Thursday, August 18, 2011

Aku takut kucing!

comel tak? memang comel...
Justify Full
Ok ni kisah lama. Saja je nak cerita balik kisah aku dulu kala. Sekarang pun, sebenarnya...

Ok aku takut kucing!

Sebabnya, kucing kan suka cakar mencakar. Dan Kejar orang. Er bunyi macam anjing ke? Tak lah, kucing lain sikit. Dia kecik. Tapi aku still takut jugak. Bukan geli. Aku tak kisah bab bulu dia.

Aku paling tak suka bila dia start ikut aku atau nak bermanja gan berguling-guling dekat aku. Jap lagi grenti dia angkat kaki dia nak mencakar kan.

ha gaya hyperactive macam ni memang aku lari. macam gaya nak mengejar aku je...

Aku pernah kena cakar gan kucing. Aku pernah tengok kucing bergurau gan nenek aku dengan cara nak gigit tumit nenek aku tu. Kasar tak gurauan dia?

Dulu, kawan-kawan n adik beradik n sepupu sepapat aku suka usik aku gan kucing, dia bawak kucing dekat aku or letak atas riba aku. Huaaaa... paling tak suka. Paling gemar bergurau kasar gan aku adalah abang aku la. dia saja amik kucing dan sua kat muka aku.

Pastu kemuncak aku gan kucing bila aku kena tinggal gan kucing selama seminggu masa study dulu. Roommate aku jaga kucing member dia yang balik kampung. Sabar je lah. Aku sampai tak jejak lantai bilik. Asal aku jejak je lantai mesti kucing dekat. Aku boleh je main gan kucing tu sebenarnya, setakat main aku dok atas katil n dia kat bawah. Anak kucing je pun. So boleh la aku usik gan bola benang segala kan. Oh roommate aku memang favorite dia kucing. Memang provide segala kat kucing ni. Even bawak haiwan peliharaan dalam hostel tu salah, dia wat selamba badak je.

Aku sebenarnya kesian kat kucing, bila tengok kucing kena buang ke, or mati kena gilis gan keta. Tapi tu la, aku seram gan kucing. Aku kekadang bila tengok kucing ni, terfikir nak tubuhkan badan penyelamat kucing yang kena buang lagi tau.

Oh ye, now aku dah kurang takut gan kucing lepas kena kurung gan kucing oleh roommate aku kat dalam bilik dulu. Tapi kalau kucing tu wat gaya over nak bergurau kasar macam gigit mengigit or berguling-guling or cakar-mencakar dekat aku, aku lari gak.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai pow x berani sgt nk cat ni
Dulu pernah bela tertiba kena langgar
Sedey taw since tu malas nk Bela pets ni
My son pernah kena cakar ngan cat 2 kali
Siap bawa jmpa doc cuci luka
Tp dia x serik nk main jugakkkk ngeee ☆〜(ゝ。∂)

YONG JIAO XIU said...

hurm cter pasal langgar kucing...pernah terlanggar kucing masa otw blk dari perak ke kelantan. tak sempat elak anak kucing tu. mmg berbulan nak hilang takut tu.
woa bgs lah anak ayu tu. tak serik, yong ni mmg serik terus.