Showing posts with label cherish n wish. Show all posts
Showing posts with label cherish n wish. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Wedding Nadia d Ipoh Perak




I've been busy lately. :-P getik je bunyi. hehehe. Busy gan overtime, gan novels kena baca banyak. Ces gaya macam novel tu masuk exam besar kan.

Sebenarnya aku takde kat umah pun. hehehe Poyi Perak, ada kenduri kawin member. Besar mandat dia ya, siap orang kelantan turun perak lagi you! Semata-mata nak memeriahkan majlis kawin kawan aku ni sorang. Ops, bukan aku ada seorang kawan sahaja ya! Jangan salah faham! Ini salah seorang dari kawan aku yang berjuta-juta (exaggerate banyak hehehe).

Majlis dia hari ni la, lepas majlis dia tadi, terus aku and family pecut balik kelantan. Ye la, kelantan kerja dah esok ni. Tak macam Kedah, diorang tarik cuti hari jumaat ke hari ahad. Oh sungguh aku jealous you!

Cuak aku tadi, sebab Nadia kata dia sanding pukul 1p.m. Aku pun sebab nak tengok dia sanding, aku sharp ada kat sana pukul 1. Nanti punya nanti, dia datang pukul 2.30 dah. My Allah! aku cuak kot lambat sampai kelantan. Dah close to tears dah tadi (er lately aku mudah berair bijik mata ni).

Mak Nadia pun cerita jugak tadi masa nak akad nikah, Nadia dah menangis dah sebab...hmm aku lupa sapa yang tertinggal borang nak akad nikah kat pejabat. Samaada Hubby dia, which is so tak masuk akal sebab hubby dia keja kat KL. KL-Ipoh quite jauh jugak. Nadia sendiri lupa? Lagi tak logik sebab dia keja kat Penang. Hurm rasa-rasa macam tukang akad nikah tu yang lupa, sebab dia je yang ada office kat Ipoh tu. Tak pasal-pasal kawan aku punya majlis ni delayed banyak. Ya la, lepas akad pukul12, yang sepatutnya lagi awal tu. Dia kena make up bagai kan, dah la wedding punya make up, lama. Tu la sampai delayed ke pukul 2.30. Kesian dia.

Aku grabbed dia terus masa dia turun kereta, semata-mata nak take picture gan dia, mak andam ke sapa tah dah membebel bila tengok aku tarik nadia ni macam hak aku saja. hehehe selamat la nadia n her parent tu paham yang aku datang dari jauh untuk nadia and kena balik awal, esok keja kan. hehehe. Sempat la aku tengok dia bersanding, aku snap picture jauh je la. Dia dah jadi diva of the day kan. ops salah queen ari ni, soma-soma spotlight ada kat dia. Professional photographers pun sampai 4 orang kot aku tengok tadi, lom masuk sepupu sepapat dia lagi.

So, Selamat Pengantin Baru, Nadia! Semoga sentiasa dalam keberkatanNya, dan bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Wednesday, August 31, 2011

Raya + Merdeka + Birthday adik




adik aku la ni....muka copy paste atok aku belah mak

Semalam sambut raya, kira hari ni raya kedua. Disamping tu ari ni jugak Hari Merdeka which means birthday adik aku jugak. Wah dia, sambut 3 events sekali gus. Mula-mula tu, aku ingat dia nak sambut 4 events + satu lagi kot la dia kawin raya kedua ke kan. hahaha.
Kawin tu cerita dalam laut lagi buat budak tu maksud dia, tak berlaku lagi la kan, benda yang lambat lagi.

Well, whatever it is, aku nak wish adik kesayangan aku ni...
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
hmm kena nyanyi ke?

Ok...ok....

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan adik kesayanganku....
Allah selamatkan kamu....
adik gan kengkawan masa study dulu..

ha ok la tu dik ye. Aku je panggil dia adik, yang lain pakai nama je. Well dalam family aku ni memang macam ni, address orang pakai nama takde abang dot dot dot kacawali mak gan ayah je still address pakai pangkat. Gila hape, budget orang putis ke nak panggil mak bapak pakai nama? nak kena pelakung parang gan tok nenek ke. hehehe. oh tapi kakak-kakak ipar memang letak pangkat kat depan.heheheh bukan nak memalukan dia, cuma gayanya tu lawak je. pakai plastik wat topi, cam budak-budak je.

ops lupa...semoga adik panjang umur, dilimpahkan rezeki, mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup, semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari sebarang mala petaka atau bahaya. amin...main ape le celah pokok tu ye.. eh bukan pokok tapi pondok. tengok ada tiang empat tu.

Tuesday, August 30, 2011

Kad raya

so officially : Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kad raya untuk semua blogger dan pembaca



Ok sebelum terlambat, even dah letih gila-gila dah ni. Sebab ari ni bertungkus lumus siapkan kek-kek untuk bagi kat orang dan final touch up untuk baju raya aku. Ni aku nak bagi kat suma orang yang baca blog aku, iaitu---> KAD RAYA! hehehe penuh usaha aku mencari gambar terbaik. Lastly, aku pilih yang paling simple ni.
Otak aku terlebih kreatif ari ni sebab kerja ari ni membuat kek dan menjahit baju--semua perlukan kreativiti dan jadi kreatif. Aku orang yang bukan skema, tak terlalu ikut recipe dan jahit main bantai sesuka hati sampai kena marah gan mak aku. hahaha. Er dah lari topik dah---aku nak cakap aku rajin nak pikir pantun hampeh sempena raya ni.


Sunday, August 28, 2011

Jalan jammed pack time raya


Ok setiap kali raya, grenti la jalan sesak yang amat sangat. Kalau selalu KL-Kelantan just ambil masa 5-6 jam, boleh berubah hingga 12-18jam! hado la, memang sakit jiwa raga sebab terkurung dalam kereta.

Hari ni kat radio dok cerita yang dia bertolak dari KL lepas buka puasa semalam, pukul 3 petang ni baru tiba kat Kelantan. So, korang imagine la sendiri kan.

Aku yang baru kalut nak keluar cari bahan buat kek kukus masam manis pun terperangkap jugak. Padahal kedai borong tu dekat sesangat, kalau kayuh basikal 10minit pun sampai je. Tak pasal-pasal terperangkap sama. Kiri kanan depan belakang, pendek kata sekeliling kereta aku tu semua plat kereta luar. Selalunya aku lebih suka amalkan, biaq depa je shopping time macam ni, al maklum la, time ni je depa balik raya kan. Aku boleh anytime. Lagi pun barang tengah mahal kalau ramai balik kampung ni.


Sebenarnya aku bukan nak cerita panjang pasal jalan sesak nak dewa dewi ni. Just nak postkan kad ni je:
Hati-hati dijalan raya. Kalau mengantuk tidur kat tepi dulu (kalau jam, korang tido je kat tengah jalan tu dalam kereta.hehehe.) Ingat orang tersayang kat kampung halaman, jangan kasi depa sambut jenazah hang time raya-raya ni, sadis tau, orang nak beraya, biar la rasa happy.

Selamat hari raya maaf zahir batin kalau terasa hati dengan aku ye.

Wednesday, August 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME!


Few days tak post apa-apa kat blog aku ni.
Menghilang sekejap, bukan ke mana-mana pun cuma TIDUR JE. hehehe biasa la, letih owh. Kelmarin hari selasa aku letih sangat nak online. Lepas je solat terus tido, sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam, entah kenapa tah aku tersedar. Maybe otak aku ni hantar message yang today is my birthday kot n Allah s.w.t. suruh aku bangun solat sunat sebab tu terjaga tu. hehehe. tu pun liat nak g amik wuduk. Hadei la, ayat aku kat diri sendiri yang pemalas. 'Kau, time ni syaitan dah takde so memang bukan hasutan syaitan kalau kau liat nak pergi amik wuduk ni. Kau jangan la pulak nak ikut jejak syaitan pulak, hasut diri jadi pemalas!' So, aku dengan gagah berani pergi amik wuduk. hmm wat solat sunat lebih sikit dari biasa. hahaha hadiah hari jadi untuk diri sendiri la tu kiranya kan. Aku hadiahkan pahala untuk diri sendiri. Pahala berganda bulan Ramadhan ni. So aku rebut peluang yang ada ni. Pastu aku sambung balik tido pukul 3 pagi, mata aku ni kerja dia mengantuk je.
So,

HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Pastu, kawan chat aku yang memang dah lama hmmm dekat 4tahun dah, yang every year wish aku; Mr Apeks wish aku lagi tahun ni. Thanks la kawan sebab sentiasa ingat birthday aku ni. Er selamat ada Tagged reminder la untuk aku remember birthday dia jugak. hahaha. Thanks again ye.

Pastu Sha kawan masa zaman u pun msg aku jugak, tak berjaya menjadi orang pertama, kesian dia. Takpe-takpe, ingatan tu lebih penting.

Orang yang aku nanti wish dia, tak wish pun. hurm takpe la maybe dia busy kot...

Sebenarnya hampir aku lupa jugak birthday aku ni, hingga la my nephew aku remind aku pasal birthday aku. Coz aku gan dia beza 4hari.

Tahun ni takde kek pun. Tapi aku tak kisah pun, sebab aku kira on diet gak la. Kurangkan makan makanan berat. Kek yang my nephew aku pun aku makan secubit je. hehehe risau nanti pipi tembam. Kakak tempat kerja aku yang rapat gan aku, kakak comel tu dah nampak chubby sikit dah sebab dia kata dia bantai kek lapis sarawak sebijik dia sorang. hahaha kelakar la, memang sakan dia bantai.

Hadiah untuk diri sendiri? Hmm aku dok pikir nak beli buku pakai baucer Muda Osman je nanti, budget nak abiskan RM200-300. Dok tunggu stok buku yang aku follow online ni keluar bulan depan. Penulis tu, Acik Lana kata keluar lepas raya. Takpe la lambat dapat pun.

Nak beli tuk my nephew jugak buku. Malas aku nak bagi hadiah baju coz dia cepat membesar lah. Baik beli je buku untuk dia kan.

Hadiah yang Allah s.w.t. bagi sempena Ramadhan dan Hari Lahir aku:
  1. Sedarkan aku selepas tidur malam untuk solat sunat.
  2. Dah tahu nak solat sunat tasbih, belajar kat tempat kerja aku, diorang anjurkan solat sunat tasbih dan aku first time buat kat tempat kerja aku tu.
  3. Bagi aku kekuatan dan semangat untuk solat sunat.
  4. Pahala berganda.
  5. Lembut hati nak buat amal lebih
  6. Bagi masa yang banyak untuk aku buat solat sunat bebanyak. (Allah lapangkan masa aku).
  7. Lucky hand- aku pick nombor kutu yang betul, dapat duit kutu time nak dekat raya, time orang lain dah nak kering duit sebab nak beraya.
  8. Duit claim masuk (ramai kata lambat proses, tapi aku dapat cepat je bulan ni)
  9. Bonus dapat
  10. Duit jual kertas kat recycle.
  11. Gaji dah masuk hari ni jugak.
  12. Pihak pentadbir bagi biskut raya (nak cerita jugak ke? oh mesti lah)
  13. Sales gila-gila (boleh tambah koleksi baju aku! lain kali tak payah beli kain dah).
  14. Dapat baucer diskaun buku sempena hari lahir aku(boleh borong buku lagi, my favourite activity memang baca buku)
  15. dan banyak lagi yang most time aku ni take things for granted kan. Aku bersyukur pada MU, Ya Allah..alhamdulillah...

Wednesday, August 17, 2011

Kad raya pertama saya...


Hehehe...tahun ni aku langsung tak beli kad raya.
Entah la, takde mood shopping langsung. Esok cuti untuk Nuzul Al-Quran. Tadi masa kat tempat kerja, dah dengar ramai nak turun shopping esok.
Adei ini membuatkan aku rasa malas nak g shopping. Baju raya mak aku belum beli lagi ni. Duit raya pun tak tukar lagi. Takpe, raya lagi 2 minggu. Cuma baju raya la, kena beli awal.
Yang aku punya takpe sebab dah beli 4pasang kain, tunggu jahit saja.
Ops...melalut sudah. Aku nak kisahkan pasal kad raya pertama aku dapat ni.
Tadi singgah kat blog Lady Ayu. Dia dah post kad raya yang dia buat untuk blogger suma kat situ. So here is my firstEid card yang aku dapat. Thanks to Lady Ayu.
Ayat raya yang Ayu post kat blog dia sekali dengan kad dia tu yang paling best.

Anak pak Dolah makan lepat
makan lepat sambil melompat
nak hantar kad raya jauh tak sempat
pakai blog pun kira ok what?
-Lady Ayu-

Aku kena mintak email nih nak reply kad raya dia. Biasa la aku punya ada picture bergerak so kena pas pakai email hehehe. Tak reti nak hantar pakai blog le. tak reti nak upload, takut nanti picture tu tak bergerak.

Sunday, August 14, 2011

Dapat kad hari lahir dari Muda Osman


kad birthday untuk aku

Aku memang tak expect apa-apa pun masa dapat kad dari Muda Osman ni. Mula-mula tu tengok ingat dapat kad raya je. Kira first kad raya yang sampai kat aku la. Tapi, sekali dibuka, nampak la kad Hari Lahir. Dalam tu jugak ada voucher 20% diskaun untuk segala jenis buku.

Wah aku time tu dah imagine dah buku yang aku nak beli ni. 20% tu kira dah banyak dah untuk aku. Kalau beli RM300 tu kira dapat la aku 15 bijik buku novel melayu, tak pun aku beli 10 novel melayu, 4 novel oreng putis. hmmm aku pikir nak beli novel-novel mahal saja dah time tu. ye la, bila lagi nak dapat diskaun 20%, selalunya dapat 10% saja.
All in all (ceh macam buat summary masa form 5 sudah), terima kasih kat SMO ni sebab bagi aku kad raya, eh silap kad hari lahir ni. Sebenarnya aku hampir lupa birthday aku sendiri. First time aku rasa yang aku macam tak peduli dengan birthday aku. First time aku hampir lupa, selamat tak lupa bila tengok kad ini. Tapi aku tak la guna voucher tu time birthday aku sebab nak savekan untuk beli novel best masa bulan September.

Saturday, July 23, 2011

Gamaknya Malaysia Kalah

Sakit la hati, kalau dia ni la yang jaga gol malaysia, aku target Malaysia tewas 10-1 kot kat singapura. Tak sampai separuh masa pertama pun dah 4-1 je. T_T

So nanti aku update kemenangan singapura ya.

update: so seperti yang dijangka, malaysia tewas. selamat la tak kena 10-1. Dapat 5-3. kecewa gan Sharbinee Allawee, boleh dia main cam hape tah. bola semua nak tepis pakai tangan even bola tergolek kat atas padang bukannya melayang. huhuhuhu

Singapore vs Malaysia 2011

gambar diambil dari wikipedia

Now I currently watch bola sepak malaysia lawan singapura (football, malaysia verses singapore). yang diadakan kat singapore.

Perlawanan yang kelakar kot. Cuba korang bayangkan, permainan baru start tak sampai seminit, to be exact, 26 minutes. Malaysia dah dapat gol!

Aku yang baru nak betulkan tempat duduk aku sebab nak mengadap bola ni, tengok-tengok geng bola malaysia ada kat depan gawang singapore dah. First attempt tak berjaya, kena tendang balik oleh singapore, tapi dia tendang betul-betul depan safee sali. Apa lagi, safee sali terus tendang ke gawang! dapat la satu.

Aku rasa macam game ni main-main je, sebab dalam masa sekejap je Singapore dah samakan kedudukan. Yang aku tak puas hati gan penjaga gol kita, dia macam takut nak sakitkan diri sendiri. Langsung tak nak benteng gan badan atas tanah. Setakat nak tepis pakai tangan dengan tendangan bola bawah, apa kes kan. Huru- hara betul lah. Sekali aku rasa nak nyanyi lagu Haru Haru - Big Bang.

Agak-agak sapa menang malam ni ya?
orang malaysia nampak kecik-kecik je. er kita kurang zat ke?hehehe hope kita menang malam ni, tak kira la kecik pun. Amin...
Kalau kecik tapi menang, memang kita bangga gila kan. Chaiok!

Monday, July 11, 2011

I got awards from Lady Ayu!

Wah hari ni bertuah betul! Balik keja, aku buka blog aku and tengok bahagian komen- Lady Ayu gave me awards! Antara TOP COMMENTATORS kat blog dia.
First time dapat ni..ohhh terharunya...sob..sob..sob.. ada orang appreciate comment aku. sungguh terharu. THOUSAND MILLIONS THANKS TO MRS. AYU! THANKS COZ APPRECIATE MY COMMENTS DENGAN BAGI AWARDS INI.
Dan ni awards yang aku dapat:
I got 2 awards, you! hehehe ok ni link ke belog Lady ayu yang post list yang dapat awards yang ada terselit nama aku jugak ya. wah aku cukup berbangga dan berbesar hati bila tengok nama aku turut ada dalam list Ayu. sob..sob..(air mata gembira+senyuman lebar!!!) http://ladychenta.blogspot.com/2011/07/award-untuk-blogger2-ini.html

Wednesday, July 6, 2011

BOla lagi..

jom tengok bola kelantan lwn sabah malam ni!
Semoga Kelantan menang malam ni! chaiyok! gomo kelate gomo ye.

Tuesday, June 28, 2011

congratulations to Mell

Happy bila dengar Mel dapat offer DPLI. Alhamdulillah, rezeki dia banyak tahun ni. Dia called aku semalam bagitau yang dia dapat DPLI kat UIA, suara yang penuh excited dia gtau aku. Lucky her. Dah 3kali mintak, Alhamdulillah kali ketiga dia dapat. Nervous lagi tu, dok kalut tanya, kena pakai tudung ke tak… apa kena buat? Kena buat medical checkup ke tak? Buku apa yang perlu? Dan semestinya soalan pasal elaun.

Dia cakap aku yang banyak sokong dia, hehehe what’s friends for, mesti la aku nak jadi kawan masa senang dan tetap akan berkawan walaupun masa dalam susah. Rezeki dia, Allah s.w.t. bagi dan ini bahagian ko, mel. Aku cuma boleh doakan je. Allah yang menentukan segalanya.

Pastu bulan 10 nanti Mariam Mellisa or aku panggil mel je akan melangsungkan perkahwinan dia gan boyfriend dia sang sejak sekolah lagi. Lama tak? Mau dekat 10years gak tu dok bercinta kot. Hehehe. Love you girl! Tahniah sekali lagi ye.

oh ya lupa nak perkenalkan siapa dia ni kan? mariam mellisa kawan aku masa belajar kat ukm dulu. Kitaorang satu course. Dia jenis pendengar yang baik dan penyabar, cara tegur orang pun dengan berhemah, tak brutal2, PERANGAI DIA NI KATEGORI YANG SAMA MACAM ALIA(AYA), golongan yang aku suka berkawan, they are cooooollll....

Monday, June 20, 2011

Annie dapat baby boy ♥

ok, coz aku belum pegi tengok lagi baby Annie, so aku post pic aku masa baby.


mengantuk sangat malam ni.
entry kali ni, ringkas lagi.
cerita tentang bulan...hehehe just kidding. bukan bulan tapi cerita tentang kawan. Best friend, dari zaman sekolah form1 lagi dah nak 13tahun kawan gan Mariani or aku panggil Annie.
Dia message aku, baru je ni. Dia selamat delivered baby boy berat 3.46kg pada pukul 4.40petang tadi. So now, bertambah anak buah aku.
Congratulation Annie! love you! ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Maybe esok aku pergi jenguk dia...insyaAllah...


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
yong jiao xiu

Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHER'S DAY! I ♥ YOU, AYAH!

TODAY IS 19TH JUNE 2011, Sunday. A special day for a father because today is fathers' day. So, I want to wish to my ayah, HAPPY FATHER'S DAY! and that wish is also to all father in this whole world wide.
I YOU, AYAH! ....... I YOU, AYAH! ..........I YOU, AYAH!........I YOU, AYAH!
I YOU, AYAH! .............. I YOU, AYAH! .............I YOU, AYAH!........I YOU, AYAH!
I YOU, AYAH! .......I YOU, AYAH!................. I YOU, AYAH!......I YOU, AYAH!
I YOU , AYAH !........... I YOU, AYAH! .............. I YOU, AYAH!...........I YOU, AYAH!
I YOU, AYAH!.................. I YOU, AYAH! ....................... I YOU, AYAH!

I can repeat I YOU, AYAH! for thousands, millions times... but it would never be enough to compare with your love for me and what you have given me. I thank you for all that you have given me. I YOU, AYAH!

Wednesday, June 15, 2011

Bola Kelantan vs Perak 14 Jun 2011

senyuman Red Warrior
Tengok bola tak semalam?
Aku? Aku tak tengok pun semalam, tengok sekejap sangat. Sekilas pandang je. Mata tak larat sangat-sangat nak celik. huhuhu.
Sempat la dengan 1-0 tu.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya ini menjadi pengubat untuk peminat Red Warrior. Happy bila semua orang berpelukan masa bola gol tu. Daudsu pun happy coz dia yg hantar bola kat Shahrul pakai tendangan sudut. Best tengok Shahrul lipat bola tu. hahaha.

hmm macam kurang orang je stadium semalam... jangan la lemah semangat.. Don't give up, keep looking up, look to Allah, the source of our total supplies insyaAllah, liga super dalam tangan.

Saturday, June 11, 2011

Yeyyy esok cuti peristiwa untuk Kelantan!

khas aku lukis untuk Perlawanan Kelantan vs Terengganu malam ni. chaiok!!
yang penting esok cuti..yeeeyyy!!!!

Cuti peristiwa esok 12 Jun 2011
Ada orang tak happy ke dapat cuti?
Aku baru tahu ni yang esok Kelantan cuti sebab Bola Sepak!
Menangnya tak tahu lagi tapi dah dapat cuti. hahaha.
Sebab apa cuti?
Sebab ramai penyokong kelantan ke Stadium Bukit Jalil, so memang tak sempat sampai esok untuk kerja.
Memang la, orang Kelantan ni semangat terlebih bab bola ke bab apa ke. Tadi makcik aku yang kerja kat KL kata berduyun-duyun kereta nak ke KL dan penuh bawak bendera Kelantan... Penyokong Kelantan la tu... tapi jalan tak jammed pun. Dia bertolak pukul5 pagi tadi lagi.
Makcik aku sentiasa bertolak awal, tak nak kena jammed, dia sampai KL pukul11pagi tadi lagi. Hmm aku grenti malam ni stadium Kelantan pun penuh penyokong. Biasa la, Kelantan culture memang macam tu. Semangat berlebih, but I'm proud of it.
Apa-apa pun aku memang suka dapat cuti ni. Tak puas cuti 2hari seminggu. hahaha.
Aku doakan Red Warrior menang malam ni, semoga apa yang orang dok cakap tentang PEMBELIAN KEMENANGAN BOLA OLEH TERENGGANU adalah tidak betul.
Kalau Terengganu menang malam ni, memang la sah KEMENANGAN YANG DIBELI sebab dah tengok prestasi Kelantan sepanjang 2 tahun ni memang mantap. Baru ni pun dah dapat 3-0 dengan Terengganu kan....
Semoga rumour tu tak betul sama sekali. Buktikan Red Warrior!!! You are the best!! Amin...

Thursday, June 2, 2011

Happy Birthday Mak!

Hari ni 6 Jun, hari ulang tahun mak.
I Love You Mak!

Oo Allah, Aku amat berharap semoga Dikau panjangkan usia ibuku, berikan dia tubuh yang sihat (paling kurang pun kurangkanlah sakitnya. Dimurahkan rezekinya. Semoga dia sentiasa dikelilingi anak-anak yang soleh dan solehah(doakan untuk diri sediri jadi solehah) menyayanginya. Semoga ibuku sentiasa dalam rahmat-Mu. Aku bermohon pada-Mu...ooo Allah.. Amin...

Semua berkumpul...
Setiap kali hari lahir mak atau ayah, semua ahli keluarga aku akan ada....
Cuma tahun ni, tak cukup korum sebab adik aku still dalam training polis.


ni kek hari lahir mak- jo n kak su sponsor..kek coklat.....yummy

rasanya semua orang kenal satey kan? yang ni aku n ji sponsor.100batang satey harga murah jeRM30...kenyang sangat...sampai tak habis, ye la 100batang untuk 8orang?! memang banyak lah...

mak nak potong kek, tu nephew aku Irfan

budak ni la...suka sangat nak glamor, sama gan pak cik dia kat belakang tu. hehehe yang dok main acara suap kek gan mak. aku punya pic? aku malas nak g pakai tudung bagai. so tak payah amik acara aku menyuap mak.

ni pasangan 2 sejoli-mereka sentiasa suap menyuap mengalahkan pengantin (ni dipanggil pengantin evergreen)

Wednesday, June 1, 2011

Welcome June (motivation)!



Well, I'm welcoming June. June just arrived and I made a big decision early 1'st June morning. It is suit with my words for this blog

'Memandang jauh ke depan seolah-olah melihat masa depan. Padahal segalanya masih belum pasti. Segalanya ditanganku untuk menentukan keadaan diri aku. Sayang untuk aku melepaskan segala yang menyelesakan, tetapi sampai bilakah aku mampu begini. Selamanyakah aku ingin hidup yang menyelesakan tetapi merosakkan??? Segalanya akan ditentukan apabila mentari menjelma esok hari, apabila kaki sudah bersedia mengorak langkah, tika si waras akal sudah bersedia untuk berjuang..'

Now I'm ready to strike...to move into something big (not moving to big house, but how I wish to buy a big house using my own money hehehe)...
My life is really in my hands. I need to decide whether to change or let's others change. I need to decide what to do, no longer think to live in this comfort zone. I need to challenge myself to be a better person.

Long living in this comfort zone make me feel a bit nervous to move out from here (comfort zone). It is time to create and colour my life with bitterness. But, I really hope, wish, pray that I don't have to go through it. huhuhu.

Whatever it is, I need to fight now, to make my life better. And I know, along the way I have Allah s.w.t. with me.

I memorized these words. It motivates me until now and InsyaAllah forever..., I got this from my friend, she messaged me when I was in my first year at National University 6years ago:

If you have problem, don't you ever say 'Oh my God! I have a big problem.' Instead, you must say this 'Hey problem! I have a big God!'
these words will do, to all of us.

Monday, May 23, 2011

Kelantan - teratas Liga Super


Ok perlawanan kelantan semalam 22 May 2011, ahad, aku tak nak mengulas lanjut. Cuma hmm kelantan seri 2-2 dengan skuad harimau muda A. Tak apa lah, geng muda sebab tu la lagi ligat kejar bola. hehehe. Tapi kelantan pun not bad, hebat macam selalu.
Dan membanggakan bila kelantan berada di tempat teratas liga!!!! Alhamdulillah
Hmm semoga masa perlawanan akhir nanti kelantan menang! Seperti yang Kecik cakap, aku rasa peluang kelantan menang amat tinggi. Semoga pemain Red Warrior tak mengecewakan peminat mereka.