Friday, August 19, 2011

Alegik lagu raya?

gambar dari : tengkuaizat.com

Ok ni pun kisah aku, awat ye asyik nak cerita pasal alegik la takut la. apa saja la...

Aku memang alegik gan lagu raya. Huh, sekarang kan lagu raya memang banyak kat radio. Ha, kalau dapat sampai kat telinga aku, grenti aku pergi tutup or alih channel radio tu. Alegik...alegik...

Dalam kereta aku, memang aku on radio orang putis sebab radio orang putis ni takde lagu raya. well at least, sepanjang aku dengar, takde lagi la sampai kat telinga aku lagu raya. Maybe sebab takde lagu raya yang lirik orang putis. semua lagu raya lirik orang melayu. hehehe. Lucky la tuh. Takde la sakit jiwa kan.

Awat aku tak suka dengar lagu raya?

Aku rasa macam ramai je yang sepisis gan aku nih. Pantang dengar lagu raya. Over? Takde lah, stress what. korang tak stress ke? kerja bertimbun tapi ada orang happy dengar lagu raya dan nak raya sebab takde keja lain dah. Wah sakit jiwa aku, aku banyak kerja nih. At least, nanti aku dapat cuti ok!

Aku start alegik lagu raya masa bila eh? Ok masa aku study kat ukm lagi, sebab time nak balik raya kan banyak assignment kena submit sebelum balik. Orang pasang lagu raya time ni memang nak kena maki hamun gan aku dalam hati la (mana berani pergi ketuk pintu bilik orang n maki hamun depan-depan kan). Stress ok.... otak jammed time tu sebab lagu raya. Aku terpaksa pakai headphone sebab tak nak kasi dengar lagu raya. Aku turn suma lagu jadi lagu rock n lagu nasyid. Well aku ni memang cherish all music so memang aku bantai suma, asal BUKAN LAGU RAYA!

Tapi aku enjoy je dengar lagu raya bila ia bukan pada bulan ramadhan or syawal. Asal jauh je dari 2 bulan ni, aku boleh dengar. hahaha apa kes nak dengar time bukan sambutan dia kan, tapi itu la aku. Hail the music! hehehe sengal kan.

3 comments:

Ain Zulaikha said...

hehe releks lah yong, ain pun sebenarnya alergi dengan lagu raya, sebab rasa macam tak raya je sekarang ni.. sabar aje lah.. lagi2 nak kena balik kampung.. errr padahal kampung ain jalan kaki je dah sampai.. hehe takpe , still assignment berlambak :(

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai sbb jauh sgt
If Dlm mesia blh dgr kot
Sbb haty akan sayu giler Teringat kt my Umi
Anak manja katakan....

YONG JIAO XIU said...

ain - hahaha see ramai je sama kaki alegik lagu raya. nak2 lagi time keja bertimbun kan. ni mesti bebdk u mmg tak nak dengar langsung time xcmen byk.
ayu - hehehe tu sebab yong post kad elektronik ada lagu raya, blh ayu cucuh pelita n dengar lagu raya.