Friday, June 3, 2011

hadiah kawin yang kekal lama..insyaAllah sepanjang hayat dia kot.


Sekarang cuti sekolah..dan ia sinonim dengan majlis kenduri kahwin kan? Hadiah kena fikir nak beli apa. Nak cari yang kekal jugak kalau boleh...Nak tahu hadiah apa yang paling lama kekal? teruskan bacaan, ia ada dibawah sekali...
Grenti kebanyakkan entry yang blogger hantar adalah berkaitan dengan kisah kawin. tak kira lah family ke, kawan ke, sampai akan keluar jugak cerita pasal adik-beradik kawan yang kawin pun boleh jadi cerita kan.
So aku is one of them yang sukacitanya nak bercerita pasal cerita kawin. Hmmmm bila kawin je sibuk la
gotong royong bila ada kenduri kat kampung aku, suma turun.

kita; geng yang nak pergi ke kenduri kawin ni mencari pelbagai hadiah kan. Kekadang tu bosan je tengok hadiah yang sama spesis je yang bagi.
Kenapa aku cakap cam tu?
Aku dah pernah jadi tukang buka pembalut hadiah orang kawin. Dari majlis kawin makcik-makcik aku hingga la abang aku kawin, semuanya aku join.
Benda yang paling boring nak tengok ialah hadiah gelas cawan. huhuhu macam takde hadiah lain nak bagi dah. Bukan tak reti nak bersyukur, cuma cawan-cawan tu cam banyak sangat lah.
Tapi ok jugak, contohnya yang abang aku punya wedding dulu, hadiah cawan and gelas kebanyakkannya kitaorang bagi sedekah je kat surau dekat rumah aku ni. Boleh la kumpul pahala bersama kan. Orang yang bagi hadiah, orang yang buat cawan tu, orang yang wakafkan kat masjid. semua dapat pahala.
Hadiah baju malam pertama lah bagai...tapi bukan boleh tahan lama pun baju tu, kalau yang kawin tu bakal gemuk? hehehe buang je kot baju tu.
Aku pulak tak suka bagi cawan gelas ni. Sama spesis je gan orang lain. Grenti kurang dihargai..hehehe. Aku cuma bagi hadiah macam tu masa aku kecik dulu je. masa dok sekolah je.
Sekarang aku bagi hadiah jam dinding, pasu bunga, cermin dinding yang besar tu, kain sepasang untuk pengantin perempuan, album. Kenapa aku bagi hadiah camgini? Ok hadiah macam ni lebih kekal lama terutama sekali pasu bunga, jam dinding, cermin dan album. Ianya boleh kekal hingga berpuluh tahun tau.




ni adik aku yang amat la rajin, dok goreng ayam..

Album aku masa kecik masih lagi cantik sampai sekarang. even nampak lusuh warna pun ianya kekal sampai 20tahun, dan insyaAllah sehingga aku mati.
Jam dinding pun paling kurang mesti la boleh pakai sampai 5tahun, unless kalau korang buat baling or kasi jatuh banyak kali.
Cermin dinding pun sama, boleh simpan sampai akhir hayat kot kalau pandai jaga, tak baling barang kat cermin. hehehe
Pasu bunga, kekal kalau tak pecah atau orang tu taknak dah, dia akan buang atau bagi kat orang lain.

Kalau kawan best friends, aku akan bagi barang yang pasti akan kekal walau dalam kebakaran atau dilanda banjir atau hanyut kat laut ke, kena wat Frisbee ke tak kan hancur:)):)):)) . Korang boleh teka tak? Mesti tak leh teka kan?



Hadiah untuk best friends aku grenti lah mahal walau tak jejak harga RM100 tapi agak mahal la jugak bagi aku. DAN YANG PENTING, IANYA KEKAL, INSYAALLAH. Hmm tapi aku penah bagi kawan aku sterika yang aku tau takkan kekal lama, paling boleh tahan pun dalam 10tahun kot tak pun kurang. tak tau la boleh tahan lama mana barang elektronik ni. tapi time tu aku terdesak coz kat area KL dan Putrajaya aku tak tau mana nak cari kedai jual periuk kegemaran aku. Semoga lama la boleh pakai iron tu...


HADIAH AKU UNTUK BEST FRIENDS AKU:


PERIUK SET 6 JENAMA CROCODILE (YANG ORIGINAL PUNYA YE) Sebab kalau yang tak original, mudah je rosak. Periuk ni, kalau hangit ke, kalau bergaduh wat gaya baling frisbee pun takkan musnah(yang musnah mungkin muka atau anggota badan orang yang kena baling ni hahaha)., kalau banjir ke, grenti periuk ni sentiasa selamat. AKU NAK KAWAN AKU YANG PAKAI PERIUK YANG AKU HADIAHKAN NI HINGGA DIA TUA DAN BOLEH ANAK-ANAK DIA PAKAI PULAK BILA DIA DAH TIADA. Sekurang-kurannya dia ingat aku bila dia pakai periuk ni. Dan boleh cerita kat anak-anak dia pulak nanti pasal aku yang bagi hadiah yang kelakar jugak la ni. kelakar-kelakar pun, pakai sampai tua kan...kan...Harga dia pun ok je, RM80 je pun, ada 6bijik lagi.

HATI-HATI KALAU NAK BELI HADIAH PERIUK, NANTI NEXT ENTRY AKU POST PASAL TIPS PEMILIHAN PERIUK. JANGAN KEDEKUT UNTUK BELI YANG MAHAL DAN KEKAL. SEMOGA IANYA SENTIASA DIKENANG OLEH KAWAN KITA KAN..


2 comments:

Ain Zulaikha said...

biasalah hadiah tu semua kan macam hadiah wajib gelas, pinggan mangkuk, kipas bla bla bla hahahha paling tak leh blah kalau ada yang bagi cadar putih grrrr

YONG JIAO XIU said...

tau takpe. Kat sini lagi la, gelas n cawan memanjang. Takde idea lain dah. Grenti kalau bagi jam dinding tu amat dihargai, ye la blh ditengok sentiasa.
Cadar putih?hahahaha mmg kelakar tu...apa igt org nak g asrama ke apa. selamat tak bagi kain kapan. hahaha