Tuesday, December 6, 2011

Novel Mistwood

Mistwood
Tetiba je, kan. Sebenarnya ni tajuk Novel. Bukan aku buat, tapi novel yang aku beli. Hurm, kecewa kot sikit, tajuk memang gempak, sinopsis pun gempak gila. Teruja aku nak baca. Balik je, terus aku grab novel ni dulu, bukak plastik dia, terus mengadap. Memang gaya tak leh blah.
Sebenarnya dah lama usha novel ni, budget nak beli bulan ni la, bulan 12. Sebab bulan 11, dah banyak aku beli novel. Tapi, macam yang korang tau, kat Popular now sale gila-gila gempak untuk semua novel tak kira bahasa. So apa lagi, novel yang memula ada 10% je diskaun ni tetiba dapat 20%. Aku pun beli la jugak. So aku beli novel ni bulan 11, hujung bulan baru ni. Tu pun aku just rembat 2 novel je, satu lagi tu tajuk 'Awak suka saya tak'.
Sebenarnya, er aku rasa macam cerita ni a bit dull lah. Entah kot ada orang lain rasa berbeza dari aku. Tapi yang berjaya ialah writer tu twist cerita dia pakai gaya macam Oedipus je. Bila aku go through the story, otak aku terpikir jalan cerita Oedipus yang macam dah jadi lullaby kat aku ni (poyo je bunyi, kan). Tapi bukan jalan cerita Oedipus pun. Bukan terer sangat pun aku pasal Oedipus ni, tapi kalau pakat dok asak cerita ni, mesti la otak novel jiwang karat aku mudah masuk, kan.
Ok, ok back to Mistwood (Memula pandang dan baca tajuk dia, aku bantai MistGood hehehe sebab tulisan terlebih creative sangat). Kalau tak nak baca sinopsis kat bawah ni pun takpe, sebab aku bantai cincai, sorry cik writer sebab habis buku ni aku buat sinopsis jadi kurang lazat macam tertera kat buku tu.
       Jalan cerita dia pasal alam magic, lagenda. Mistwood(makhluk yang boleh berubah bentuk kepada lelaki, perempuan, haiwan, tua atau muda), lagenda mengatakan dia penjaga pemilik takhta kerajaan. Setiap kali muncul raja baru, pasti dia akan turut membantu berkawal, jika dia dijemput ke istana.
Putera baru ingin memastikan keselamatan dia terjamin, so dia pergi menjemput Mistwood dari hutan Mistwood. So, kali ni mistwood muncul gan watak perempuan muda yang cantik. Dia pergi ke istana, tetapi kuasa dia macam hilang sebab dia tak dapat bertukar bentuk di dalam istana, kecuali kalau dia kembali ke dalam hutan. Dia jadi keliru gan identity diri dia, dia sayangkan putera yang baru ambil alih takhta sebab ayahandanya mati.
Putera tu sebenarnya putera palsu sebab ayahanda dia dulu bukan keturunan raja betul, tetapi mengambil takhta dengan membunuh raja asal. So, putera sebenar, nak bunuh putera palsu ni sebab nak takhta. Putera palsu risau kalau Mistwood belot sebab dia bukan putera asal. Mistwood memang belot sebab dia kena dengar kata putera sebenar je. Putera palsu menghilangkan diri, tapi berjanji nak tuntut balik takhta tu. Putera sebenar pun sukakan mistwood ni sebab mistwood pernah jaga dia masa kecik dulu.
Pastu putera palsu datang tuntut bela, masa tu kakak putera palsu ni ada dengan putera sebenar. So pendekkan cerita putera palsu bunuh putera sebenar. Masa putera sebenar nak mati tu, baru la mistwood mintak maaf kat putera sebenar, masa tu putera sebenar dah mati. Dia kata, dia adalah kakak kepada putera sebenar. Putera palsu terkejut gila, termasuk la kakak putera palsu tu. Sebenarnya, kuasa mistwood masuk dalam badan puteri yang ayahanda dia kena bunuh gan ayah putera palsu, mistwood masuk dalam badan puteri sebab nak selamatkan puteri tu memandangkan puteri tu adalah anak sulung, yang putera sebenar anak nombor 2. Puteri Mistwood tu kemudiannya menjadi murung, kuasa mistwood tu dah hilang, putera palsu dapat takhta. Putera palsu meluahkan perasaan cinta dia kat puteri mistwood tu.  Dia kata selama ni dia dah cintakan puteri tu, tetapi tak dapat nak cakap sebab dia ingat puteri tu sebenarnya shapeshifter (makhluk bertukar bentuk sesuka hati).
End. Sorry aku buat synopsis dia jadi lagi dull n boring kan. Sorry again. Sebab nak ringkas je ni.


Out of 10 aku cuma mampu bagi 7 saja. huhuhu.

3 comments:

Kaseh Esmiralda said...

yg novel sebelah die tade review plak???

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

curlastt diap buat review jer....ai x der stok novel baru nk baca...last bc novel on9 jer uols...nangess

YONG JIAO XIU said...

Kaseh: huhuhu tak sempat nak baca lagi novel tu. mmg busy now. Nanti nak amik cuti semata-mata nak baca novel. hahaha. Hey I bought your novel tau! tapi macam yang tu jugak tak sempat pun lagi bukak pembalut dia. Busy teramat.
Ayu: hehehe baca online pun best apa, sebab baca online novel banyak sangat, now novel yang dah beli, tak sempat pun lagi bukak pembalut dia. ada 17bijik kot yang belum buka pembalut. huhuhu.