Monday, May 23, 2011

Baju t-shirt kebangsaan- belang harimau

Hahaha memang kelakar jugak kalau pikir-pikir. Ingat kat sekolah je ada baju t-shirt pasukan untuk sukan, or badan beruniform. Sekali untuk ahli kebangsaan pun ada jugak!
Baju t-shirt bawah TM ni warna oren belang hitam macam kulit harimau.
Aku dah ada baju ni! hahaha bagi warga Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2007, mereka semua ada baju t-shirt ni. Masa tu memang tahun baju harimau ni timbul bila skuad negara ke pertandingan peringkat antarabangsa memakai baju harimau ni. Dan aku memang cukup bangga bila memakai t-shirt kolej aku ni sebab baju dia sebijik macam baju skuad negara. Macam aku pun salah seorang ahli sukan negara jugak. hahaha so proud lah nak sarung baju ni.
Baju ni warna oren sebab tema warna kolej Keris Mas memang Oren. Setiap tahun dapat T-shirt oren. Tapi aku amat bangga dengan tahun 2007 lah, sebab dia sama gan skuad negara punya baju.

No comments: