Friday, December 9, 2011

Ayah dah ok, alhamdulillah

ini orang yang dah sihat, merungut nak balik.

Thanks to all yang doakan ayah yong. Thanks a lot especially to Addeen, Ain and Ayu.(hehehe geng A suma). Alhamdulillah, Ayah yong dah ok. Dah sihat, cuma kena berjaga-jaga dari sekarang terutama bab makanan.
Tengahari tadi, adik beradik yong semua g jenguk ayah. Adik yong siap gurau nak angkut suma lauk daging yang ada dalam peti ais rumah tu, sebab tak nak ayah yong makan daging lagi. Ayah ada darah tinggi. Selalu, barang basah macam tu dia beli, dia cuma akan beli daging dan ayam saja. Ikan, amat jarang, selalu mak yong yang pergi beli ikan sendiri, selamat la kat rumah ni ada gerai orang jual ikan.
Ayah yong dah gelisah dah atas katil hospital tu, nak balik rumah. Dia kata boring duduk kat situ, dia nak siapkan pasang air cond kat rumah tu. Membebel kat dia jugak, musim hujan ni tak payah la sibuk nak pasang air cond tu, bukannya panas pun dalam rumah ni, lebih 6bulan dah air cond tu dok dalam kotak, alih-alih time musim hujan ni sibuk nak pasang pulak. Dah boring sangat la tu. Ye la kan, apa je ada boleh buat kat situ. Kot boleh khatam newspaper yang ada kot. sebab mana ada tv pun kat wad tu. 
adik yong ajar, suruh ayah yong tanya every 5 minutes kat doktor, gerenti doktor bengang n kasi lepas awal. Yong pulak suruh, ayah yong wat selamba je gunting tag nama kat tangan tu, kemudian pakai slack gan kemeja yang memang dia pakai tu, gan selamba badak keluar dari wad, buat gaya macam dia salah seorang pelawat kat situ, bukan pesakit. hehehe. Kitaorang gurau je. tak suka buat stress ni.
Makanan ayah yong asyik komen, tawar. Yong tak tau la rasa macam mana benda tu, sebab ayah yong ni memang dah memang seorang yang suka makan tawar. Korang bayangkan, kalau perisa maggi yang kita masak tu, cuma letak separuh, lepas tu letak air sampai setengah periuk. Kalau makan grenti macam makan mee kosong letak air masak je. Tu yang taraf ok untuk ayah yong. Kalau masak letak garam tahap sedap dan macam biasa untuk orang biasa macam kita ni, ayah akan kata 'kenapa masin sangat ni.' So, korang boleh imagine makanan kat hospital tu macam mana tak? Yong tak try pun. kesian je tengok menu orang sakit ni. amat la tak best. Sebab pernah gak merempat kat wad 3hari dulu, memang la cari nasik luar.hahaha.
Nanti yong dah tak nak beli Biskut lemak Hup Seng dah, yang jadi favourite breakfast ayah yong tu. Selalu waktu pagi, ayah suka hancurkan biskut tu dalam cawan dia, makan macam makan nestum. Kejap lagi dia kena join yong makan oat je. hehe or biskut Jacob. Selama ni, yong beli sekotak yang ada 1dozen biskut favourite ayah yong untuk breakfast dia, beli buat spare banyak-banyak. huhuhu, layan sangat menu favourite dia tu.
kakak ipar aku yang berdiri di jendela wad  7 selatan
Menu pagi kitorang semua berbeza. Mak dengan roti gardenia, yong dengan oat, ayah dengan biskut Hup Seng, jo dengan nasik dagang, ji jenis tak makan breakfast, jan dengan menu tak kisah.

4 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hahaha ai merasa duduk hospital gak masa operate tangan hari tue...mmg x best food theyols buat...kuruih duk situ sebab x lalu nk mkn....alhamduillah ur father dah ok...contol ekk bab makanan tue sebab mempengaruhi kesihatan tue...moga bertmbh2 cihat hendaknya!

YONG JIAO XIU said...

hehe yup, betul mmg tak best. ha tu la ni start nak control mkn dia. ramai dok bebel sebab dia suka daging.pakat nak kosongkan peti umah ni, tak nak kasi ada daging.hope so mcm tu lah, sihat sentiasa.

Ad_dEen said...

alhamdulillah...
kene pantang makan sikit ni...
moga seluruh keluarga miss yong ceria2 belaka atas berita gembira ni...

YONG JIAO XIU said...

thanks addeen, hehe dah boleh senyum ni. alhamdulillah...
n teruskan berkarya ya addeen.wink.tak sabar nak baca next story.