Sunday, June 5, 2011

Semua mood bercuti and outing kot

Semua orang takde online ke ari ni? Aku tengok memang sikit sangat entries yang wujud. Selalunya mesti ada jugak yang update blog dorang. Selamat la Live On! Syaheeda punya blog ada update. Gamaknya pakat dok sakan bercuti kat luar sana or pergi outing menyemakkan shopping complex. hehehe.
Aku kebosanan takde bahan bacaan nak baca. Rasa malas nak mengadap novel, cuma nak baca blog je. Penulisan2u pun ada cerpen je ari ni. huhuhuhu memang boring hidup aku hari ni.
Nak ke KB? Grenti cuti sekolah ni sesak jalan je. So aku malas la nak jadi orang yang lagi menyemakkan lagi jalan di Kota Bharu tu. Bagi je kat orang yang balik kampung or yang datang melancong ke sini. Aku, hari-hari boleh turun sana kalau tak keja or balik dari kerja.
Hari ni cuti untuk ganti Keputraan Agong semalam.
Ayah aku aktiviti dia tido je. Aku pulak kerja belambak tapi really not in the mood today to do it.

No comments: