Sunday, August 28, 2011

Jalan jammed pack time raya


Ok setiap kali raya, grenti la jalan sesak yang amat sangat. Kalau selalu KL-Kelantan just ambil masa 5-6 jam, boleh berubah hingga 12-18jam! hado la, memang sakit jiwa raga sebab terkurung dalam kereta.

Hari ni kat radio dok cerita yang dia bertolak dari KL lepas buka puasa semalam, pukul 3 petang ni baru tiba kat Kelantan. So, korang imagine la sendiri kan.

Aku yang baru kalut nak keluar cari bahan buat kek kukus masam manis pun terperangkap jugak. Padahal kedai borong tu dekat sesangat, kalau kayuh basikal 10minit pun sampai je. Tak pasal-pasal terperangkap sama. Kiri kanan depan belakang, pendek kata sekeliling kereta aku tu semua plat kereta luar. Selalunya aku lebih suka amalkan, biaq depa je shopping time macam ni, al maklum la, time ni je depa balik raya kan. Aku boleh anytime. Lagi pun barang tengah mahal kalau ramai balik kampung ni.


Sebenarnya aku bukan nak cerita panjang pasal jalan sesak nak dewa dewi ni. Just nak postkan kad ni je:
Hati-hati dijalan raya. Kalau mengantuk tidur kat tepi dulu (kalau jam, korang tido je kat tengah jalan tu dalam kereta.hehehe.) Ingat orang tersayang kat kampung halaman, jangan kasi depa sambut jenazah hang time raya-raya ni, sadis tau, orang nak beraya, biar la rasa happy.

Selamat hari raya maaf zahir batin kalau terasa hati dengan aku ye.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

selamat hary raya
rindu gak nak jammed gitew uwaaa

YONG JIAO XIU said...

waaa ngeri kot ayat tu. adei ayu, jgn la nak join jam cam gini. tak best langsung. tp td ok je jalan, smooth je.