Saturday, August 20, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun@#$%&*

picture dari : alibaba.com -camel egg firecracker.

credit to sz-wholesale.com for this picture. Ni mercun papan aku panggil

Pom Pam Pom Pam. Sekali bunyi yang aku buat ni macam bunyi mercun papan yang selalu orang cina pasang nak sambut Gong Xi Fa Cai pulak.

Hari ni kisah pasal mercun. Selalu je tiap kali menjelang raya ada bunyi ni kan. Tak lengkap raya tu kalau tak bakar duit ni. So, mana-mana yang suka mercun tu, n tak dapat nak cari supplier mercun untuk main mercun, boleh la korang bakar je duit. Ha kalau bakar duit ni pun sama je.... lagi marak kot. Berkepul-kepul asap keluar. hehehe so sarkas-stik la pulak.

Geram jugak gan orang main mercun ni. Tak kira masa nak main. Ada tu sengaja je main time orang dok solat terawih. Memang la bengkak hati gua nih. Rasa terbakar sama cam depa ni bakar mercun tuh je.

Mana taknye, orang dok nak kusyuk solat, diorang mangkuk hayun ni@#$%& pasang mercun. Kalau mercun papan yang bunyi panjang dan tak berapa nak kuat tu takpe la jugak. Ni tak, sekali diorang pasang mercun bola tuh. Er or 'bedil' bola kot yang selalu orang kelantan dok sebut tuh. Tak pun pasang yang mercun botol tu. memang la bengkak hati!

Diorang ni memang sengaja nak test jantung orang tua masing- masing kot. Aku yang muda ni pun boleh tersentak-terkejut, ni kan pulak yang tua. Tak pasal-pasal ada je yang menyumpah dalam hati time solat. Adei, memang la korang tanggung dosa buat orang menyumpah dan tak kusyuk solat.

Aku ada rasa macam nak join jugak je. Rasa macam nak amik satu, n baling kat depa mangkuk plastik nih, kasi berkecai. Uhuh ni kira manslaughter ke? hehehe. tak sengaja ok! ha kira macam memain baling mercun gan depa ni lah. Er boleh pakai ka? memang kasar la tu main baling mercun kan. Ingat ni main snow ball ke? nama ball je sama ok. tapi ini adalah mercun ok. So ball firecracker ok! not snowball.

P/S selamat depa tak baling gan fireball kan. hahaha. Kalo tak, bankrupt la insurance company.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai pow X suka bunyi mercun yg kuat tu
Mcm terhenti jantung kejap ngeee

YONG JIAO XIU said...

tu la, klo main yg biasa2 tu ok la jugak. ni yg kasi test jantung sihat. sakit jiwa tul gan bebdk ni, klo yg nak sarat mengandung tu grenti la boleh terberanak terus.