Monday, August 1, 2011

Geram gan memandu yang suka potong queue

gambar dari: chemekmolek.wordpress.com
tengok lah kereta tu, nak menyelit dari tepi, mana aku tak bengang. TAK RETI BERATUR! budaya yang tak patut diajar. Orang ni memang sah, tak belajar dan tak boleh diajar dan kurang ajar!

copyright: fiezaradzi.com

haish...geram aku gan pemandu-pemandu yang tak reti nak hormat pemandu lain nih.
kisahnya pagi tadi. dan pagi-pagi yang lepas dan akan datang. biasa la kan, bila pagi-pagi ramai orang nak pergi keja. Dah tau yang diorang tu lambat dah, lain kali bertolak la awal dari rumah. Ni tak, nak jugak buat gaya jalan tu bapak dia buat khas tuk depa. Kekadang tu tak padan dengan tua, dah pakai kopiah, gan bini yang dah tersengguk-senguk tido pun, still nak memecut.
Aku geram sebab, diorang ni suka menyelit. Bila kat traffic light, banyak keta yang beratur kat belakang, diorang pecut dari tepi dan menyelit dekat depan gan traffic light. Gaya nak menyelit kat kereta yang berbaris kat depan traffic light tu. Sakit la hati.
Aku memang pantang dengan orang macam ni, kalau diorang berjaya menyelit depan aku, aku akan hon. Kalau diaorang beratur kat tepi aku, nak menyelit kat depan aku...jangan harap aku bagi. Memang aku akan follow rapat-rapat kereta yang kat depan aku tu.
Kalau boleh, aku nak semua orang kat malaysia ni buat gaya macam aku, biar takde orang gatal nak potong queue. Kecuali tuk kereta yang muncul dari kedai or lorong yang tepi, yang grenti kena menyelit kalau nak masuk. Yang jenis ni, kalau aku perasan dari mana diorang datang, aku akan bagi ruang untuk depa masuk.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sebab itew driver jpn gi mesia terkejut cara drive orang kiter...mereka sgt bersopan dan ikut rule... accident pow kurang even penduduk ramai dari mesia

YONG JIAO XIU said...

sokong ayu!betul tu,even tak penah smpi sana, tp dr berita n cerita yg dorg buat pun blh tgk dorg tu ada cara hidup yang penuh bertamadun. budaya diorg mmg bagus. patut dicontohi lah.