sesuka hati, kena ada surat tunjuk sebab segala untuk cuti time hari sekolah. Kalau pengantin tu ada ramai anak saudara yang bersekolah, yang bersekolah asrama? takkan nak ponteng kan. kalau ponteng... berapa ramai yang akan ponteng. kalau anak saudara ada 31(macam aku ni, sepupu ada 31orang, mak bapak/pakcik makcik jadi 10 orang----ramai tak?hehehe), semua pakat ponteng, tambah mak bapak mereka/adik beradik n ipar yang bakal ponteng kerja. mesti la ramai nak ponteng tu. tu tak termasuk nak cari tukang masak jiran tetangga menolong lagi. Susah la kan.
  4. Ok back to the story lah...jalan bertambah jammed bila time hujung minggu bila ramai orang datang untuk membeli-belah(terutama sekali kat kelantan ni-mereka suka serbu GOLOK, RANTAU PANJANG, WAKAF CHE YEH dan PASAR SITI KHADIJAH)
Kes jalan jammed ni bertambah teruk bila tibanya Hari Raya..tak kira hari raya haji atau puasa. Maklum la, kat kelantan ni perayaan hari raya haji memang meriah sangat. Sambutan macam hari raya puasa jugak. Raya sampai ke malam dok ziarah rumah orang, sebab jamuan makan daging. Siap buat barbecue lagi dengan daging-daging tu+ dengan seafood gan ayam+bihun/mee/nasi/kueteau goreng. Tak pun hidangan sup tulang. hehehe..membuatkan aku tak sabarr nak sambut raya haji...
Dengan bunga api or meriam buluh still je ada time raya haji..meriah tak?

Monday, May 23, 2011

Baju t-shirt kebangsaan- belang harimau

Hahaha memang kelakar jugak kalau pikir-pikir. Ingat kat sekolah je ada baju t-shirt pasukan untuk sukan, or badan beruniform. Sekali untuk ahli kebangsaan pun ada jugak!
Baju t-shirt bawah TM ni warna oren belang hitam macam kulit harimau.
Aku dah ada baju ni! hahaha bagi warga Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2007, mereka semua ada baju t-shirt ni. Masa tu memang tahun baju harimau ni timbul bila skuad negara ke pertandingan peringkat antarabangsa memakai baju harimau ni. Dan aku memang cukup bangga bila memakai t-shirt kolej aku ni sebab baju dia sebijik macam baju skuad negara. Macam aku pun salah seorang ahli sukan negara jugak. hahaha so proud lah nak sarung baju ni.
Baju ni warna oren sebab tema warna kolej Keris Mas memang Oren. Setiap tahun dapat T-shirt oren. Tapi aku amat bangga dengan tahun 2007 lah, sebab dia sama gan skuad negara punya baju.