Thursday, August 4, 2011

cara untuk melangsingkan/slim perut

gambar diambil dari : loose-belly-fat-fast.blogspot.com

Ni ada cara untuk melangsingkan or er paling tepat 'flatten' perut dengan cepat adalah seperti berikut:
  1. pastikan postur badan tegak, tidak bongkok; berdiri tegak atau duduk jangan bongkok.
  2. buat sit up. tambah jumlah sit up setiap minggu. mulakan dengan jumlah 30 kali sehari. sama ada 10x setiap sesi atau 30x direct.
  3. tidur mencukupi kerana menurut kajian Universiti Auburn tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan hormon stress dan ini meningkatkan berat badan kerana hormon ini akan memerangkap lemak di dalam badan.
  4. Tolong kunyah makanan anda sebelum telan selama lebih dari 20kali(kalau paling malas kunyah), kalau ikut sunnah Nabi s.a.w., kena kunyah 44x (ini lebih berkesan) - ini membuatkan anda cepat kenyang kerana dapat menikmati dan merasai makanan dengan lebih baik sebab dah blander sekata dalam mulut. Pipi pun boleh slim macam ni. otak dapat proses data yang perut telah kenyang ketika kita mengunyah. Perut pun tak sembelit sebab dapat hadam dengan mudah.
  5. elakkan makanan atau minuman yang ada gas atau berkabonat termasuk dengan chewing gum, tukarkan kepada air masak.
  6. elakkan makanan bergaram (asam masin juga termasuk dalam kategori ini) kerana ia akan memerangkap lebih air.
  7. kurangkan jumlah makanan; ambil semua jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tapi ambil makan setiap 2-3 jam sekali.
  8. seeloknya makan makanan yang ada serat/fiber (contoh: oat, lobak merah, kacang hitam dan barli) kerana ia mampu mengurangkan penghasilan insulin (insulin adalah hormon yang akan memerangkap lemak dalam badan). Dan makanan berprotein tinggi seperti tempe (kacang soya), susu, ikan (ikan boleh mengawal selera makan), roti.
  9. makan buah tembikai. + seafood + kacang jugak. tapi lebihkan tembikai sebagai snek anda.
  10. makan/minum 2 sudu cuka setiap hari - ikut kajian di Japanese Society of Nutrition and Food Science.
sumber ini diambil dari www.prevention.com dan diubahsuai/dirumus/summarized mengikut kepentingan kurus perut.

6 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Terasa boroi lepas berbuka posa uwaaa

YONG JIAO XIU said...

jom kita wat sit up sesama nak?
tapi kan yang cuka tu memang menjadi. ha ayu kan kat jepun, beli je cuka apple, klo baca yg kajian dari jepun tu memang dia ckp apple vinegar.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ader jual apple vinegar tue...nnt leh try byk sini jus yg nihonjin buat nak kasi kurus...kira x bahaya la....

YONG JIAO XIU said...

wah ayu! mmg betul2 untung tu. beli jangan tak beli. nak slim jgk, tgk pic ayu makin slim lah. hehehe mmg tgh diet ke?

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x der diet la cuma mkn nasik sekali jer sehary :D

YONG JIAO XIU said...

sy pun mkn 1x je nasik,ntp berat maintain cmtu gak.huhuhu. lemak tepu dah kot ni.