Wednesday, August 17, 2011

Orang lain solat sunat, aku gunting baju

Orang lain, bulan puasa ni pakat solat sunat tengah malam. Aku pulak, pukul 12.30pagi, dengan rajinnya menggunting baju sebab nak jahit pagi ni. Awat la sengal sangat kan aku ni. Ayat aku kat diri sendiri 'aku mana tido lagi, so takleh nak solat tahjud lagi. Tak pe sebelum subuh karang aku buat la solat sunat.'

Hmm tido pukul3.30 pagi, siap la gunting 2pasang baju kurung. haih...kata je malas nak menggunting baju kurung. tapi hmmm jahit jugak. Kenapa? Oh sebab aku fikir kalau kain cotton ni sesuai gan baju kurung je. Lagipun takut orang tahu yang aku pemalas sangat sebab tu jahit baju macam baju hitam glitter aku post ari tu kat sini. hehe.

Bangun untuk sahur pukul4.40pagi. Wuargh.... mengantuk giler. liat owh nak bangun. Selamat kunci sampai 2 loceng. Aku letak jauh-jauh dan asing-asing, beza masa 3 minit, nak suruh aku berjalan sikit untuk tutup loceng tu. hehe.

Panaskan lauk gan nasik untuk ayah aku. Aku makan oat je pagi-pagi ni. Tak larat nak telan nasik, nanti pagi mengantuk pulak kalau makan nasik ni. Mak aku pulak makan biskut je.

Pas mandi, ha kan semalam dah janji gan diri sendiri nak solat sunat. So, aku buat lah 2 solat sunat. Pejam mata kejap, tido-tido ayam, kan orang kata seelok-elok tahjud tu buat selepas tido dan sambung tido balik. hehehe. Bunyi azan subuh, uargh malasnya nak bangkit...tapi wuduk ada lagi, so terus solat subuh.

Mengaji? er, bulan puasa kali ni aku kurang mengaji, bulis kira gan jari la aku mengaji bulan puasa nih. hmmm, rasa macam amalan aku kurang berbanding tahun lepas saja(sedar pun diri!!).

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

semangat nyer jahit baju...x letih ker kurang tidur nnt nk gi keja plak

YONG JIAO XIU said...

hohoho hari ni cuti nuzul al-Quran kat kelantan. tu yg bersemangat tu. pastu pagi paksa mata pun taknak tdo, sebab mmg selalu time keja kan. pegi shopping.........