Sunday, August 21, 2011

Pom Pam Pom Pam mercun 2@#$%&*

gambar import dari kgsilou.blogspot.com

firecracker part 2!

Cerita ni cerita lama pasal firecracker jugak. Cerita budak nakal (jahat) gan imamJustify Full muda (bukan program imam muda kat tv tu ye)
Kisah ni berlaku kat kampung aku, ketereh.

Pada suatu malam bulan Ramadhan, waktu tu time solat terawih. Biasa la kalau kat area kampung memang penuh je gan orang. Termasuk la bebudak kecik hingga la yang tua.

Budak-budak kadang-kadang datang untuk moreh je. Solatnya kekadangnya tidak. Nakalnya tak hengat. Bila bising, kena halau turun bawah/ halau keluar. Nak borak time orang lain solat, saja la nak cari nahas kan.

Bebudak ni, selalunya memang bawak mercun dalam poket baju melayu depa. sabar je lah perangai kan. Biasa la nama pun budak.

Ada la geng budak ni. Saja nak pedajal imam kat surau tu. hmm maybe sebab imam tu muda, baya diorang time tu 15 tahun saja. muda, kan? Well mak bapak imam ni hantar dia belajar agama khas untuk jadi imam. Memang budak imam ni tahfiz Al-Quran lah, suara pun best. Ramai la yang puji sebab muda-muda lagi jadi imam. Dia pun ada abang, abang dia 17 tahun, sama macam dia jugak; imam.

Tapi untuk bulan Ramadhan tahun tu, dia yang jadi imam. Gamaknya bebudak nakal ni jealous sebab mak bapak diorang asyik puji imam muda ni je kot.

So, nak dijadikan cerita kemuncaknya...malam tu, imam muda ni tengak lead solat terawih... budak-budak nakal ni pulak pergi kat bahagian luar surau, betul-betul tempat imam duduk. Masa tu, imam tengah bacakan surah. Diaorang berpakat geng-geng depa, pasang mercun, mercun kuat pulak tu, tak tau la mercun apa (korang imagine je mercun bola tu, boleh tahan kuat). Terdiam imam tu semasa dok baca surah tu. Quite lama jugak imam tu terdiam, maybe dah terlupa sambungan surah tu sebab terkejut. Sehingga la abang dia yang ada kat belakang dia sambungkan sedikit ayat, baru la imam muda tu sambung balik ayat abang dia tu.

Moral of the story : jangan lah berdengki dengan orang, cuba jadi lebih baik dari orang tu, atau contohi beliau. Jangan la mempermainkan agama sendiri. Sampai sanggup kacau imam yang tengah lead solat terawih, Allah s.w.t. benci dengan sikap macam tu.

Apa jadi kat bebudak nakal tu?

Yang tu aku tak tau pulak...hehehe. Entah dapat tangkap ke tidak entah.

No comments: