Saturday, December 31, 2011

Pakcik aku meninggal..takziah untuk family Ustaz Tar

OK lama tak post entry kan? er lama ke? tak la lama sangat. semalam aku sempat shopping buku lagi. 2 bijik je pun. Ari ni hari terakhir bagi tahun 2011 kan. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah cukup setahun, bertambah lagi usia aku. Well hari-hari bertambah apa umur ni. hehehe.
Penutup tahun 2011, peristiwa besar bagi keluarga aku....
Takziah untuk ahli keluarga makcik sulung sebelah ayah aku, pakcik aku meninggal dalam pukul 10.30 pagi tadi. Memang terkejut sebab dia amat sihat. Arwah meninggal dalam tidur. Aku dapat called dari ayah aku masa aku gan mak on the way ke kota bharu, hajat nak beli selipar untuk mak yang ringan macam aku. KB Mall ada sale 50% Hush Puppies.
Aku berpatah balik dan lepas amik ayah aku, kitaorang balik kampung. Ramai yang datang ziarah sebab pakcik aku ni ustaz yang bagi ceramah kat majid-masjid, ajar budak mengaji dan orang yang mencari dana untuk masjid kat rumah dia. Orang kenal dia sebagai Ustaz Tar (Mokhtar) Malam ni pun sepatutnya dia pergi bagi kuliah kat masjid dekat dengan rumah dia.
Tapi tu la orang kata ajal ni datang tak ketuk pintu pun. Semua terkejut sebab arwah langsung tak tunjuk tanda pun. Pagi tadi, sebelum meninggal sempat lagi dia tolong nenek aku. Nenek aku sapu sampah kat laman, dia kutip dan buang. Makcik aku ke rumah jiran nak bayar duit kutu. Dia duduk kat buai. Lepas tu, dia naik rumah untuk take a nap, memang aktiviti harian dia macam tu.
Makcik aku balik, tengok dia terbaring kat kerusi, sebelah tangan jatuh ke bawah. Sebelah lagi ada kat atas perut dia. Makcik aku ingat dia tidur. So, dia kejutkan suruh betulkan tidur. Tapi tak sedar, even makcik aku gosok muka dia pun arwah tak sedar-sedar jugak. Terus panggil makcik dan pakcik aku yang tinggal kat sebelah.
Syukur jugak semua ada dekat kecuali anak ketiga dan bongsu dia yang ada kat johor dan KL. Malam ni jenazah bakal dikebumikan. Sebab menunggu anak-anak arwah. Aku pun akan bertolak semula selepas maghrib ke sana.

Monday, December 26, 2011

Akhirnya...hilang sikit beban

AKHIRNYA......
Lepas sedikit beban untuk bulan ni. Alhamdulillah...lega sangat, kurang sikit kerja aku, boleh la main-main kejap. Novel pun dah lama tak baca. ( =_='') rindu pulak nak baca. So hari ni aku outstation ke Terengganu, pukul 6.40 pagi dah keluar rumah. Tadi balik sampai kat umah pun pukul 6.30 petang, sempat la jugak singgah beli keropok losong.
Busy-busy, tak pernah habis. 7 hari, aku tidur kurang. Hari Sabtu baru ni, lagi parah, 1 jam tido kejap pukul 12-1 pagi, pastu pukul 7-8 pagi. Mata rasa ada sikit dah nak convert mata panda. Dengan busy ulang alik pergi wad ayah aku lagi. Semalam best sikit tido, pukul 3-5.30pagi.. AKHIRNYA,  dah habis projek (3minggu lebih sikit, fokus yang tu je)yang tu. So hari ni aku nak tido puas-puas. hahaha qada' tido yang dah tak aku nikmati sangat seminggu ni.
Kejap lagi, aku nak test darah, kot tekanan darah naik sebab tak cukup tido. Coz kalau tak cukup tido orang cakap darah naik. hehehe. Tapi tak boleh buat now, ada guests kat ruang tamu. Orang datang nak melawat ayah aku.
Oh ya lupa nak cakap, AKHIRNYA, ayah aku dah keluar hospital Jumaat baru ni. Happy dia balik rumah, tapi kejap je lah, esok tu (sabtu) dah demam, pastu kaki dia pulak bengkak. Kesian...terbaring saja lah. Selamat la dia cuti hingga tahun depan (bunyi macam lama je kan-tahun depan tu!padahal seminggu je pun. haha). Semoga aku tak dapat penyakit Darah Tinggi, sebab ayah aku memang ada darah tinggi. Hope aku sihat macam mak aku-mak aku langsung takde penyakit even dah tua now. hehe suma makanan dia bantai saja, tak main pantang-pantang pun. Alhamdulillah..aku bangga gan mak aku.

p/s: esok relax sikit, rabu ada meeting untuk perancangan tahun depan, khamis masukkan data untuk Wilayah KL, jumaat kena kerja jugak, kena seal suma bahan bukti dan send ke pihak pusat(T_T) dah la jumaat ada kenduri kat rumah member. Busy yang tak sudah. Awal tahun...huh rasanya makin sibuk. Bila la aku nak lapang....

Wednesday, December 21, 2011

I will not be around...-by blog addicted

datang gambar dari: httpwwwfacebookcomauxterianz
boleh tak kalau statement ni 'I will not be around here for 4 days'?huhuhu. Payah betul rasa nak tinggal blog ni tau. boleh tak I keep this promise, ye? huhuhu I will try my best lah to avoid entering my blog or others blog for a while. Kalau aku terjah jugak, memang la aku ni tak tahan ketagihan dan dugaan. hahaha.

Ok ok sorry ya merapu, sebenarnya merapu untuk diri sendiri je ni. Janji aku ni, rasa goyah je ni. Macam aku bakal jugak masuk blog. Halamak, rasa macam cannot resist betul nak baca blog orang, even aku tak tulis apa-apa kat blog sendiri. huhuhuhu.

by,
Blog Addicted.

Tuesday, December 20, 2011

Ayah tak keluar wad lagi.

hadeh la, memang gelak sesorang aku dibuatnya. Masa balik melawat ayah aku, aku pergi la kat parking keta tu, dah malam dah dalam pukul 7.20 petang.
Er aku tak cakap lagi kan, yang ayah aku still dalam wad? Ok hari ni hari ke 13 ayah aku berada dalam wad, dia masuk 8hb Disember 2011 hingga la sekarang, kalau ikut yang nombor sebenar kira macam 14 hari dah, dia sudah amat bosan kena tambat kat katil tu dengan wayar ubat. Dia cuma boleh bergerak sekali sehari sahaja untuk mandi pagi, dan aktiviti lain cuma boleh dibuat di katil. Bosan, kan? Kaki dia pun rasa lemah sebab lama tak berjalan. So tak dapat nak sahut seruan 10000 langkah setiap hari yang dibuat kerajaan. Langkah yang tak sampai 50 kot dia buat setiap hari. Sadis, sadis, aku pun tak suka duduk je.
Hari-hari aku pergi teman dia, beli makanan dan surat khabar. Balik rumah pukul 7 petang dan ke atas, mak aku take over at night, tido kat hospital, kalau adik aku balik cuti, dia yang tido sana.
Go back kat story kereta, bila dah nampak kereta merah kelisa aku tu, aku pun tekan la remote keta tu, tapi tak menyala pun lampu keta. Aneh betul, rosak ke? aku tekan lagi, baru perasan ada bunyi on kereta. Pelik, tapi keta depan aku ni tak terbukak pulak. Aku ingatkan keta orang lain. Aku tekan lagi, eh bunyi lagi. Aku intai ke belakang kot kereta aku kat belakang, sebab bunyi macam jauh benar je. Aku pun dok main tekan remote tu nak kesan kereta aku.
Tapi...aku rasa aku parking kat sini tadi, ke aku hilang ingatan? Aku pun intai nombor plat kereta yang aku dok hadap tu, Hadeh! W kat depan, memang sah sah bukan keta aku! ok ok, sebelah aku pulak kereta warna putih Myvi, aku intai sebelah Myvi tu baru nampak kelisa aku. Besor sangat Myvi ni sampai lindung kelisa cetoet aku ni. Adei la, sengih aku sorang-sorang. Selamat la tuan keta kelisa yang tu tak ada kat situ, kalau tak, memang malu aku. hehe.

Monday, December 19, 2011

Tidur gaya pelik (tidur gaya duduk)

Korang pernah tengok gaya orang tido yang amat pelik tak? Aku pernah baca dan pernah lihat. Amat pelik tau.
Awat aku cerita pasal gaya tidur ni ya? Mentang-mentang baru bangun tido, terus cerita pasal bab tido je.

Ni story cousin aku sendiri. Kan hari tu aku lepak rumah makcik aku kat KL. Masa aku lepak rumah cousin aku ni (Along, dia lelaki tau), dia balik pukul 6 pagi dari kerja, memang rajin sangat dia ni.

boleh?hadei la, dalam toilet pulak tu tidur gaya amat selesa.haha
Memula dia tido kat ruang tamu, lepas tu baru pindah masuk bilik dia, sebab bilik dia kena conquer gan aku.hehe. Makcik aku membebel suruh Along betulkan gaya tido dia, suruh selesa. Makcik aku kata dia suka tido gaya duduk. Aku yang dengar ni 'err, duduk? awat macam pelik je bunyi dia' dalam hati je kata ni. 

Aku intai la kejap (bukan sekodeng anak teruna orang ya). Memang dia tengah duduk bersipuh tepi katil, kepala kat tilam kat tepi katil. Padahal kat atas katil tu takde orang! (boleh la hantar suruh jaga orang kat hospital ni) Ada jugak orang macam ni? Makcik aku cakap, Along suka tidur gaya pelik ni, orang lain suka tidur gaya terlentang, tertirap, mengiring, pendek kata suma gaya yang jenis kena baring. Along suka tido gaya duduk, kadang-kadang dalam Along tidur gaya menirap tu, dia (dengan mata pejam) bangun pastu duduk menyandar kat tepi dinding, or dia bangkit cari kerusi dan tidur sambil duduk kat atas kerusi. Bunyi pun rasa lenguh dah pinggang tu.huhuhu

Aku memang tak nak percaya kalau tak tengok sendiri, tapi ni memang ada wujud. haha memang kelakar la kalau tengok tidur gaya duduk, aku yang tengok ni pun rasa macam tak selesa.

teratakhami.blogspot.com; sampai terjungkit kaki pun boleh je tido tu. huhuhu
Pastu, satu lagi gaya tido, Tidur dengan mata buka? Ada, memang ada. Next time la aku story ya. wink.

Sunday, December 18, 2011

Hukum letak patung/teddy bear dalam rumah

Boring eh ari ni, ya la dari pagi sampai tengahari, yang post entry pun tak sampai 5 horang je pun kan. Tak tau apa nak baca eh? Ni, try baca yang ni. Aku nak share ilmu cam Fara Izzati gak sambil memeriahkan blog entry yang tak de orang nak post ari ni.

Hokey sebenarnya dah lama aku baca isu ni dalam blog outspoken damsel,  dia pun baca dari blog seorang ustaz, and dia share kat blog dia jugak, jom kita sebar-sebarkan ya.
 
Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

Kesimpulan jawapannya (saja letak yang ni kat atas, yang bebudak, korang jangan tiru style ni time dalam periksa sudah, kesimpulan WAJIB letak kat bawah sekali, tapi aku tau ramai yang yang malas nak baca yang panjang, so aku nak korang baca yang ni dulu, kalau rasa nak tahu yang lebih mendalam, sila baca yang bahagian jawapan kat bawah)

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasan di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.


 
Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”.Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
  1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
  2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.

Monday, December 12, 2011

Derma darah HUSM 1213 Disember 2011.

Jom derma darah! 12 dan 13 Disember 2011. Ada hari ni( dah tamat hari ni) dan esok (sempat lagi) kat HUSM. Pukul er lupa tapi tutup pukul 3 petang.
Sambil jenguk ayah kat hospital tadi, aku derma darah sama. Ada kempen derma darah gan booth derma darah. Kononnya nak g kat ayah dulu. Bila turun balik, dah tutup dah suma. Rupanya tutup pukul3, aku pulak baca pukul 5, in la problem orang rabun.
So, aku g derma terus kat unit transfusi darah. Mewah betul gaya unit tu. memang selesa sangat lah. Gaya macam rumah sudah. Cuma, nurse dia yang kat kaunter je tak berapa nak mesra, maybe bagi dia tu rumah so ayat biasa 'buat macam rumah sendiri lah', macam gaya layan diri jugak la tadi. Selamat la nurse yang amik darah tu baik, gaya ibu. Kalau tak, serik kot aku nak pegi lagi. huhuhu.
Sebenarnya tadi, aku tak bawak pun kad derma darah tu. Selamat la dapat kad baru yang ada lambang HUSM. Kakak yang jaga kaunter depan tu cakap, kad tu bagi sama-sama dengan kad derma darah yang lama. Nanti nurse akan tampal nombor kat kedua-dua kad.
Masa derma darah tu rasa sakit sikit dari biasa. huhuhu lenguh-lenguh kat lengan maybe sebab jarum kurang betul kot. hehe. entah la aku bukan tau. Tapi kejap je penuh 5minit je kot. Macam tau-tau je otak aku ni, yang aku nak derma darah ari ni, semalam tido cukup, pastu siap bawak bekal makanan lagi untuk makan kat tempat ayah aku. hehe. Terlebih layak untuk derma la tu.
p/s:korang kalau rajin nak buat amal, boleh je terjah unit transfusi darah kat mana-mana hospital. Mereka amat alu-alukan 24jam sehari.

Sunday, December 11, 2011

Still tak dapat balik

Ingatkan ayah discharge ari ni, semangat dah mak memasak bagai sebab nak sambut ayah. Tapi, tak dapat jugak, ayah still kena tahan kat wad, doktor nak suruh duduk sana lagi 2 hari.
Memula janji, 3hari je, tapi 3 hari tu jatuh ari sabtu, doktor tak kerja hari sabtu. So patut pagi tadi dapat balik lah, Ahad doktor dah ada. Tapi bila check tadi, kena tahan lagi 2 hari. Selasa nanti kot baru dapat keluar. Malam ni mak yang teman ayah kat hospital.
Doa-doa ayah boleh keluar awal. Tadi doktor bagi ubat untuk cairkan darah. Doktor nak check jantung pulak, takut nanti ada masalah jantung. Semoga ayah makin sihat. Amin...

Friday, December 9, 2011

Ayah dah ok, alhamdulillah

ini orang yang dah sihat, merungut nak balik.

Thanks to all yang doakan ayah yong. Thanks a lot especially to Addeen, Ain and Ayu.(hehehe geng A suma). Alhamdulillah, Ayah yong dah ok. Dah sihat, cuma kena berjaga-jaga dari sekarang terutama bab makanan.
Tengahari tadi, adik beradik yong semua g jenguk ayah. Adik yong siap gurau nak angkut suma lauk daging yang ada dalam peti ais rumah tu, sebab tak nak ayah yong makan daging lagi. Ayah ada darah tinggi. Selalu, barang basah macam tu dia beli, dia cuma akan beli daging dan ayam saja. Ikan, amat jarang, selalu mak yong yang pergi beli ikan sendiri, selamat la kat rumah ni ada gerai orang jual ikan.
Ayah yong dah gelisah dah atas katil hospital tu, nak balik rumah. Dia kata boring duduk kat situ, dia nak siapkan pasang air cond kat rumah tu. Membebel kat dia jugak, musim hujan ni tak payah la sibuk nak pasang air cond tu, bukannya panas pun dalam rumah ni, lebih 6bulan dah air cond tu dok dalam kotak, alih-alih time musim hujan ni sibuk nak pasang pulak. Dah boring sangat la tu. Ye la kan, apa je ada boleh buat kat situ. Kot boleh khatam newspaper yang ada kot. sebab mana ada tv pun kat wad tu. 
adik yong ajar, suruh ayah yong tanya every 5 minutes kat doktor, gerenti doktor bengang n kasi lepas awal. Yong pulak suruh, ayah yong wat selamba je gunting tag nama kat tangan tu, kemudian pakai slack gan kemeja yang memang dia pakai tu, gan selamba badak keluar dari wad, buat gaya macam dia salah seorang pelawat kat situ, bukan pesakit. hehehe. Kitaorang gurau je. tak suka buat stress ni.
Makanan ayah yong asyik komen, tawar. Yong tak tau la rasa macam mana benda tu, sebab ayah yong ni memang dah memang seorang yang suka makan tawar. Korang bayangkan, kalau perisa maggi yang kita masak tu, cuma letak separuh, lepas tu letak air sampai setengah periuk. Kalau makan grenti macam makan mee kosong letak air masak je. Tu yang taraf ok untuk ayah yong. Kalau masak letak garam tahap sedap dan macam biasa untuk orang biasa macam kita ni, ayah akan kata 'kenapa masin sangat ni.' So, korang boleh imagine makanan kat hospital tu macam mana tak? Yong tak try pun. kesian je tengok menu orang sakit ni. amat la tak best. Sebab pernah gak merempat kat wad 3hari dulu, memang la cari nasik luar.hahaha.
Nanti yong dah tak nak beli Biskut lemak Hup Seng dah, yang jadi favourite breakfast ayah yong tu. Selalu waktu pagi, ayah suka hancurkan biskut tu dalam cawan dia, makan macam makan nestum. Kejap lagi dia kena join yong makan oat je. hehe or biskut Jacob. Selama ni, yong beli sekotak yang ada 1dozen biskut favourite ayah yong untuk breakfast dia, beli buat spare banyak-banyak. huhuhu, layan sangat menu favourite dia tu.
kakak ipar aku yang berdiri di jendela wad  7 selatan
Menu pagi kitorang semua berbeza. Mak dengan roti gardenia, yong dengan oat, ayah dengan biskut Hup Seng, jo dengan nasik dagang, ji jenis tak makan breakfast, jan dengan menu tak kisah.

Wednesday, December 7, 2011

Cuak! Ayah kena Minor Stroke

Cuak aku! seram sejuk gak la tadi...
aku suka gambar ni, masa Ji gan ayah aku time raya, mesra and kelakar. 2 2 ni memang suka buat lawak.
Apa jadi?
Al kisah masa Isyak, Jo (abang aku yang dari Perak) balik. Aku dah agak dah, grenti dia balik punya sebab dia dok sibuk menanya saiz selipar ayah aku. Balik nak hantar selipar tu lah, sambil balik kampung. Dia gan (Kak Su) kakak ipar aku ni memang la kerap balik.
So, lepas isyak aku keluar lepak ramai-ramai kat ruang tamu. Cuma (Jan) adik aku je takde. Dok bercerita yang dia pergi Ikea 2 kali dalam satu hari(ulang alik dari Ipoh) semata-mata nak beli sofa.(hampeh!). Pastu, aku masuk toilet(ini tak penting pun). Pastu aku g depan balik. Tengok-tengok semua takde kat ruang tamu tu. Ingatkan Jo dah nak balik umah mertua dia. Aku pun jenguk kat luar, tengok kereta Jo (abang no 2) dah gerak dah. Ji (abang no 1) pulak tengah angkut guni beras. Mak aku gan Irfan tercengat(kot).
hari raya pun pakai topi, bukan kopiah ke songkok ke. hadeh! Suka buat benda luar alam.
(Cerita penting)
Benda pertama yang keluar kat mulut aku 'Ayah mana?' aku tanya mak aku (masa ni mak aku  berjalan nak masuk rumah dari pintu pagar) sebab aku tak nampak ayah aku. Tak logik pulak kalau dia ikut Jo aku balik umah mertua dia. So otak aku ni ingat maybe Jo bawak ayah aku g jejalan cari apa-apa.
Mak aku jawab apa tah. Aku dah tak ingat. Yang aku tau, otak aku register yang ayah aku sakit. Rasanya mak aku kata 'bawak ayah g hospital' kot. Otak aku proses 'Oh ok, maybe ayah aku rasa pening lagi'. Memula aku ingat tak berat sangat. Tapi muka mak aku cuak gila. Mak aku suruh aku bersiap pergi hospital.
Kalut jugak cari wallet ayah aku. Dia suka sembunyikan barang dia (semua barang! wallet, kunci motor, kunci kereta. Termasuk kunci rumah kalau time tido, macam la aku ni jenis kaki clubbing, keluar malam huhuhu terlalu menjaga betul). So, masa dalam kereta, mak aku describe apa yang berlaku tadi.
Ji tanya, ayah aku nak makan burger tak?
Ayah aku duduk bersandar kat dinding, tangan kat mulut, gaya macam dok berfikir. Ji, jo gan kak su (wife jo) ketawa tengok gaya ayah aku berfikir, just pasal nak beli burger. Pastu, tetiba je dia jatuhkan badan dia ke sebelah kanan. Kak su yang dok sebelah gan ayah aku ingatkan ayah sengaja jatuhkan badan (mula-mula pakat ingat ayah aku sengaja nak bergurau), tapi bila tengok muka ayah aku, semua pakat terkejut muka ayah aku berubah pucat.


So pakat try sandarkan balik badan ayah aku ke posisi asal. Ji dah berlari masuk dapur, tanya ubat pening ayah aku. Ayah aku ada darah tinggi.(masa Jo balik tadi, memang ayah dok check tekanan darah dia, Kak Su gan Jo dok check sama tekanan darah masing-masing sekali gan ayah aku. tadi memang darah dia naik). Mak aku bawak air limau nak suruh ayah aku minum, tapi ayah aku tak dapat telan dah air tu, habis tumpah atas baju, mulut dia dah herot sikit, sebelah badan dah macam tak berfungsi. Ayah aku dah lembik, Jo yang kendong ayah aku kat belakang dia. Dia gan kak su pecut gi HUSM. Semua barang dia tinggal. Aku kutip bawak g hospital semua hp yang tersusun atas meja n handbag kak su.
Kak su kata, masa dalam kereta, ayah aku memang dah tak boleh bercakap dah. Dia gan Jo asyik suruh ayah aku try cakap something. Kak Su yang jaga ayah kat belakang, bersandar kat dia, tak nak bagi ayah aku terbaring, Kak Su kata kat Jo 'Ayah tak leh bercakap' (masa ni dah masuk area HUSM) tetiba je ayah aku cakap gan suara dalam 'boleh'.
Tapi dia still lembik, sampai kena usung gan strecher. Selamat la takde apa-apa, kak su kata masa aku sampai kat hospital tu. Alhamdulillah..syukur sangat kat Allah s.w.t. sebab masih pulihkan ayah aku. Syukur sangat. Doktor kata ayah aku kena minor stroke. So takleh kerja kuat sangat. Ayah aku kuat bekerja....pukul 11.30p.m.(kitaorg hantar ayah dalam pukul 9p.m) baru aku gan mak balik. Jo gan kak su teman ayah aku.

Sayang mereka semua...semoga Allah jauhkan kami dari sebarang musibah dan mala petaka, amin....
Syukur sangat. Jo tergerak hati nak balik kampung nak bagi selipar yang dia beli tu kat ayah, sebab dia parking kereta dia depan kereta aku. Kereta aku dalam pagar. Kereta Ji kat rumah dia (yang dekat gan umah aku). Selamat la Jo gan Kak Su bertindak pantas. Selamat mereka tahu mana letaknya Emergency Unit kat HUSM tu, sebab jalan dia agak tersorok bagi sesiapa yang tak tahu mana Emergency Unit. Selamat..semua selamat. Alhamdulillah....Alhamdulillah...

Tuesday, December 6, 2011

Novel Mistwood

Mistwood
Tetiba je, kan. Sebenarnya ni tajuk Novel. Bukan aku buat, tapi novel yang aku beli. Hurm, kecewa kot sikit, tajuk memang gempak, sinopsis pun gempak gila. Teruja aku nak baca. Balik je, terus aku grab novel ni dulu, bukak plastik dia, terus mengadap. Memang gaya tak leh blah.
Sebenarnya dah lama usha novel ni, budget nak beli bulan ni la, bulan 12. Sebab bulan 11, dah banyak aku beli novel. Tapi, macam yang korang tau, kat Popular now sale gila-gila gempak untuk semua novel tak kira bahasa. So apa lagi, novel yang memula ada 10% je diskaun ni tetiba dapat 20%. Aku pun beli la jugak. So aku beli novel ni bulan 11, hujung bulan baru ni. Tu pun aku just rembat 2 novel je, satu lagi tu tajuk 'Awak suka saya tak'.
Sebenarnya, er aku rasa macam cerita ni a bit dull lah. Entah kot ada orang lain rasa berbeza dari aku. Tapi yang berjaya ialah writer tu twist cerita dia pakai gaya macam Oedipus je. Bila aku go through the story, otak aku terpikir jalan cerita Oedipus yang macam dah jadi lullaby kat aku ni (poyo je bunyi, kan). Tapi bukan jalan cerita Oedipus pun. Bukan terer sangat pun aku pasal Oedipus ni, tapi kalau pakat dok asak cerita ni, mesti la otak novel jiwang karat aku mudah masuk, kan.
Ok, ok back to Mistwood (Memula pandang dan baca tajuk dia, aku bantai MistGood hehehe sebab tulisan terlebih creative sangat). Kalau tak nak baca sinopsis kat bawah ni pun takpe, sebab aku bantai cincai, sorry cik writer sebab habis buku ni aku buat sinopsis jadi kurang lazat macam tertera kat buku tu.
       Jalan cerita dia pasal alam magic, lagenda. Mistwood(makhluk yang boleh berubah bentuk kepada lelaki, perempuan, haiwan, tua atau muda), lagenda mengatakan dia penjaga pemilik takhta kerajaan. Setiap kali muncul raja baru, pasti dia akan turut membantu berkawal, jika dia dijemput ke istana.
Putera baru ingin memastikan keselamatan dia terjamin, so dia pergi menjemput Mistwood dari hutan Mistwood. So, kali ni mistwood muncul gan watak perempuan muda yang cantik. Dia pergi ke istana, tetapi kuasa dia macam hilang sebab dia tak dapat bertukar bentuk di dalam istana, kecuali kalau dia kembali ke dalam hutan. Dia jadi keliru gan identity diri dia, dia sayangkan putera yang baru ambil alih takhta sebab ayahandanya mati.
Putera tu sebenarnya putera palsu sebab ayahanda dia dulu bukan keturunan raja betul, tetapi mengambil takhta dengan membunuh raja asal. So, putera sebenar, nak bunuh putera palsu ni sebab nak takhta. Putera palsu risau kalau Mistwood belot sebab dia bukan putera asal. Mistwood memang belot sebab dia kena dengar kata putera sebenar je. Putera palsu menghilangkan diri, tapi berjanji nak tuntut balik takhta tu. Putera sebenar pun sukakan mistwood ni sebab mistwood pernah jaga dia masa kecik dulu.
Pastu putera palsu datang tuntut bela, masa tu kakak putera palsu ni ada dengan putera sebenar. So pendekkan cerita putera palsu bunuh putera sebenar. Masa putera sebenar nak mati tu, baru la mistwood mintak maaf kat putera sebenar, masa tu putera sebenar dah mati. Dia kata, dia adalah kakak kepada putera sebenar. Putera palsu terkejut gila, termasuk la kakak putera palsu tu. Sebenarnya, kuasa mistwood masuk dalam badan puteri yang ayahanda dia kena bunuh gan ayah putera palsu, mistwood masuk dalam badan puteri sebab nak selamatkan puteri tu memandangkan puteri tu adalah anak sulung, yang putera sebenar anak nombor 2. Puteri Mistwood tu kemudiannya menjadi murung, kuasa mistwood tu dah hilang, putera palsu dapat takhta. Putera palsu meluahkan perasaan cinta dia kat puteri mistwood tu.  Dia kata selama ni dia dah cintakan puteri tu, tetapi tak dapat nak cakap sebab dia ingat puteri tu sebenarnya shapeshifter (makhluk bertukar bentuk sesuka hati).
End. Sorry aku buat synopsis dia jadi lagi dull n boring kan. Sorry again. Sebab nak ringkas je ni.


Out of 10 aku cuma mampu bagi 7 saja. huhuhu.

Monday, December 5, 2011

kemalangan 13 kereta sport mewah-ferrari!

Aku baru je baca cerita ni, kemalangan 13 kereta mewah; 8 buah Ferrari, sebuah Lamborghini dan 2 buah Mercedes! wow gila-gila mewah tu!
Bila? Kat mana?!!(*v*)mata blink terkejut
Kemalangan ni berlaku kelmarin 4 Disember 2011 kat Chugoku Expressway, Shimonoseki yang terletak di Baratdaya (southwestern) Jepun.Kelmarin diorang buat outing pemilik kereta mewah secara beramai-ramai nak g ke Hiroshima.
Kemalangan ni berlaku sebab salah seorang pemandu Ferrari tu try nak tukar lanes tapi terlanggar penghadang tengah, kereta tu kemudian berpusing, pastu kereta-kereta lain pun berlanggar masa nak mengelak dari terlanggar dengan kereta Ferrari yang accident tu. Tak pasal-pasal semua pun accident sebab nak mengelak dari accident. Hadeh! Kena jugak, lastly. Sebuah je yang selamat dari 14 buah keta sport mahal yang join konvoi ni.
Memang wordless aku, Mahal tu! Ferrari! 8bijik!(*_*) Lamborghini! (*q*), memang blink blink mata gan rega kereta ni suma. Kereta second hand Ferrari sebijik pun harga USD 100,000 lebih (kat Jepun, dalam laporan tu cakap)! Polis kata kos suma kereta rosak ni dengar katanya lebih USD 1 million, memang la logik, 8 bijik tu, kalau bagi sedekah kat aku la....hehehe. Tu kos rosak, yang rosak beyond repair pulak? Sebab ada yang memang dah hancur terus ni. Ok jom usha gambar ni...(nak tengok video, korang cari je kat youtube)

Semua gambar diambil dari Kyodo News
antara 3 buah ferrari merah yang remuk, macam beyond repair je salah satu tu. huhuhu meraung la owner ferrari ni..

satu je kereta yang terselamat, ferrari Hitam tu je.

tengok la terperosok, selamat tak jatuh gaung, kalau tak, arwah lah.

Ni la scene yang amat...er wordless....gila gempak, dasyat kot sebab rega kereta MAHAL tu! boleh kata the most expensive cars crash yang pernah aku dengar lah, sebab ada 8 Ferrari gan Lumborghini! eh kesian pulak Mercedes, wat tak layan je kan. hehe sebab Mercedes biasa dengar gan biasa tengok. 
Ok tak cerita pun pasal pemandu kan. Pemandu terselamat je suma, cuma cedera ringan la, luka bengkak lebam je. Selamat la, takpe kereta hancur, duit boleh cari wat beli kereta. Kalau nyawa melayang, ha, masuk kubur la jawabnya. Takde dah nak cari duit nak beli kereta sport ni.

Sale kat Sogo baru ni

Lama tak update kan? er lama ke, baru je 2 hari kot. Tu pun sebenarnya dah reserve entry nak post kat hari-hari yang tak post tu.
Cerita apa hari ni?
Takde apa pun sebenarnya, sebab ari tu dah janji nak post gambar barang yang aku beli kat Sogo time sale kan. Tak banyak pun beli, sebab kejap sangat kot, 7p.m.-9.30p.m. So apa sangat boleh survey gan aku yang berkira budget gak, n 24jam nak survey barang paling comel dan berpatutan, pastu nak compare harga segala bagai. hehehe bunyi macam fussy gila, kan. Fussy jugak la aku ni. hehehe duit nak keluar, kan so kena la berkira, sebab hidup nak lama lagi. So here la gambarnya, hasil survey membeli selama 2jam 30 minit:
dah lama nak beli sling bag ni, sebab suma sling bag aku yang masa study dulu aku dah bagi kat cousin aku. Sebenarnya aku lagi suka sling bag, rasa lagi secure. Tapi tu la, mak aku ni...karang dia asyik la nak compare aku gan anak kawan dia yang jiran aku ni, yang lagi girly. huhuhu so terpaksa la aku tukar style aku jadi girly sikit. Lecturer kesayangan aku pun terkejut, bila tengok aku time aku g jenguk dia lepas setahun habis belajar coz aku dulu, masa study suka dress gaya sempoi, tetiba buat gaya lady depan dia. hehehe.

  Nak jadi cerita, sebenarnya aku gan cousin aku dah otw nak g kat parking kereta dah, dah nak sampai kat parking dah. Memang la, aku mula-mula tak nak beli, dok pikir membazir je, yang kat KB Mall ari tu rasa lagi murah kot. Pastu, masa aku pejam mata sat sebelum keluar ke pintu area parking lot tu, aku rasa macam aku still dapat imagine bag ni, so aku ajak balik cousin aku naik beli. Sebelum aku menyesal, selalunya kalau aku dah siap boleh ingat barang tu, aku akan rasa menyesal kalau tak beli. Terpaksa la naik balik, cousin aku berleter jugak la gan aku yang banyak songeh ni. Adik yang jadi salesman tu gelak tengok aku tercongok kat depan dia sekali lagi. Dia bergurau sebab aku tak nak beli tadi, dia suh datang esok beli bag ni, aku dah datang ari ni. hehe ye la tadi kononnya tak jadi nak beli, dia dah pujuk dah suh aku amik. budak tu memang la kelako.

Selipar santai, sebab comel aku rembat gak la yang ni. Time ni ada sale, memang aku dah lama nak beli tapi jenama Crop, tetiba masa g 'ziarah' Sogo ari tu, jumpa Hush Puppies RM70 je, sebab nak compare harga punya pasal, aku sanggup called kakak ipar aku, tanya selipar Crop dia harga berapa, kalau yang dia lagi murah, memang aku g serbu Jusco Ipoh la nanti, selamat la dia cakap harga selipar dia RM120. Hape tunggu lagi! aku rembat la satu Hush Puppies ni, murah!. hehehe comel, kan. Aku g kat The Curve, tengok harga selipar ni RM99, kira lagi untung beli kat Sogo la, lagi murah. hahaha. Oh ya masa kat The Curve ari tu, barang Hush Puppies ada sale 30%, tapi tak termasuk la sale ke atas selipar comel aku ni. So sesapa yang tak sempat g shopping kat sogo, singgah la kat The Curve, sebab awal bulan ni Sogo ada sale untuk bahagian lelaki saja.

(Gambo kecik je, sebab selipar ni dah errr buruk sangat, hitam tu tak tanggal pun, tapi banyak jasa tau) Selipar yang berkhidmat kat aku selama 3 tahun ni dah terputus masa otw ke Gambang, macam tau-tau je aku nak beli selipar baru. Anyway, thanks cik selipar sebab berkhidmat selama 3tahun dengan aku dari tahun 2009-2011. Rega murah je ni RM5  je, hehe dari warna putih melepak, jadi kelabu dah, tapi menjadi pujaan hatiku ni dan tahan lama. Selipar lain aku tak pandang bila aku suka gan satu-satu selipar tu. Sekarang, Hush Puppies yang ambil alih tugas selipar Fashion ni.


(gambar kecik sebab tak excited nak cerita kasut kerja, ingat kerja je even g bercuti, siap cari kasut kerja lagi, hampeh) 
Malas sebenarnya nak beli kasut yang ni, huhuhu, tapi beli la jugak, sebab ye la, aku keja gomen ni, kena la bantai KASUT HITAM BERTUTUP dan ada sikit tumit kan. So aku bantai beli yang ni. Ada diskaun jugak yang ni. 20%(aku kan suka cari yang berpatutan, jenuh cousin aku ikut aku mencari, nak jugak sale, memang aku fussy, jimat cermat tapi tak kedekut), aku cari yang ada diskaun dan berkilat tak payah nak kiwi kasut. hehe malas sangat. So yang ni boleh aku buat cermin dah. So dari harga RM100 jadi RM80, ok tak? nak murah punya pasal, hamik le yang ni. hehehe.

P/S: perasan tak, aku suka warna putih and krim. hehe barru rasa aku banyak barang warna putih. well sebenarnya aku suka suma warna. Tapi putih memang mudah nak match gan apa-apa saja.

Friday, December 2, 2011

menyantap sakan

Masa g KL ari tu, singgah kat IKEA, sesaja melawat kan- macam takde keja pulak. Padahal punya la nak balik tergesa-gesa. Hokey dari Gambang ke KL, my cousin nak g Ekpo kerjaya kat PWTC. So, walau memang dah tau kena balik siapkan kerja, aku terpaksa tunai janji dulu gan dia. Kesian dia pulak nanti, beriya join aku g berseronok kat Gambang, tapi tak dapat pergi tempat dia nak pergi.
So, Sampai KL dah petang, g shopping kat Sogo. Sogo ni macam tempat wajib pulak nak cari barang berjenama tapi murah. Pastu, dah dekat pukul 11 baru sampai umah makcik aku.
Esok kononnya dalam pukul 2 nak balik Kelantan dah. Pagi boleh pergi IKEA jap. Dok rancang dalam kelapa nak tercengat kat IKEA tepat pukul 10 pagi. Pastu esoknya.... makcik aku sorang lagi yang bakal bawak kitaorang g IKEA ni, saja buat lambat sebab tak nak bagi aku balik ari tu jugak. Dia membebel, "penat-penat turun KL, duduk tak sampai 24jam dah nak balik."

menu tengahari kitaorang 6 orang. Sakan sampai tak habis nak telan. Konon kebulur sangat. Meatball gan salmon tu yang paling best. Salmon dip paling aku suka.
nak g shopping kena bertenaga. Ops muka cousin aku yang boy tu monyok sikit sebab tak berapa sihat tu. Eh boy over flower je gaya. sorang je lelaki
Dia datang umah makcik aku yang ni pukul 12 tengahari! memang la saja tak nak kasi aku balik ari ni jugak tu. huhuhu. Sampai kat IKEA dah time makan so suma pakat kebulur dah. So, makcik aku belanja makan. Sakan makan sampai tak habis, tapau chicken wings gan kek dalam plastik bawak balik rumah pulak. yang lain tak boleh bawak sebab makanan berkuah.

Thursday, December 1, 2011

Pelamin cantik gaya tema taman

Er tema taman kot wedding cousin aku ni. tak sure, tapi memang letak bunga kat siling tu. apa-apa pun selamat menikmati gambar ni. Ni my cousin yang lelaki buat pelamin ni. Dia memang terer bab menghias pelamin n bilik pengantin. Belajar kat U dulu bidang lain, tapi now kerjaya lain. Betul la orang cakap, masuk dulu U, keluar nanti nak kerja apa pun tak kisah asal ada ijazah kat tangan. Kawan aku, ambik bahasa macam aku, tapi rasanya dia jadi kartunis sekarang ni. Sebab memang la lukisan dia superb punya, pro habis lah. 

Family dia memang buat semua tema penuh bunga er taman kot. Sebab dia yang in charge bab pelamin segala ni.
 cantik kan? cuma lampu je tak best sangat, klo tak memang la gempak. siap ada tiang seri besar gedabak tu. Memang lah, tiang seri tu membuatkan pelamin ni nampak lagi berseri, macam dok bungalow gitu, even kat dalam rumah kampung biasa je, memang credit to Farhan yang buat pelamin ni sebab gempak. Memang la idea creative sangat budak ni. hehehe
Ini semestinya bukan pengantin of the day lah, sebab memang dah nampak trang tang tang anak terselit kat kat tengah. Saja nak melaram naik pelamin lagi abang n kakak ipar aku ni.

Tuesday, November 29, 2011

Novel-novel 20-25% kat popular

Lama tak lama, aku dah start keja balik dah. huh, tapi tu la...tersekat je nak bernafas sebab tak puas hati tak dapat g jejalan. Rasa macam tergesa-gesa je ari tu, tak rasa happy je jejalan gaya cengitu.
Oh ya, aku sebab tak dapat nak jejalan sepuas hati, aku bantai beli buku lagi la jawabnya. Er, banyak entry aku yang janji nak tunjuk buku yang aku beli. ni aku post la sikit gambar buku yang aku borong kemarin gan 4 hari lepas.
Okey, aku rasa sedikit kecewa, eh tak, banyak aku kecewa ni. Sedih sebab buku-buku (segala novel English or Malay ) ni yang aku tengok kat Popular dapat potongan hingga 20-25%! Bukan sedih sebab sale, tapi sedih sebab aku beli mahal baru ni 10% je, tapi bulan ni 20-25% adei la bengkak hati chek ja. Certain books aku beli gan harga 10% je. Contohnya, Awak Suka Saya Tak, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Bila Cinta, Contengan Jalanan, Cinta Dari Istana buku ni suma dapat diskaun 25% tau!huhu rasa macam sadis je sebab aku beli rugi la 15% lagi tak dapat. Kalau tak lagi la murah kan. Selamat la novel 'Bila Cinta' gan 'Awak Suka Saya Tak' tu aku belum beli lagi, so merasa la sikit diskaun 25%. Cuma kecewa sebab Contengan Jalanan aku beli gan 10% saja. Tu yang rasa sedih tu, ya la, aku kan peminat Hlovate ni, dapat diskaun sikit je, now sampai jejak 25% lagi!
Nak tau apa yang murah kat popular, korang terjah je website Popular Bookstore tu. Type je kat google. Aku malas nak buat link la. huhuhu.
Er ayat aku sedikit bercelaru. Sorry, entah la tetiba je macam fail je nak mengarang.


ok ni semua aku beli, ada 1 lagi Awak Suka Saya Tak, tapi aku tak snap picture buku tu.



 satu ni je novel English aku beli, Sebenarnya dok pikir nak ambil lagi, buku Sophie Kinsella, Just Like Heaven, Something from Tiffany's, Art Geek and Prom Queen, Awake at Dawn, The Wizard Heir, Wish You Were Dead..oh kalau aku nak cakap suma tajuk yang best yang buat aku rasa tempting nak beli tu, memang bulis dapat 400 words kot. hahaha. Tapi.... really I will go and grab 'The Boy No One Loved' cerita sedih pasal anak hasil penceraian yang terumbang-ambing tanpa kasih sayang. Nak angkut suma baru ni, bawak mak aku sama, risau dia berleter aku beli buku banyak.huhuhu
 2 manga
4 novel, Bila Cinta dan Keimanan Cinta tu dapat diskaun 25%, syukur sangat dapat merasa 25%.alhamdulillah...hehehe macam desperate je kan bunyi dia nak dapat 25% tu. Yup honestly mmg aku desperate gila. haha yang lain semua 20%. Tu la rasa macam nak borong semua novel yang aku penah baca, tapi tak beli....20%, amat payah nak jumpa.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

gambar dari: klgreetings.com

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. dah buat azam ke belum ni? (azam dah boleh buat sekarang dah, tak perlu la nak nanti tahun baru orang putis saja). Buat azam masa waktu maghrib tadi?
(asyik ulang azam je ni, terus teringat kat sepupu yang nama azam hehehe) Semoga tahun baru hijrah ni mendatangkan seribu kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua. Semoga kita mampu berhijrah menjadi hamba Nya yang lebih baik dari tahun lepas. Menjadi seorang yang lagi bagus dari segala segi, meningkatkan amalan untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Sama-sama la kita berusaha ke arah itu. jom buat muhasabah diri kejap.....
Kalau dulu kita selalu tidak tepati janji, biarlah tahun baru ni kita mulakan dengan azam baru untuk menjadi seorang yang menepati janji.
Kalau tahun lepas kita ni pemalas, semoga tahun baru ni kita jadi lebih rajin, cuci pinggan kat dapur ke, menyapu ke. Apa saja yang dapat meringankan beban orang lain.
Kalau tahun lepas kita suka membazir wang, masa, semoga tahun baru ni kita lebih peka dengan keperluan dan amalan kita.
Kalau sebelum ni bab makan kita  buat gaya makan macam minggu depan tu dah nak kiamat, semoga dengan datang 1433 hijrah ni, kita menjadi seorang yang lebih sopan dan mengikut sunnah nabi s.a.w.
Kalau sebelum ni kita kedekut, tamak haloba, semoga tahun ni kita banyakkan sedekah amal jariah. Paling mudah dengan memberi senyuman. Kalau mampu, sedekah la dengan material, semoga dapat meringankan beban orang yang susah. sedekah itu juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan dengki.
Kalau dulu kita suka cari gaduh, biar la tahun ni kita lebih mesra, hilangkan sikap panas baran dan cabar mencabar ni. Takde faedah pun nak bergaduh bertumbuk ni, buang masa dan tenaga, dan dapat dosa.
Ya, semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik. Selamat kita berusaha! dan semoga kita berjaya melakukan perubahan, amin....

gambar dari: nana-eddy.blogspot.com

Saturday, November 26, 2011

Kad kawin yang unik!

 hokey, benda ni kena post sekarang, sebelum tibanya hari baru tepat jam 12 malam ikut calendar orang putis. hehehe bukan apa, nak share benda alah ni, sebab tayangan perdana filem ni esok dah. 27hb November 2011 bersamaan dengan tahun baru hijrah calendar orang Islam 1 Muharram 1433. Tajuk filem ni adalah : ATAS NAMA CINTA . Ia adalah filem movie selama 2hari dan amat unik sebab watak utama, korang memang tak kenal langsung sebab diorang ni orang yang real baru join filem iaitu Diana dan Syam. Ini adalah iklan pasal filem tu yang akan ditayangkan esok dan 3hb Disember 2011 nanti, ditempat yang berbeza:
 don't worry, aku dah mintak izin nak tayang kat blog aku wedding card yang unique ni. hehehe thanks to Didi yang bagi izin.

 memang la lawak aku tengok ni punya Kad Kahwin yang amat la unik. Tengok gaya macam gambar filem zaman P Ramlee, dengan motor lampu bulat yang memang wujud tahun  P Ramlee buat filem. Dah le tu warna merah, satu set gan baju pelakonnya sekali. kehkehkeh. Mak aku tengok, dia gelak sebab unik kad kawin ni. Latar belakang itam putih er bukan itam putih tapi koko kuning. hehe. gan si Syam pakai cermin mata hitam wat muka poyo je. hahaha.
 hokeh ni sebenarnya kad kawin member aku. dua-dua member aku sama-sama tempat belajar. 4tahun la aku kenal diana ni, pernah siap tinggal serumah masa kerja kat KL dulu. Kenal dari 2005 lagi. kira dah jejak 6tahun la kenal dia ni. Syam pulak 1tahun je belajar sekali gan aku n diana, tahun 2009-2010. dua-dua ni kecik je orangnya. Kalau diana bawak motor, aku rasa boleh melayang kot, sebab selim sangat. sampai aku jeles je. haha.
Ingat lagi, kalau dia sembunyi bawah selimut, aku memang takkan perasan dia ada bawah selimut sebab kecik sangat orangnya. Masa kerja sesama dulu, tiap kali tengok baju yang tersidai, rasa aku le mak and depa suma ni macam anak-anak kecik je(wawa, diana, ina). Sebab baju yang tersangkut suma saiz S gan XS saja. body macam budak sekolah rendah suma. hahaha. Aku pulak saiz X L. hadeh, awat aku takleh jadi kecik macam depa ye. hahaha memang baka kecik, aku baka besor. So, tak yah nak jeles bagai, terima je lah seadanya.
 still ada gambar kat peta kad kawin ni, tapi gambar pudar depa tengah shooting kat pokok gan payung, gaya syam memang la macam hero zaman dolu kala. hahaha. Ada gaya hindustan, main kejar-kejar kat pokok apa. Oh ya jimat kan, gabung sekali peta rumah lelaki gan pompuan cam gini. bentuk rumah pun lawa je.


hoho still ada picture kat bahagian dalam ni, untuk aluan jemputan, gambar sorang-sorang,hitam putis. unik tak?


 





Gambar pelamin jiranku

 so sorry ayu. Lama janji nak post entry pasal my neighbour's wedding ni. Ok ni picture dia. Sorry, takde picture pelamin saja, amik ni pun yang tak center pun. Abang yong yang ambikkan. Dia ni fail sikit bab amik gambar ni. Ni la dia... dua-dua pengantin ni adalah polis(ayat sekema hahaha)

Thursday, November 24, 2011

Terkedu, terkejut!Dateline hujung bulan 12 nanti!

Okeh! tadi dengan penuh semangat waja, aku pergi kerja lagi, bawak se bundle paperwork aku yang tak sempat aku siapkan.
Tau apa kisah ari ni?
tengah aku asyik masyuk siapkan kerja aku sampai kepala tak terangkat langsung pandang kiri kanan. Datang la bebudak ni. Diorang pun tengok aku kusyuk ni, membelek sama la kerja aku ni.

Pastu....

Pastu....

Pastu...

Geram tau!!!! diorang cakap, 'wow rajinnya! kan ke paper ni dateline dia hujung bulan 12'.
Adus!!! bengkak!!! bengkak aku kejap, terkedu, terkejut, tergamam, terkeliru! BULAN 12, DISEMBER NANTI! HUJUNG BULAN PULAK TU!
Adei la. terdiam, terhenti segala kerja aku kejap. terkejut tak payah nak cakap! aku sampai tak dapat tido lena sebab benda alah ni. Kata hujung bulan 11 ni.
Habis kacau cuti aku! ingat aku drive ni, pakai air hujan ke apa? tau la sekarang ni musim hujan, tapi minyak still kena beli kalau nak bergerak. tak pasal-pasal aku rugi part tu.
But, ok la aku look on bright side. Kerja aku siap awal, so part ni aku dapat rehat lebih nanti. Tu pun kalau kerja lain takde.

Wednesday, November 23, 2011

Cancel cuti aku!@#$%

aku dah balik! I'm home! bunyi macam gumbira saja kan. Tapi sebenarnya hampeh saja. Tengah syok enjoy cuti, tetiba pulak member cakap kerja ko ada yang tertunggak, deadline dateline dia sebelum 30 November 2011! hampeh!!!! habis hangus burn terbakar cuti aku. tension aku, baru berangan nak g berjalan ke banyak tempat, now dah sangkut pulak dah. sedihhhh.
Tak pasal-pasal aku kena pecut balik kampung semula. Aku tak kira, siap je kerja yang ni, which aku target siap esok sebelum pukul 4 petang, aku nak pecut pergi bercuti semula. Apa kes kacau cuti aku ni. Tau la aku ni big shot (perasan siot) kat tempat kerja aku. hehehe. Padahal bukan big shot pun, tapi aku sorang je tau kerja pasal paperwork yang ni. So memang aku je la yang selayak dan sewajibnya siapkan kerja ni.
Sebenarnya, aku dah sampai kat rumah pukul 2 petang kelmarin lagi, tapi takde mood nak menaip kat sini. Serabut otak dengan kerja. Sebenarnya, aku patut pergi kerja kelmarin lagi, tapi....macam yang korang tau, sekarang hujan lebat sangat la kat kelantan ni sampai aku tak sure boleh ke tak aku sampai kat tempat kerja aku tu. Aku tak jadi pergi, buat letih aku balik awal, baik lepak kat KL lagi, grenti aku boleh g kedai buku kat Serdang tu. Borong buku bebanyak.
Masa aku on the way back yesterday pun dah ada jalan raya yang dah naik air. Sampaikan nombor plat kereta aku pun boleh tercabut, melayang-layang kat depan mata aku kena lambung gan air banjir kat jalan depan sekolah rendah kat peringat tu. Kat kuala krai gan machang pun dah banyak kereta yang tersadai kat tepi jalan sebab rumah diorang dah naik air.
So ari ni aku pergi kerja la. Ni pun terpaksa bawak balik ke rumah kerja aku ni. Sebab aku nak siapkan sebelum petang esok.

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Menang!!! Bola sukan sea 2011

Malaysia menang perlawanan bola sukan sea 2011 menentang Indonesia 5-4 di Indonesia. thanks to suma pemain pasukan Malaysia!! terutama sekali Goal Keeper kita Khairul Fahmi Che Mat.Suka sangat sebab dia banyak save bola dari kena sumbat dengan Indonesia.
Ok aku nak ulas pasal mangkuk plastik Diego yang suka sangat buat drama sinetron. Suka sangat buat-buat sakit jatuh. Hadeh aku rasa nak je pijak betul-betul sampai memang rib dia patah.
memang la debaran gila tengok bola kali ni. Banyak sangat masa, sambung-sambung. Dari masa tambahan 3 minit, kemudian kena pulak 30 minit sebab seri 1-1. Pastu penalti. Penalti la yang menyelamatkan Malaysia sebab kita sumbat 4, indonesia 3. Habis game pukul 11.15. huh memang debaran lah. Makcik aku siap kata yang geng sana pakai bomoh jampi serapah suruh pemain kita tak dapat sumbat gol. Akhirnya menang jugak 5-4. Syukur alhamdulillah. Memang la aku gan makcik aku puas dok baca doa suruh menang. Bet 1 Malaysia dok berdoa suruh menang.
Paling best bila gol pertama malaysia pada minit 35, pemain kita sumbat pakai tandukan gaya tido. hahaha really thanks to him sebab still la ingat dan dapat berfikir panjang dan waras tentang cara nak sumbat bola gaya tu time tengah orang himpit gaya tu.
Lawak tak lawak, makcik pakcik aku pakat dok rungsing, kalau malaysia menang pakat risau pemain malaysia gan peminat bola malaysia tak dapat keluar stadium sebab kena tahan gan orang indonesia. Ya la, korang pun tengok berita tadi kan, pasal peminat bola yang ke Indonesia kena tahan oleh peminat fanatik Indonesia.
Oh lupa nak cakap, aku still bercuti ni. Dok lepak umah makcik-makcik aku kat KL ni. So, sesama tengok bola sama diorang. Meriah sangat lah dengan ulasan dari uncle aku. Tiap kali bola hampir nak kena sumbat, suma pakat berdiri. Sampai pakat abih suara suma. hahaha.

Saturday, November 19, 2011

Gambang here I come...

OKes ari ni aku akan memulakan perjalanan ke Gambang, Pahang. Memula dengar dari member bunyi dia macam gampang. Er..sorry ya. hahaha telinga pernah register perkataan tu. Kul 2.30 pagi lom tido ni. Esok nak drive. huhuhu. Ok Ok nak tdo dulu. Nite. Salam. Doakan perjalanan esok selamat dan dipermudahkan oleh Nya.
Ahad - Dari Gambang ke KL
Rabu - Balik ke Bangi..how I miss you...
Rabu/ Khamis - Melaka.. nak g buat surprise kat my super best friend Sharifah
Jumaat - balik bangi semula
Sabtu - Kuala Kangsar & Taiping
Ahad - Cameron Highland dan ke Bangi semula
Isnin - balik Kelantan

Ok cukup cuti seminggu. Aku akan memulakan kembali kerja yang bertimbun kat meja yang due date dia 1 December 2011.

Friday, November 18, 2011

Bila kita buat direct translation...

Nak dijadikan cerita, kelmarin (asyik cerita pasal kelmarin kan) my cousin ada la datang rumah. Sesaja berjalan-jalan melawat sambil suruh aku check resume gan surat mintak kerja dia. Budak ni la terlampau hyperactive. Gamaknya kalau la boleh, semua jawatan yang ada, grenti dia nak sapu.
Yang jenuhnya, aku la nak kena baiki translate perkataan yang tersalah tu. Ok, kalau korang tengok kan, kita punya jawatan kat memana majlis ke (bukan majlis bandaran ye) semua la grand-grand gempak punya. Segala benda letak perkataan BIRO = BUREAU. Dari zaman aku sekolah lagi la ada perkataan ni. Biro persegaran/makanan( tukang urus makanan), Biro Keceriaan lah(tukang periksa kecantikan bilik darjah). Banyak lagi la biro yang wujud atas muka bumi Malaysia ni, termasuklah biro siasatan jenyah(ha yang ni logik letak biro). Bukan Giro=buku bank BSN tu la. or Biru caler Blue.
Sekali tengok paper cousin aku yang dia translate...HADEH!!!!!
Biro makanan = Food Bureau
Berkerut dahi aku(ada gaya nak tua cepat kalau macam ni) Ada gaya aku nak tergelak terguling jugak kat situ. Ada la pulak cousin aku ni translate satu persatu perkataan yang ada kat kertas bahasa melayu.
BIRO memang la maksud bahasa Inggerisnya Bureau jugak. Tapi, kan ke Bureau tu macam badan kerajaan/organisasi besar. Cuma...ya la kan. zaman sekolah gan zaman u kita kat Malaysia ni. Memang kita guna bahasa bombastic habis la. Saja la kan nak kasi bekerja kuat naikkan semangat kita, golongan manusia yang malas kat bumi ni (termasuk la aku) Sebab tu la pakai perkataan canggih macam BIRO ni.
Er pastu aku pun tukar la, jadik  macam ni:

Biro makanan = Food Bureau Refreshment unit
sebab aku pakai unit ni sebab maksud dia macam kumpulan yang ditubuhkan secara rasmi untuk buat kerja tertentu. Memula memang nak pakai team, tapi macam tak sesuai la pulak, macam tak formal sangat. Committee pulak macam keahlian je.
So, jom kita usha yang lain aku translate
Biro Hadiah = Present Bureau Complimentary Unit
Naib Bendahari = Treasurer Deputy Deputy Treasurer

Er...entah betul ke tak. hahaha but better dari buat direct translation.
Hurm...imagine kalau buat direct translation untuk 'Serantai(er betul ke kita pakai yang ni, or seuntai) ucapan terima kasih diucapkan untuk ayahanda dan bonda tercinta yang banyak memberi sokongan kepada saya'
jadi macam ni = A necklace of thank you expressed for my lovely father and my mother  who give a lot of support to me.
hehehe

Thursday, November 17, 2011

bee-z = busy

bee-z(busy bee)
tetiba aku rajin melukis pakai paint malam ni. sebagai tanda aku dah kurang sibuk.

Lorat   sibuk la sekarang ni. Hari last aku jadi manusia yang teramat sibuk. Mulai esok, aku turunkan jadi amat sibuk. Lega-lega, lega yang amat jugak. Pegi keja sebelum pukul 7 pagi balik kerja pulak selepas 7 malam. Gila kerja ke aku ni? tak aih, tapi orang bagi aku kerja gila banyak. Hampeh betul.

Rasa macam kerja kilang sudah aku ni, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Selamat la aku keluar selepas pukul 6.30 pagi, kalau tak, memang la gaya kerja kilang betul. Depa kan kebanyakkannya kena nanti bas. Eh, aku bukan kutuk or keji orang kerja kilang, ok! Aku kagum dengan depa, sebab - letih tu, kerja tak ingat dunia, tak jumpa matahari. Keluar 6.30 balik malam. Aku dengar pun dah letih. 

Aku pulak, manusia yang tak dapat hidup tanpa matahari. Aku tak bercahaya la jawabnya. Kan nama aku ada maksud cahaya so, grenti la aku kena hidup dengan cahaya matahari. Ingat lagi masa aku kecik form 1 (masa belajar tentang musim dan negara orang dalam geografi) kot, kalau taim time musim hujan, memang la stress. Selalu aku terfikir orang yang duduk dekat-dekat kutuk kutub utara tu or selatan yang kurang kena cahaya matahari.  Macam mana depa ni hidup ya. Sebab aku memang la tak boleh hidup tanpa cahaya ni. Rasa macam nak menangis je, tak pun rasa tak cukup nyawa je.

Er, sebenarnya apa aku nak cerita ni? Hehehe just nak inform yang aku dah dapat post entry ni. In a nutshell, aku dah tak sibuk sangat macam ari tu.