Tuesday, December 20, 2011

Ayah tak keluar wad lagi.

hadeh la, memang gelak sesorang aku dibuatnya. Masa balik melawat ayah aku, aku pergi la kat parking keta tu, dah malam dah dalam pukul 7.20 petang.
Er aku tak cakap lagi kan, yang ayah aku still dalam wad? Ok hari ni hari ke 13 ayah aku berada dalam wad, dia masuk 8hb Disember 2011 hingga la sekarang, kalau ikut yang nombor sebenar kira macam 14 hari dah, dia sudah amat bosan kena tambat kat katil tu dengan wayar ubat. Dia cuma boleh bergerak sekali sehari sahaja untuk mandi pagi, dan aktiviti lain cuma boleh dibuat di katil. Bosan, kan? Kaki dia pun rasa lemah sebab lama tak berjalan. So tak dapat nak sahut seruan 10000 langkah setiap hari yang dibuat kerajaan. Langkah yang tak sampai 50 kot dia buat setiap hari. Sadis, sadis, aku pun tak suka duduk je.
Hari-hari aku pergi teman dia, beli makanan dan surat khabar. Balik rumah pukul 7 petang dan ke atas, mak aku take over at night, tido kat hospital, kalau adik aku balik cuti, dia yang tido sana.
Go back kat story kereta, bila dah nampak kereta merah kelisa aku tu, aku pun tekan la remote keta tu, tapi tak menyala pun lampu keta. Aneh betul, rosak ke? aku tekan lagi, baru perasan ada bunyi on kereta. Pelik, tapi keta depan aku ni tak terbukak pulak. Aku ingatkan keta orang lain. Aku tekan lagi, eh bunyi lagi. Aku intai ke belakang kot kereta aku kat belakang, sebab bunyi macam jauh benar je. Aku pun dok main tekan remote tu nak kesan kereta aku.
Tapi...aku rasa aku parking kat sini tadi, ke aku hilang ingatan? Aku pun intai nombor plat kereta yang aku dok hadap tu, Hadeh! W kat depan, memang sah sah bukan keta aku! ok ok, sebelah aku pulak kereta warna putih Myvi, aku intai sebelah Myvi tu baru nampak kelisa aku. Besor sangat Myvi ni sampai lindung kelisa cetoet aku ni. Adei la, sengih aku sorang-sorang. Selamat la tuan keta kelisa yang tu tak ada kat situ, kalau tak, memang malu aku. hehe.

3 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ader ker cabaran 1000 langkah ituew??? darl ai gi keja siap bawa alat kira langkat selalu dalam sehari paling byk 11000 langkah paling sket 8000 ribu la...kira 1000 sket sgt yong ngeeee....owh ai pow pernah kena kes gituew...confident jer keta kiter tertiba tgk number plate bukan....nasib baik org x dak ngeee if not maluuuu

YONG JIAO XIU said...

ops tersalah 10000 langkah, hehe selamat ayu tegur, jap nak baiki.thanks.

qaseh eryda... said...

how's ur dad? hope ayah kamu ok..jga ksihatan ayah yer... :)