Sunday, May 22, 2011

Nak belajar buat picture macam Ain Zulaikha


Tadi baca entry Ain Zulaikha pasal cara nak wat lukisan comel cam dia buat tu. Ari tu pun memang ada tanya. Tapi otak aku blur bila dia sebut pasal tablet dalam paint. Kalau perkataan paint tu memang aku tau, sebab semua komputer or laptop grenti akan disediakan sekali dengan paint. Sekali pikir tablet tu ubat kot. Sebab selalu sebut ubat je yang bentuk tablet. Dua kali pikir, maybe Ain tersalah eja table jadi tertambah 't' kat belakang 'table'.
Tapi aku try jugak belek kat paint tu, kot ada terselit word 'tablet'. Tapi memang takde. Ok aku tinggalkan dulu lah, bab belajar paint cam ain. Ain ada sebut yang dia kena scan gambar dulu pastu guna tablet dalam paint. Bab scan ni yang aku agak malas, yang menyebabkan aku bertangguh nak try buat (Padahal boleh je guna gambar sedia ada kan.hehehe.)
Tadi, Ain wat entry khas pasal lukisan comel dia so aku pun dengan terujanya try nak tengok tablet bentuk macam mana yang dalam paint tu. So aku try la download software dia. Study sikit-sikit pasal tablet ni, tapi, entah apa yang aku download, aku nak try suma la kot. Satu video tu tunjuk cam dia guna gaya Adobe pulak. huhuhu aku paling tension kalau nak guna Adobe, dulu pun lembab aku nak wat.
Ain kata mudah je. Aku belum pun install, download dulu. Sebab aku sedar, aku ada exam hari KHAMIS ini! Sempat lagi aku nak study pasal picture ain. Apa la otak aku ni, ni kes nak mengelak pikir exam la ni. Tinggal je 3 hari sebelum exam, study habuk pun tak. huhuhu. Semoga aku berjaya..Amin...
er tapi kan...tapi kan...kan ke tablet tu macam papan lukis? bukan sesuka hati install? kena beli dulu tu aku rasa... kalau install tapi tablet tak ada macam mana kan?huhuhu. tak jadi jugak aku nak belajar buat. huhuhu. Tu la buta perkataan komputer sangat. Adeh laaaa...

No comments: