Sunday, December 18, 2011

Hukum letak patung/teddy bear dalam rumah

Boring eh ari ni, ya la dari pagi sampai tengahari, yang post entry pun tak sampai 5 horang je pun kan. Tak tau apa nak baca eh? Ni, try baca yang ni. Aku nak share ilmu cam Fara Izzati gak sambil memeriahkan blog entry yang tak de orang nak post ari ni.

Hokey sebenarnya dah lama aku baca isu ni dalam blog outspoken damsel,  dia pun baca dari blog seorang ustaz, and dia share kat blog dia jugak, jom kita sebar-sebarkan ya.
 
Soalan :

Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

Kesimpulan jawapannya (saja letak yang ni kat atas, yang bebudak, korang jangan tiru style ni time dalam periksa sudah, kesimpulan WAJIB letak kat bawah sekali, tapi aku tau ramai yang yang malas nak baca yang panjang, so aku nak korang baca yang ni dulu, kalau rasa nak tahu yang lebih mendalam, sila baca yang bahagian jawapan kat bawah)

Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasan di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.


 
Jawapan :

Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”.Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
  1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
  2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.

11 comments:

Ain Zulaikha said...

ohh baru lah ain faham ye yong.. ain ingatkan semua patung pun haram lah kan, termasuk patungmainan.. cuma jangan buat sebagai hiasan lah kan.. ain ada patung tapi kecik2 je patung tu n ain simpan dalam bekas.. entah apakabarlah patung tu hehehe..

thanks share :)

YONG JIAO XIU said...

hehe sama la ain, ada gak satu, buat tempat cucuk jarum peniti untuk tudung yong. yang lain dah bungkus letak dlm kotak, mmg yong tak suka teddy bear segala ni. ngeri klo yg besar2 ni.

Anonymous said...

huhuhu kalau mcm tu kesian lah baby2 x dpt main teddy bear,nangis diaorg

Macam Yong said...

untuk baby boleh untuk mereka main,tp bila dah besar,tak blh la, cz klo tgk ramai je la antara perempuan dewasa yg gemar mengumpul anak patung/toys/teddy bear yg besar gedabak. cz klo tak silap nabi s.a.w. pun bagi aisyah main gan anak patung masa zaman kanak2 dia.

Macam Yong said...

anonymous tak baca abis eh article kat atas tu? sy siap bold lagi tulisan tu cz takut suma buang anak patung baby dorg kat umah. ke nak sy ltk atas skali ayat tu?hehe

Jenab said...

kalau robot...cam b daman...camne klu teddy bear yg buat peluk?

Jenab said...

kalau robot...cam b daman...camne klu teddy bear yg buat peluk?

Anonymous said...

Kalau dah baligh tapi masih main dgn teddy bear macam mana? Tak menghias kan rumah tapi bawak tidur je. Sebab saya takut sangat sebab gelap semasa tidur. Boleh tak?

Macam Yong said...

heyya jenab and anonymous, sorry la ya.lambat reply. klo ikut apa yg kak yong paham dari artikel ustaz tu. walaupun ia robot sekalipun, bila dah dewasa xblh la buat main lagi. apatah lagi sebagai perhiasan robot.
untuk anonymous plk: hurm, klo kak yong la kan, kak yong lagi seram pegang teddy bear. sebab dulu pernah tgk cter, pasal teddybear yg berhantu. hehe.walau kena campak keluar, bear tu blh msk blk dlm rumah dia. huuuuu...scary....
romate masa dok hostel dulu ada byk teddy bear. time dia blk kampung,sumpah la,kak yong tak leh nak tdo lena. slalu je imagine bear tu ada kat sebelah kak yong plk.
ok klo ikutkan ustaz tu, dah baligh tak leh dah dgn bear,peluk bantal peluk je la npknya adik anonymous.

firdaus ahmad said...

salam saudari macam yong...patung seperti b daman,robot dan sebagai nya boleh didalam islam...islam cuma x bagi meletakkan patung berupa benda hidup seperti manusia dan haiwan..

Umairah said...

Kiranya mmg x leh ltak anak patung kat dlm rumah sbagai hiasan la ni?habis tu camne klu dh beli anak patung dari luar negara nk buang plak sbnrnya bleh ke x ltak anak patung dlm rumah ni?bleh ke ltak kat bawah atau setempat mcmtu?bleh?