Monday, December 19, 2011

Tidur gaya pelik (tidur gaya duduk)

Korang pernah tengok gaya orang tido yang amat pelik tak? Aku pernah baca dan pernah lihat. Amat pelik tau.
Awat aku cerita pasal gaya tidur ni ya? Mentang-mentang baru bangun tido, terus cerita pasal bab tido je.

Ni story cousin aku sendiri. Kan hari tu aku lepak rumah makcik aku kat KL. Masa aku lepak rumah cousin aku ni (Along, dia lelaki tau), dia balik pukul 6 pagi dari kerja, memang rajin sangat dia ni.

boleh?hadei la, dalam toilet pulak tu tidur gaya amat selesa.haha
Memula dia tido kat ruang tamu, lepas tu baru pindah masuk bilik dia, sebab bilik dia kena conquer gan aku.hehe. Makcik aku membebel suruh Along betulkan gaya tido dia, suruh selesa. Makcik aku kata dia suka tido gaya duduk. Aku yang dengar ni 'err, duduk? awat macam pelik je bunyi dia' dalam hati je kata ni. 

Aku intai la kejap (bukan sekodeng anak teruna orang ya). Memang dia tengah duduk bersipuh tepi katil, kepala kat tilam kat tepi katil. Padahal kat atas katil tu takde orang! (boleh la hantar suruh jaga orang kat hospital ni) Ada jugak orang macam ni? Makcik aku cakap, Along suka tidur gaya pelik ni, orang lain suka tidur gaya terlentang, tertirap, mengiring, pendek kata suma gaya yang jenis kena baring. Along suka tido gaya duduk, kadang-kadang dalam Along tidur gaya menirap tu, dia (dengan mata pejam) bangun pastu duduk menyandar kat tepi dinding, or dia bangkit cari kerusi dan tidur sambil duduk kat atas kerusi. Bunyi pun rasa lenguh dah pinggang tu.huhuhu

Aku memang tak nak percaya kalau tak tengok sendiri, tapi ni memang ada wujud. haha memang kelakar la kalau tengok tidur gaya duduk, aku yang tengok ni pun rasa macam tak selesa.

teratakhami.blogspot.com; sampai terjungkit kaki pun boleh je tido tu. huhuhu
Pastu, satu lagi gaya tido, Tidur dengan mata buka? Ada, memang ada. Next time la aku story ya. wink.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ada anak ai adam
if dia mengatuk sgt even tgh makan nasi boleh tidur...ada hari dia naik train sambil berdiri dia tidur uols....hahaha pitam tgk

YONG JIAO XIU said...

hehe kiranya adam jenis mudah tido.letak kat mana2 pun,klo mata mengantuk, grenti dia tdo eh. hahaha.
cousin yong plk, dah elok2 tdo baring(mmg start tdo dengan baring), dia bangun duduk kat mana2 dan tdo gaya tu.hari2 mcm tu, klo jarang2 tak kisah la sgt. hahaha