Sunday, May 15, 2011

Beli novel baru lagi..hehe.

Ok aku memang kaki novel. Er bukan aku ni 'Kaki Novel Publisher' tapi aku ni peminat novel. So tadi, aku called je Muda Osman Kubang Kerian, tanya depa pasal novel baru..aku kan peminat online novel. So, tahu la tajuk segala ni.
ni tajuk novel aku dok cari:-
  • Tuan Rumah Pembantu Rumah RM 21
  • Entah Bila Bersemi RM 20
  • Tanpa Kata Cinta RM 20
  • Siapakah Dihatiku (RM 18)
novel ni agak lama dah aku rasa, cuma aku just came across this novel baru ni and read the synopsis macam best tu mencari balik tu.

Ana pun cakap la, novel yang sampai ada 8 tajuk. Aku cuma dapat hit 3tajuk je iaituTuan Rumah Pembantu Rumah, Entah Bila Bersemi dan Tanpa Kata Cinta. So aku dah beli 4bijik buku novel hari ni. Dan habiskan RM 71. hehehe alhamdulillah happy aku dapat buku ni. Ooo ye seperti kali lepas, aku nak promote yang Muda Osman sentiasa ada sale novel. Ada diskaun sepanjang tahun untuk novel bahasa melayu.
Sebab aku dah baca novel Tanpa Kata Cinta kat blog ratubulan, aku rasa ia sesuai dengan jiwa aku. AKU SIAP BELI 2 BIJIK LAGI. Ok bukan aku nak baca kedua-duanya, gila la aku nak baca buku sama sampai beli dua, kan? bukan boleh habis buku tu kalau baca, lain la kalau makanan kan.
Aku beli 2 bijik sebab nak bagi hadiah kat kawan aku, Shahiran. Er sebab apa? hmm aku rasa aku akan tewas dalam bet dengan dia untuk turunkan berat badan. Okay yang tu aku story kat sini esok saja ya.
Nak snap picture books yang aku borong just now tu tak leh la. Sebab aku tinggalkan 3bijik dalam kereta. Takut nak lalu depan mak aku dengan buku-buku tu. Aku angkut 1 je dulu. Aku decided to read Tanpa Kata Cinta dulu. It looks so tempting lah. Tengok la esok, aku boleh seludup masuk bilik bila balik kerja, sumbat dalam beg kerja aku. hehehe.
Nanti aku ulas cerita pasal Tanpa Kata Cinta-Ratu bulan tu ya. Mata dah mengantuk ni.
*Tadi jumpa sorang peminat novel yang perangai sebijik macam aku, asal baca je kat internet, akan terus tempah dan beli. hehehe. Kitaorang tukar-tukar nombor telepon. Nanti boleh contact. hmm siap dia tempah novel yang bakal keluar tahun depan lagi tu. hehehe. Aku pun dah ada list novel untuk hujung tahun dan tahun depan jugak, tapi tak tempah lagi la.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

wah macam bestnye semua novel ni, ada gak cita2 nak buat novel, tapi tak kesampaian lagi .. huhuhu

YONG JIAO XIU said...

hohoho bagus tu,sy pun ada draft novel, tp smpi skg tak siap lagi. ada yg siap stakat 36 gan 20 page je. kekadang tpikir,macam mana la penulis boleh siapkan sampai beratus2. kan bagus klo blh buat novel or tesis cm tu. best tu..idea melimpah, tesis dlm sekelip mata blh siap. hahaha