Showing posts with label omong kosong. Show all posts
Showing posts with label omong kosong. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Happy day!

Happy day hari ni.

Kenapa?

Aku bangun dengan penuh bertenaga. Er tapi kan...otak aku asyik la pikir - nak amik cuti..nak amik cuti... tapi kan... aku pergi jugak ke sekolah. Pastu kan...yang bestnya bila pakat orang puji baju aku yang glitter ari tu. Alos yang warna hitam yang aku jahit sendiri tu. hahaha.

Penuh tenaga betul aku ari ni. Banyak kerja selesai. Rasa nak stay kat tempat keja je ari ni. Ops terlebih rajin pulak kan. Tapi aku tak stay pun. Aku pegi beli RFC, dah janji gan mak aku. Pastu aku pergi beli oat aku. Bekalan untuk 2bulan.keh keh keh. Sengal kan. Aku bantai beli banyak kat Mydin sebab harga dia lagi murah dari Tesco. Tesco ari tu aku tengok sampai jejak RM14.59 sen kot. Gila la mahal. Selalunya paling tinggi RM12.90 saja.
yang ni percuma bliss.

So aku boikot la oat kat tesco tu. Kat Mydin harga cuma RM11.59 saja. Siap percuma bekas- so aku dapat 3bekas Tupperware quaker. nampak pun kukuh saja. Aku beli Bliss jugak. Dahaga sangat ari ni! huhuhu aku memang tak cukup kalau bagi setakat 1 botol air mineral kecik. Aku kena minum 3liter sehari paling kurang pun 2liter grenti aku minum. tu baru air masak saja. yang bestnya, aku beli bliss, memang tak tau pun ada dapat bekas air percuma, masa pegi kaunter penebusan, abang yang jaga kaunter tu ingat aku nak tuntut yang bliss punya, padahal aku nak yang oat punya. Tak sangka dapat 4barang hehehe. Oh banyak betul barang percuma ari ni. hahaha. Suka sangat.yang ni percuma oat quaker. RM11.59 je harga quaker oat tu, siap dapat bekas ni lagi.

Pastu kan, aku main game LUXOR dan aku dapat ke stage 10 sudah -dari stage 8 tau! punya la berbulan aku main kat stage 8 tu. syukur ...hahaha main game penuh dengan kesungguhan tau.

Pastu aku basuh keta lagi petang tadi, even sebelum tu hujan. Ye la kan, dah kena bebel gan mak aku dah, dia kata keta aku tu dah kotor sangat. Ye ke? Malam ni aku nak baca novel lagi kot. hahaha baru beli 3 lagi novel baru!

Thursday, September 15, 2011

Kenapa aku malas?

gambar sesaja sebab taknak kasi entry tak ceria, ha siap letak matahari biar celik mata sikit aku ni. urm bukan ke matahari buat mata silau? ni gaya aku mengular kat office, orang masuk kerja, buat kerja. Aku masuk time kerja, dok baca belog gan type entry. memang tak patut diikut.


apasal eh, bulan ni macam aku ni pemalas gila-gila bab mengupdate belog kesayangan aku ni? banyak je idea ada nak bercerita. Tapi malasnya.....masyaAllah memang la, payah nak mengubat bulan ni. Besar sangat huruf 'M' aku bulan ni.

Memang effect aku punya life lah. Tah kenapa tah. Konon nak update pasal novel aku baca, tapi tu la...

busy?

agak la... gan banyak ober tim (over time) ni lagi.

Pelik, aku boleh tidur dengan nyenyak even tak abis baca novel. Siap boleh letak novel tu lagi, bila tengok jam dah pukul 12 malam. Selalunya, aku kalau tengah excited memang tak akan letak novel. Dah tak excited ke aku sekarang ni?

Hmmm tapi aku boleh tulis surat 5 helai kat kawan baik aku lagi. hehehe gan dia memang aku sentiasa excited. Ok sharifah, kalo hang baca ni, memang betul ni, aku sentiasa excited kalau dapat berborak gan hang tau. Kan best kalau hang pun keja dekat gan aku. Gamaknya aku sentiasa ajak hang outing sesama. sebab now hidup aku agak boring jugak.

hari-hari aku cuma online, baca diari hidup orang - ayu, syaheeda, azizah, baca novel orang- acik, bella, er memang banyak. hehehe sebab diorang bukan update selalu. oh tapi acik lana tu memang update selalu novelnya.

Thursday, August 18, 2011

Aku takut kucing!

comel tak? memang comel...
Justify Full
Ok ni kisah lama. Saja je nak cerita balik kisah aku dulu kala. Sekarang pun, sebenarnya...

Ok aku takut kucing!

Sebabnya, kucing kan suka cakar mencakar. Dan Kejar orang. Er bunyi macam anjing ke? Tak lah, kucing lain sikit. Dia kecik. Tapi aku still takut jugak. Bukan geli. Aku tak kisah bab bulu dia.

Aku paling tak suka bila dia start ikut aku atau nak bermanja gan berguling-guling dekat aku. Jap lagi grenti dia angkat kaki dia nak mencakar kan.

ha gaya hyperactive macam ni memang aku lari. macam gaya nak mengejar aku je...

Aku pernah kena cakar gan kucing. Aku pernah tengok kucing bergurau gan nenek aku dengan cara nak gigit tumit nenek aku tu. Kasar tak gurauan dia?

Dulu, kawan-kawan n adik beradik n sepupu sepapat aku suka usik aku gan kucing, dia bawak kucing dekat aku or letak atas riba aku. Huaaaa... paling tak suka. Paling gemar bergurau kasar gan aku adalah abang aku la. dia saja amik kucing dan sua kat muka aku.

Pastu kemuncak aku gan kucing bila aku kena tinggal gan kucing selama seminggu masa study dulu. Roommate aku jaga kucing member dia yang balik kampung. Sabar je lah. Aku sampai tak jejak lantai bilik. Asal aku jejak je lantai mesti kucing dekat. Aku boleh je main gan kucing tu sebenarnya, setakat main aku dok atas katil n dia kat bawah. Anak kucing je pun. So boleh la aku usik gan bola benang segala kan. Oh roommate aku memang favorite dia kucing. Memang provide segala kat kucing ni. Even bawak haiwan peliharaan dalam hostel tu salah, dia wat selamba badak je.

Aku sebenarnya kesian kat kucing, bila tengok kucing kena buang ke, or mati kena gilis gan keta. Tapi tu la, aku seram gan kucing. Aku kekadang bila tengok kucing ni, terfikir nak tubuhkan badan penyelamat kucing yang kena buang lagi tau.

Oh ye, now aku dah kurang takut gan kucing lepas kena kurung gan kucing oleh roommate aku kat dalam bilik dulu. Tapi kalau kucing tu wat gaya over nak bergurau kasar macam gigit mengigit or berguling-guling or cakar-mencakar dekat aku, aku lari gak.

Friday, July 22, 2011

entry boring

gambar dari med gallery . beruang bersandar kenyang?


new day has come...
hari ni rasa bebas semacam je...
tapi...
rasa takde semangat bila hari dah semakin petang macam ni...

Monday, July 18, 2011

picture copyright: 123rf.com

Bulan ni aku akan slow down sikit dalam bab posting entry ni.

Kenapa?

Bulan yang aku rasa macam sibuk sikit dan aku tak terlalu ada dalam kawasan yang ada internet.

So, adios ...

Until we meet again...

Saturday, June 18, 2011

Grumpy irritable on Sunday..

If you are grumpy, irritable or just plain mean...
I understand, it's sunday (at least for Kelatanese, Terengganu and Kedahan)

Huh, really feel lazzzzzzzzzyyyyyyy now. Tomorrow is Sunday, workday... am I gonna be one of grumpy, irritable person? not sure but for sure I'll be the blur-est person. hehehe.

Should sleep now... I have 'work' tomorrow. Urgh!!!!!!!!!! Next week, which is start tomorrow... get a visit from gov staff. Need to prepare a bunch of documents. Need to prepare slide show. Need to prepare presents. Need to talk a lot. Need to meet people. Need to do this and that. Need to go here and there. The 'M' sickness is back in me...hospital, I need MC, er actually I need to ask it from doctor right!!!!

(Sorry, this is my trifle (not dessert OK!) blurb of feeling lazy.... again...)

Sunday, June 12, 2011

boleh kelantan tambah cuti untuk mourning tak?


Hampir aku lupa nak post something for today.
Still frustrated with the game last night. Got lots of comment and people view my blog just to look at the 'special entry about the lost'.
Nevermind that, tomorrow start working. Gonna hear lots of amateur commentator about the game last night. Better prepare my ears and think what I want to comment too. hehehe.
Still in holiday mode. Can I just ditch work tomorrow? hehehe... what's gonna happen if i really do that?
Gosh! I have lot of things to do, but feel veryyyyyyyyy lazy now.
Can Kelantan government tambah another cuti tak? cuti for mourning kekalahan bola semalam. hehehe. Really lazy... tolong lah....
rasa nak g hospital and ask for MC boleh?
sebab penyakit 'M'* dah kritikal ni. Perlukan rehat atau rawatan or operation ni.

*malas

Friday, June 10, 2011

☆ favourite aku - SPICA

Got the star today. So gonna make a lot of stars here. hehehe.
Nak copy?
Silakan...
aku amat suka
memang banyak kat langit
masa aku kecik dulu, aku suka keluar baring kat atas kerusi batu kat laman rumah aku sambil tengok . Mak aku suka berborak dengan jiran/kawan dia time malam-malam, sebab tak panas. Aku boleh hafal banyak pasal . Ok aku nak share tentang favourite aku- SPICA, sebab dia paling besar dan panas. Macam mana aku tau SPICA tu panas? Sebab warna ni ialah biru, yang paling cunnya sebab ni bawah zodiak aku; VIRGO. Ia membuatkan aku makin sayang dengan nama ni.
Kebanyakkan barang aku, aku letak label SPICA dan lukis

Sunday, June 5, 2011

Semua mood bercuti and outing kot

Semua orang takde online ke ari ni? Aku tengok memang sikit sangat entries yang wujud. Selalunya mesti ada jugak yang update blog dorang. Selamat la Live On! Syaheeda punya blog ada update. Gamaknya pakat dok sakan bercuti kat luar sana or pergi outing menyemakkan shopping complex. hehehe.
Aku kebosanan takde bahan bacaan nak baca. Rasa malas nak mengadap novel, cuma nak baca blog je. Penulisan2u pun ada cerpen je ari ni. huhuhuhu memang boring hidup aku hari ni.
Nak ke KB? Grenti cuti sekolah ni sesak jalan je. So aku malas la nak jadi orang yang lagi menyemakkan lagi jalan di Kota Bharu tu. Bagi je kat orang yang balik kampung or yang datang melancong ke sini. Aku, hari-hari boleh turun sana kalau tak keja or balik dari kerja.
Hari ni cuti untuk ganti Keputraan Agong semalam.
Ayah aku aktiviti dia tido je. Aku pulak kerja belambak tapi really not in the mood today to do it.

Friday, May 27, 2011

apasal list follower aku boleh hilang?


aktiviti biasa time hujung minggu...balik kampung.
tapi ada satu yang luar biasa pasal blog aku. aku rasa blog lain pun ada problem macam aku ni jugak, sebab time aku buat lawatan tadi. kebanyakkan blog tak dapat access dia punya followers. aku pun sama, aku try nak masuk blog follower, tapi cari punya cari, tak jugak keluar. benda ni berlaku dah seminggu kot. problem betul...
tak de notice pulak cakap pasal kehilangan follower list ni. mula-mula aku click pakai segala errr...hmm dari modzilla, nescape, chrome dan flock semua tak de keluar jugak follower. aku try check kat setting la, design la. tapi tak jugak jumpa punca penyakit dia. so aku try la survey blog lain, ada la 3 blog yang takde list follower.

Saturday, May 21, 2011

no reason...



















I find no reason to keep refreshing the dashboard. No one post anything, I really hope someone could comforting me with their writing.

Should I tell that now, I think I'm obsess with blogging?

Not really, actually I feel a bit nervous about Monday. Huh, I need to present a paper work and I haven't the slightest idea what to do.

Which language should I use? English or Malay? Am I thinking to much? I always look at the trifles.

huh really.... I don't know.

Saturday, May 14, 2011

Kebanyakan blog tak dapat access pada 13 Mei 2011

ni la rupa dia bila aku nak masuk blog sendiri kelmarin


Kelmarin (bahasa Malaysia betul punya), Semalam (bahasa kebanyakan orang malaysia pakai, tapi tak termasuk kawasan pantai timur dan utara Malaysia) bukan nak cerita pasal tragedi hitam 13 Mei pasal isu rusuhan kaum yang menyebabkan nyawa ramai orang malaysia terkorban tu. Hmm kalau korang belajar subjek Sejarah/ history dengan tekun, grenti dapat tangkap kisah 13 Mei 1969. Kalau isu tu tak tahu, ha belek buku sejarah balik or... alah korang kan pakai internet, so cari je lah 'tragedi 13 Mei 1969, Malaysia'.
Ok cerita asal aku ni adalah pasal kisah kebanyakan blogger tak dapat nak access blog sendiri pada 13 Mei 2011, iaitu kelmarin. Termasuk la aku ni. Cuma boleh masuk blog depan tapi untuk access data or post entry memang tak berjaya. Kalau aku masuk blog blogger lain pun sama, boleh masuk baca tapi tak dapat nak bagi komen.
Ia berlainan dengan masalah penulisan2u hari tu, sebab penulisan2u, memang tak dapat access oleh sesiapa pun kecuali pemiliknya je. Kita ni pulak, boleh baca dari luar, bukan dari kita punya log in.
Seksa jiwa tau. Ye la kan, aku ni memang kerja main blog je. Asal buka lappy aku ni, terus aku blog. Kalau orang lain, buka lappy mereka untuk masuk facebook je. Aku ni pulak facebook pun takde. Sedih dan sadis betul rasa hati semalam. Tak dapat aku nak capai target nak post sehari satu entry. huhuhu.
Tapi hari ni pulak, aku tengok, kebanyakkan blog ada post entry yang sama, aneh ni. Agaknya memang blogger post entry sama or founder blog yang terpasang salah sistem sampai ada entry jadi double?

Ini perasaan aku kelmarin, bila tak dapat nak check blog aku sendiri...
13 Mei 2011 punya feeling...
i miss my blog!! huh what happened now? I can't even enter my own blog. It feels like I lock out of my own home! Sadly when you even need to beg to enter your own house. well not begging actually. hehehe I love to exaggerate. but really I feel so helpless and hopeless when I can't enter my blog. my home sweet home. It is under construction. My home is under construction. I don't even a ask anybody to do that. But yeah, since you live in apartment, you need to accept that your house is cracking up.
I woke up early and switch on my lappy just to see my blog. But when I entered it, this image came out. huhuhu. Rasa macam tak bersemangat. Then I entered few other blogs. Nampaknya they all also have the same fate like mine. Blog cuma boleh dibuka untuk di baca bukan untuk menghantar comment.
Aku terus check till 11.45p.m. really hope that I can post my story for today. I promised myself that I want to post 1 entry everyday. Nampaknya fail pulak nak capai target aku bulan ni.

Saturday, May 7, 2011

dapat contact yoe balik..

hmm story mory apa ya ari ni? hmm...jap aku nak cop tempat tuk ari ni, tah apa aku nak taip nanti. Tak leh nak taip banyak kot, aku dah mengantuk ni. Letih tul ari ni. Keja ari ni balik awal.hahaha sengal tul. kul12 dah pecut balik dah.
Ha ada 1 isu kot. hmm member lama dapat contact semula. Tau-tau la sekarang ni kan orang guna Facebook, so takde dah nak ym segala bagai ni. Kawan aku ni gamaknya dah setengah abad kot(exaggerate lagi) tak contact gan aku. Sampai dia boleh lupa aku, kena la ingatkan balik cam mana kitorang boleh kenal. huhuhu. Old friend of mine; yoe.
Cara kenal pun special.hahaha. Boleh buat novel kot, kalau kreatif, tapi now aku busy with assignment, dah la in two weeks kena mengadap exam pulak. huhuhu aku paling tak suka kalau kena mengarang esei ni. I'm not good with words, kalau bagi objektif semua, grenti aku boleh score. bukan berlagak ke apa, tapi dah terbukti dari aku zaman sekolah rendah kot, sampai form 6 pun macam tu jugak lah, masa degree pun 2x5 jugak. semua markah aku terconget, kalau esei dapat b, or c. kalau objektif, grenti aku dapat A punya lah.
ha dalam aku takde isu nak cter,ni bila dah menaip,banyak je isu keluar kat dalam kepala otak ni. hmm tapi pasal kisah member lama aku yoe ni aku cter kemudian, mengantuk lah. Dah la report meeting belum buat ni. Tidur dulu, kemudian baru aku bangun dalam pukul 3, sambung buat. DAN AKU TETAP NAK TEGASKAN DISINI, AKU AMAT LEMAH BAB MENGARANG, DAN AGAK TAK SUKA MENGARANG. TAKDE LA SAMPAI TAHAP BENCI KUASA 500.hehehe. Ok nite.
Esok hari ibu...
hmmm macam banyak je cter boleh cerita bila ada masa nanti kan...

Tuesday, May 3, 2011

My Chart Songs this month; May 2011


Another month passed by. This week, is a first week for May. Got another song chart I would like to share with you all:

  1. Jason Derulo - whatcha say
  2. Lenka - the show
  3. Maroon 5 - never gonna leave this bed
  4. Bruno Mars - Marry you
  5. Orianthi - according to you
  6. Pink - Raise your glass

Lenka famous with 'Trouble is my friend'...gonna listen to this song later on...again.

Download them all at mediafire(how to download it? look at my previous post on 'how to download songs')

Don't worry this list only for this week, I will add a few more songs as the time flows...

Saturday, April 23, 2011

heavenly sleep..zzzz


letih oooo...drive pegi-balik dan segala aktiviti yang dibuat sepanjang 3hari ni.
Aku baru balik dari Taman Negara Kuala Koh, now I only think about my bed. Bet I will never dream anything tonight because I'm totally depleted now. heavenly sleep...
really tired, but still I have time to post an entry to tell that "I'm still alive today". alhamdulillah...

Tomorrow I'll tell you what had happened, then you can judge. Don't ever judge a book by it's cover ok...hehehe

Time to sleep..

picture conan ni cute sangat cam aku yang tengah tido dengan buku novel kat tangan. hehehe


Assalamualaikum...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Thursday, March 31, 2011

malas



lazy mode...
lots I want to share with people but...I'm so lazy now.
Some of the issues are not even relevant to be posted anymore. Or should i just type it?
about the number, my jungle tracking, Pesta Buku, and Rejim Mahkota that always tickling my brain.
Lets start with number I think...after this I will post it. A very interesting fact about this year number...
So now let's solat first!

Sunday, March 27, 2011

Aku budak cina?Dah letih nak menjawab...

Memang letih nak menjawab isu yang sama walaupun orang yang berbeza yang tanya. Kekadang tension jugak bila ada je yang tanya aku. Sebab aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku bukannya ambil tahu sangat dengan keturunan ke hape ni..dalam surat beranak dah tulis yang aku ni keturunan Melayu, so aku pegang je ayat Melayu tu. Malas nak mengkaji sangat.
Aneh ke bila aku dok cerita pasal isu aku budak cina?Kenapa aku bercerita isu ni? Luahan perasaan aku yang memang letih and boring giler bila kawan-kawan dok bertanya pasal kacukan ni. Aku pun tak pernah tanya orang samaada diorang kacukan apa-apa, sebab aku tak nak orang tanya aku benda yang sama. Sumpah aku cakap...bosan nak mampus bila ada yang tanya isu ni, lidah aku jadi kelu, otak aku boleh tetiba cramp (kalo otak boleh cramp), letih tetiba menghuni aku-selalu buat aku terkedu. Tak tau la macam mana adik-beradik aku yang lain pulak. Cuma kekadang ada jugak bila tiba-tiba sorang dalam adik beradik aku start cerita, pakat la ada yang nak share pengalaman jugak. Selalunya adik dengan abang sulung aku lah yang suka share. Aku dengan yang nombor 2 memang kurang sikit. Aku ada share, tapi yang abang aku yang nombor 2 tu memang aku rasa sekali je kot dia share. Dia jenis pendiam sikit, tapi bila buka mulut boleh bernanah gak telinga dengar.
Cuma ayah aku pernah cakap yang abang ipar dia ada cerita yang bapa saudara or tok saudara ayah aku cina thailand ada je tinggal kat Bangkok nun, entah betul entah tidak. entah entah ayah aku 'goreng'(tipu) aku sebab dia pun boring nak menjawab soalan aku , sama macam aku letih nak menjawab soalan orang yang tanya keturunan aku. So, aku assume yang aku cina belah bapa lah. Even muka aku macam mak aku. Belah mak aku pun muka lebih kurang jugak lah, kecuali sesetengah cousins aku yang mata bulat ada jugak, tapi ada je yang mata sepet cam aku . Belah ayah aku pulak, tak sah cerita la kan, sebab aku dah cerita dah tadi kat atas tu. Lagi la muka species aku, cina. Kebanyakkan kitaorang yang belah ayah aku ni kalo standing around chinese grenti dah tak dak beza. Ada je cousin aku yang kena panggil macam aku, cuma aku dah jadi cam family Yong, diorang pulak ada Ong dan Wong-orang cina yang panggil depa cam tu. Aku pun dah terlekat dengan nama Yong, tak leh nak ubah, sebab dari kecik amat lagi dah kena panggil dengan nama tu.
Malas kan nak menjawab, bila ada yang tanya 'awak ni generasi ke berapa dapat title Melayu?'huh. Malas tul aku nak mengira ni. Semput aku bila ada je dok bertanya aku isu aku ni kacukan ke hape. sebab tak tau nak jawab apa. Bagi aku, aku ni dah muka melayu, kulit melayu. Yeah maybe mata je la sepet sikit kan. Aku tak rasa aku berbeza sangat gan Melayu. Tapi bagi orang kat sekeliling aku, diorang tengok aku ni macam aku ni very obvious aku ni cina. Ada yang siap kata aku ni muallaf. sengal otak kejap aku ni.
Dulu masa kecik, masa zaman aku tak pakai tudung. Budak Melayu tak nak kawan dengan aku sebab takut aku ni budak cina. Nak buat macam mana, bila dah tinggal dalam komuniti Melayu kan. Pendedahan dengan bangsa lain kurang.
I wonder...macam mana pengalaman cousins aku yang lain bila ada yang soal isu ni kat depa. Mungkin mereka lebih jelas pasal keturunan sebab tinggal dekat dengan nenek aku. Teringat cousin aku yang sorang ni, yang muka dia, yang aku anggap memang cina betul. Apa pengalaman dia ya? Macam mana orang greet dia kalau dia tak pakai tanda nama atau orang tak nampak tanda nama dia?(pakai name tag sebab dia keja government tapi bukan cikgu) Sebab dia lelaki, so tak pakai tudung( selalu orang assume yang pakai tudung gerenti melayu) . Cause bagi aku, muka aku dengan cousins aku yang lain boleh aku kata melayu di mata aku, walaupun orang luar kata kami ini cina. Tapi bagi mata aku, cousin aku yang ni sorang memang outstanding muka cina dia tu. Mesti lagi banyak pengalaman cam aku.

Friday, March 11, 2011

Kenapa gan penulisan2u ni ye?

i got problem lah. apasal ye, aku takleh tengok senarai kat p2u tu? bila tekan je, dia kata no result. Apa tah ni. P2U ada renovate webpage dia ke? sampai aku tak leh nak tengok senarai terbaru. Senarai memang la ada tapi senarai yang dah 3hari lepas.huhuhu. Aku rasa ni bukan problem laptop aku. sebab page dia kuar je, just senarai kat ruang tengah tu takdak.

Tuesday, February 1, 2011

Funny Flood Pictures/gambar lawak banjir!

Bagi aku ada sikit gambar lawak, ada jugak yang tak lawak pun, yang fact punya. Saja post, kot boleh kasi senyum korang! Keep smiling, even how hard life would be for you ok! semua sumber adalah daripada internet. How to search these pictures? type je 'lawak banjir'

try to make excuse for not attending meeting (kot) or maybe bergayut dengan girlfriend/bini muda ke? tapi masalahnye, berfungsi ke dalam air tu?.


yang ni lagi best..kusyuk, penuh kosentrasi, gaya santai.. lepak yang paling best dalam rumah yang penuh air sambil tengok tv. selamat tak kena electric shock!


ada usaha lagi kereta yang dah tenggelam separuh badan tu nak berjalan, lampu pn still bernyala tu. Kereta berjiwa kental tu, even engine dah tenggelam still boleh je drive ye? aku tak tau nak kata orang kat dalam tu camne kawal stereng and gear kereta dia. kagum nih( geleng kepala)


gaya ni aku pernah buat masa kecik, best! Mak aku pernah basuh baju kat dalam air banjir, mak aku ambik tali ikat kat besen pastu tambat kat tiang rumah sambil dia basuh baju kat berenda yang pernuh air. Selamat time tu air tak masuk dalam rumah.


er makcik nak alih letak kat mana tu? semua kawasan dah tenggelam dalam air ni makcik. elok kalau pikul je kalau nak selamatkan dari banjir ni. hehehe


ni gambar tak boleh blah punya gaya. hahaha boleh pulak dia buat gaya surfing terbaik nih. orang ni ditarik dengan 4WD hilux. best je ye, takleh pergi hawai, kat dalam banjir pun poyo je main.


gaya cam dalam sarkas je dia ni. gaya terbaru naik basikal tu, selalu dalam sarkas orang naik basikal atas tali! dia ni pulak naik/kepit basikal sambil bergayut kat tali yang digantung atas air banjir yang laju. seram aku tengok air laju tuh. hewww


banyak pakcik ni dapat ikan ye? menjala dalam air banjir. Memang ada gaya! dan memang terbalik; bawak kereta dalam air menggantikan bot, pastu memancing atas darat yang ditenggelami air.

teruskan tebar jala ye....dapat ikan, balik nanti kita bakar pun sodap tu, cicah air asam musim banjir-banjir ni memang menyelerakan, kan..kan... musim hujan cepat rasa lapar.

Monday, January 4, 2010

Jalan raya jenis apa la ni....

Tension aku bila balik kampung now. Tiap kali ke Kota Bharu, langsung tak best. Nak tau kenapa?!
Korang bayangkan la, jalan raya kat tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital and segala macam highway. Tu pun susah kita kat Malaysia ni nak jumpa highway ada 4 line. Ni dah la jalan tengah bandar, dekat dengan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, swasta tapi ada 4 line!@#$
Gamak-gamaknya meningkat la kadar kematian pelajar sekolah Padang Garong kat tengah pusat bandar tu. Ye la, nak kena lintas 4 line jalan sehala yang kereta punya la laju!@#$
Sampai sekarang aku dok pikir motif kenapa orang yang bagi idea bina jalan tu, pilih untuk buat 4 line jalan SEHALA sahaja? Jadi kerja aku pulak dok pikir motif jurutera nih. Asal masuk je pusat bandar terus aku pikir, asal tengok jalan pun dah terpikir motif jurutera tu wat jalan macam tu kat Kelantan. Hmmm nak kata nak buat jalan raya bertingkat, rasanya tak kot and buat masa terdekat ni tak mungkin diorang buat jalan bertingkat kat tengah bandar. kalau kat KB Mall tu rasa ada la jugak kebarangkalian nak buat jalan dua tingkat.
Ada sesapa boleh explain kat aku tak kenapa dia buat jalan 4 lane SEHALA kat dengan sekolah di tengah pusat bandar Kota Bharu?